Post by ikan patin on Dec 8, 2005 3:20:41 GMT -1
PRK Pengkalan Pasir
Manifestasi Kedangkalan Umat Berpolitik
Beduk Pilihanraya Kecil (PRK) bergema dari Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan secara rasmi pada 7 November 2005 tatkala Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan tarikh ‘penentu’ iklim politik Kelantan pada 6 Disember nanti. Rentetan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (N.12) Pengkalan Pasir Wan Abdul Aziz Wan Jaffar pada 31 Oktober lalu, sejumlah 18411 pengundi digerakkan untuk membuang undi pada tarikh yang dinyatakan. PRK tersebut merupakan tradisi politik yang diamalkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
Dalam senario politik negeri Cik Siti Wan Kembang, BN merupakan pembangkang kepada parti pemerintah PAS sejak peralihan kuasa 1991. Kini, PAS menghadapi getir apabila diserang hebat oleh BN yang mengidamkan sebuah lagi kerusi untuk mendesak kata dua kepada PAS, mewujudkan sebuah kerajaan campuran atau membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi sebuah pilihanraya negeri pula diadakan. Ditambah pula dengan kemenangan tipis PAS, majoriti 55 undi dalam pilihanraya umum 2004 yang lepas, BN bertambah yakin meraih kemenangan dalam PRK kali ini.
Lantaran tercetusnya musim PRK, kedua-dua pihak parti mula mengatur strategi dan persiapan untuk menghadapi gelanggang politik sebelum 6 Disember nanti. Pelbagai isu berbentuk serang-balas diutarakan, masing-masing cuba meraih perhatian justeru sokongan dari para pengundi. Polemik cabar-mencabar disusuli dengan isu pembangunan dan sebagainya bermain dibibir-bibir ahli politik.
Suasana begini adalah norma dalam sebuah sistem politik demokrasi. Kemeriahan sebeginilah yang sering dirindui pendokong dan penyokong politik tanah air, kerana PRK membuka laluan fokus mereka bergelut. Siapa menang dialah kudrat !
Bertitik tolak dari peristiwa ini, fokus kepada perjuangan Islam, tulisan ini cuba merungkai permasalahan ini, apakah ianya syar’iy dan rasional terhadap pembelaan nasib umat Islam, samada di Pengkalan Pasir mahupun diluarnya, samada mencorak politik Kelantan mahupun politik umat Islam secara globalnya. Disamping ia diharap menjadi tadahan minda kepada kritikan membina pemikiran Islami yang diperlukan umat kala ini.
Pilihanraya wasilah demokrasi
Secara umumnya, pilihanraya adalah satu proses memilih calon yang bertanding untuk menjadi ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang merupakan institusi eksekutif dalam pemerintahan sesebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen.
Namun secara nisbinya, pilihanraya merupakan satu mekanisme kepada peraihan kekuasaan dari rakyat dalam mana-mana negara yang menjalankan prinsip demokrasi (kebebasan). Tradisi memilih dan mengganti pemimpin rakyat hanyalah melalui kutipan suara majoriti atau pilihanraya samada diperingkat negeri mahupun Parlimen.
Apapun mekanisme yang digunapakai, persoalan dasar yang perlu dititikberatkan ialah halatuju atau objektifnya. Bagi sesetengah pihak, proses pembentukan negara bagi menjalankan politik kenegaraan mengikut kesesuaian dan kehendak semasa menggunakan pilihanraya yang diadakan mengikut tempoh-tempoh tertentu.
Manakala, bagi kaum muslim pula, pembentukan sebuah negara Islam, yang menerapkan seluruh ketetapan-ketetapan Allah Subhanahu wa ta’ala merupakan aspirasi dan impian. Dan untuk tujuan yang murni itu, ramai pejuang-pejuang Islam, lokal mahupun antarabangsa yang memilih pilihanraya sebagai mekanisme meraih kekuasaan politik. Nah, persoalannya, apakah ianya absah dan rasional dalam merealisasikan objektif tersebut ?
Sekilas Hukum Syariat Tentang Pilihanraya
Pilihanraya merupakan perwakilan (wakalah). Hukum asal wakalah adalah mubah (harus). Dalil yang membolehkan wakalah di antaranya hadis sahih riwayat Jabir bin Abdillah. Ia menuturkan,
"Aku hendak berangkat ke Khaybar, lalu aku menemui Nabi saw. Beliau kemudian bersabda: Jika engkau menemui wakilku di Khaibar maka ambillah olehmu darinya lima belas wasaq.”
Dan di dalam peristiwa Bai'at ‘Aqabah II, Rasulullah saw. meminta 12 orang sebagai wakil dari 75 orang Madinah yang menghadap beliau ketika itu yang dipilih oleh mereka sendiri. Riwayat ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah saw. melakukan aktiviti perwakilan (wakalah). Dengan demikian, hukum asal wakalah dalam syariat Islam adalah mubah.
Wakalah yang hukum asalnya mubah tersebut akan sah apabila semua rukun-rukunnya dipenuhi. Jika ada rukun yang tidak terpenuhi maka akad wakalah tersebut menjadi tidak sah, dan kerananya menjadi haram. Rukun-rukun tersebut adalah :
(1) adanya ijab qabul;
(2) pihak yang mewakilkan (muwakkil);
(3) pihak yang mewakili (wakîl);
(4) perkara yang diwakilkan;
(5) bentuk redaksi akad perwakilannya (shighat tawkil).
Semua rukun tersebut wajib bersesuaian dengan syariat Islam.
Meraih kekuasaan dalam Islam
Meraih kekuasaan ertinya menerima kekuasaan atau pemerintahan (istilâm al-hukm). Dalam Islam, kekuasaan itu ada di tangan rakyat. Hal ini ditunjukkan oleh bai’at yang diberikan pihak Sahabat kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan dari pihak rakyat kepada penguasa (Khalifah). Kerana itu, penyerahan kekuasaan mestilah berasal dari rakyat.
Di sisi lain, hukum yang wajib diterapkan adalah hukum Allah Subhanahu wa ta’ala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam Kewajiban ini banyak ditegaskan dalam al-Quran. (Lihat: QS an-Nisa' [4]: 65; QS al-Maidah [5]:50).
Dengan demikian, ada dua kata kunci dalam penerimaan kekuasaan (istilâm al-hukm).
Pertama : penyerahan kekuasaan mesti dilakukan oleh rakyat sebagai pemiliknya. Pengambilalihan kekuasaan dengan paksa bukanlah istilâm al-hukm. Kekuasaan yang diberikan oleh negara kafir imperialis kepada seorang penguasa juga bukanlah istilâm al-hukm.
Kedua : kekuasaan yang diberikan tersebut berupa kekuasaan untuk menerapkan hukum-hukum Allah Subhanahu wa ta’ala Kekuasaan yang diserahkan dalam rangka menerapkan sistem sekularisme bukanlah istilâm al-hukm yang dibenarkan Islam. Jadi, secara sederhana istilâm al-hukm merupakan penyerahan kekuasaan dari rakyat kepada orang-orang yang dipercayainya untuk menerapkan hukum-hukum Islam atas mereka sedemikian rupa.
Revolusi Politik dan Sosial Secara Damai
Dakwah ditujukan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyyah menuju cahaya Islam. Praktik Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menunjukkan bahawa untuk menegakkan Islam secara kâffah mutlak adanya kekuatan yang melaksanakannya. Kekuatan itu adalah pemerintahan (al-hukm). Kerana itu, salah satu tahapan dakwah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah meraih/menerima kekuasaan (istilâm al-hukm).
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam berdakwah di Mekah selama 13 tahun. Selama kurun waktu tersebut majoriti masyarakat Mekah tidak menghendaki tegaknya Islam. Pandangan yang dominan kala itu tetap pandangan (ra’a) jahiliyyah. Kekuatan status quo pun masih kukuh.
Di sisi lain, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk mengajarkan Islam di sana. Berkat pertolongan Allah Subhanahu wa ta’ala, setahun setelah Mus’ab berdakwah di Madinah, 12 orang pemimpin dan tokoh Madinah masuk Islam dan melakukan Bai’at Aqabah I. Penyebaran Islam di Madinah demikian cepat. Mus’ab memberitakan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa kaum Muslim di Yatsrib (Madinah) makin kukuh, berkuasa, dan bertambah kuat. Mereka tidak mendapat gangguan dari orang-orang kafir seperti halnya yang dialami kaum Muslim di Mekah. Pandangan umum (ra’yul ‘am) tentang Islam pun terwujud. Pemikiran dan perasaan kolektif masyarakat Madinah siap untuk diatur oleh Islam. Dokongan para tokoh dan pemilik kekuatan di Madinah pun demikian besar terhadap Islam dan kaum Muslim.
Tahun berikutnya, pada musim haji banyak orang dari Madinah yang datang ke Mekah. Di antaranya adalah 75 orang (73 lelaki, 2 perempuan) pemimpin dan para tokoh kabilah di Madinah yang telah menganut Islam. Mereka melakukan Bai’at Aqabah II. Sebelum bai’at tersebut dilangsungkan, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menyampaikan kepada para pemuka Madinah, “Saya meminta ikrar tuan-tuan untuk membela saya seperti membela isteri-isteri dan anak-anak tuan-tuan sendiri.”
Mereka memahami bahawa bai’at ini berbeza dengan Bai’at Aqabah I. Salah seorang di antara tokoh itu, Al-Bara', lalu berkata, “Rasulullah, kami sudah berikrar. Kami adalah ahli perang dan ahli bertempur yang sudah kami warisi dari keturunan kami.” Hal ini mencerminkan bahawa bai’at yang dikehendaki Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam memerlukan kekuatan dan pembelaan total.
Setelah semuanya siap, mereka pun berbai’at kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Kami berbai’at kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mendengar dan taat dalam keadaan sulit mahupun mudah, lapang mahupun sempit, ataupun saat musibah menimpa kami. Kami tidak akan merampas kekuasaan dari pemegangnya. Kami akan berkata benar di manapun kami berada. Kami juga tidak takut di jalan Allah terhadap celaan para pencela.”
Peristiwa ini mencerminkan adanya proses penerimaan kekuasaan dari masyarakat Madinah-yang diwakili oleh para tokoh mereka-oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Itulah istilâm al-hukm yang dijalani Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam Sejak itu, secara de jure Rasulullahlah pemegang kekuasaan yang diserahkan oleh kaum Muslim, pemegang kekuasaan sebelumnya. Kerana itu, Bai’at Aqabah II dikenal sebagai Bai‘ât al-Hukm , iaitu bai’at yang terkait dengan penyerahan kekuasaan dari masyarakat Yatsrib kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Lalu, peristiwa ini disusuli dengan hijrah kaum Muslim dari Mekah ke Yatsrib. Ditegakkanlah di sana Negara dan Pemerintahan Islam oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Yatsrib pun diubah namanya menjadi Madinah. Jadilah, sejak saat itu secara de facto beliau menjadi kepala Negara Islam Madinah.
Istilâm al-hukm lebih merupakan revolusi sosial dan politik secara damai. Disebut revolusi kerana terjadi perubahan secara cepat dan mendasar. Sejak terjadinya istilâm al-hukm dan pendirian negara di Madinah telah terjadi berbagai perubahan mendasar. Jika sebelumnya, sang pembuat hukum adalah manusia, kini berubah menjadi Pencipta manusia. Hukum-hukum yang berasal dari fikiran manusia Arab pun diganti dengan hukum Allah Subhanahu wa ta’ala Hal ini ditunjukkan dengan turunnya ayat-ayat madaniyah tentang berbagai persoalan umum di Madinah. Peradaban baru pun muncul. Budaya masyarakat Arab yang menghalalkan minuman keras, membunuh bayi perempuan hidup-hidup, menampakkan aurat, pergaulan bebas, pengurangan timbangan dalam perdagangan, dan perzinaan semuanya berubah menjadi haram setelah 'istilâm al-hukm'. Mulai dari peribadatan hingga undag-undang berperang berubah menjadi islami. Istilâm al-hukm mengubah peribadatan kepada manusia menjadi peribadatan hanya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Pada saat konvensi perang saat itu membolehkan segala cara, Islam mengubahnya, di antaranya: tidak boleh membunuh anak-anak, perempuan, dan tua-bangka; tidak boleh membakar kebun; tidak boleh menebang pohon yang tengah berbuah. Hubungan antara kabilah yang sebelumnya dilandasi semangat sukuisme berubah menjadi hubungan yang didasarkan pada aqidah Islam.
Ringkasnya, pemahaman (mafâhim), tolok ukur (maqâyis), dan keyakinan (qanâ‘ât) yang diterapkan di tengah-tengah masyarakat berubah menjadi penerapan mafâhim, maqâyis, dan qanâ‘ât Islam. Perubahan dalam bidang sosial dan politik pun terjadi. Peradaban jahiliyyah diganti dengan peradaban Islam. Dengan demikian, proses perjalanan istilâm al-hukm zaman Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menunjukkan bahawa istilâm al-hukm lebih merupakan revolusi sosial dan politik secara damai, tanpa kekerasan. Itulah revolusi yang dicontohkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, yang mesti ditempuh oleh kaum Muslim dalam mengubah masyarakat hari ini.
Revolusi Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam tersebut menghilangkan illusi sebahagian orang bahawa pergantian kekuasaan mesti dengan pemberontakan melalui kekerasan. Memang, berbagai pergantian kekuasaan dunia saat ini terjadi dengan pemberontakan, baik kekuatannya dari dalam mahupun dari luar negeri. Contohnya Afganistan atau Iraq yang penguasanya dihancurkan secara ketenteraan oleh Amerika. Akan tetapi, istilâm al-hukm yang dicontohkan Nabi merupakan istilâm al-hukm yang beradab, bukan ‘istilâm al-hukm' ala Kapitalisme.
Realiti di atas juga menunjukkan bahawa istilâm al-hukm , sekalipun mungkin saja dilakukan dengan masuk sistem melalui parlimen, tetapi tidak mutlak demikian. Bahkan realiti menunjukkan, perubahan yang diperoleh melalui cara tersebut tidak menghasilkan perubahan mendasar. Indonesia adalah contoh terbaik. Sejak zaman Orde Lama hingga sekarang, sekalipun telah terjadi berkali-kali perubahan rejim, tetap sistem sekularisme-kapitalisme yang diterapkan.
Dengan demikian, istilâm al-hukm dalam Islam yang diperintahkan Allah Subhanahu wa ta’ala bukanlah pengambilalihan kekuasaan dengan pemberontakan berdarah, bukan pula pergantian kekuasaan dengan mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan yang ada dalam sistem yang sedang berjalan. Istilâm al-hukm dalam Islam merupakan penerimaan kekuasaan dari umat oleh orang atau kelompok orang secara damai dan sukarela untuk menerapkan hukum Allah Subhanahu wa ta’ala atas mereka.
Tahapan Menuju Istilâm al-Hukm
Tatkala ini dunia sedang dikuasai oleh ideologi Kapitalisme, yang didasarkan pada aqidah sekularisme. Sekularisme bererti memisahkan agama dari kehidupan masyarakat dan negara. Agama hanya diberikan peran dalam membina spiritualiti manusia. Konsekuensinya, hukum dibuat oleh manusia. Kerana manusia itu bermacam-macam, maka sekularisme menescayakan anggapan bahawa semua ideologi/agama benar. Akibatnya, setiap orang bebas meluahkan apa yang dipercayainya baik, benar, atau maslahat bagi dirinya. Muncullah liberalisme baik dalam sosial, politik, ekonomi, mahupun budaya. Dalam konteks negara, ideologi ini mewujudkan sebuah negara koperat (corporate state), yakni negara yang mengabdi pada kepentingan kapitalisme. Inilah kembar hukum jahiliyyah yang dewasa ini mendominasi dunia.
Jadi, perubahan sosial yang mesti dilakukan adalah mengganti norma kehidupan kapitalistik dengan norma kehidupan Islam. Untuk itu, kepemimpinan kapitalistik mesti diganti dengan kepemimpinan Islam. Dengan kata lain, perlu adanya istilâm al-hukm.
Istilâm al-hukm tidak mungkin terjadi secara tiba-tiba; ia memerlukan proses. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan, proses tersebut mesti melandasi pada prinsip: kekuasaan ada di tangan rakyat (as-sulthân li al-ummah). Ertinya, istilâm al-hukm (penerimaan kekuasaan) bagi penerapan Islam akan terjadi jika ada dokongan majoriti rakyat. Dokongan ini akan semakin kukuh jika pandangan umum di tengah-tengah masyarakat adalah pandangan dan kerinduan untuk menyelesaikan masalah dengan Islam. Jika dokongan dan pandangan demikian terjadi nescaya tidak akan ada pihak manapun yang dapat membendungnya. Di sinilah kewajipan berdakwah yang berkesinambungan untuk menumbuhkan kesedaran umat bahawa satu-satunya penyelesaian bagi krisis multidimensi hanyalah Islam.
Kesedaran politik rakyat seperti itu tidak mungkin terbentuk tanpa adanya organisasi atau parti politik ideologis yang terus berdakwah melakukan penyedaran dan memimpin terjadinya perubahan. Dengan adanya kejelasan konsep dan metod perubahan yang dijalankan organisasi atau parti politik ideologis tersebut, nescaya rakyat akan semakin mudah memberikan dokongan atas dasar kesedaran.
Di sisi lain, fakta sejarah menunjukkan bahawa rejim lama mahupun pihak luar negeri tidak akan berdiam diri. Untuk itu, mutlak diperlukan adanya dokongan kalangan pemilik kekuatan (ahlul quwwah) dari berbagai kalangan, termasuk tentera. Kerana itu, dakwah untuk menumbuhkan kesedaran politik Islam ahlul quwwah menjadi penting juga. Jika dokongan majoriti terwujud, pandangan umum untuk tegaknya Islam terbentuk, organisasi/parti politik ideologis yang memimpin perubahan hidup di dalam masyarakat, disokong pula oleh para ahlul quwwah , maka penerimaan kekuasaan (istilâm al-hukm) dari rakyat oleh orang-orang yang dipercayainya akan menerapkan Islam-menggantikan sistem Sosialisme-Komunisme dan atau Kapitalisme-hanyalah tinggal menunggu saat sahaja.
Teknik istilâm al-hukm dapat beraneka ragam, bergantung pada situasi dan keadaan. Ketika majoriti masyarakat didokong oleh ahlul quwwah menghendaki penerapan Islam dan mencampakkan Sekularisme-Kapitalisme, istilâm al-hukm dapat dilakukan dengan cara masyarakat menuntut penguasa untuk menerapkan Islam dan mengisytiharkan Kekhilafahan. Dapat terjadi beberapa kemungkinan, misalnya:
1. Penguasa telah sedar seraya menyerahkan kekuasaannya kepada pihak yang dikehendaki rakyat untuk menjadi Khalifah. Keadaan demikian 'mirip' dengan saat terjadi Bai’at Aqabah II.
2. Penguasa sedar dan setuju menerapkan Islam. Rakyat pun setuju dengannya. Penguasa yang ada pun melakukan perubahan fundamental dan mengisytiharkan Kekhilafahan.
3. Penguasa tidak sedar akan Islam, bahkan menolak. Oleh kerana kekuasaan ada di tangan rakyat, maka legitimasi penguasa hilang. Rakyat tidak mempercayainya lagi sebagai penguasa. Para tokoh dan ahlul quwwah membentuk ahlul halli wal ‘aqdhi untuk mengangkat seorang khalifah.
Jelaslah kini, istilâm al-hukm merupakan langkah puncak bagi perjalanan dakwah. Keberhasilan tegaknya Islam secara kâffah bergantung pada keberhasilan dalam proses istilâm al-hukm . Kerana itu, persiapan menuju ke sana mutlak dipersiapkan secara matang.
Khatimah
Tanpa dipungkiri lagi, pilihanraya bukanlah haram. Ianya hanyalah sebagai mekanisme dalam mengatur struktur negara seperti yang diteladankan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam peristiwa Bai’at Aqabah II. Namun, yang menjadi kesalahan kini, kemubahannya disalah guna pada bidang yang bertentangan dengan syari’at iaitu sistem politik barat. Dimana pilihanraya dijadikan medan perdebatan, perbalahan bagi meraih kekuasaan seperti yang diamalkan di Malaysia sejak lebih setengah abad lalu. Jika benar-benar ianya merupakan wasilah (mekanisme) bagi mendaulatkan peraturan Allah yakni Islam, maka apakah kewajarannya dalam beberapa perkara berikut :
1. Persekutuan yang namanya Malaysia terikat dengan pelbagai resolusi bersama dan ikatan polisi luar negara dalam pertubuhan/organisasi antarabangsa seperti PBB, Commonwealth, Asean dan sebagainya, yang secara asasnya dikelolakan oleh kufur barat.
2. Beberapa fasal yang kebal dalam Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan konsep legislatif oleh manusia yang sama sekali telah mengambil posisi Allah Subhanahu wa ta’ala sebagai Musyarri’ (legislator).
3. Kuasa persekutuan lebih tinggi dari kuasa negeri yang diikat atas nama Malaysia. (Rujuk perkara 75 Perlembagaan Persekutuan).
Secara rasionalnya, menurut sistem politik semasa tajaan barat, kemenangan mana-mana parti politik yang bertanding dalam PRK mahupun PRU (pilihanraya umum), tidak akan sama sekali mendaulatkan peraturan Allah bahkan aktiviti demikian merupakan jalan untuk melemahkan umat Islam dari aspek ukhuwwah (persaudaraan) dan menjauhkan umat suci ini dari ajaran Islam yang sebenar, yakni politik Islam (Khilafah). Disamping itu, kemenangan sebuah parti politik tidak memberi impak kepada nasib umat sedunia yang kini dirundung kesempitan hidup.
Pada pemikiran umat yang ada masa kini, pilihanraya dianggap menjadi satu-satunya jalan mendaulatkan Islam padahal Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menunjukkan cara (metod) bagi meraih kekuasaan untuk penegakkan sebuah daulah Islam (Khilafah). Cara itulah yang sepatutnya digunakan oleh umat masa kini bukan selainnya. Apakah alasan semasa dan kepentingan seketika menjadi benteng bagi umat Islam kembali memurnikan usaha mereka ? Masihkah lagi bersifir dengan hawa nafsu sedangkan telah terbentang kebenaran didepan mata..
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [QS Ali-‘Imran (3) : 31]
Wassalam