|
Post by khalid bin lukman on Dec 25, 2006 17:10:48 GMT -1
Penduduk diancam 15 buaya terlepas MUAR 24 Dis. – Mangsa-mangsa banjir di Parit Ponorogo, Jalan Tangkak di sini terpaksa berhadapan dengan dua ancaman di kawasan perkampungan mereka – air banjir dan kini kehadiran buaya – yang didakwa terlepas dari sebuah ladang ternakan haiwan berhampiran setelah dinaiki air. Penghulu Mukim Kesang Ishak Abu Bakar berkata, beliau dimaklumkan oleh penduduk kampung bahawa kira-kira 15 ekor buaya dari ladang ternakan tersebut dipercayai terlepas dan kini berkeliaran di beberapa kampung. “Beberapa penduduk kampung memaklumkan kepada saya, mereka mulai mengesan kehadiran buaya sepanjang lebih tiga meter itu di kawasan Buku Hijau dan Tanjung Gading tiga hari lepas. “Selain 15 ekor buaya dari ladang ternakan tersebut, mereka turut mengesan kehadiran buaya liar dari Sungai Kesang yang sesat dan memasuki kawasan perkampungan apabila tebing sungai itu dinaiki air,” katanya di sini, hari ini. Ishak berkata, kesemua buaya itu dikatakan sedang berkeliaran di kawasan penduduk terutamanya di Mukim Serom, Mukim Sungai Mati, Kundang, Teluk Rimba hingga ke Kampung Seri Makmur di Tangkak. Katanya, berikutan banjir yang melanda, kawasan mukim tersebut ditenggelami air antara satu setengah meter dan dua meter. Pihak berkuasa menurutnya, telahpun dimaklumkan tentang dakwaan penduduk kampung tentang kehadiran buaya di kawasan yang dilanda banjir itu. “Para penduduk kampung dinasihatkan jangan mengambil risiko mengharung air banjir yang melepasi paras dada mereka kerana kita bimbang akan ancaman buaya-buaya tersebut. Mereka patut berhati-hati apabila berada di kawasan banjir,” katanya. Pegawai Daerah Muar, Abdul Rahman Jaafar yang ditemui di Parit Ponorogo pula meminta ketua kampung di mukim tersebut agar segera memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mengesan kehadiran buaya di kawasan mereka. Langkah keselamatan, katanya, perlu diambil segera untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. – Bernama(utusan Malaysia 25.12.06) --------- *Awas: mungkin ada buaya bersembunyi dibawah tilam ini... P/s: Lagi gambar-gambar mangsa-mangsa banjir, tergambar kesedihan, simpatilah mereka dan tolong-tolonglah mereka..semoga Allah membalas jasa tuan-tuan..dengan ganjaran pahala dan syurga kelak.... klik ini: gooku1.fotopages.com/?entry=1026810&back=http://gooku1.fotopages.com/
|
|
|
Post by jamaluddin on Dec 26, 2006 1:34:07 GMT -1
Hadapi banjir dengan penuh keinsafan
TIDAK ada apa juga kecanggihan peralatan ciptaan makhluk yang boleh mencegah kejadian sebarang bencana, termasuk banjir. Itu hakikat yang bukan sahaja kena dipercayai tetapi wajib diimani.
Mengimani hakikat itu penting supaya setiap bencana yang menimpa tidak menjadikan kita kesalinya atau tuding- menuding bagi mempersalahkan mana-mana pihak dalam berdepan dengan bencana yang sebenarnya tidak akan mampu dielak oleh kita sebagai hamba-Nya yang serba lemah.
Pun begitu, kita tidak boleh hanya berserah sahaja kepada takdir dalam menghadapi bencana, apatah lagi berputus asa dalam menghadapinya kerana berputus asa itu adalah suatu sikap yang tidak pernah disenangi oleh Maha Pencipta dan Pesuruh-Nya dalam apa juga keadaan dan suasana.
Sebaliknya kita dituntut berusaha menghadapinya tetapi bukan bermakna sampai ke peringkat cuba melawan takdir dan ketentuan-Nya. Cuma kita kena berikhtiar untuk mengelak daripada bencana dan bencana-bencana serta akibat sampingan ekoran daripada berlakunya sesuatu bencana itu.
Antaranya kalau banjir melanda, jangan biarkan anak-anak bermain air kerana sebarang kecuaian boleh membawa musibah dan bencana sampingan kepada bencana yang berlaku, termasuk boleh membawa kepada kehilangan nyawa.
Golongan remaja dan kalangan yang sudah dewasa pula jangan menjadikan banjir untuk mencari keseronokan termasuk menjadikan banjir sebagai suatu pesta atau diambil apa jua kesempatan dalam keadaan mangsa-mangsa banjir berpindah, maka peluang melakukan kecurian dan sebagainya.
Sebenarnya banyak korban banjir berlaku pada musim-musim banjir yang lepas adalah ekoran daripada kecuaian membiarkan anak-anak kecil bermain air di samping bahana daripada sengaja mencari maut kerana berseronok dan berpesta bermain air termasuk sama ada dengan meradut air, bermain perahu, rakit dan sebagainya.
Sedangkan apa juga bentuk bencana ia adalah merupakan suatu bentuk tanda peringatan daripada Maha Pencipta kepada kita untuk menginsafi bahawa dunia ini ada pencipta dan pemiliknya.
Kita juga ada pencipta dan pemiliknya, ada yang Maha Berhak untuk berbuat apa sahaja terhadap apa yang dicipta dan sekali gus menjadi hak-Nya, apatah lagi jika kita suka melakukan apa yang ditegah dan mempedulikan apa yang diperintahkan-Nya.
Sebagai rakyat negara ini yang kononnya berada pada kedudukan yang serba selamat daripada pelbagai fenomena alam tidak pernah rasa bimbang oleh gempa bumi kerana bencana itu tidak berlaku kecuali gegaran-gegaran kecil kesan ekoran gempa bumi yang berlaku di Sumatera atau di Filipina.
Begitu juga dengan taufan-taufan yang dijenamakan dengan pelbagai nama, yang terbaru adalah taufan Durian, kita juga selamat daripada menjadi mangsa walaupun banyak negara terpaksa menanggung korban nyawa dan harta benda yang banyak.
Ekoran daripada kita selalu selamat daripada bencana-bencana yang melanda negara orang lain, maka kita semacam lupa bahawa bencana juga akan menimpa kita jika kita lupa kepada-Nya. Misalnya dengan berlakunya banjir, khususnya pada lokasi yang di luar duga.
Sesungguhnya bencana yang berlaku itu sendiri sebenarnya adalah merupakan terjemahan kemurkaan Maha Pencipta kerana kelupaan dan penderhakaan kita kepada-Nya. Walaupun cukup pahit untuk ditelan, itu hakikat yang kena kita imani.
Kejadian banjir untuk lokasi yang tidak diduga dengan kawasan yang dikenal pasti akan banjir atau menjadi laluan taufan Durian pula terselamat adalah merupakan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan kelemahan kita manusia sebagai hamba-Nya untuk mengelak daripada bencana.
Tujuan bencana ditimpakan ke atas kita adalah untuk menjadikan kita sedar dan cuba mencari punca kemurkaan-Nya dengan sentiasa memuhasabah diri, seterusnya kita bertaubat nasuha supaya apa yang menjadi kemurkaan-Nya tidak diulangi dan segala dosa yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja akan diampuni-Nya.
Bencana banjir juga adalah antara terjemahan kemurkaan-Nya walaupun kita cuba mengetepikan hakikat itu dengan menganggap banjir, kemarau yang panjang dan kemunculan pelbagai penyakit sebagai fenomena alam sehingga pada musim banjir kita masih boleh berseronok dan berpesta-pestaan ketika ada mangsa yang terputus perhubungan mungkin dalam kelaparan kerana habis bekalan makanan.
Sepatutnya sebagai tanda insaf dan sedar supaya bencana yang menimpa segera dihentikan, hapuskan aktiviti maksiat dan program hiburan yang melalaikan. Tingkatkan ketaqwaan dan mendekati As Sunnah Rasulullah SAW, turuti perintah dan menjauhi larangan Allah dan melaksanakan hukum syariah secara total.
Lebih besar faedahnya untuk menghadapi suatu kematian oleh bencana alam dalam keadaan meratib atau berzikir serta kekumandangannya ayat-ayat suci al-Quran nul karim berbanding dengan mati dalam keadaan di telinga diisi dengan lagu-lagu rock dan sebagainya, khususnya bagi yang beragama Islam.
|
|