Post by super on Jul 6, 2007 8:18:00 GMT -1
SEMALAM
Hamas mampu tadbir Gaza
DAMSYIK: Pembebasan wartawan Britain, Alan Johnston, adalah mesej kepada dunia bahawa Hamas mampu mengekalkan keselamatan dan kestabilan di Semenanjung Gaza, kata pegawai kanan pergerakan itu semalam.
Johnston, wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), dibebaskan semalam selepas hampir empat bulan diculik di Gaza. Pembebasannya dibuat selepas Hamas, yang mengawal Gaza, meningkatkan tekanan terhadap penculik Johnston, kumpulan yang digelar Tentera Islam.
Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Moussa Abu Marzouk, berkata adalah menjadi antara tanggungjawab baru Hamas ‘untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan bagi semua penduduk di Semenanjung Gaza.’
Mengekal keselamatan ‘tidak ragu-ragu lagi adalah mesej kepada dunia bahawa Hamas sebuah kumpulan bertanggungjawab dan untuk membandingkan antara pembunuhan dan penculikan yang berlaku di Tebing Barat dan apa yang Hamas lakukan di Gaza untuk memastikan hak penduduk, keselamatan dan kestabilan,’ kata Moussa kepada The Associated Press (AP) melalui telefon di Damsyik.
Katanya, Hamas menekankan pembebasan Johnston sejak dia diculik. Pergerakan itu mendesak pembebasan Johnston sejak ia mengambil alih kawalan di Gaza bulan lalu, berharap dapat berbaik dengan Barat, yang memulaukan pergerakan pejuang itu berhubung ideologi anti-Israel.
Kelmarin, pejuang Hamas mengambil tempat di sekitar kubu kuat Tentera Islam dan meningkatkan tekanan supaya kumpulan itu membebaskan Johnston dengan selamat.
Bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, yang kini mengetuai Hamas di Gaza, tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai perjanjian pembebasan pada sidang akhbar dengan wartawan itu.
Sementara itu, Haniyeh juga berharap satu perjanjian dapat dicapai bagi membenarkan pembebasan askar Israel, Gilad Shalit yang ditahan di Gaza sejak Jun tahun lalu.
“Kami harap penculikan Shalit akan ditamatkan menerusi satu perjanjian bagi memastikan pembebasan tahanan Palestin,” kata Haniyeh dalam sidang akhbar bersama Johnston.
Israel berulangkali berkata ia tidak akan mengadakan rundingan dengan Hamas bagi pembebasan Shalit yang ditahan pada 25 Jun 2006 di markas tentera Yahudi itu dekat Gaza oleh pejuang Hamas dan sekutunya.
Penahanan Shalit menyebabkan Israel melancarkan operasi dua bulan di Gaza menyebabkan hampir 200 pejuang Palestin dibunuh.
Rundingan bagi pembebasan askar berusia 20 tahun itu dirundingkan oleh Mesir beberapa kali menemui jalan buntu dan didakwa bertambah rumit apabila Hamas menguasai Gaza bulan lalu.
Mesir menyerahkan satu senarai tahanan Palestin untuk dibebaskan mengikut kemahuan Hamas, April lalu, kata pegawai pergerakan itu. – AP
HARI INI
Tentera Yahudi ceroboh Gaza, lapan anggota Hamas maut
GAZA 5 Julai – Lapan anggota sayap bersenjata Hamas terkorban hari ini dalam pertempuran dengan tentera rejim Tel Aviv yang menceroboh jauh ke dalam wilayah ini.
Sumber perubatan dan tentera memberitahu, enam penduduk Palestin turut cedera dalam pertempuran sengit dengan tentera dan kereta kebal penceroboh yang memasuki wilayah Palestin berhampiran kem pelarian Maghazi.
Semasa pencerobohan itu, pesawat tempur rejim Tel Aviv melepaskan tembakan yang membunuh dua pejuang Briged Ezzedine al-Qassam, sayap bersenjata Hamas yang menguasai Gaza sejak 15 Jun lalu selepas menyingkirkan Fatah.
Seorang anggota pejuang Hamas terkorban dalam pertempuran dengan tentera Israel yang menceroboh sejauh satu kilometer ke wilayah Palestin.
Kumpulan pejuang itu dalam kenyataan memberitahu, antara pejuang yang terkorban dikenali sebagai Muhammed Siam yang merupakan pemimpin pejuang tempatan, serta dua anggota iaitu Mohammed Dawidat dan Ahmed Kerimawi.
Sejak kebangkitan Palestin pada September 2000, seramai 5,776 orang terbunuh, kebanyakannya penduduk Palestin.
– AFP

Semalam buat baik, hari ini dibalas dengan peluru dan bom. Wajarkah ini dikatakan sebagai HADIAH selepas mereka menyelamatkan satu nyawa (wartawan Britain).
Inilah dikatakan orang kafir Harbi tak kenang budi.
adakah pihak britain menghantar tenteranya untuk membalas budi tersebut -kirim salamlah.
jangankan pihak britain, pihak negara Islam yang digelarkan olehnya pun tidak pernah hantar tentera merekapun semasa perang, kalau setakat selepas perang itu banyak, itupun sebagai pemerhati jee.
Mana perginya SU- MKM? Kapal Selam mana? Nuklear mana? simpan untuk pameran hari kebangsaan. Setakat yahudi itu kecil aje. Jangan kan jet pejuang dan nuklear, kalau dipakat seluruh umat Islam di dunia ini kencing ramai-ramai di Israel, seluruh orang yahudi mati kelemasan akibat banjir air kencing.
Senang cerita umat Islam tiada KESATUAN. TIDAK SE'YA', TIDAK SEPAKAT. Macam mana tidak sepakat, pasal masing-masing ada ketua sempadan. Jadi siapakah yang hendak jadi ketua diantara ketua-ketua sempadan tersebut. Hanya jawatan Khalifah masih sunyi untuk disandang. Khalifah simbol kekuatan Umat Islam dan simbol KESATUAN diantara negeri-negeri Umat Islam. Hanya Khalifah pembela nasib umat Islam, kerana beliau menerapkan hukum Allah dan RasulNya.