Post by jupiteraya on Mar 17, 2005 6:53:57 GMT -1
KAITAN RUKUN ISLAM DENGAN RUKUN IMAN
KAITAN RUKUN ISLAM DENGAN RUKUN IMAN
Seperti kita faham dan sedia maklum…suatu kefahaman yang biasa.
Iaitu: Rukun Islam ada lima perkara:
1. Mengucap 2 kalimah syahaddat “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhamad itu pesuruh (utusan) Allah”.
2. Mendirikan solat 5 waktu.
3. Puasa selama sebulan di bulan Ramadan
4. Mengeluarkan zakat
5. Menunaikan Haji di Mekah
Dan lazimnya begitu tentang rukun Iman:
1. Percaya/beriman kepada Allah.
2. Percaya kepada Rasul.
3. Percaya kepada Al Quran.
4. Percaya kepada Malaikat
5. Percaya kepada Hari Akhirat
6. Percaya Qadha dan Qadar.
Maka dengan itu, umat Islam dewasa kini..memandang enteng ataupun mengambil mudah tentang kefahaman rukun-rukun tersebut. Dewasa kini, merasakan puas hati apabila dapat menunaikan kelima-lima rukun Islam dan mempercayai rukun Iman TANPA mempunyai kefahaman yang lebih jitu dan yang lebih mendalam diantara kedua-dua rukun tersebut..Sebenarnya kedua-dua rukun tersebut mempunyai kaitan diantara satu sama lain.
Sekiranya memahaminya….artikel ini…pastinya setiap orang akan menanyakan kepada diri sendiri mereka..Adakah Aku ini beriman???
Bermulanya disini…..
Rukun bermakna salah satu perkara ditolak atau tidak mempercayai oleh seseorang akan mengakibatkan rosaknya secara keseluruhannya…kita mulakan dengan rukun Iman terlebih dulu……
1. Menolak atau tidak mempercayai Malaikat maka bererti tidak mempercayai Al Quran kerana dalam Al Quran ada menyatakan dlm Al Quran;- Al Baqarah(2):177,Al Baqarah(2):285,An-Nisa(4):136,Ali Imran(3):18. maka dengan itu menolak Al Quran samalah tidak mempercayai Allah kerana Al Quran itu firman Allah.
2. Menolak atau tidak mempercayai Hari Akhirat maka bererti tidak mempercayai Al Quran kerana dalam Al Quran ada menyatakan dlm Al Quran::-Al Mukminum(23):16,Al Hajj(22):6-7,Yassin(36): 78-79,Al Waqi’ah(56):49-50. maka dengan itu menolak Al Quran samalah tidak mempercayai Allah kerana Al Quran itu firman Allah.
3. Menolak atau tidak mempercayai Qadha dan Qadar maka bererti tidak mempercayai keputusan Allah (Qadha) yang menimpa keatas dirinya dan Ketentuan Allah (Qadar) yang telah takdir keatas dirinya…ke atas manusia, alam dan kehidupan ini sunnahtullah (peraturan Allah) dalam wilayah (bahagian) perbuatan manusia tidak mampu kuasai, maka menolak Qadha dan Qadar bermakna tidak mempercayai Allah sebagai Maha Pencipta dan Maha Pengatur bagi alam, manusia dan kehidupan ini….
4. Menolak atau tidak mempercayai Rasul maka bererti tidak mempercayai Al Quran kerana Al Quran itu sendiri datang (dibawa) oleh Rasulullah, maka bermakna yang sama tidak mempercayai Allah. Al Quran yang dibawa oleh Muhammad saw adalah bukti kerasulannya (mukjizat yang kekal),
dan Dalam Al Quran pula ada anjuran memerintahkan menaati Rasulullah (dlm surah An Nisa, ayat 80)…dengan juga menolak kepercayaan Rasul bermakna tidak mempercayai Al Quran seterusnya bermakna tidak mempercayai Allah juga.
5. Menolak atau tidak mempercayai Al Quran dengan sendirinya tidak mempercayai Allah. Kerana Al Quran itu adalah Firman Allah dan kalam Allah. Al Quran itu ciptaan Allah bukannya ciptaan Muhammad SAW dan bukanlah ciptaan manusia melainkan ciptaan Allah semata-mata.
6. Menolak atau tidak mempercayai Allah sebagai Maha Pencipta dan Maha Pengatur bagi Alam Semesta, manusia dan kehidupan …maka rosaklah secara total rukun imannya.