Post by Jepun pancung on Oct 12, 2005 15:45:25 GMT -1
IMAM-IMAM MAZHAB
a) IMAM ABU HANIFAH
Nama beliau ialah Al-Nukman bin Thabit Al-Kufi yang berasal dari Farsi (Iran). Dilahirkan pada tahun ke 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah di Baghdad. Pada peringkat awal remajanya beliau terlibat di dalam perniagaan dan amat terkenal sebagai se orang yang amanah serta tidak suka menipu tetapi akhirnya meninggalkan bidang perniagaan dan beralih kepada bidang ilmu dan diantara ilmu-ilmu yang beliau pelajari ialah ilmu Tauhid, Hadith dan Fiqh. Namun beliau lebih cenderung kepada ilmu Fiqh. Di antara guru-guru beliau ialah Hamamd bin Abi Sulaiman se orang ahli Fiqh di Iraq yang cenderung kepada penggunaan pendapat serta ijtihad. Selain dari Hammad beliau juga belajar dari Alqamah bin Qais Al-Nakha’I yang mendapat ilmu fiqh dari salah se orang dari sahabat Nabi yang terkenal dengan kehebatan ilmu Fiqhnya serta mempunyai ijtihad serta pandangan yang hebat iaitu Abdullah bin Mas’ud. Jadi tidaklah menhairankan kenapa Imam Abu Hanifah turut mempunyai kecenderungan di dalam menggunakan ijtihad serta pandangan di dalam mengeluarkan hukum hakam. Bahkan Imam Abu Hanifah dianggap sebagai ketua Ahli Al-Ra’yi yang begitu terkenal di Kufah.
ABU HANIFAH DAN HADITH
Beliau begitu banyak menggunakan kaedah Qiyas di dalam mengeluarkan hukum hakam serta mengenal pasti illah (sebab) daripada nass. Oleh kerana beliau lebih cenderung menggunakan pemikiran serta ijtihad, maka beliau telah dituduh tidak mengambil berat tentang hadith. Namun tuduhan ini adalah tidak benar kerana beliau sebenarnya amat mengambil berat tentang hadith cuma beliau meletakkan syarat-syarat yang amat ketat di dalam pengambilan hadith dan ini adalah kerana terdapat terlalu banyak penyelewengan terhadap hadith di Iraq pada masa itu. Abu Hanifah lebih cenderung menggunakan Ijtihad dari mengambil hadith ahad kerana tidak banyak hadith yang sampai kepada beliau dan jika sampai hadith tersebut kepada beliau hadith tersebut pula tidak mempunyai sandaran yang kukuh untuk diterima sebagai hujah. Lantaran itu beliau lebih suka menggunakan ijtihad beliau daripada mengambil hadith yang tidak pasti kesahihannya.
ANAK-ANAK MURID ABU HANIFAH
Di antara anak-anak murid Abu Hanifah yang terkenal ialah Abu Yusuf dan Muhammad bin Al-Hasan. Mereka adalah pendokong mazhab Hanafi dan menulis kitab-kitab yang bercampur aduk antara pendapat Abu Hanifah dan pendapat mereka sendiri. Mereka bukan ahli taqlid kepada Imam Abu Hanifah akan tetapi mereka adalah ahli ijtihad (mujtahidin) yang mempunyai cara tersendiri di dalam mengeluarkan hukum. Pendapat yang mereka keluarkan adakalanya bercanggah dengan pendapat Imam mereka iaitu Abu Hanifah namun begitu semua pendapat itu disandarkan kepada Mazhab Hanafi
IMAM MALIK BIN ANAS
Beliau ialah Imam Malik bin Anas Al-Asbahi berasal dari Yaman. Dilahirkan pada tahun 93 Hijrah. Keluarganya berpindah ke Madinah dan menetap di sana sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah.
Beliau mempelajari Fiqh dan Hadith daripada beberapa orang guru di antaranya ialah Abdul Rahman bin Hurmuz, Muhammad bin Muslim bin Syihab Al-Zuhri, Abu Al-Zinad Abdullah bin Zakwan, Yahya bin Said, Rabi’ah bin Abdul Rahman, Jaafar bin Mohammad Al-Baqir dan lain-lain. Penguasaan Imam Malik di dalam bidang Fiqh dan Hadith melayakkan beliau mengeluarkan fatwa serta mengajar orang ramai di Madinah. Kehebatan Imam Malik di dalam bidang Fiqh dan Hadith telah diakui oleh tujuh puluh orang ulama’-ulama’ besar di Madinah. Beliau meneruskan penyebaran ilmu di Masjid Nabawi di Madinah sehingga pada satu masa di musim haji, beliau telah diminta oleh Khalifah Al-Rasyid untuk mengajar kedua-dua anak baginda iaitu Al-Amin dan Al-Makmun nama pelawaan Khalifah ini telah ditolak oleh Imam Malik dengan berkata bahawa kemuliaan ilmu adalah terletak kepada kemuliaan yang diberikan kepadanya, kehinaan ilmu adalah terletak kepada kehinaan yang diberikan kepadanya. Sesungguhnya ilmu itu tidak datang kepadamu tetapi kamulah yang mesti datang kepadanya. Syarat yang diberikan oleh Imam Malik diterima baik oleh Khalifah lalu menyuruh kedua anaknya supaya datang ke masjid tempat Imam Malik menyampaikan ilmunya. Imam Malik juga mensyaratkan kepada kedua anak Khalifah agar tidak melangkah bahu-bahu ahli jamaah di masjid sebaliknya duduk di mana saja didapati tempat yang kosong. Syarat tersebut juga telah diterima oleh kedua-kedua anak Khalifah itu. Dari sini jelas dapat dilihat tentang pendirian yang tegas Imam Malik serta kemuliaan ilmu yang diberikan. Apabila Imam Malik mengidap penyakit beliau telah berpindah ke rumah beliau dan meneruskan penyebaran ilmu dari rumah pula. Imam Malik tidak memberikan peluang kepada anak-anak muridnya untuk berbincang atau bertukar pendapat tentang apa yang beliau sampaikan berbeda dengan Imam Abu Hanifah. Lantaran itu tidak ada percanggahan yang dapat dicatatkan di antara Imam Malik dengan anak muridnya semasa hayat beliau. Percanggahan cuma timbul setelah kematian beliau. Bila beliau ditanya tentang sesuatu masalah beliau tidak akan menjawabnya kecuali perkara tersebut benar-benar terjadi.
PENULISAN IMAM MALIK
Imam Malik tidak menulis kaedah atau cara beliau mengeluarkan hukum daripada nass begitu juga dengan ijtihad beliau. Apa yang dicatatkan di dalam kitab beliau iaiatu Al-Muwatta’ ialah tentang pegangan beliau dengan amalan ahli Madinah serta penolakan hadith Ahad sekiranya terdapat percanggahan dengan amalan ahli Madinah. Beliau memberi alasan bahawa amalan yang dilakukan oleh Ahli Madinah adalah amalan turun temurun dari datuk nenek mereka dan dengan itu dianggap setarah sebagai sunnah mutawatirah. Namun pendapat beliau tidak dipersetujui oleh Imam Syafie dan Imam Mohammad bin Al-Hassan.
ANAK MURID IMAM MALIK
Semasa berada di Madinah, ramai para penuntut dari Mesir, Afrika dan Andalus datang untuk menuntut ilmu dari beliau. Mereka ini akhirnya menjadi ulama’ besar dan terkenal di negara mereka masing-masing. Di antara mereka ialah Abdullah bin Wahab dari Mesir. Beliau mendampingi Imam Malik selama dua puluh tahun dan bertanggungjawab menyebarkan Mazhab Maliki di Mesir dan Moroko. Beliau amat dihormati oleh Imam Malik dan digelar sebagai Ahli Fiqh Mesir sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah. Selain dari Abdullah bin Wahab, Abdul Rahman bin Al-Qasim yang juga dari Mesir memainkan peranan penting di dalam penulisan Mazhab Maliki. Namun begitu selain daripada menyatakan pandangan Imam Malik, beliau adalah se orang Mujtahid yang banyak mengeluarkan pendapat beliau sendiri. Selain daripada mereka berdua, terdapat ramai lagi anak muridnya yang turut masyhur memperjuangkan Mazhab Maliki antaranya ialah Asyhub bin bin Abdul Aziz Al-Qisi, Abu Al-Hassan Al-Qurtubi, Asad bin Furat dan lain –lain lagi.
PENULISAN FIQH IMAM MALIK
a) Kitab yang ditulis dan disusun oleh Imam Malik sendiri seperti Al-Muwatta’
b) Kitab yang ditulis melalui anak murid Imam Malik iaitu himpunan pendapat Imam Malik seperti Al-Mudawanah.
AL-MUWATTA’
Kitab yang paling berharga yang ditulis oleh Imam Malik. Di dalamnya terkumpul hadith-hadith yang sahih pada pandangan beliau, fatwa-fatwa para sahabat serta pendapat para tabi’in. Selain dari itu beliau juga mengetengahkan pendapat beliau sendiri di dalamnya. Imam Malik menghabiskan masa selama lebih kurang 40 tahun untuk membukukan kitab ini yang disusun mengikut bab-bab Fiqh. Kitab ini telah menjadi rujukan utama bagi umat Islam pada masa itu dan juga selepas itu.
AL-MUDAWWANAH
Bermulanya penulisan kitab ini adalah apabila Asad bin Al-Furat mempelajari kitab Al-Muwatta’ dari Imam Malik. Setelah itu beliau telah pergi ke Iraq dan bertemu dengan Abu Yusuf dan Muhamamd bin Al-Hassan iaitu anak murid Abu Hanifah lalu menuntut pula dengan keduanya. Setelah itu beliau berhasrat pula untuk mengentahui pandangan Imam Malik berkenaan kitab yang ditulis oleh Imam Muhammad tetapi malang hasratnya tidak tercapai kerana Imam Malik telah meninggal dunia. Lalu beliau kembali ke Mesir dan bertemu pula dengan Abdullah bin Wahab dan beliau menyatakan hasratnya untuk mengumpulkan pendapat Imam Malik tetapi Andullah bin Wahab tidak bersetuju. Beliau lalu bertemu dengan Abdul Rahman bin Al-Qasim dan akhirnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan Asad bin Al-Furat. Lalu Abdul Rahman menyatakan semua masalah Fiqh menurut Imam Malik kepada Asad dan jika dia ragu-ragu dengan hafalannya maka beliau akan mengeluarkan ijtihad serta pandangannya sendiri. Asad telah mengumpulkan semua jawapan Ibn Al-Qasim ini di dalam sebuah kitab yang dinamakan Al-Asadiah. Selepas itu Asad telah pergi ke Qairawan dan satu salinan dari buku tersebut telah ditinggalkan di Mesir. Di Qairawan beliau telah bertemu dengan Sahnun iaitu Abdul Salam bin Said Al-Tanukhi. Sahnun telah sempat belajar tentang Fiqh Imam Malik dari Ibn Al-Qasim dan Ibn Wahab dan juga Asyhub. Lalu dibawa kitab tersebut kepada Ibn Al-Qasim lalu setelah diteliti dan diperbetulkan apa yang perlu, kitab tersebut diserahkan kembali kepada Sahnun. Sahnun telah menyusun kembali pandangan dari Ibn Al-Qasim kemudian beliau telah kembali semula ke Qairawan. Kitab ini kemudiannya telah dinamakan Al-Mudawannah yang menghimpunkan pendapat Imam Malik yang didengar dari anak muridnya iaitu Ibn Al-Qasim dan juga pandangan Ibn Al-Qasim sendiri.
IMAM AL-SYAFIE
Nama beliau ialah Imam Abu Abdullah Mohammad bin Idris Al-Syafie. Nasab beliau bertemu dengan Rasulullah saw dari Abdul Manaf. Dilahirkan di Gaza pada tahun 150 H dan meninggal dunia pada tahun 204 H. Beliau dibesarkan di Mekah serta mempelajari ilmu pengentahuan dengan Muslim bin Khalid Al-Zanji iaitu Mufti Mekah sehingga diberi keizinan kepada beliau untuk mengeluarkan fatwa sendiri ketika berusia 15 tahun. Kemudian beliau telah berhijrah ke Madinah dan bertemu dengan Imam Malik serta sempat mempelajari kitab Al-Muwatta serta mendalaminya sehinggalah kematian Imam Malik pada tahun 179 H. Selepas beliau berangkat pula ke Yaman dan berguru pula dengan Omar bin Abi Salamah iaitu anak murid Imam Al-Auza’i. Beliau juga bertemu dengan Yahya bin Hassan iaitu anak murid kepada Al-Laith bin Saad iaitu se orang ahli Fiqh Mesir dan berguru dengannya.
AHMAD BIN HANBAL
Beliau ialah Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Asad Al-Syaibani. Dilahirkan di Baghdad pada tahun 164 H dan meninggal dunia pada tahun 241 H. Beliau banyak bermusafir untuk tujuan menuntut ilmu dan diantara tempat-tempat yang dilawati ialah Mekah, Madinah, Syam, Yaman dan lain-lain negara. Ketika di Baghdad beliau sempat berguru dengan Imam Syafie dan kemudiannya mengasaskan mazhabnya yang tersendiri. Beliau telah menyusun sebuah buku yang diberi nama Musnad Imam Ahmad bin Hanbal yang mengandungi lebih dari 40,000 hadith. Beliau dikenali sebagai ulama’ hadith yang paling terkenal di zamannya. Selain menjadi se orang ulama’ hadith ternama, beliau juga terkenal sebagai se orang ahli Fiqh yang amat mendalam pengentahuannya hinggakan Imam Syafie pernah berkata bahawa apabila beliau meninggalkan Baghdad tidak ada se orang pun yang lebih alim, lebih baik, lebih faham tentang urusan fiqh kecuali Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Ahmad pernah menghadapi cabaran yang amat berat dari Khlaifah Al-Makmun. Khalifah berpendapat bahawa Al-Qur’an adalah makhluk dan meminta Imam Ahmad memperakui kata-katanya. Namun Imam Ahmad enggan dan akhirnya beliau telah disiksa dengan teruk oleh Khalifah namun beliau tetap juga dengan pendiriannya.
PRINSIP-PRINSIP FIQH IMAM AHMAD
a) Berhujjah dengan Al-Qur’an atau Sunnah. Jika didapati nass, maka beliau tidak akan mengambil sumebr yang lain dalam apa keadaan sekalipun. Sunnah pada pandagan beliau adalah paling mulia berbanding dengan pandagan manusia meskipun Sunnah itu adalah Sunnah Ahad. Beliau tetap berpegang pada Sunnah Ahad walaupun bercanggah dengan ulama’-ulama’ besar. Beliau tidak akan mengenepikan hadith yang sahih dengan adanya amalan ahli madinah, atau orang-orang lain termasuk pendapat atau qias. Beliau mempunyai pendirian yang sama dengan gurunnya Imam Al-Syafie.
b) Fatwa Sahabat. Beliau akan mengambilnya sebagai hujah sekiranya fatwa tersebut tidak ada percanggahan dari mana-mana ulama’.
c) Jika para sahabat percanggah pendapat di dalam satu-satu masalah, beliau akan mengambil pendapat yang paling hampir dengan Al-Qur’an dan Sunnah.
d) Beliau mengambil hadith mursal dan hadith dhaif sekiranya tidak ada dalil yang lain yang menolaknya. Hadith dhaif pada pandangan beliau adalah termasuk di dalam katagori hadith sahih dan bukan hadith batil atau mungkar yang mana riwayatnya tidak boleh dipercayai. Sekiranya tidak ada apa-apa yang menolak hadith dhaif samada dari amalan Rasul atau pendapat para sahabat atau Ijma’ maka beliau mengambil hadith dhaif dan meninggalkan qiyas.
e) Al-Qiyas adalah cara terakhir yang digunakan di dalam mengeluarkan hukum hakam. Qiyas hanya akan digunakan apabila dharurat sahaja iaitu apabila tidak ada nass, fatwa sahabat, ataupun hadith meskipun mursal atau dhaif. Kadangkala Imam Ahmad tidak akan menangguhkan pengeluaran sesuatu fatwa apabila terdapat percanggahan di dalam dalil-dalil yang ada ataupun beliau tidak bertemu dengan amalan para sahabat. Beliau juga tidak akan menjawab soalan-soalan tentang perkara-perkara yang masih belum berlaku.
PENYUSUNAN MAZHAB IMAM AHMAD
Imam Ahmad sendiri tidak menyusun Mazhab beliau. Beliau juga tidak suka anak muridnya menulis fatwa serta pandangannya. Beliau lebih cenderung di dalam penyusunan hadith. Namun meskipun begitu, ramai anak muridnya yang mengumpulkan pendapat beliau dan menyusunnya mengikut bab-bab Fiqh. Di antara kita-kitab yang disusun oleh anak murid beliau ialah kitab Al-Jami’ yang disusun oleh Ahmad bin Muhammad bin Harun Abu Bakar Al-Khilal. Selain beliau Abu Al—Qasim Omar bin Abi Ali Al-Husain Al-Kharqi juga menulis kitab yang dikenali sebagai Mukhtasar Al-Kharqi yang kemudiannya disyarahkan oleh Ibn Qudamah Al-Maqdisi di dalam kitabnya Al-Mughni. Selepas itu muncul pula dua orang ulama’ besar iaitu Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim yang dikira sebagai pengikut mazhab Hanbali meskipun mereka sendiri adalah merupakan para mujtahid yang mempunyai pandangan tersendiri tanpa bertaqlid kepada Imam Ahmad. Selepas dari mereka lahir pula se orang lagi ulama’ yang memperjuangkan Mazhab Hanbali iaitu Mohammad bin Abdul Wahab (meninggal pada tahun 1202 H) yang dikenali sebagai Mazhab Wahbiyyah. Kerana kejayaan beliau memperluaskan Mazhab Hanbali ini maka Mazhab ini menjadi mazhab rasmi bagi Arab Saudi sehingga kini dan berkembang juga di Kuwait, Syria, Iraq dan lain-lain.