Post by xyz on Sept 1, 2006 0:24:04 GMT -1
Kisah Sahabat: Kejujuran Rasulullah pikat Ikrimah masuk Islam
DARIPADA Abdullah bin Jubair, menceritakan: "Pada hari penaklukan kota Makkah, Ummu Hakim binti Harith bin Hisyam, isteri Ikrimah bin Abu Jahal memeluk Islam. Kemudian Ummu Hakim berkata: "Wahai Rasulullah SAW, Ikrimah melarikan diri ke Yaman kerana bimbang kamu akan membunuhnya. Oleh itu, berilah dia keamanan."
Rasulullah SAW berkata: "Sekarang dia aman." Kemudian Umm Hakim keluar bersama seorang hambanya, keturunan Rom untuk mencari Ikrimah.
Hambanya itu selalu menggoda Ummu Hakim, namun dia sering menolaknya dengan menjanjikannya harapan.
Apabila mereka tiba di perkampungan kabilah `Ak, Ummu Hakim meminta pertolongan daripada penduduk tempatan supaya menangkap hambanya.
Lalu mereka segera mengikat hamba itu dengan tali. Seterusnya, Ummu Hakim meneruskan perjalanan sehingga dia menemui Ikrimah.
Ketika itu dia (Ikrimah) sudah sampai di pantai Tihamah dan menaiki kapal. Sebelum belayar nakhodanya berkata kepada penumpangnya:
"Ucapkanlah kalimah ikhlas. Ikrimah bertanya: "Apa yang harus aku ucapkan." Lalu nakhoda itu berkata: "Ucapkanlah tiada Tuhan melainkan Allah."
Ikrimah berkata lagi: "Tidaklah aku berlari ke sini kecuali disebabkan oleh kalimah itu." Ketika itu tiba Ummu Hakim dan dia memberikan isyarat dengan melambaikan kainnya supaya dilihat suaminya, sambil berteriak: "Wahai Ikrimah, anak bapa saudaraku. Aku datang padamu dari seorang yang paling bersahabat, paling baik dan paling mulia. Janganlah kamu binasakan dirimu begitu saja."
Menyedari isterinya, Ikrimah berhenti (turun dari kapal) sehingga Ummu Hakim dapat menemuinya. Lalu Ummu Hakim berkata: "Aku meminta jaminan keamanan untukmu daripada Rasulullah SAW."
Selepas itu, kedua-duanya kembali ke Makkah.
Ketika Ikrimah dekat dengan kota Makkah, Rasulullah SAW berkata kepada sahabatnya: "Sebentar lagi Ikrimah bin Abu Jahal akan datang. Jangan kamu mengejek orang tuanya kerana akan ejekan orang yang mati akan menyusahkan orang masih hidup, sedangkan orang sudah mati tidak merasainya."
Pada suatu ketika, Ikrimah meminta isterinya melayani keinginan seksnya, tetapi permintaan itu ditolak isterinya, dengan berkata: "Kamu masih kafir, sedangkan aku sudah menjadi orang Islam."
Ikrimah berkata: "Sesungguhnya orang yang melarangmu daripada melayan aku benar-benar perintah yang besar."
Apabila melihat kedatangan Ikrimah, Rasulullah SAW gembira. Kemudian beliau duduk dan sambil berdiri Ikrimah bertanya Nabi SAW: "Wahai Rasulullah SAW, isteri aku menceritakan pada aku, engkau sudah memaafkan aku. Apakah itu benar?" Rasulullah SAW memberitahu ia memang benar.
Kemudian, Ikrimah bertanya lagi: "Apakah itu Islam?" Rasulullah SAW berkata: "Hendaklah kamu mengucapkan kalimah syahadah (naik saksi), bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan sesungguh aku adalah utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat dan seterusnya melaksanakan hukum Islam yang lain."
Selepas itu, Ikrimah mengucapkan kalimah syahadah: "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad SAW itu hamba dan pesuruh-Nya."