Post by khalid bin lukman on Mar 30, 2006 8:40:59 GMT -1
Sebagaimana telah diwar-warkan oleh sejumlah media, bahawa Tony Blair, Perdana Menteri Britain, pada tanggal 29/3/2006 berkunjung ke Indonesia, dan dijadualkan akan bertemu dengan para pemuka agama dan penguasa di negeri ini. Berkenaan dengan itu, ada dua point yang perlu ditegaskan:
1- Britain adalah negara penjajah, sejak dulu hingga sekarang. Berdasarkan prinsip imperialisme-nya, Britain membangun (polisi) hubungan luar negerinya. Tidak ada kawan dan lawan yang kekal bagi Britain, selain kepentingan. Bersama-sama dengan Amerika dan sekutunya, termasuk Australia, Britain telah melakukan pendudukan (occupation) secara tidak sah (illegal) terhadap Iraq, dan menggulingkan ejennya sendiri, Saddam Hussein, demi mempertahankan kedudukannya di kawasan tersebut. Kerananya, mereka juga sanggup melakukan apapun, termasuk berada di belakang pengeboman pasar, masjid dan tempat-tempat umum, yang kemudian mereka tuduhkan kepada Syiah dan Sunni, seperti yang terjadi di masjid Askariyah, Sammarra, agar mereka saling bermusuhan supaya tetap dapat dikawal dan terus dijajah.
2- Britainlah yang telah menghancurkan negara kaum Muslim di seluruh dunia, ketika menghancurkan Khilafah Islam di Turki. Ketika itu, Menteri Luar Negerinya, Lord Curzon, menyatakan Turki sudah dihancurkan, dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritualnya: Khilafah dan Islam. Kerana itu, melalui Menteri Dalam Negerinya, Charles Clarke (5/10/2005), dengan tegas Britain menyatakan tidak ada kompromi dengan syariat Islam dan Khilafah. Bahkan, Tony Blair (16/7/2005), telah menyebut Islam sebagai ideologi syaitan (evil ideology).
Berdasarkan kenyataan di atas, maka Hizbut Tahrir Indonesia menyatakan, bahawa:
1- Tidak layak bagi kaum Muslim ---baik para pemuka agama maupun penguasa di negeri ini--- untuk memperlakukan Britain, selain sebagai penjajah; yang dari berbagai ucapan dan tindakan mereka telah membuktikan permusuhannya terhadap Islam dan kaum Muslim. Allah Subhanahu wa ta'ala telah mengingatkan:
Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (Q.s. Ali Imran [03]:118)
2- Kaum Muslim ibarat satu tubuh, maka penderitaan yang mereka alami akibat pendudukan Britain, Amerika dan sekutunya di Iraq, pasti juga dirasakan oleh kaum Muslim yang lain, termasuk di Indonesia. Kerana itu, negara-negara penjajah itu perlu segera meninggalkan negeri-negeri kaum Muslim yang mereka duduki dan mereka jajah. Jika tidak, Khilafah Rasyidah yang ---dengan izin Allah akan segera berdiri--- akan membebaskannya.
Ketika itulah, orang-orang Mukmin akan bergembira dengan pertolongan Allah. (Q.s. Rum [30]: 4-5)
Wassalam
Jurubicara Hizbut Tahrir Indonesia