Post by Penglipulara on Jul 26, 2005 4:30:52 GMT -1
DONGGENGAN DEMOKRASI
Apa yang disebut dengan sistem demokrasi, dengan segala nilai-nilai yang dianggap baik oleh pengikutnya, tentunya sangat penting di kritis, baik dalam konsep maupun realiti praktiknya dalam sistem pemerintahan. Dari sini, diharapkan muncul kesedaran baru bagi kaum muslimin tentang kedonggengan sistem kufur ini. Mereka boleh berhenti untuk bermimpi dengan harapan-harapan palsu yang ditawarkan dari sistem ini. Lebih penting lagi, mereka terhindar dari kemurkaan Allah SWT. Sebab, ketika mereka berpegang teguh dengan demokrasi yang diisikan “Kedaulatan Ditangan Rakyat”, merekalah yang mengangkat diri mereka menjadi tuhan baru sebagai tandingan bagi Allah, yakni suara yang mengatasnamakan rakyat.
(1) Demokrasi: Dari Rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.
Menurut kamus. Demokrasi adalah pemerintahan oleh rakyat dengan kekuasaan tertinggi berada di tangan rakyat dan dijalankan langsung oleh mereka pilih di bawah sistem pilihanraya.
Dalam ucapan Abraham Lincoln, demokrasi merupakan pemerintahan, “Dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat” (*United State Information Agency, hlm4). Namun benarkah realitinya sedemikian??
Faktanya,para ketua negara dan anggota parlimen di negara-negara demokrasi seperti AS dan Inggeris sebenarnya mewakili kehendak kaum Kapitalis (pemilik modal dan hartawan). Para kapitalis gergasi inilah yang mendudukkan mereka ke pelbagai posisi pemerintahan atau lembaga-lembaga perwakilan, dengan harapan, mereka dapat merealitisasikan kepentingan kaum kapitalis tersebut. Kaum kapitalis yang membiayai para politikus, mulai dari saat kempennya sampailah ke proses pemilihan presiden dan perwakilan-perwakilan yang akan dipenuhi dalam ruangan Parlimen.
Wajarlah, para kapitalis yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap politikus baik dari segi Eksekutif, Legislatif maupun Judikatif. Di Inggeris (UK), sebahagian besar anggota parlimen ini mewakilkan para penguasa, pemilik tanah serta golongan bangsawan.
Pengkritik demokrasi seperti Gatano Mosca, Clfrede Pareto dan Robert Michels cenderung melihat demokrasi sebagai “Topeng Ideologi yang melindungi tirai minoriti(para kapitalis kaya raya, hartawan) atas nama golongan majoriti(rakyat).” Dalam praktiknya, yang berkuasa adalah kelompok kecil atas kelompok besar yang lain.
Seperti di Indonesia, majoriti kaum muslimin Indonesia berada dalam kedudukan yang kurang menguntungkan. Indonesia lebih dikuasai oleh kelompok minoriti, terutama dalam hal kekuasaan dan pemilik modal.
Kritik yang sama muncul dari C. Wright Mills yang menumpukan penelitiannya pada persoalan elit politik. Berdasarkan penelitiannya, pada sebuah kota kecil di AS, dia melihat bahwa meskipun pilihan raya dilakukan secara demokrasi, realitinya golongan elit para penguasa yang ada selalu datang dari kelompok yang sama. Kelompok ini merupakan kelompok elit di dearah tersebut yang menguasai jabatan-jabatan negara, ketenteraan dan kedudukannya sebagai kunci ekonomi negara. Mereka yang datang dari keluarga-keluarga yang kaya raya di dearah tersebut, yang mengirimkan anak-anak mereka ke sekolah elit. Memang, secara ide (teori), demokrasi sering menyatakan bahawa semua boleh menjawat dalam jabatan negara, jawatan tinggi dalam bidang ketenteraan atau memegang kedudukan perniagaan kelas atas.
Akan tetapi, dalam praktikalnya, jabatan-jabatan tersebut hanya dijawat oleh kelompok tertentu sahaja. Biasanya orang kita memanggil “Mesti ada Cable, barulah dapat pekerjaannya”.
Pengikut, pendukung dan penganut demokrasi sangat berbangga dengan menyatakan bahwa dalam demokrasi setiap keputusan yang diambil adalah dari suara Majoriti rakyat. Namun, kenyataannya tidaklah begitu, itu hanyalah donggengan belaka. Keputusannya tetap diambil oleh sekelompok orang-orang yang berkuasa, yang mempunyai modal yang besar atau golonganbangsawan yang berpengaruh ataupun dari golongan yang memegang kuasa ketenteraan.
Dalam sistem kapitalis, kekuatan modal menjadi faktor yang sangat penting dalam pengambilan keputusan, bukan rakyat secara keseluruhan. Merekalah yang banyak mempengaruhi keputusan di parlimen atau pemerintahan.
Ini tidak aneh lagi, kerana dalam sistem kapitalis, calon anggota parlimen mesti memiliki modal yang besar untuk mencalonkan diri. Kerana itu, kalau dia sendiri bukan seorang yang kaya, tentu sahaja dia disokong (support/sponsor) oleh golongan yang kaya raya, sehinggalah politik wang terjadi. Dan mustahil,kalau ada orang yang mencalonkan dirinya menjadi perwakilan mahupun presiden (p.m) kalau tidak memiliki modal.
Kerana itu, keputusan yang diambil oleh parlimen pastilah memihak kepada si pemberi modal ataupun sponsor-sponsor tersebut.
Sebagai contoh realitinya, Negara Uncle Sam (AS) melaksanakan peperangan ke atas Iraq, berkait rapat dengan dengan kepentingan ekonomi para penguasa minyak AS. Iraq sebagai negara ke-2 pengeluar minyak di dunia. Tanpa mendapat kelulusan dari pihak parlimen dan pendapat majoriti rakyatnya.
Dalam sejarah Inggeris (UK), PM Anthony Eden, contohnya, pernah mengumumkan perang terhadap Mesir dalam kriss Suez tanpa terlebih dahulu meminta persetujuan parlimen.
Memang sekiranya kita katakan sukar untuk membuat keputusan dengan terlebih dahulu dari persetujuan rakyat dalam masa singkat. Tidaklah keterlaluan, “suara parlimen adalah cerminan suara rakyat” adalah Mitos sahaja.
Terjaminkah keselamatan dalam Demokrasi.
Petikan akhbar tempatan,26.07.05 menyatakan:
Sementara itu, ketika menerima ‘tanggungjawab sepenuhnya’ di atas kesilapan membunuh Menezes, polis Britain masih tertakluk kepada arahan menembak orang disyaki pengebom tepat di kepala, kata Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Ian Blair.
Dia mengesahkan laporan akhbar bahawa polis negara itu kekal dengan dasar ‘tembak untuk bunuh’ dan tidak boleh memberi jaminan kesilapan serupa tidak akan berulang, lapor Agence France-Presse (AFP).
Menunjukkan bahawa keselamatan dalam negara Demokrasi adalah mitos ataupun donggengan semata-mata.
DAULAH KHILAFAH: Pemerintah yang memihak kepada rakyat.
Salah satu satu alasan mengapa demokrasi dianggap sebagai sistem terbaik (meskipun dalam realitinya hanyalah donggengan) buat manusia adalah sistem pemerintahannya yang memihak kepada rakyat, serta mewakili kehendak/pendapat rakyat. Dengan alasan mereka dipilih oleh rakyat dan diberehntikan oleh rakyat, penguasa boleh dikritik bahkan dimestikan menjatuhkannya oleh rakyat. Namun begitu, kefahaman tersebut dianggap keliru apatah lagi, praktiknya jauh tersasar daripada apa yang dihidangkan. Banyak bukti-bukti menunjukkan pelaksaan yang diundang-undangkan adalah untuk KEPENTINGAN golongan elit,hartawan, para kapitalis yang memiliki modal besar, daripada KEPENTINGAN rakyat . Namun begitu, golongan tersebut sentiasa berlindung atas nama rakyat.
Kalaulah, demokrasi itu ditolak sepenuhnya, apakah pilihan rakyat untuk mengadopsikan sistem pemerintahan sebagaimana?? Apakah pilihannya kembali kepada sistem komunis, sistem Teokrasi, Sistem diktator ataupun sistem khilafah.? Jelaslah pilihan yang paling ideal ialah sistem Khilafah, sebagai gantinya kepada sistem Demokrasi.
Selepas fakta “Kedaulatan ditangan syarak”
Beberapa fakta-fakta yang perlu kita fikirkan bersama-sama:
2. Kekuasaan di tangan umat/rakyat (as Suthan li al ummat)
i) Pilihan rakyat
Dalam Islam, kekuasaan untuk melaksanakan hukum syariat Allah itu ada di tangan rakyat. Dalam perertiannya, rakyatlah yang memiliki kekuasaan untuk memilih seseorang pemerintah dengan mengangkat seorang penguasa (khalifah) dengan metod Bai’at. Pilihan rakyat ini tidak boleh dipaksa oleh sesiapapun (ikhtiyar wa ridha) . Dalam hal ini,pilihanraya boleh dilakukan sebagai uslub (teknik) untuk memilih khalifah.
Sedangkan bai’at untuk menaati adalah fardhu ain manakala fardhu kifayah ketika mengangkat seorang khalifah.
ii) Rakyat mempunyai hak untuk mengangkat khalifah dengan redha/rela
Ini bermakna, tidak dibenarkan secara paksaan. Oleh kerana itu, Islam mengharamkan pemerintahan atau kekuasaan yang diperolehi dengan cara paksa ataupun dengan cara menakut-nakutkan mereka. Yang diistilah fiqih disebut ‘Hukmu Al Mutasallid’
Seperti kekhilafahan Muawiyah bin Abi Suffian, yang mulanya diambil dengan cara paksa dari khalifah Ali Bin Abi Talib (Rujuk dari sejarah perbincangan selepas perang siffin)
iii)Pemerintahan Islam tidak boleh melalui Pewarisan
Bahawa pemerintahan Islam tidak berbentuk kerajaan, yang diperolehi dengan warisan. Sebab, kekuasaan di tangan umat yang diberikan memalui Bai’at, yang dilakukan secara sukarela oleh ummat. Oleh kerana itu, sistem kerajaan, monarki, monarki berpalimen, ternyata bertentangan dengan Islam.
iv) Rakyat berhak mengkritik Penguasa Islam
Bahawa rakyat mempunyai hak syura kepada khalifah, meskipun tidak mempunyai hak untuk melucutkan jawatan khalifah. Sebab, khalifah bukan pengawai ataupun penjawatan dan yang digajikan, tetapi merupakan penguasa yang diangkat melalui Bai’at
bukanya akad Ijarah (kontrak bekerja)..
Dalam Islam, Khalifah bukanlah kepala negara yang tidak mungkin berbuat kesalahan. Pernyataan, tindakan ataupun kebijaksana khalifah bukanlah otomotis merupakan perintah Allah (seperti halnya dalam sistem teokrasi) yang tidak boleh dibantah. Khalifah, mesti tetap merujuk Al Quran dan As Sunnah sebagai dua sumber hukum utama dalam Islam. Oleh kerana itu, jika kekeliruan atau menyimpangan, khalifah wajib dikritik. Bahkan aktiviti ini di anggap mulia, Rakyat boleh mengkritik secara langsung ataupun melalui majlis ummat sebagai wakilnya.
Namun berbeza dengan demokrasi, yang menjadi alasan mengapa rakyat mengkritik penguasa adalah hukum syarak, bukan tidak suka dari segi peribadi, kebangsaan ataupun persaingan politik serta kepentingan. Penyimpangan, penyelewengan hukum syarak amat dialu-alukan untuk dikritik oleh rakyat kepada para penguasa.
Islam mengharamkan rakyat melakukan memperontakan (bughat) terhadap khalifah. Rasulullah pernah ditanya “Tidakkah kita memerangi saja mereka itu dengan pedang (wahai Rasulullah)?, jawab Baginda,’Jangan!, selagi mereka masih menegakkan solat ke atas diri kamu’”
Dalam hadis ini jelas bahawa Islam melarang aktiviti memberontak juga diertikan sebagai upaya keluar dari jamaah Islam. Dari sini, memperjelaskan kelahiran Khilafah sebagai sistem pemerintahan, menunjukan sebuah pemerintahan yang kuat, adil dan saksama.
v) Perselisihan rakyat dengan penguasa
Dalam sistem pemerintahan Islam- khilafah, kalau terjadi kes-kes sedemikian rupa, perselisihan itu akan dibawa ke mahkamah Mazhalim, sebagai penyelesaian perselisihan tersebut. Khalifah mestilah tunduk pada keputusan mahkamah Mazhalim.
Wasalam.
Petikan diambil dalam majalah Al Wa'ie. dan berita harian