Post by Lang buana on Sept 16, 2005 0:49:49 GMT -1
Assalamualaikum…semua
Sebelum saya membentangkan topik ini, saya terlebih dahulu menasihati diri saya disamping para pembaca sekelian untuk membina keimanan kite bersama serta memupuk kecintaan kite terhadap hukum-hukum syarak untuk dizahirkan dalam kehidupan kite sehari-harian. Bahkan saya terlebih dahulu, mengingati diri saya yang sering terlupa ataupun lalai…kerana kite semua adalah manusia. Apabila saya menyebut perkataan manusia, itu membawa maksud bahawa kite ini semuanye tidak maksum(kecuali Para Nabi dan Rasul), kite mempunyai sifat lemah, dan saling memerlukan diantara sesama makluk serta kite amat perlu bergantung kepada Maha Pencipta diri kite, iaitu Allah SWT.
KEWAJIBAN SOLAT YANG TERABAI.
Kewajiban solat adalah salah satu rukum Islam yang kite sedia maklum.Seperti Firman Allah: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah suatu kewajiban yang telah ditentukan waktunya terhadap orang yang beriman” [Qs An Nisa:103]
Sebelum itu, saya lebih suka ulangkaji apa yang yang kite dipelajari….
Rukun Solat (mengikut Manhaj Fiqh As Syafie)
1.Niat
Dalilnye: “Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat”
2.Berdiri ketika Solat Fardhu bagi orang yang mampu
Dalilnye: “Aku mempunyai penyakit Buasir (sejenis penyakit dibahagian dubur), lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan solat. Sabda Baginda,’Solatlah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya tidak mampu, maka dalam keadaan duduk, sekiranya tidak mampu, maka diatas lambung kanan (berbaring) “
3.Takbiratul Ihram
Dalilnye:”Kunci solat adalah bersuci. Permulanya ialah Takbir dan penghujungnya ialah memberi salam”
4.Membaca Al Fatihah
Dalilnya: “Tidak sah sesiapa yang tidak membaca surah Al Fatihah”
5.Rukuk
Dalilnye: “Wahai orang yang beriman, rukuk dan sujudlah kamu’ [Qs Al Haj,77]
6.Itidal selepas rukuk
Dalilnye: “Apabila Rasulullah SAW mengangkat kepala daripada rukuk. Baginda tidak sujud sehinggalah baginda berdiri tegak”
7.Sujud dua kali dalam setiap rakaat
Dalilnye: “Kemudian sujudlah kamu hingga kamu sujud dalam keadaan bertoma’ninah kemudian angkat (kepala kamu) sehingga kamu duduk dalam keadaan bertoma’ninah, kemudian sujud hingga sujud dalam keadaan keadaan bertoma’ninah”
8.Duduk diantara 2 sujud
Dalilnye: -sama seperti diatas-
9.Duduk Tahiyyat Akhir
10.Membaca Tasyahhud pada duduk tahiyyat akhir
Dalilnye: “Rasulullah mengajar kami membaca Tasyahhud, sebagaimana baginda mengajar kami Al Quran, baginda membaca….(seperti biasa kita bacakan)
11.Selawat ke atas Nabi selepas Tasyahhud Akhir
Dalilnya:”Sesungguhnya Allah dan Para malaikatNya berselawat ke atas Nabi,Wahai orang yang beriman, berselawat dan mengucap salam kamu keatasnya dengan sesungguhnya” [Qs Al Ahzab,56]
12.Salam pertama
Dalilnya:’Aku melihat Rasulullah memberi salam ke arah kanan dan kiri hingga aku nampak pipinya yang putih”
13. Tertib
Setengah rukun solat ini didahulukan tidak sebagaiman yang disyarakkan, maka batal solat jika disengajakan.
I. SIKSAAN MENINGGALKAN SOLAT
Solat merupakan Ibadat yang pertama kali di hisab pada hari kiamat kelak. Sabda Rasulullah SAW:
“Yang pertama sekali dihisab atas seseorang hamba di hari kiamat nanti ialah solat, maka jika baik solatnya baiklah amalan lainnya dan jika rosak solatnya, maka binasalah amalan yang lain”
“Seorang mukmin itu merasakan dosanya sebagaimana melihat gunung yang ada diatasnya, ia takut sekali kalau-kalau gunung itu jatuh diatas dirinya. Adanya orang yang munafik itu merasakan dosanya sebagaimana melihat lalat yang terbang melalui hidungnya, maka itu lalu dienyehkan saja supaya terus terbang”
“Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka Saqar?.Kata mereka’Adalah kami orang yang meninggalkan solat” [Qs Muddatstsir;42]
“Neraka Wail bagi orang yang lalai dari solat” [Qs Ma’um;8]
“Mereka sia-siakan akan solat dan mengikuti nafsunya kepada kejahatan,maka tetaplah mereka jatuh kelak ke dalam satu telaga dari api neraka” [Qs Maryam;59]
Dan juga beberapa hadis Rasulullah yang menceritakan siksaan di neraka.
ii. ATAS LANDASAN INI
Atas dorongan motivasi sebuah hadis yang menyatakan,
”Tidaklah sempurna iman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri”
Memandang ringan kewajiban terhadap solat, adalah salah satu gejala negatif berleluas dalam masyarakat kite. Persekitaran kite dikelilingi oleh orang yang memandang ringan terhadap solat. Peratusan para pemuda-pemudi kite yang meninggalkan kewajiban solat berada pada tahap yang membimbangkan.
Sedangkan hadis Rasulullah menyatakan:
“Kepala segala perkara ialah Islam (menyerahkan diri kepada Allah), tiangnya ialah solat dan puncaknya ialah jihad fi sabilillah”
Bahkan solat juga garis pemisah antara Islam dan kafir.
Barangsiapa yang meninggalkan kerana ingkar pada perintah Allah SWT dan mempersenda-sendakan hukum, maka umat Islam telah sepakat mengkafirkannya. Atas landasan hadis Rasulullah menyatakannya:
“Janji antara kami dan mereka adalah solat, maka siapa yang meninggalkan solat, maka telah kafirlah ia”
Memandangkan kewajiban Solat adalah sesuatu yang serius, maka kite tidak boleh meninggalkan kewajiban tersebut. Kite perlu melaksanakan….tapi BAGAIMANA dengan sebahagian manusia yang menganggap Kewajiban solat itu dipandang ringan.?? Bahkan ada setengah daripada mereka tidak tahu menahu tentang solat.
Inilah sesuatu yang menyedihkan…lagi membimbangkan perkembangan muda-mudi kite.
III. KAITAN SOLAT DI ANTARA INDIVIDU DENGAN PEMERINTAH.
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya akan runtuhlah tali Islam satu demi satu. Maka setiap kali putus tali yang satu, manusia akan bergantung (berpegang) dengan tali berikutnya. Maka yang pertama runtuh ialah hukum Islam (perundangan Islam) dan terakhir ialah solat”
Sesungguhnye, kebenaran apa yang dinyatakan dalam hadis itu jelas kita rasai sekarang. Permulaanye keruntuhan hukum Islam ataupun perundangan Islam (*Pada 23 Disember 1876,Turki didalang oleh Midhat Pasha) dan sekarang ini kita menuju keruntuhan hukum-hukum syarak yang lainnye, selangkah demi selangkah yang terakhirnye ialah SOLAT.
Sedangkan perundangan Islam (uqubat/sanksi) perlu diterapkan dengan tertegaknye sistem pemerintahan Islam-KHILAFAH. Tanpa ada Sistem Khilafah, semua institusi hukum –hukum Islam gagal dipenuhi secara total. Sedangkan sebuah hadis menerangkan:
“Aku diperintah supaya MEMERANGI manusia sehingga mereka mengakui bahawa ‘Tiada Tuhan (yang wajib disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah dan mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat. Apabila mereka melakukan demikian, maka darah dan harta mereka terpelihara melainkan dengan cara yang hak yang dibenarkan oleh Islam dan perhitungan mereka terserahlah kepada Allah”
dan sebuah hadis berbunyi:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:’Sebaliknya, seburuk-buruk pemimpin kalian adalah orang yang kalian benci dan merekapun membenci kalian’,kami bertanya,’Ya Rasulullah,apakah kami perlu mengangkat senjata ketika hal itu terjadi?, Beliau menjawab,’Tidak, selama mereka menegakkan solat ke atas diri kamu”
Yang bermaksud dengan ‘Menegakkan solat ke atas diri kamu adalah menerapkan hukum Islam (perundangan Islam). Dan maksud “pemimpin” dalam hadis tersebut ialah pemimpin yang dibai’at oleh umat Islam untuk menerapkan hukum-hukum Islam. Sekiranya pemimpin itu mengabaikan tanggungjawabnya, maka umat dibolehkan bangkit menentang mereka. Bukannya dimaksudkan pemimpin yang ada sekarang ini….
Sedangkan, dalam hukum perundangan Islam (uqubat), perbuatan seseorang individu muslim yang meninggalkan Solat, akan dikenakan hukum Takzir, dimana setiap orang yang meninggalkan solat akan dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun dan setiap orang yang solat sebahagian waktu dan meninggalkan sebahagian waktu yang lain, maka kepadanya akan dikenakan hukuman sampai 2 tahun.
{#catatan dari kitab “Sistem Sanksi dalam Islam .m/surat 307”}
Maka, disini…individu muslim tentu saja tidak berani meninggalkan solat. Bahkan masyarakat juga akan terbentuk untuk mendakwahkan individu muslim agar tidak meninggalkan solat.
IV. PERANAN MASYARAKAT
Beberapa orang berpendapat,”ini adalah masalah didikan ibubapa”. Setengahnye menyatakan “ini kerana tidak hantar anak ke sekolah agama ataupun kelas fardhu Ain”, Setengahnye pula menyatakan,”menyalahkan dirinya sendiri” dan setengahnye pula menyatakan,”tiada kawalan ibubapa dan guru sekolah”
Saya katakan semua pendapat ini betul tapi tidak tepat. Kerana semua pendapat ini akan menyelesaikan masalah sekadar termampu sahaja. Setengah ibubapa berjaya mendidik anaknya dengan ajaran agama, tetapi apabila anaknya telah meningkat dewasa, anaknya mulai ingkar dengan ajaran agama yang telah mereka pelajarinya.
Sebenarnye punca masalah ini kerana tiada menguatkuasa yang mengawal orang yang meninggalkan solat yang merupakan undang-undang negara. Tanpa adanya undang-undang negara, maka masyarakat akan memandang renteng tentang kewajiban solat. Apabila masyarakat memandang ringan terhadap kewajiban solat, maka individu Islam juga akan memandang ringan terhadap kewajiban solat.
Masyarakat juga berkait rapat dengan pemerintah. Sekiranya masyarakat berubah ke sesuatu arah, tentu sahaja pemerintah juga akan berubah. Definasi masyarakat ialah sesuatu pemikiran, perasaan dan peraturan yang sama. Dimana, sekiranya ada pemikiran Islam, perasaan Islam dan peraturan Islam (hukum Islam) yang sama dalam sesuatu masyarakat ,ini akan melahirkan masyarakat Islam. Seterusnya akan mengubah pemerintah. Serta terpaksa dan memaksa pemerintah mengikuti kehendak masyarakat Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
“Siapa yang melihat kemungkaran, ubahlah kemungkaran itu dengan tangannya, jika tidak mampu, dengan lisannya, jika tidak mampu dengan hatinya (pemikirannya). Akan tetapi, yang terakhir (dengan pemikiran) ini adalah keimanan yang lemah”
Realiti sekarang, masyarakat tidak memandang kewajiban solat itu adalah perkara yang penting. Sedangkan kewajiban solat itu adalah tiang agama dan perkara yang pertama-tama disoalkan di hari akhirat ialah solat. Masyarakat hanya memandang serong terhadap individu, sekiranya individu itu tidak memiliki pekerjaan, tidak memiliki kereta, tidak memiliki pendapatan tetap dan sebagainya yang berbentuk materialistik dan kepentingan.
Tetapi, yang menyedihkan ialah apabila pengabaian kewajiban solat dilakukan individu yang meninggalkan solat, masyarakat tidak menghiraukannya. Masyarakat seolah-olah tidak mempunyai perasaan yang bersalah atas kemungkaran yang dilakukannya. Ini belum lagi menyentuh pemikiran dan peraturan yang perlu diterapkan ke atas individu yang meninggalkan solat.
AKHIR KATA,
“Kelak, akan ada para penguasa lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari dipertanggungjawab dihadap Allah). Siapa saja yang melakukan nahi mungkar maka dia selamat. Akan tetapi, siapa saja redha dan mengikuti para penguasa (maka dia tidak selamat dihadap Allah nanti)
dan
“Ingatlah, Sesungguhnya agama Islam adalah nasihat (dakwah). Rasulullah ditanya ,’Bagi siapa, wahai Rasulullah?’, Rasulullah SAW menjawab , ‘Bagi Allah, KitabNya,
“RasulNya serta bagi para imam (pepimpin) dan umat Islam seluruhnya”
Marilah kita membentuk masyarakat Islam dan pemerintahan Islam agar kita dapat memelihara kesucian Islam. --0--
Sumber-sumber diambil:
1. Kitab Manhaj Fiqh As Syafie oleh Drs Mustapha Al Bugha
2. Kitab Sistem Sanksi dalam Islam oleh Abdul Rahman Al Maliki.
3. Kitab Khusyuk munafik ketika sembahyang oleh Ibnu Jauzi
4. Kitab Dosa-dosa besar oleh H. Abu Bakar Ya’kub
5. Kitab Kesilapan ketika sembahyang oleh imam Ghazali.
6. Jurnal Liwa’ Ul Haq bilangan 1 oleh Team Liwa’ Ul Haq
7. Kitab Konspirasi Barat meruntuhkan Khilafah Islam oleh Abdul Qadim Zallum