Post by khalid bin lukman on Sept 4, 2006 0:16:11 GMT -1
Adam ajak askar AS peluk Islam
----------------------------------------------------
GAMBAR yang dipetik dari klip video bertajuk ‘Pelawaan Memeluk Islam’ yang disiarkan kelmarin menunjukkan pemimpin kedua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri (kiri) dan seorang warga Amerika yang dikehendaki FBI, ‘Azzam the American’ atau nama sebenarnya Adam Yahiye Gadahn. – AFP.
--------------------------------------------------------------------------------
KAHERAH 3 Sept. – Seorang lelaki yang dipercayai warga Amerika Syarikat (AS), Adam Yehiye Gadahn, muncul dalam rakaman video bersama Ayman al-Zawahri dengan menyeru rakan senegaranya memeluk Islam dan meminta askar AS memihak kepada Iraq dan Afghanistan.
Adam, 28, yang dipercayai pernah menjalani latihan ketenteraan di Pakistan dan berkhidmat sebagai penterjemah dengan Al-Qaeda, muncul bersama Ayman dalam rakaman video 48 minit.
Ayman ialah pemimpin nombor dua rangkaian Al-Qaeda selepas Osama bin Laden.
Ini merupakan kali kedua Adam muncul dalam rakaman video bersama Ayman, setelah membuat ‘kemunculan pertama’ dalam satu rakaman video pada 7 Julai lalu iaitu setahun selepas pengeboman di London.
Dalam rakaman video pertamanya, Adam menegaskan bahawa umat Islam tidak sepatutnya bersedih dengan kematian warga Barat yang terbunuh oleh serangan Al-Qaeda.
Rakaman video yang disiarkan di dalam laman web Al-Qaeda semalam menunjukkan rangkaian itu telah ‘menemui seseorang’ yang boleh berkomunikasi dengan baik dengan warga AS.
Dalam rakaman video itu, Adam memakai jubah dan serban putih.
Dia berucap mengenai Islam dan dia turut menyentuh mengenai penyelewengan dalam ajaran Kristian dan Yahudi.
Adam bukan sekadar menegaskan bahawa AS sedang mengalami kekalahan dalam perang di Iraq dan Afghanistan, malah menyeru askar-askar AS supaya menentang perjuangan Presiden mereka, George W. Bush.
Ayman pula hanya memberi ucapan pendahuluan yang ringkas dengan mengajak warga AS memeluk Islam.
– AP