Post by super on Aug 6, 2006 0:28:45 GMT -1
Oleh Abdul Rahman Haqqi
”BANGSA Yahudi bertanggungjawab di atas semua peperangan yang terjadi di dunia ini,” kata pelakon filem Brave Heart, Mel Gibson. Ucapan ini bukan salah satu bualan dalam skrip filemnya tapi ia diucapkan ketika pelakon dan penerbit filem sensasi The Passion of the Christ itu ditangkap polis kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk 28 Julai lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat(AS).
Bagaimanapun, esoknya, dia meminta maaf di atas kelakuannya itu sambil mengaku: ‘‘Ketika saya ditangkap, saya mengucapkan kata-kata yang saya sendiri tidak yakin itu benar dan keji.” (Reuters, 31/7/06)
Daripada perspektif kita, pengakuan Gibson ini membuktikan kebenaran ucapan yang dia benar-benar menghina bangsa Yahudi itu kerana secara diplomatik dia mengatakan dalam keadaan mabuk dia juga tidak tahu apa dikatakannya. Ia boleh mempunyai pengertian bahawa jika dia dalam keadaan sedar ucapannya benar. Oleh itu, permohonan maaf seorang Katholik yang dikenal penyokong kuat anti-Semit ini diragui Abraham Foxman, pemimpin The Anti-Defamation League (ADL) yang menyatakan: “Permintaan maafnya tidak ikhlas kerana tidak mencerminkan ketaksuban dan anti-Semitnya.”
Ucapan Gibson itu seperti isi hati dan pandangan silent majority umat manusia di Barat khasnya Amerika yang didominasi penganut Kristian. Mereka hanya boleh diam dalam menghadapi bangsa Yahudi dengan kerenah melobinya. Dalam kajian terbaru oleh dua pensyarah dari Universiti Chicago dan Universiti Harvard, Amerika, kita boleh menggelengkan kepala bagaimana Amerika dikuasai lobi Israel. Kajian yang bertajuk The Israel Lobby and US Foreign Policy dengan penulis John J Mearsheimer dan Stephen M Walt ini diterbitkan Mac lalu oleh kedua-dua universiti tempat mereka bekerja tapi dengan sebuah catatan bahawa kedua-dua institusi pengajian tinggi berwibawa itu tidak bertanggungjawab atas isi kajiannya walaupun kedua-duanya menerbitkan tulisan berkenaan. Apa isinya? Sila rujuk tulisan setebal 83 muka surat itu. Antara isinya yang menarik adalah Although the lobby remains a powerful force, the adverse effects of its influence are increasingly difficult to hide. Powerful states can maintain flawed policies for quite some time, but reality cannot be ignored forever.
Setiap hari kita mendengar, melihat, memerhati dan membincangkan keganasan bangsa Yahudi yang bernegarakan Israel membunuh dengan kejam dan biadab semua lapisan masyarakat tak kira kanak-kanak, perempuan atau lelaki.
Mereka dengan selesa, tanpa segan silu dan ganas membunuh, membunuh dan membunuh di hadapan masyarakat antarabangsa dengan pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mandul. Tak ada kata putus diambil badan dunia ini untuk menghentikan kekejaman rejim Yahudi Israel pengganas tapi untuk resolusi berkaitan dengan nuklear Iran dengan sebulat suara dan mudah ia dikeluarkan pada Selasa lalu. Kejadian pembunuhan dengan menggunakan macam-macam senjata sudah jelas di hadapan mata tidak ada sebarang resolusi tapi penggunaan nuklear untuk peperangan yang belum tentu benar tidaknya semua ahli Dewan Keamanan PBB sepakat menyokong dikeluarkan satu resolusi. Aneh bin ajaib dunia ini.
Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis.
Pada suatu hari Abu ’Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: ‘‘Seseorang yang membunuh nabi atau membunuh orang yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.” Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih.” (Surah Ali ’Imran: 21)
Baginda meneruskan ceritanya: ‘‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan menegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.” (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir). Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari.
Dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya. Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat dengan menggunakan sama ada kata kerja mudari’ (continuos tense), madi (past tense) dan dalam bentuk kata benda dasar.
Sebagai contoh, ayat yang menggunakan kata kerja mudari’ adalah ayat bermaksud [glow=blue,2,300]‘‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur'an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?" (Surah al-Baqarah: 91) [/glow]
Ayat yang menggunakan kata kerja masa lampau dan sebagai pengakuan bohong mereka ada dalam ayat bermaksud[glow=green,2,300]: ‘‘Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya Kami membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham, padanya, sebenarnya berada dalam keraguan mengenai pembunuhan itu. Tiada suatu pengetahuan pun mengenainya selain mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” (Surah al-Nisa: 157)[/glow]
Ayat yang menggunakan kata benda dasar adalah ayat bermaksud: [glow=blue,2,300]‘‘Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya.” (Surah al-Nisa: 155) [/glow]
Mereka juga berniat membunuh Nabi Harun Alaihissalam, firman Allah maksudnya: [glow=green,2,300]‘‘Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang zalim." (Surah al-A’raf: 150) [/glow]
Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi di atas, Allah pun menghukum mereka dengan hukuman seperti disebutkan dalam al-Quran maksudnya[glow=blue,2,300]: ‘‘Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali ’Imran: 112).[/glow]
Kebenaran ayat ini masih berlaku hingga ke hari ini kerana bangsa Yahudi masih menjadi bangsa tidak disukai dan digemari oleh bangsa dunia yang diwakili, setidaknya, oleh Mel Gibson pelakon kesukaan sesetengah masyarakat dunia dalam ucapannya pada awal tulisan ini.
Kita mengimani sedalam-dalamnya ajaran al-Quran dan hadis. Kita mengimani bahawa Nabi dibunuh bangsa Yahudi pada masa lalu. Kita juga mengimani bahawa bangsa Yahudi akan menerima padah di dunia dan di akhirat kelak. Balasan di akhirat, belum kiamat lagi. Tapi balasan di dunia belum nampak kerana kita tidak tahu bila ia akan berlaku!? Ala inna nasrallahi qarib.