Post by sailorvenus on Feb 22, 2005 1:01:26 GMT -1
MISI ISLAM: POLITIK DAN SPIRITUAL
BUKU Islam Optimis Melangkah ke Alaf Baru: Mengapa pilih Parti Islam tulisan Ibn Daulah telah mencuri perhatian sebahagian besar rakyat negara ini berikutan pendedahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang menegaskan intipati kandungan buku tersebut menghina Rasulullah dengan mengatakan Rasulullah merupakan pemimpin Parti Islam. Pelbagai desas desus ditimbulkan oleh pelbagai pihak dan termasuklah kenyataan yang menggesa kepada penulis buku tersebut agar segera bertaubat. Namun, apabila membaca kandungan buku tersebut secara menyeluruh kami bersetuju dengan sebahagian besar apa yang dinukilkan oleh penulis buku tersebut termasuklah berhubung dengan Nabi Muhammad sebagai pemimpin parti Islam, Jamaah Islam, Kutlah Islam, Harakah Islam dan tidak timbul soal menyamakan kedudukan Rasul dengan sesiapapun di dalam buku tersebut. Penulis bukan berniat untuk membela penulis mahupun buku tersebut namun untuk menjelaskan kebenaran yang ada padanya. Berhubung dengan Parti Politik Rasulullah sila kunjungi laman web www.islamika.org dalam ruangan analisis pilihan. Apa yang akan dibentangkan oleh penulis pada keluaran kali ini tidak berhubung kait dengan kontrovesi yang timbul namun akan mengulas berhubung dengan Islam sebagai Ideologi yang menyeluruh mencakupi persoalan politik mahupun spritual dan juga sedikit persoalan berhubung dengan gerakan Islam.
Islam: Politik dan Spiritual
Islam mempunyai keunikan berbanding dengan agama mahupun ideologi yang lain. Dari segi wilayah ajarannya, Islam bukan sahaja agama yang menyusuri ruhiyah (spiritual), akan tetapi juga meliputi politik (Siyasah), atau dengan istilah lain Islam adalah aqidah spiritual dan politik. Tetapi, mengapa Islam sering disebut hanya sebagai agama dan bukannya ideologi? Ini kerana akibat dari analogi generalisasi, iaitu usaha untuk memberikan pandangan yang sama-rata, bahawa Islam sama dengan agama yang lain. Kerana, tidak ada agama lain yang mempunyai konsep politik, yang mengatur persoalan kehidupan, maka Islam juga sama. Tentu penafsiran ini sangat berat sebelah dan berbau perlecehan serta dakwaan yang tidak disertai pemahaman yang mendalam tentang Islam. Sebab, kebanyakan mereka yang mengkaji Islam tidak memahami realiti kehidupan dan mereka yang memahami realiti kehidupan tidak berasaskan daripada Islam. Hasilnya tidak pernah memberikan kesimpulan yang lengkap. Masing-masing berjalan dalam ruangan yang salah dan kurang. Namun, anehnya mereka sering mendakwa orang-orang Islam yang berpandangan menyeluruh tentang Islam, sebagai ajaran spiritual dan politik, dikatakan sebagai tindakan apologis (membela/mempertahankan diri). Sekali lagi, mereka menyamakan orang Islam dengan orang Yahudi dan Nasrani yang sememangnya agamanya tidak lengkap, kemudian mereka apologi untuk menutupi kelemahan agama mereka. Jadi, sebenarnya siapa yang melakukan apologi? Orang Islam yang memperjuangkan Islam yang unik atau ‘orang Islam’ yang memperjuangkan Islam secara juz’ie (sebahagian)?
Jadi, adalah menjadi satu kesalahan untuk menyatakan bahawa Islam itu hanya sebagai agama semata dan begitu juga untuk menyatakan Rasulullah SAW di utuskan hanya membawa misi agama dalam erti kata hanya spiritual semata-mata. Namun penyataan seumpama ini adalah salah satu bentuk penyelewengan untuk mengaburi pemikiran umat Islam. Perlu di ketahui juga Parti Politik Islam adalah salah satu metod untuk menyebarkan Islam selain daripada menegakkan daulah al Khilafah.
Mampukah Islam sebagai ideologi spiritual dan politik?
Mampukah Islam sebagai ideologi spiritual dan politik? Persoalan di atas perlu dianalisis dari bukti-bukti normatif, historis dan empirik dengan melihat kepada nas, fakta sejarah kejayaan yang pernah dicatat di dalam lembaran sejarah kegemilangan Islam, sejak dari hari pertama tertegaknya Islam di Madinah sebagai suatu kuasa ideologi sehingga jatuhnya khilafah Islam yang terakhir di Turki pada 3 Mac 1924 hingga sisa-sisa pelaksanaan Islam di negeri kaum muslimin. Tiga bukti-bukti inilah yang akan mampu memberikan gambaran yang nyata kepada kita akan kemampuan Islam sebagai ideologi dunia, samada spiritual mahupun politik.
Secara empirik, kita boleh membuktikan kemampuan Islam sebagai ajaran politik dan spiritual, dengan melihat elemen yang dimiliki oleh Islam, iaitu konsep (fikrah) dan metodologi (thariqah). Konsep ini mencakup: (1) Aqidah Islam, iaitu keimanan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari kiamat dan Qadha’-Qadar; (2) Pemecahan masalah kehidupan manusia, iaitu hukum-hukum syara’ yang berkenaan dengan penyelesaian semua masalah manusia, samada yang berkenaan dengan masalah manusia dengan Allah, iaitu ibadah, ataupun masalah manusia dengan sesama manusia, iaitu ekonomi, sosial, politik, pendidikan, penghukuman, dan sebagainya, serta masalah manusia dengan dirinya sendiri, iaitu masalah makanan, pakaian dan akhlaq.
Manakala metodologi pula bermaksud adalah cara bagaimana supaya konsep tersebut boleh diterapkan, dipertahankan dan d**embangkan, iaitu mencakupi: (1) Metod (kaedah) menerapkan aqidah dan hukum syara’ melalui negara; (2) Metod mempertahankan aqidah dan hukum syara’, iaitu dengan melaksanakan hukuman (uqubat) kepada orang yang melanggar daripada aqidah dan hukum syara’. Orang yang murtad dibunuh, orang yang melakukan pembangkangan daripada negara akan diperangi, orang yang meninggalkan solat d**enakan ta’zir, orang yang mencuri dipotong tangan, orang yang berzina direjam sampai mati atau disebat hingga seratus kali, orang yang membuka aurat di tempat umum d**enakan ta’zir, orang yang melakukan rasuah d**enakan ta’zir, dan sebagainya. Seluruh penyimpangan daripada hukum syara’ ada hukumannya di dalam syari’at Islam. (3) Metod menyebarkan aqidah dan hukum syara’, iaitu dengan dakwah dan jihad yang dilakukan oleh khilafah Islam. Dakwah Islam kepada orang non-Islam di dalam negeri adalah dengan cara melaksanakan semua hukum Islam, sehingga mereka boleh menyaksikan cahaya Islam dan akhirnya memeluk Islam:
"Apabila pertolongan dan kemenangan dari Allah telah tiba, maka kalian akan menyaksikan manusia berbondong-bondong masuk Islam." (An-Nasr: 1)
Sedangkan dakwah Islam kepada orang non-Islam di luar negeri adalah dengan jihad, yang caranya telah ditetapkan oleh Islam dengan 3 tahap iaitu: (1) Diseru untuk memeluk Islam, apabila bersetuju, maka dibiarkan; (2) Apabila tidak bersetuju, akan diseru untuk tunduk kepada pemerintahan Islam dengan cara menerapkan semua hukum Islam yang berkenaan dengan masalah sosial, ekonomi, politik, pendidikan, uqubat (penghukuman), dan hukum-hukum yang lain, kecuali aqidah, ibadah, makanan, pakaian dan pernikahan (nikah dan talak); (3) Apabila tidak bersetuju, akan diperangi hingga habis-habisan, sehingga akhirnya tunduk kepada Islam. Inilah secara ringkas gambaran tentang Islam, dari sisi konsep dan metodologi, secara normatif, yang semuanya ini boleh dilihat dalam kitab-kitab fiqih Islam.
Sedangkan bukti-bukti sejarah, boleh dilihat dalam catatan sejarah sebagaimana yang dibukukan oleh ahli sejarah, samada dalam sirah mahupun tarikh. Seperti Sirah Ibnu Ishaq, Maghazi Al-Waqidi, Thabaqat Ibnu Sa’ad, Sirah Ibnu Hisyam, Tarikh Al-Umam wa Al-Mulk At-Thabari, Tarikh Ibnu Al-Atsir, Tarikh Ibnu Katsir, dan sebagainya. Buku-buku sejarah ini memberikan gambaran yang nyata tentang bagaimana Islam diterapkan sepanjang berabad-abad. Satu catatan yang telah ditinggalkan oleh kegemilangan Islam selama 1300 tahun lebih berdirinya Islam sebagai suatu ideologi antaranya bilangan kes mereka yang dipotong tangan akibat sabit kesalahan mencuri dan d**enakan hukuman hudud terhadap mereka adalah berjumlah 200 kes sahaja. Rekod ini dapat dicapai kerana apabila ideologi Islam ditegakkan di kalangan masyarakat ianya akan membina masyarakat tersebut supaya menjadikan aqidah Islam sebagai qiyadah fikriah (pengendali seluruh pemikiran) mereka. Ini akan melahirkan rasa taqwa di dalam diri individu masyarakat, yang mana taqwa ini akan mencetuskan suatu sifat mengawal diri kepada setiap individu untuk mendorong individu-individu tersebut melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah SWT. dan meninggalkan apa sahaja yang dilarang. Begitulah juga masyarakat yang dibina akan membawa pemikiran dan perasaan Islam yang mengaktifkan dan menjadikan mereka peka dengan kerja-kerja amar ma’ruf dan nahi mungkar bagi mengawal masyarakat supaya sentiasa berada di atas syari’at Islam. Adapun yang paling memainkan peranan dalam konteks ini ialah kewujudan konsep dan metodologi Islam di dalam sebuah negara yang akan melaksanakan seluruh sistem Islam. Renunglah kata-kata Khalifah Uthman:
"Sultan akan dapat membetulkan kesalahan yang tidak dapat diperbaiki oleh Al-Quran"
Akhirnya Islam telah dihancurkan oleh musuh-musuh Islam pada tahun 3 Mac 1924, dengan dirobohkannya sistem khilafah Islam. Sedangkan bukti-bukti empirik, boleh disaksikan hingga saat ini. An-Nabhani memberikan gambaran yang jelas dalam buku beliau, Hadisu As-Shiyam, tentang bukti tersebut. Iaitu ada dua bukti yang hingga kini masih boleh disaksikan lagi: Pertama, peradilan (al-qadha’) yang bertugas menyelesaikan sengketa di tengah masyarakat, samada berkenaan dengan kes masyarakat dengan masyarakat ataupun masyarakat dengan negara; Kedua, pegawai kerajaan (al-hakim) yang bertugas melaksanakan semua hukum Islam di tengah masyarakat.
bersambung.....................................................................