Post by xyz on Aug 27, 2006 2:07:37 GMT -1
Umat Islam wajib bantu kesusahan saudara seagama
SEBAGAI manusia yang bertuhankan Allah, bernabikan Muhammad SAW dan bersaudarakan umat Islam, maka kita sepatutnya berasa sensitif di atas perkembangan yang berlaku terhadap umat islam lain.
Kita bakal ditanya oleh Allah di akhirat kelak, apakah sumbangan yang dilakukan untuk membantu umat Islam Palestin. Jika berdoa pun tiada, derma pun tidak dihulurkan,(*berdakwah pun tidak) ,maka bagaimanakah kita akan menjawab di hadapan Allah pada hari akhirat kelak?
Justeru, marilah kita bersama-sama menyusun saf, memperkukuhkan kesatuan, meningkatkan semangat persaudaraan Islam serta ilmu pengetahuan bagi menghadapi ancaman musuh pada masa akan datang.
[glow=green,2,300]Sesungguhnya perpaduan adalah ubat yang sangat mujarab untuk mengalahkan musuh.[/glow]
Di samping itu, marilah sama-sama kita menghulurkan sumbangan derma kepada umat Islam Palestin menerusi tabung kutipan derma yang diyakini derma itu akan disampaikan kepada umat Islam Palestin dan Lubnan.
Sesungguhnya umat Islam di Palestin kini kelaparan dan kehausan. Mereka tidak ada wang untuk membeli makanan dan minuman. Mereka tidak ada wang untuk menghidupkan api didapur.
Saluran air dan ubat-ubatan untuk anak mereka disekat. Hospital dan jambatan dibom oleh tentera Yahudi . Kerajaan yang dipilih oleh rakyat dinafikan kuasa dan kedaulatannya.
Kutipan cukai daripada rakyat Palestin sebelum ini berjumlah 55 juta dolar sebulan tidak dipulangkan kepada pemerintah tempatan, menyebabkan kerajaan tidak dapat membayar gaji dan elaun kepada pegawai kerajaan, bahkan Ahli Parlimen Palestin juga terpaksa berlapar kerana wang yang ada perlu didahulukan kepada kepentingan rakyat. Sehingga kini, sebahagian pemimpin mereka telah ditawan oleh tentera Yahudi.
Kita sekarang sedang berada di dalam negara yang mempunyai nikmat melimpah ruah. Jika bukan kita yang membantu mereka, maka siapa lagi yang kita harapkan?
Jika bukan sekarang, maka bilakah kita akan membantu mereka? Adakah kita menanti sehingga kita pula yang akan dimiskinkan oleh Allah? Ataukah kita hendak menunggu sehingga malaikat Israel datang berkunjung?
Petikan teks Khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor pada 18 Ogos 2006.