Post by kucing mus on Apr 1, 2006 23:48:26 GMT -1
Sebenarnye..........inilah diulangi sejarah terdahulu....kian hampirnye pembukaan Madinah
selaku Negara Islam...ketika sibuknye Rasulullah SAW berdakwah di Mekkah...Baginda dipropagandakan oleh musuhnye....Baginda difitnah....agar orang yang menziarah kota mekkah tidak mendekati Baginda dan Dakwahnye....
Bahkan ditakuti....serta menjauhkan diri daripada dakwah Rasulullah SAW.
Itulah harapan bagi musuh Islam....
Kite ikutilah kisah ini.....
AL WALID BIN AL MUGHIRAH BERSAMA PROPAGANDANYA
Al Walid adalah seorang pemuka Quraisy dan tergolong sebagai ketua kepada pembesar Quraisy yang sangat membenci kepada Usaha Dakwah Rasulullah. Pada waktu itu al Walid terkenal sebagai orang mulia, hartawan, dermawan, dan bangsawan di kota Mekah dan sekelilingnya.
Suatu ketika, Al Walid berkata,”Hari ini telah dekat musim haji. Jadi orang dari luar negeri sudah tentu datang kemari. Oleh itu bagaimanakah sekarang ini, sikap kita menghalang Dakwah Muhammad? Kita harus menentukan satu sikap yang tegas, juga kita harus mempersatukan pendapat terhadap Dakwah Muhammad itu. Sebab, jika kita tidak bersatu pendapat terhadap dakwah Muhammad, tentulah kitalah akan didustakan oleh Jamaah haji yang tertarik oleh dakwah Muhammad nanti”
Ketika itu masing-masing berdiam diri. Lalu salah seorang dari mereka berkata,"Kemukakan pendapat tuan (Al Walid) terlebih dahulu! Kami ingin mendengarnya";
Al Walid berjawab,”Oh! Janganlah begitu, pendapat saudara-saudara dan kawan-kawanlah yang aku minta lebih dulu”
Kemudian salah seorang dari mereka menjawab,”Pada pendapat saya, kata-kata yang kerapkali dibaca oleh Muhammad itu ialah kata-kata yang dibuat oleh seorang kahin (maksudnya seorang ahli ramal)”
Al Walid menjawab,”Demi Allah, Muhammad bukan seorang peramal, kerana kita telah mengetahui segala sesuatu yang berkenaan dengan diri tukang ramal, padahal suara tukang ramal itu tidak seperti itu.”
Seorang lagi kemukakan pendapatnya,”Muhammad itu orang gila dan biasa dibacakannya atau diucapkannya itu dari ucapannya sendiri, yang dikeluarkan semau-maunya, asal lidah dan bibirnya berkata-kata dengan tidak berfikir terlebih dulu”
Al Walid menjawab,”Demi Allah! Muhammad itu sungguh bukan orang yang gila dan bukannya orang miring (sewel) otaknya. Sudah tentu ia seringkali berkelakuan mengejar-ngejar orang lain, memukul orang, melempari (membaling) barang kepada orang lain dan sebagainya. Dan perkataannya yang diucapkannya sudah barang tentu tidak teratur, bukan? Padahal perkataan yang diucapkannya sangat teratur, susunan kata sangat rapi dan rasanya ucapkannya sangat menarik”
Lalu seorang pun memberi pendapatnya,” Kita katakan sahaja, Muhammad itu ahli sihir, sudahlah”
Al Walid menjawab,” Demi Allah, Muhammad itu bukan ahli sihir, kerana kita telah mengerti bahawa ahli sihir itu tidaklah demikian, ahli sihir itu tidak seperti itu, bukan? Dan siapa yang pernah disihirkannya”
Para hadirin, diam seketika. Memandangkan tiada satu hujah yang logik dapat diterima oleh akal mereka, bahkan tiada sokongan yang banyak (majoriti) dikalangan para hadirin sekelian.
Kemudian, kesunyian itu dipecahkan dengan seseorang yang memberikan satu pendapatnya,”Muhammad itu adalah seorang pembohong besar dan seorang penipu”
Al Walid selaku seorang ketua pun menjawab,”Demi Allah!,Muhammad itu bukanlah seorang yang pembohong dan bukanlah seorang yang penipu. Adakah diantara kita pernah ditipu ataupun dibohonginya?. Bahkan kita masing-masing telah mengetahui bahawa Muhammad itu sejak kecil lagi telah terkenal dengan sebutan Al-Amin (yang Benar). Siapakah diantara saudara-saudara yang tidak kenal bahawa dia Al-Amin??"
Para hadirin bertambah binggung dan resah. Akhirnya Abu Jalal tampil dihadapan Al Walid sambil berkata,”Wahai bapa saudaraku, Sekarang ini bagaimanakah pendapat Kamu? Apakah yang hendak tuan hendak katakan terhadap Muhammad dan yang biasa dibacakannya??”
Para hadirin ternanti-nanti pendapat Al Walid terhadap Muhammad dan perkataan yang biasa diucapkannya (yakni Al Quran) Al Walid pun menyahut,”Tinggalkan aku sebentar, aku hendak berfikir terlebih dulu”
Akhirnya Al Walid memberi keputusan dan berkata,”Bahawa sesungguhnya dalam perkara ini yang lebih dekat kebenarannya ialah orang yang mengatakan bahawa,’Dia (Muhammad) itu tukang sihir, tetapi sihirnya adalah sihir yang membekas pada orang lain. Tidakkah kamu sekelian melihat, ia datang dengan membawa perkataan (maksud Walid itu AL Quran), itulah sihir, lalu dapat menceraikan antara seseorang dengan bapaknya, antara seseorang dengan anaknya, antara seseorang dengan saudaranya, antara seseorang dengan isterinya, antara seseorang dengan keluarganya, antara seseorang dengan temannya”.
Sesudah mendengar pendapat Al Walid itu. Kesemua para hadirin bersorak dan riuh rendah kerana menyokong apa yang dikatakan oleh Al Walid. Mereka kesemuanya mempersetujuinya kerana pendapat Al Walid itu lebih logik dan boleh diterima akal manusia.
Selanjutnya setelah mereka mendengar pendapat Al Walid itu dan mempersetujuinya,maka merekapun bersatu dengan satu pendapat untuk menghalangi usaha dakwah Rasulullah yang hendak diserukan kepada orang yang mengerjakan haji pada masa itu.
Berhubungan dengan peristiwa itu, Allah telah memberitahu kepada Rasulullah saw dan menurunkan wahyunya kepada Rasulullah saw yang berbunyi,:
“Biarkan Aku (Allah) sendiri bertindak terhadap orang yang Aku telah ciptakannya sendirian.Dan Aku jadikan baginya harta yang banyak, anak-anak yang selalu bersama-sama dia, dan Aku lapangkan baginya (rezeki dan kekuasaan) dengan selapang-lapangnya, kemudian dia ingin sekali supaya Aku menambahnya. Sekali-kali tidak (akan Aku tambahnya), kerana sesungguhnya dia menentang ayat-ayat Kami (Al Quran) . Aku akan membebaninya mendaki pendakian yang memayahkan. Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkannya (apa yang ditetapkannya), maka celakalah dia!,Bagaimanakah dia menetapkan? Kemudian dia memikirkan, sesudah itu dia bermasam muka dan merengut, kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri, lalu dia berkata,’(al Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari (dari orang dulu kala), ini tidak lain perkataan manusia’. Aku akan memasukkannya ke dalam (Neraka Saqar). Tahukah kamu apakah (Neraka) Saqar itu? (Neraka) Saqar itu tidak meninggalkan dan membiarkan. (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia. Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaganya)”
[Qs Al Mudatstsir(74):11-30]