|
Post by khalid bin lukman on Mar 26, 2007 8:29:46 GMT -1
Assalamualaikum, wahai kaum muslimin sekalian. Di sini ana ingin menyampaikan jalazah pada bulan ini, dengan tajuk Bencana Alam. Kupasan topik ini, amat jauh kedalam sehingga ke akar umbi punca sebenarnye bencana Alam sering kali berlaku serta membentangkan apa yang mereka lakukan sebelum, semasa dan selepas bencana alam ini berlaku. Disini menunjukkan jenis-jenis bencana alam yang berlaku dewasa ini. Di sini menunjukkan realiti kekerapan bencana Alam berlaku pada Disember 2006 hingga Januari 2007. Di sini menunjukkan kekerapan gempa bumi berlaku sehingga 27 Disember 2004. Pada 28 Julai 1976, Gempa Bumi di China mengorbankan sebanyak 240 juta orang. Ramai ahli saintis membuat " Teori Kekerapan bencana Alam ini berlaku kerana PERUBAHAN IKLIM ataupun FENOMENA PEMANASAN GLOBAL. Namun, Punca sebenarnye ialah penerapan Ideologi Kapitalisme. Dengan beraqidahkan Sekularisme iaitu pepisahan Agama daripada Kehidupan dan seterusnye pepisahan agama daripada negara. Mereka meletakkan Kebebasan adalah segalanye. Tolok ukur perbuatan mereka atas landasan kemanfaatan serta nilai kebahagiaan daripada ideologi Kapitalisme mencapai maxsimum kepuasan jasmani dan naluri-naluri sebanyak mungkin. Sifat Kerakusan dan ketamakan mereka tidak dapat dibendung lagi. Atas "The Way of Life" mereka sanggup menggadaikan khazanah alam yang tidak ternilai ini. Ini bukti bahawa Ketua Ideologi Kapitalisme, Amerika Syarikat menutup suatu laporan untuk kepentingan industri mereka. Diikuti Australia, India, Brasil dan China dengan masing-masing mempunyai satu alasan yang sama iaitu Kawalan pelepasan gas karbon boleh menjejaskan EKONOMI negara mereka Ini bukti kegagalan bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar. Jelaslah firman Allah. Semakin jelaslah Firman Allah. Peranan Negara. Ini memang tak patut, tolok ukur perbuatan kapitalisme sudah sebati sehinggakan masalah mangsa belum lagi selesai, sudah sibuk mengira kerugian akibat memberi wang Ihsan yang tidak seberapa. Petikan ini diambil daripada Undang Dasar Negara Islam, daripada Sheikh Taqiyuddin An Nabhani. Beliau mencadangkan sebanyak 186 fasa, diantaranye seperti di atas. Beliau seolah-olah menjangka, bahawa Ideologi Kapitalisme akan meninggalkan masalah bencana Alam, selepas kejatuhannye dan Beliau sudah menyediakan jalan penyelesaian yang terbaik. Jaminan Negara Islam dalam menangani masalah bencana Alam. Dalam kitab Al Amwaal Fi Daulatil Khilafah, karangan Abdul Qadim Zallum(halaman 27-28)menjelaskan lagi, Terdapat dua Biro (Diwan) yang dikhaskan untuk membiayai perbelanjaan mangsa Bencana iaitu Diwan Al Fai' Wal Kharaj dan Diwan Milkiyyah Al'amah. Juga terdapat Diwan yang menguruskan mangsa bencana, ia dipanggil Diwan At Thawari'Tidak seperti Negara Berideologi Kapitalisme, langkah pertama mereka ambil ialah mengutip derma daripada orang ramai. Ataupun mereka abaikan nasib malang yang menimpa mangsa bencana seperti terjadi di Sri Lanka(Bh25.03.07). Mereka abaikan golongan miskin dan membantu golongan kaya sepertimana terjadi di Amerika Syarikat.Sekiranya kedua dana daripada Diwan tersebut kehabisan, barulah Daulah mengambil langkah ini: 1. Mengutip Dharibah 2. Melakukan pimjaman wang sesama rakyat daulah. Sepertimana terjadi di zaman Umur Al Khattab. Insya Allah...Dengan kite menegakkan Daulah, Bencana Alam ini dapat dibendung. Kerana mereka meninggikan Agama Allah dengan menerapkan hukum berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW. Kite perlulah tegakkan Khilafah. Marilah kita tegakkan Khilafah. Kehancuran Amerika menunggu masa sahaja.
|
|
|
Post by hairul on Mar 29, 2007 4:12:19 GMT -1
Bismillah.
Mari kita rujuk kepada ketaksuban kaum-kaum yang sebelumnya pemerintahan Rauslullah S.a.w yang mana Tuhan telah menurunkan bala bencana bebagai bentuk untuk menjadi tauladan dan panduan ke atas perilaku kita seharian.
Ideologism kapitalis ataupun sekularism ini amat menepati dan siring pembagunan di Malaysia hari ini.
Saya lihat akibat daripada famahan yang tidak terkawal ini membawa kepada kerosakan akhlak dan sosial kepada lapisan masyarakat bawahan yang kerap menerima tempias fahaman-fahaman ini yang terus membawa kepada ketaksuban untuk sama-sama memperjuangkannya.
Kita perlu sedar bahwa kita mempunyai panduan dan aqidah untuk membawa kita kejalan yang benar. Walaupun kita diselubungi dengan segala bentuk ancaman kita perlu memikirkan cara dan menegakkan segala kebenara dan bukan hanya untuk kita duduk sendirian memikirkan kesan yang telah di tentukan Ilahi ke atas hambNya.
Kita sebagai manusia mampu untuk megelakkan daripada segala bencana jika kita menyedari tanggungjawab kita sebagai manusia yang baik.
|
|
|
Post by jamaluddin on Mar 30, 2007 8:54:59 GMT -1
Kerana itu, jalan terbaik untuk kita sebagai umat Islam ialah mengatakan perkara yang Haq dan menidakkan perkara yang salah agar kedua-duanya jelas dipisahkan tanpa ada campur baur. Tiada pula perpisahan agama daripada kehidupan dalam Islam. Sekira ini pun tidak mampu disangkal oleh setiap umat Islam, bagaimana umat Islam ingin pergi lebih jauh. Bencana yang mendatang bukan bala' untuk umat Muhammad SAW, tapi sebagai peringatan kepada manusia. Sebagai cubaan dan ujian bagi manusia, yang alpa dengan kerasukkan materi dan kemewahan. Untuk menyedarkan, bahawa kemewahan dan kekayaan itu boleh diambil bila-bila masa. Namun sebahagian besar manusia masih tetap alpa, lupa dan sengaja tidak mahu mengambil pelajarannya.
|
|
|
Post by khadijah on Mar 30, 2007 10:51:16 GMT -1
Musibah. Musibah adalah al-baliyyah (ujian) dan semua perkara yang dibenci oleh manusia. Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisân al-‘Arab menyatakan, bahwa musibah adalah al-dahr (kemalangan, musibah, dan bencana) (Imam Ibnu Mandzur, Lisân al-‘Arab, juz 1, hal. 535). Menurut Imam al-Baidhawi, musibah adalah semua kemalangan yang dibenci dan menimpa umat manusia. Ini didasarkan pada sabda Rasulullah Saw, “Setiap perkara yang menyakiti manusia adalah musibah.” (Imam al-Baidhawi, Tafsir al-Baidhawi, juz 1, hal. 431). Kata musibah disebutkan di sepuluh ayat, dan semuanya bermakna kemalangan, musibah, dan bencana yang dibenci manusia. Namun demikian, Allah SWT memerintahkan kaum Muslim untuk menyakini, bahwa semua musibah itu datang dari Allah SWT, dan atas ijinNya. Allah SWT berfirman: “Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepadanya hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Qs. al-Taghâbun [64]: 11).
‘Adzab. Secara literal, ‘adzab adalah al-nakâl wa al-‘uqûbah (peringatan bagi yang lain, dan siksaan [hukuman]) (Imam Ibnu Mandzur, Lisân al-‘Arab, juz 1, hal. 585). Al-nakâl adalah peringatan yang berupa siksaan atau hukuman kepada yang lain. Kata al-‘adzab biasanya digunakan pada konteks hukuman atau siksaan kelak di hari akhir. Allah SWT berfirman: “Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.” (Qs. al-Baqarah [2]: 7). “Sesungguhnya, orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akherat, Kami sediakan bagi mereka adzab yang pedih.” (Qs. al-Isrâ’ [17]: 10), dan lain sebagainya. Namun demikian, kata ‘adzab juga digunakan dalam konteks hukuman di kehidupan dunia. Allah SWT berfirman: “Tak ada suatu negeripun yang durhaka penduduknya, melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami adzab (penduduknya) dengan adzab yang keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab Lauh al-Mahfuudz.” (Qs. al-Isrâ’ [17]: 58). Menurut Ali ash-Shabuni, jika penduduk suatu kota ingkar atau bermaksiyat kepada perintah Allah SWT, mendustakan Rasul-rasulNya, niscaya Allah akan menghancurkan mereka, baik dengan kehancuran secara total (pemusnahan), maupun ditimpa dengan hukuman yang amat keras (Ali ash-Shabuni, Shafwât at-Tafâsîr, juz 2, hal. 165). Di ayat yang lain, Allah SWT berfirman: “Sekiranya mereka tidak bercampur baur, tentulah Kami akan mengadzab orang-orang kafir di antara mereka dengan adzab yang pedih.” (Qs. al-Fath [48]: 25). Tatkala menafsirkan ayat ini, Ali ash-Shabuni mengatakan, “Seandainya orang-orang kafir itu dipisahkan satu dengan yang lain, kemudian dipisahkan antara yang mukmin dengan yang kafir, tentulah Allah akan mengadzab orang-orang kafir dengan adzab yang sangat keras, berupa pembunuhan, penawanan, maupun pengusiran dari negeri mereka-negeri mereka.” (Ali ash-Shabuni, Shafwât at-Tafâsîr, juz 3, hal. 48). Keterangan ini diperkuat dengan firman Allah SWT yang lain, yakni: “Dan jikalau tidaklah karena Allah telah menetapkan pengusiran terhadap mereka, benar-benar Allah mengadzab mereka di dunia. Dan bagi mereka di akherat adzab neraka.” (Qs. al-Hasyr [59]: 3). Ayat ini bercerita tentang pengusiran Bani Nadzir, sekaligus mengisahkan, bahwa jikalau Allah SWT tidak menetapkan hukuman pengusiran terhadap Bani Nadzir, niscaya mereka akan diadzab dengan pembunuhan (al-qatl). Hukuman bagi mereka cukup dengan pengusiran, bukan pembunuhan seperti halnya hukuman bagi Yahudi Bani Quraidzah. Ayat di atas juga menunjukkan, bahwa ‘adzab tidak hanya berasal dari Allah SWT saja, akan tetapi juga bersumber dari manusia sendiri, yakni berupa hukuman atau sanksi di kehidupan dunia.
|
|
|
Post by khadijah on Mar 30, 2007 10:51:50 GMT -1
Penyebab Datangnya ‘Adzab Allah Pada dasarnya, penyebab datangnya ‘adzab Allah SWT adalah kedzaliman, kemaksiyatan, dan kefasikan. Allah SWT telah menyatakan hal ini di beberapa ayat; diantaranya adalah firman Allah SWT: “Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kedzaliman.” (Qs. al-Qashash [28]: 59). “maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik.” (Qs. al-Ahqâf [46]: 35). “Kami telah membinasakan mereka, karena sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrim).” (Qs. ad-Dukhân [44]: 37). Ayat-ayat di atas menunjukkan, bahwa ‘adzab Allah hanya akan dijatuhkan kepada penduduk negeri yang melakukan kedzaliman, kemaksiyatan, dan kefasikan. Dengan kata lain, ‘adzab Allah hanya akan dijatuhkan, tatkala peringatan-peringatan Allah SWT melalui lisan RasulNya telah diabaikan dan didustakan. Akan tetapi, ada beberapa riwayat yang menunjukkan, bahwa ‘adzab Allah bisa saja mengenai orang-orang mukmin tatkala mereka enggan mencegah kemungkaran padahal mereka mampu melakukannya. Dari Adi bin Umairah dituturkan, bahwasanya ia pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengadzab orang-orang secara keseluruhan akibat perbuatan mungkar yang dilakukan oleh seseorang, kecuali mereka melihat kemungkaran itu di depannya, dan mereka sanggup menolaknya, akan tetapi mereka tidak menolaknya. Apabila mereka melakukannya, niscaya Allah akan mengadzab orang yang melakukan kemungkaran tadi dan semua orang secara menyeluruh.” [HR. Imam Ahmad]. Sedangkan ‘adzab manusia, baik berupa pembunuhan, teror, pengusiran, dan lain sebagainya semata-mata tergantung dari kehendak manusia itu sendiri. Contohnya, Fir’aun pernah mengumumkan hukuman bunuh bagi bayi yang lahir laki-laki. Rasulullah Saw menghukum Bani Quraidzah dengan pembunuhan atas pengkhianatan mereka. Nabi Saw juga pernah mengusir Bani Nadzir dari kota Madinah, sebagai hukuman atas makar yang mereka lakukan.
Jenis-Jenis ‘Adzab Allah ‘Adzab Allah SWT ada dua jenis. Pertama, ‘adzab yang ditimpakan kepada penduduk suatu negeri yang berakibat musnahnya penduduk kota tersebut (isti’shâl). Kedua, ‘adzab yang sangat keras, akan tetapi tidak sampai memusnahkan penduduk negeri tersebut. ‘Adzab jenis pertama dijatuhkan Allah SWT kepada umat terdahulu, seperti kaumnya Nabi Nuh, kaum Tsamud, dan lain sebagainya. Kaum-kaum tersebut telah dimusnahkan Allah SWT akibat pengingkaran mereka terhadap tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Sebab, jika tanda-tanda kebesaran Allah SWT telah ditunjukkan kepada suatu kaum, namun kaum tersebut tetap saja ingkar dan mendustakan Allah dan RasulNya, maka Allah SWT pasti akan memusnahkan kaum tersebut. Allah SWT berfirman: “Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari Kiamat atau kami adzab (penduduknya) dengan adzab yang sangat keras. Yang demikian itu tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfudz). Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan tanda-tanda kekuasaan Kami) , melainkan karena tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu.” (Qs. al-Isrâ’ [17]: 58-59). Allah SWT telah menetapkan, bahwa orang-orang yang mendustakan tanda-tanda kekuasaanNya akan dimusnahkan Allah SWT. Tanda kebesaran Allah ini pernah diberikan kepada Rasul-rasul terdahulu; misalnya, unta betinanya Nabi Shaleh bagi kaum Tsamud. Sayangnya, kaum Tsamud mengingkari tanda kebesaran Allah ini. Akhirnya kaum Tsamud dimusnahkan dari muka bumi. Mayoritas ahli tafsir menyatakan, bahwa ayat ini berhubungan dengan permintaan orang-orang Quraisy kepada Nabi Saw agar beliau Saw menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah sebagai bukti kebenaran kenabian dan risalahnya. Akan tetapi, Allah SWT memberitahu Nabi Saw, bahwa jika Allah mengabulkan permintaan mereka, namun mereka tetap saja ingkar dan mendustakan tanda-tanda kebesaran Allah tersebut, niscaya mereka akan dimusnahkan, sebagaimana kaum-kaum terdahulu (Ali ash-Shabuni, Shafwât at-Tafâsîr, juz 2, hal. 165). Oleh karena itu, Allah SWT tidak mengiyakan permintaan kaum Quraisy tersebut, dikarenakan Ia tidak ingin memusnahkan kaum Quraisy. Dari sini kita bisa menyimpulkan, bahwa ‘adzab isti’shâl (pemusnahan) tidak akan menimpa umat Muhammad Saw. Tetapi, umat Muhammad Saw tidak luput dari ‘adzab yang keras, jika mereka melakukan kedzaliman, kefasikan, dan kekufuran.
‘Adzab Akibat Pembesar-Pembesar Fasiq Dan Dzalim Jika pembesar-pembesar suatu negeri atau kota melakukan kemaksiyatan kedurhakaan, dan kedzaliman, niscaya Allah akan mengirimkan ‘adzab kepada penduduk negeri tersebut. Al-Qur’an telah menyatakan hal ini dengan sangat jelas: “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah SWT), tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (Qs. al-Isrâ’ [17]: 16). Ibnu ‘Abbas tatkala menafsirkan ayat ini menyatakan: “Maksud ayat ini adalah, jika Kami (Allah) telah memberikan kekuasaan kepada pembesar-pembesar di sebuah kota, kemudian mereka berbuat maksiyat di dalamnya, maka Allah SWT akan menghancurkan penduduk di negeri tersebut dengan ‘adzab.” (Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, juz 2, hal. 371). Di ayat lain, Allah SWT telah mendiskripsikan kerusakan di darat dan laut akibat perbuatan manusia. Allah SWT berfirman: “Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.” (Qs. ar-Rûm [30]: 41). Imam Baidhawi berkata, “Yang dimaksud dengan kerusakan (pada ayat tersebut) adalah paceklik al-jadb), kebakaran yang merajalela, ketenggelaman, hilangnya keberkahan, dan banyaknya kelaparan, akibat kemaksiyatan dan ulah perbuatan manusia.” (Imam al-Baidhawi, Tafsir al-Baidhawi, juz 2, hal. 106). Menurut Imam Ibnu Katsir, yang dimaksud kerusakan adalah berkurangnya hasil-hasil pertanian dan buah-buahan karena kemaksiyatan manusia. Sebab, baiknya bumi dan langit tergantung dengan ketaatan (Mukhtasar Tafsir Ibnu Katsir, hal. 57). Kedzaliman penguasa, keengganan rakyat melakukan koreksi dan muhasabah terhadap penguasa merupakan pemicu datangnya ‘adzab dari Allah SWT. Sebaliknya, ketaatan kepada Allah SWT merupakan kunci bagi perbaikan bumi dan seisinya.
Khatimah Seorang mukmin harus menyakini, bahwa seluruh musibah yang menimpa dirinya berasal dari Allah SWT. Sebab, tidak ada satupun musibah yang terjadi di muka bumi ini, kecuali atas Kehendak dan Ijin Allah SWT. Akan tetapi, seorang mukmin juga wajib mengimani adanya musibah-musibah yang disebabkan karena kemaksiyatan yang dilakukan oleh manusia. Sesungguhnya, musibah maupun ‘adzab yang ditimpakan Allah SWT kepada manusia ditujukan agar mereka kembali mentauhidkan Allah SWT, dan menjalankan seluruh syariatNya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Sayangnya, banyak orang memandang musibah sebagai peristiwa dan fenomena alam biasa, bukan sebagai peringatan dan pelajaran dari Allah SWT. Akibatnya, mereka tetap tidak mau berbenah dan memperbaiki diri. Mereka tetap melakukan kemaksiyatan dan menyia-nyiakan syariat Allah SWT. Mereka lebih percaya kepada kekuatan ilmu dan teknologi bikinan manusia untuk menangkal bencana dan musibah, dari pada Kekuatan dan Kekuasaan Allah SWT. Adanya musibah tidak justru menjadikan mereka rendah diri dan bersandar kepada Allah, namun justru menyeret mereka untuk semakin ingkar kepada Allah SWT. Benar, salah satu bentuk pembenahan diri adalah berusaha semaksimal mungkin untuk menangkal bencana dan musibah dengan berbagai sarana dan prasarana; misalnya; merancang master planning yang komprehensif, membangun sistem drainase yang baik, mendirikan tembok dan bendungan beton yang kokoh, dan lain sebagainya. Namun, pembenahan harusnya tidak hanya berhenti pada aspek-aspek fisik seperti ini saja, akan tetapi harus mencakup pula pembenahan spritual yang mampu mengantarkan kepada ketaqwaan yang hakiki; yakni mentauhidkan Allah SWT dan menjalankan seluruh syariatNya. Sebab, penyebab utama datangnya ‘adzab adalah kemaksiyatan, bukan semata-mata karena lemah maupun kurangnya sarana dan prasarana fisik. Wallahu a’lam bi ash-Shawab.
Oleh: Syamsuddin Ramadhan al-Nawiy source : hayatulislam.net
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Mar 31, 2007 3:21:40 GMT -1
Ya, betul...macam inilah nasib orang yang zalim dan doa orang yang dizalimi pastinye makbul.
|
|
|
Post by hairul on Mar 31, 2007 9:49:24 GMT -1
Bismillah.
Sifat taksub kepada bala membawa kepada budaya yang tidak sihat walaupun kita menyedari itu adalah satu ujian Tuhan yang Maha Besar terhadap kita.
Susah senang kehidupan yakni membawa kepada keinsafan manusia adalah satu kewajipan bagi kita untuk mengagumi kebesaraNya.
Taubat ke jalan Allah S.w.t adalah dimestikan untuk membawa kejayaan yanh kita kehendaki.
Sesungguhnya Ia memakbulkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Wallahualam.
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Apr 2, 2007 0:53:25 GMT -1
Sultan tegur kerajaan Kelantan
KOTA BHARU 1 April – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mahu kerajaan negeri tidak berterusan bergantung kepada sektor perhutanan sebagai sumber utama pendapatan negeri, sebaliknya mencari dan mempelbagaikan sumber ekonomi.
Titah baginda, berdasarkan anggaran pendapatan bajet negeri tahun ini, kerajaan negeri masih bergantung kepada sektor perhutanan yang menyumbang sebanyak 23.86 peratus daripada anggaran pendapatan negeri.
Dalam masa yang sama baginda mengingatkan kerajaan negeri supaya menguruskan sumber hutan secara berhati-hati kerana kegagalan berbuat demikian mendedahkan kepada risiko seperti hakisan, peningkatan kepanasan dan banjir besar.
Baginda bertitah, penerokaan sumber perhutanan secara tidak terkawal dan berterusan bukan sahaja akan mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar, malah kepada kualiti kehidupan orang ramai.
Titah baginda, terdapat pelabur yang ingin terlibat dalam projek pembalakan hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kesan buruk kepada alam sekitar dan kemungkinan bencana yang akan menimpa.
Sehubungan itu, baginda mahu kerajaan negeri memastikan sebarang kegiatan melibatkan pembersihan hutan untuk peladangan oleh syarikat-syarikat yang diberi konsesi, dilakukan secara terkawal supaya masalah alam sekitar tidak menjadi bertambah buruk.‘‘Sejak akhir-akhir ini, sungai-sungai utama yang dahulunya mempunyai aliran yang baik dan jernih, bertukar cetek, berkeladak dan keruh,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena hari keputeraan baginda ke-57 di Istana Balai Besar, di sini hari ini.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut baginda, aktiviti itu jika tidak dikawal, dikhuatiri akan mendedahkan negeri ini kepada ancaman banjir besar sebagaimana yang berlaku beberapa tahun sebelum ini.
‘‘Kegagalan menguruskan sumber hutan secara mapan akan menyebabkan generasi akan datang berhadapan dengan pelbagai risiko yang berpunca daripada kesilapan kita,” titah baginda.
Dalam titah ucapannya, Tuanku Ismail Petra turut menasihatkan kerajaan negeri supaya lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan urusan pentadbiran negeri terutama dalam beberapa isu yang masih belum dapat ditangani sekian lama, terutama isu kebersihan dan gejala sosial yang semakin meningkat.
Baginda melahirkan rasa kecewanya berikutan kegagalan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyediakan pelan tindakan khas mengenai kebersihan yang sejajar dengan imej bandar itu.
‘‘Beta ingin menarik perhatian semua pihak berkuasa tempatan khususnya MPKB-BRI bahawa tahap kebersihan keseluruhannya masih belum memenuhi piawaian yang sepatutnya sehingga menimbulkan rungutan orang awam dan pelawat dari dalam dan luar negara.
‘‘Masalah ini perlu ditangani dan dikawal selia sepanjang masa, tambahan pula tahun 2007, Tahun Melawat Malaysia dan Kelantan adalah di antara destinasi pelancongan yang utama di negara kita,” tegas baginda.
Menurut baginda, masalah gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, perkosaan, pergaulan bebas, hubungan terlarang, penderaan, perlumbaan haram, lepak dan pembuangan bayi turut membimbangkan kerana ia bukan hanya berlaku di kalangan remaja tetapi orang dewasa.
Sehubungan itu, baginda mahu pelbagai pihak bekerjasama menangani masalah sosial yang semakin rumit itu kerana ia tidak boleh dibiarkan berlarutan demi melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi dan bermaruah.
Dalam hal itu, baginda mencadangkan organisasi Rukun Tetangga diperkemaskan semula dengan aktiviti yang dijalankan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
‘‘Di samping itu, beta rasa perlu dipertingkatkan dan diperluaskan kefahaman mengenai hukum-hukum agama dan kesannya di kalangan masyarakat,” titah baginda.
Mengenai peruntukan RM7.6 bilion kepada Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), baginda mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang membolehkan perancangan pembangunan ditingkatkan untuk kesejahteraan rakyat.
Bagi menjayakannya, baginda mahu hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan Pusat terus dikekalkan.
|
|