Post by lang buana on Jan 26, 2006 3:07:43 GMT -1
PERMASALAHAN YANG TIDAK DIKEMBALIKAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH
AN-NABAWIYAH AL-MUTAHHARAH.
Pada hari ini – 21 Januari 2006 bersamaan 21 Zulhijjah 1426,Teras
Pengupayaan Melayu(TERAS) telah menganjurkan suatu persidangan
mengenai isu pindaan syeksyen 121(A).Persidangan ini juga melibatkan
berbagai-bagai badan bukan kerajaan (NGO).
Antara tujuan penting persidangan tersebut adalah untuk membincangkan
strategi bertindak bagi menyelesaikan isu yang panas ketika ini iaitu
pindaan syeksyen 121(A).
Walaupun Pak Lah telah membuat keputusan tegas bahawa pindaan
tersebut tidak akan dipinda,masih lagi ramai yang merancang pelbagai
strategi untuk diusulkan kepada pihak-pihak yang berkenaan agar suatu
hari nanti tidak akan berlaku lagi kes-kes seperti ini,kerana isu ini
menyentuh sensiviti umat Islam.Dengan itu,kita dapat rasakan,setelah
isu ini timbul,kita dapati pelbagai pihak dari kalangan umat Islam
amat sensitif dengan isu yang menyentuh hal ehwal keagaamaan Islam
baik dari pihak kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan
(NGO).Mereka merasa tidak puas hati terhadap apa yang telah dilakukan
oleh 9 Menteri yang menyerahkan memorandum luar-biasa kepada PM(Pak
Lah Badawi) agar syeksyen 121(A) dipinda.
Jadi,TERAS mengambil inisiatif untuk membuat suatu persidangan agar
isu ini dapat diselesaikan dengan membincangkan hal tersebut secara
musyawarah atau sebulat suara dan meminta pandangan masing-masing
daripada pihak-pihak yang terlibat dalam persidangan yang dianjurkan
oleh mereka.Saya adalah salah seorang yang terlibat dalam
perbincangan tersebut.Apa yang saya kesal mengenai perbincangan
tersebut adalah kebanyakan mereka yang hadir tidak mencari jalan
penyelesaiannya mengikut perspektif Islam,sebaliknya mereka hanya
memberikan pandangan masing-masing berdasarkan akal semata tanpa
memikirkan bahawa hukum Allah lah yang dapat menyelesaikan segala
permasalahan yang berlaku.Di dalam perbincangan tersebut,tiada
seorang pun yang mencadangkan agar kita kembali kepada Sistem Islam
bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku termasuklah isu
121(A),kecuali ada seorang sahabat ana yang mencadangkan agar kita
kembali kepada Sistem Islam.Kerana dengan wujudnya Sistem Islam,pasti
akan ada kemashlahatan kepada umat Islam.Malahan dapat menghapuskan
segala keburukan dan kerosakan yang berlaku di kalangan umat Islam.
Kaedah syara' ada menyatakan: "Haisuma yakunu Asy-Syar'ie Takunu Al-
Mashlahah." (Di mana ada penerapan dan perlaksanaan hukum syara'
pasti akan ada kemashlahatan.)
Sepatutnya,sebagai umat Islam yang mengaku beriman dengan Allah swt
dan rukun-rukun iman yang lain,maka perlulah merujuk dan
mengembalikan setiap permasalahan yang berlaku berdasarkan Al-Quran
dan Hadis An-Nabawiyah Al-Muthahharah.Sebaliknya,tidak.
Allah swt berfirman: "Maka sekiranya kamu berselisih-pendapat
terhadap sesuatu,hendaklah kamu kembalikan kepada Allah swt(Al-Quran)
dan Rasul-Nya(Hadis),sekiranya kamu beriman dengan Allah swt dan Hari
Akhirat,yang demikian itu lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula
kesudahannya."(Surah An-Nisa'[4]:59)
Tambahan lagi,mereka sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan
undang-undang buatan manusia "syeksyen 121(A)" tersebut agar
dikekalkan tanpa menilai dan memikirkan tentang undang-undang Allah
swt lah yang patut diterapkan dan berhak dilaksanakan dalam
kehidupan.Kerana mereka menganggap bahawa syeksyen 121(A) itu menjaga
kebajikan kepada umat Islam.Dan di dalam Sistem Islam itu juga tidak
akan berlaku dualisme hukum.Sepertimana berlaku pada hari ini.Dengan
adanya Mahkamah Civil dan Mahkamah Syari'ah.
Jadi,mereka sepatutnya mencari jalan penyelesaian mengikut perspektif
Islam,bukannya mengikut akal yang dipandu oleh hawa-nafsu
semata,kerana ini sama sekali tidak akan dapat menyelesaikan segala
permasalahan yang berlaku,malahan akan megundang pelbagai masalah
yang lebih berat lagi serta kemurkaan Allah swt.
Yang lebih menarik lagi,ada segelintir pihak yang menyatakan agar
dibuat satu sticker tentang syeksyen 121(A) dan dilekatkan pada
setiap kenderaan,demi untuk memberi kesedaran dan pemahaman yang
mendalam kepada masyarakat Islam Malaysia agar syeksyen121(A)
tersebut dikekalkan dalam perlembagaan Malaysia kerana syeksyen
tersebut menjaga kebajikan umat Islam.Itulah antara pandangan
mereka.Mereka lebih rela dan sanggup membelanjakan seberapa banyak
wang pun untuk membuat sticker tersebut,demi membela dan
mempertahankan undang-undang buatan manusia tersebut.Beginilah
jadinya,sekiranya umat Islam tidak menjadikan AQIDAH ISLAM sebagai
qa'idah fikrah(landasan berfikir) dan qiyadah fikriyah(kepemimpinan
berfikir) dalam melakukan sesuatu perbuatan.Maka berlakulah
pelanggaran terhadap hukum Allah swt dan juga percampuran antara yang
hak dan bathil.Dan tidak lupa juga,kewajipan kita sebagai umat Islam
adalah untuk mengetahui dengan terperinci setiap hukum perbuatan agar
setiap perbuatan yang kita lakukan dipandu dan dilandaskan oleh
syariat dan aturan Allah swt.
Sehubungan itu,kaedah syara' ada menyatakan yang berbunyi: "Al-Ashlu
Fil Af'al At-Taqayyudu Bil Ahkam Asy-Syar'ie"(Setiap perbuatan
manusia itu adalah terikat dengan hukum-hukum syara').Berdasarkan
kaedah tersebut,setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia terikat
dengan Ahkamul Khomsah yakni hukum taklifi yang lima samada
wajib,mandub(sunat),mubah,makruh dan haram.
Jadi wajib bagi kita sebagai seorang Muslim untuk mengetahui setiap
hukum tersebut.Kerana apabila kita sudah baligh(cukup umur),sempurna
akal fikiran,maka Allah swt telah bebani kita dengan segala perintah
dan hukum syara'.Kita yang sudah baligh dan mempunyai akal fikiran
yang waras,tidak dikecualikan daripada bebanan syara'.Hanya yang
dikecualikan daripada bebanan atau taklif hukum syara' tersebut
adalah 3 golongan sahaja.Sepertimana yang telah dijelaskan oleh Rasul
saw di dalam sabdanya yang bermaksud: "Telah diangkat dosa terhadap 3
golongan iaitu:1).Orang gila sehingga dia waras 2).Kanak-kanak
sehingga mencapai umur baligh 3).Orang yang tertidur sehingga terjaga
dari tidurnya."Al-Hadis….
Maka setiap tasharruf atau tindakan dan strategi yang dibuat sehebat
mana pun bagi menyelesaikan isu tersebut,sudah pasti tidak akan
membawa kebaikan kepada seluruh umat Islam.Melainkan,jika umat Islam
kembali kepada Sistem Islam yang syumul lagi kaffah untuk
menyelesaikan permasalahan tersebut.Sepatutnya,umat Islam perlu kaji
dan selidiki tentang punca berlakunya permasalahan
tersebut.Hakikatnya,
majoriti umat Islam di Malaysia dewasa ini,tidak mengkaji daripada
mana punca berlakunya permasalahan tersebut.Bahkan mereka juga tidak
nampak jalan penyelesaian menurut perspektif syara'.Sebaliknya mereka
menggunakan pendekatan akal yang dipandu oleh hawa nafsu semata untuk
menyelesaikan isu tersebut.Sedangkan,hukum syara' itu diturunkan oleh
Allah swt untuk mengatur setiap kehidupan manusia dan menyelesaikan
segala permasalahan yang berlaku.Setiap permasalahan yang
berlaku,pasti ada jalan penyelesaiannya,sekiranya permasalahan
tersebut diselesaikan mengikut hukum yang telah diturunkan oleh Allah
swt.
Persoalannya,bagaimana Umat Islam di Malaysia dewasa ini nak
menyelesaikan isu 121(A) tersebut.Sedangkan,kalau kita
perhatikan,sistem yang diamalkan di Malaysia adalah sistem (sekular)
demokrasi berparlimen.Maka mustahil bagi umat Islam untuk
menyelesaikan isu tersebut,selagimana sistem demokrasi yang ada
sekarang tidak diubah kepada Sistem Islam (Sistem Khilafah Islmiyah)
kerana sistem demokrasi berasaskan kepada prinsip "As-Siyadah Lil
Ummah" iaitu (Kedaulatan milik rakyat).Di mana,manusia bebas untuk
membuat dan merubah serta meminda undang-undang mengikut hawa nafsu
mereka tanpa tunduk dan taat terhadap hukum dan aturan-aturan Allah
swt.Sedangkan dalam Sistem Islam prinsip asasnya adalah "As-Siyadah
Li Asy-Syarie" iaitu kedaulatan milik syara' yakni penetapan hukum
itu adalah hak Allah swt semata tiada yang berhak untuk menetapkan
hukum selain Allah swt.
Allah swt berfirman: "Sesungguhnya penetapan hukum itu hanyalah milik
Allah swt semata."(Surah Yusuf[12]:40)
Amat mustahil sekali bagi umat Islam untuk menyelesaikan permasalahan
tersebut,sekiranya sistem demokrasi berparlimen tersebut tidak diubah
dan ditukar kepada Sistem Islam yang syumul dan kaffah.Kerana,sistem
demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia memperjuangkan
kebebasan.Kebebasan tersebut adalah:
1). KEBEBASAN BERAGAMA
2). KEBEBASAN BERSUARA
3). KEBEBASAN BERTINGKAH-LAKU
4). KEBEBASAN BERPEMILIKAN (HAK-MILIK)
Berdasarkan kebebasan tersebut,maka siapa sahaja boleh bebas
bersuara,bebas mengutuk dan mengkritik Islam spertimana kes Farish
Noor yang menghina Nabi Muhammad SAW,bebas memeluk mana-mana agama
yang disukainya,bebas bergaul antara lelaki dan wanita serta juga
bebas
ber-hakmilik samada melalui mencuri atau penipuan dsb.Malahan undang-
undang perlembagaan Malaysia pula akan melindunginya.Dan tiada siapa
yang berhak menghalangnya.Barangsiapa yang menghalangnya,maka dia
akan dikenakan tindakan undang-undang.Begitu lah,sistem demokrasi
(sekular) yang diamalkan Malaysia sekarang ini.
Semuanya ini bercanggah 100% dengan Islam,sebab ini bukan
datangnya daripada Allah swt dan Rasul-Nya.Di dalam Islam tidak boleh
ada kebebasan mutlak bagi setiap hamba Allah swt.Setiap insan terikat
dengan aturan-aturan yang telah diturunkan oleh Allah swt sebagai Al-
Khaliq dan Al-Mudabbair yakni pencipta dan pengatur seluruh alam.
Khatimah
Janganlah kita jadi pejuang sistem-sistem kufar.Jadilah pejuang
Sistem Islam yakni Sistem Khilafah Islamiyah.Hanya dengan Sistem
Khilafah sajalah,setiap aturan dan hukum-hukum Allah swt dapat
diterap dan dilaksanakan secara KAFFAH dan menyeluruh ke atas kaum
muslimin seluruhnya.Demikian juga,Sistem Khilafah Islamiyah inilah
yang dapat merungkai dan menyelesaikan segala permasalahan umat Islam
yang berlaku dewasa ini.Marilah sama-sama kita perjuangkan sistem
yang dapat memberi keamanan dan membela nasib umat Islam sepenuhnya
iaitu dengan menegakkan Daulah Khilafah Islamiyah yang telah lama
lenyap dan hilang dari muka bumi Allah swt ini.Sejarah telah
membuktikan kegemilangan dan kemajuan serta kehebatan umat Islam yang
berada di bawah naungan Sistem Khilafah lebih kurang 14 abad sejak
zaman Rasul saw di Madinah sehinggalah runtuhnya Daulah Khilafah
Turki Uthmaniyah pada 3 Mac 1924.Setelah runtuhnya Daulah Islam
tersebut,maka seluruh umat Islam ditimpa pelbagai malapetaka dan
musibah.Sepertimana halnya yang berlaku pada umat Islam hari
ini,khususnya di Palestin,Chechen,Iraq,Bosnia dan sebagainya,kerana
tidak ada khalifah yang nak membela nasib umat Islam.Maka umat Islam
hidup dalam kesengsaraan,
ketakutan dan kehinaan.Sebagai umat Islam yang mengambil berat
terhadap saudara sesama Islam,hendaklah sama-sama berjuang
mengembalikan Sistem Khilafah Islamiyah agar nasib umat Islam dibela
seluruhnya dan hidup dalam keadaan yang aman damai sepertimana
kehidupan umat-umat Islam sebelum ini yang hidup di bawah Sistem
Islam.Bukan setakat umat Islam sahaja yang dapat keamanan dan
keistimewaan,bahkan kafir zimmi yang hidup di bawah naungan Sistem
Khilafah Islamiyah pun mendapat hak yang sama sepertimana kaum
muslimin.Inilah Sistem Pemerintahan Islam yang diinginkan oleh
seluruh umat iaitu Sistem Khilafah Islamiyah.
Wallahu 'Azza Wa Jalla A'lam Bisshowab