Post by super on Oct 13, 2009 21:58:42 GMT -1
White House kecam Fox News
WASHINGTON 13 Okt. - White House melancarkan serangan balas ke atas pengkritiknya dalam media, terutamanya rangkaian Fox News yang dituduh melancarkan 'perang terhadap Presiden Barack Obama'(gambar).
Pengarah Komunikasi White House, Anita Dunn mengetuai serangan balas itu dengan muncul di televisyen CNN dan menjalankan wawancara dengan majalah Time dan akhbar New York Times sejak beberapa hari lalu untuk mengutarakan hujah beliau.
White House melancarkan kempen luar biasa tersebut ketika Obama menghadapi tentangan semakin hebat terhadap pelan beliau untuk merombak sistem penjagaan kesihatan Amerika Syarikat (AS), kebimbangan semakin meningkat mengenai situasi di Afghanistan serta keadaan ekonomi terus lesu.
Presiden itu juga mengalami tamparan baru-baru ini apabila penglibatan beliau sendiri dalam kempen Chicago untuk diterima sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2016 ditolak dan pemilihan beliau sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel tahun ini mendapat lebih banyak kritikan daripada sanjungan.
Bercakap mengenai Fox News milik ketua News Corp., Rupert Murdoch, Dunn memberitahu New York Times dalam wawancara yang disiarkan semalam bahawa 'kami akan memperlakukan mereka seperti kami memperlakukan lawan'.
"Memandangkan mereka melancarkan perang ke atas Barack Obama dan White House, kita tidak perlu berpura-pura bahawa beginilah caranya organisasi berita yang sah menjalankan operasi," kata Dunn, seorang pakar strategi komunikasi Parti Demokrat yang menyertai White House pada Mei lalu.
Dunn dalam kenyataannya kepada majalah Time beberapa hari lepas menuduh Fox 'mengamalkan kewartawanan untuk mengemukakan pendapat yang menyamar sebagai berita'.
"Mereka berjaya meningkatkan bilangan penonton mereka, tetapi itu tidak bermakna kami akan duduk diam," katanya.
Ketika muncul di CNN kelmarin, Dunn berkata, 'hakikatnya Fox News sering beroperasi sebagai cabang penyelidikan atau cabang komunikasi Parti Republikan'.
Beliau berikrar White House tidak akan menjadi 'pemerhati pasif' sedangkan penentangnya cuba 'menjatuhkan Presiden dan pentadbiran beliau'.
"Kami akan menyerang balas," ujar Dunn.
Pengarah Pusat bagi Politik di Universiti Virginia, Larry Sabato berpendapat, White House menyerang Fox News 'kerana anggota Parti Demokrat mula mengkritik Obama'.
"Dunia diharap berubah dalam masa sebulan tetapi perubahan tidak berlaku, kerana itu jika anda berada dalam kedudukan mereka dan anda perlu menaikkan semula semangat penyokong, anda perlu mencari musuh bersama," kata Sabato. - AFP