Post by Jepun pancung on Oct 12, 2005 15:52:10 GMT -1
SUMBER PERUNDANGAN ISLAM
2) SUNNAH
Definisi:
a) Bahasa
“Jalan (amalan) yang sering dilakukan samada baik atau jahat”
Hadith:
“Barangsiapa yang melakukan Sunnah yang baik dia akan mendapat ganjaran pahala serta pahala mereka yang melakukan amalan yang sama dengan sebabnya sehingga hari kiamat dan barangsiapa yang melakukan Sunnah yang jahat maka dia akan mendapat dosa dan dosa orang yang melakukan perbuatan tersebut dengan sebabnya sehingga hari kiamat”
b) Istilah:
“Apa yang keluar dari Nabi saw selain dari Al-Qur’an samada berbentuk PERKATAAN, PERBUATAN atau PENGAKUAN”
BUKTI SUNNAH SEBAGAI SUMBER PERUNDANGAN YANG DIIKTIRAF
Al-Qur’an:
a) “Nabi tidak berkata-kata mengikut hawa nafsunya kecuali apa yang diwahyukan oleh Allah” (Al-Najm: 63:3)
b) “Katakanlah (wahai Muhammad), taatilah Allah dan RasulNya. Jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir” (Ali Imran: 32)
c) “Apa yang dibawa kepadamu oleh Rasul hendaklah kamu ambil (mengamalkannya) dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu meninggalkannya” (Al-Hashr : 7)
d) “ Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasulnya (Al-Sunnah) (Al-Nisa’ 59)
e) “Dan tidak ada pilihan bagi orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara mempunyai hak untuk memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka” (Al-Ahzab: 36)
Al-Sunnah
“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara di mana jika kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah dan Sunnahnya”
Ijma’
Seluruh para sahabat bersepakat (ijma’) bahawa beramal dengan sunnah adalah wajib. Sunnah telah diamalkan sejak zaman permulaan Islam sehingga ke hari ini sebagai sumber perundangan kedua selepas Al-Qur’an dan tidak di dapati sesiapapun yang membantahnya. Beramal dengan Sunnah adalah merupakan suatu tuntutan yang wajib dilaksanakan kerana ianya berkait rapat dengan keimanan. Tidak sah keimanan seseorang yang hanya percaya serta beramal dengan Al-Qur’an tetapi ingkar serta enggan mengamalkan Sunnah.
TINGKAT KEKUATAN SUNNAH
Kekuatan Sunnah banyak bergantung kepada cara sesuatu Sunnah itu dipindahkan daripada Nabi. Sunnah itu akan mendapat kedudukan yang tinggi jika jumlah perawinya ramai sehingga mustahil berlakunya penyelewengan atau pendustaan tentang kebenaran sunnah itu. Tetapi sesuatu Sunnah akan menjadi rendah mertabatnya jika perawinya kurang meskipun sunnah itu benar-benar datang daripada Nabi saw.
a) Sunnah Mutawatirah
“Sunnah yang diriwayatkan (narrated) dari Nabi saw oleh jumlah perawi (narrator) yang ramai yang mana jumlah itu menjadikannya mustahil untuk dibohongi. Hadith ini kemudiannya berpindah pula kepada orang lain dengan cara yang sama”. Di antara contoh sunnah-sunnah yang berbentuk praktikal yang masuk di dalam katagori ini ialah jumlah nisab yang wajib dikeluarkan, cara menunaikan solat serta rukunnya, cara-cara mengerjakan haji. Sunnah di dalam katagori ini membawa kepada keyakinan tentang kebenarannya. Lantaran itu beramal dengan hukum-hakam yang dikeluarkan oleh sunnah mutawatirah adalah wajib sama seperti yang dikeluarkan oleh Al-Qur’an.
b) Sunnah Masyhurah
“Sunnah yang diriwayatkan dari Nabi saw oleh satu orang atau dua orang ataupun jumlah yang tidak sampai ke had mutawatir tetapi sunnah ini kemudiannya menjadi masyhur dan selepas itu diriwayatkan pula oleh jumlah yang sampai ke tahaf mutawatir di zaman tabi’in serta tabi’ tabi’en” Sunnah ini diterima sebagai sumber perundangan yang diyakini kebenarannya menurut Mazhab Hanafi tetapi tidak sama tahafnya dengan sunnah mutawatirah.
c) Sunnah Ahad
“Sunnah yang diriwayatkan oleh hanya sejumlah perawi yang tidak sampai ke tahaf mutawatir dan tidak pula menjadi masyhur” Sunnah Ahad menghasilkan hukum yang disangka benar dan wajib diamalkan kerana ianya memang datang daripada Nabi saw.
PEMBAHAGIAN SUNNAH
a) Sunnah Qauliyyah (Perkataan)
Sunnah ini lebih dikenali dengan hadith. Contoh: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, jika tidak terdaya maka hendaklah menggunakan lidahnya dan jika tidak terdaya juga maka hendaklah menggunakan hatinya. Demikian itu adalah selemah-lemah iman”
b) Sunnah Fi’liyyah (perbuatan)
Perbuatan yang dilakukan oleh Nabi saw seperti perbuatan Nabi di dalam solat, mengerjakan haji.
c) Sunnah Taqririyyah (pengakuan)
Nabi berdiam diri tanpa mengatakan sesuatu atau melakukan sesuatu. Ini menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah harus kerana Nabi saw tidak akan melakukan sesuatu perbuatan yang salah selama-lamanya. Contoh: Nabi membiarkan kanak-kanak bermain di dalam masjid, sahabat memakan dhab.
ADAKAH SEMUA SUNNAH SYARIAT?
Tidak semua yang keluar dari Nabi dikira Syariat. Sunnah Nabi di dalam konteks ini terbahagi kepada dua bahagian:
1) Nabi sebagai se orang utusan Allah. Segala apa yang keluar dari Nabi di dalam katagori ini dikira sebagai Syariat dan ini disepakati oleh semua ulama’ tanpa sebarang percanggahan. Ini termasuk PERKATAAN, PERBUATAN dan PENGAKUAN Nabi.
2) Nabi sebagai se orang Insan. Apa-apa yang keluar dari Nabi seperti pengalaman baginda di dalam urusan-urusan keduniaan tidak dikira sebagai Syariat. Contoh: Campuran benih pokok tamar. Nabi pada suatu ketika pernah memberi pandangan agar tidak dilakukan tetapi akibatnya pohon tamar tidak mengeluarkan buah seperti biasa lalu hal ini diberitahu kepada baginda lantas baginda bersabda:
“Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu”
Termasuk juga di dalam katagori ini ialah perbuatan Nabi seperti makan dan minum yang merupakan satu perkara natural yang dilakukan oleh manusia. Walaubagaimanapun, cara makan minum Nabi, cara berdiri dan duduk serta cara baginda tidur dikira sebagai amalan yang sunat jika ianya dilakukan dengan niat untuk mengikuti cara yang dilakukan oleh Nabi kerana umat Islam sentiasa digalakkan agar sentiasa mengikuti perbuatan-perbuatan Nabi dan menjadikan baginda sebagai role model di dalam kehidupan. Namun jika kita meninggalkan perkara tersebut dan melakukannya menurut cara kita sendiri seperti makan menggunakan sudu dan garpu dan sebagainya maka ianya adalah dibenarkan dan tidak dianggap berdosa.
Begitu juga halnya dengan pengalaman baginda di dalam urusan-urusan peperangan, perniagaan juga tidak dianggap sebagai Syariat. Contoh: Nabi pernah menurut pandangan salah se orang para sahabat yang mahu supaya tentera Islam dipindahkan ke tempat lain yang bercanggah dengan pandangan Nabi.
Selain dari itu perbuatan yang dikhususkan kepada Nabi seperti berkahwin lebih dari empat orang, kewajipan menunaikan solat tahajjud, menerima Khuzaimah se orang sebagai saksi yang menyalahi peraturan biasa yang memerlukan dua orang saksi juga tidak dikira sebagai Syariat.
JENIS-JENIS HUKUM YANG DILKELUARKAN OLEH SUNNAH
a) Hukum hakam yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh Al-Qur’an untuk tujuan sokongan. Contoh: “Tidak halal mengambil harta seseorang Muslim itu kecuali dengan cara yang baik” Sunnah ini bertepatan dengan ayat Al-Qur’an: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu memakan harta di antara kamu dengan cara yang salah (batil) kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan dengan cara redha meredhai di kalangan kamu” – Al-Baqarah: 188
b) Hukum hakam yang menerangkan secara lebih terperinci hukum-hukum yang diterangkan secara ringkas di dalam Al-Qur’an seperti hukuman potong tangan disebut di dalam Al-Qur’an (Lelaki dan wanita yang mencuri maka hendaklah kamu memotong tangan mereka” – Al-Maidah: 38). Tidak diterangkan nisab bagi harta yang dicuri di dalam Al-Qur’an tetapi diterangkan oleh sunnah seperti sabda Rasulullah (“tidak dikenakan hukuman potong tangan kecuali sampai ¼ dinar dan ke atas”)
c) Membatalkan nas yang mutlak
Contoh: “Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka hendakah dipotong tangan kedua mereka” – Al-Maidah: 38
Perkataan “tangan” di dalam ayat adalah meluas yang merangkumi tapak tangan sehingga ke bahu. Jadi sunnah di dalam konteks ini menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan tangan di dalam ayat ini ialah pergelangan tangan.
d) Mengkhususkan hukum yang umum
Contoh: “Diharamkan ke atasmu bangkai” – Al-Maidah: 3
Sunnah di dalam hal ini telah menghususkan hukum bangkai dengan menyatakan bahawa bangkai hidupan laut seperti ikan, udang dan lain-lain tidak termasuk di dalam hukum tersebut Sabda Rasulullah: “ Air laut adalah bersih dan begitu juga bangkai yang mati di dalamnya”
e) Mengeluarkan hukum tersendiri
Sunnah selain daripada berfungsi dengan fungsi-fungsinya diterangkan di atas juga mengeluarkan hukum-hukum yang tidak dikeluarkan oleh Al-Qur’an. Ini kerana Sunnah adalah merupakan sumber perundangan tersendiri seperti Al-Qur’an. Ini dinyatakan oleh Rasulullah : “ Sesungguhnya aku di datang Al-Qur’an dan yang seumpamanya (sunnah)”. Contoh: Pengharaman binatang yang mempunyai taring, pengharusan gadaian, kewajipan membayar diyat ke atas keluarga, berhukum berdasarkan kepada penyaksian dan sumpah dan lain-lain.
KEDUDUKAN SUNNAH
Sunnah – sumber perundangan – tempat kedua selepas Al-Qur’an.
Mujtahid – mencari hukum di dalam Al-Qur’an sebelum merujuk kepada Sunnah
Dalil: Mu’az ditanya oleh Rasulullah saw – “Bagaimana kamu berhukum jika kamu berhadapan dengan satu-satu masalah”. Jawab Mu’az: “Aku akan berhukum dengan kitab Allah (Al-Qur’an)” Kata Nabi: “Jika tiada hukum di dalam Al-Qur’an? “ Muaz:
“ Aku akan berhujjah dengan Sunnah”
Omar RA menulis kepada Qadhi Shuraih : “ Apabila kamu berhadapan dengan sesuatu perkara hendaklah kamu berhukum dengan kitab Allah dan jika tidak ada maka hendaklah kamu berhukum dengan Sunnah Rasulullah” – tidak ada khilaf di dalam masalah ini.