|
Post by usaid on Aug 13, 2006 23:46:00 GMT -1
Pengamal riba dilaknat, dapat hukuman berat
RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud).
l Mencari rezeki adalah sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi.
2 Antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.
3 Riba dari segi istilah bermaksud ‘az ziadah’ (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk satu daripada dosa besar. Riba ia adalah pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat.
4 Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat seperti firman Allah bermaksud: “Orang memakan riba atau mengambilnya, dia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal)”. (Surah al-Baqarah, ayat 275)
Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba selepas dia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.
5 Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini ketika di dunia adalah pemakan riba.
6 Sistem riba adalah yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu, untuk menghindari daripada kemungkinan terbabit ke dalam riba yang dilarang oleh Islam (walaupun batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah.
7 Riba lawannya sedekah kerana ia adalah kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sebaliknya riba, menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya.
Petikan e-hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
|
|
|
Post by faw on Sept 11, 2006 15:44:08 GMT -1
soalan1. Bagaimana pula hukuman dengan orang yang membayar riba? adakah terlibat sama atau pun tidak berdosa? Berdasarkan artikel hanya menceritakan kisah orang yang memakan(menerima) riba.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Sept 12, 2006 1:19:05 GMT -1
Terdapat hadis yang menyatakan:
"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila...."
"Apabila zina dan riba telah merajalela di suatu negeri, berarti mereka telah menyediakan diri mereka untuk disiksa oleh Allah." (HR Hakim)
"Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orangyang menjadi saksinya." Dan beliau bersabda: "Mereka itu sama." (HR Muslim)
"Rasulullah saw. melaknat orang yang makan riba dan yang memberi makan dari hasil riba, dua orang saksinya, dan penulisnya." (HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)
"Orang yang makan riba, orang yang memberi makan dengan riba, dan dua orang saksinya --jika mereka mengetahui hal itu-- maka mereka itu dilaknat lewat lisan Nabi Muhammad saw. hingga han kiamat." (HR Nasa'i)
"Sungguh akan datang pada manusia suatu masa yang pada waktu itu tidak tersisa seorangpun melainkan akan makan riba; barangsiapa yang tidak memakannya maka ia akan terkena debunya." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah) Terdapat juga Doa Nabi itu sebagai berikut:
"Ya Tuhanku! Aku berlindung diri kepadamu dari terlanda hutang dan dalam kekuasaan orang lain." (RiwayatAbu Daud)
Dan ia bersabda pula:
"Aku berlindung diri kepada Allah dari kekufuran dan hutang. Kemudian ada seorang laki-laki bertanya: Apakah engkau menyamakan kufur dengan hutang ya Rasulullah? Ia menjawab: Ya!" (Riwayat Nasa'i dan Hakim)
Dan kebanyakan doa yang dibaca di dalam sembahyangnya ialah:
"Ya Tuhanku! Aku berlindung diri kepadaMu dari berbuat dosa dan hutang. Kemudian ia ditanya: Mengapa Engkau banyak minta perlindungan dari hutang ya Rasulullah? Ia menjawab: Karena seseorang kalau berhutang, apabila berbicara berdusta dan apabila berjanji menyalahi." (Riwayat Bukhari)
**Info tambahan:- Hutang menghalangi syurga bagi perjuang Islam yang mati Syahid ,Dan sabdanya:
"Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya melainkan hutang." (Riwayat Muslim)
Setelah kita membaca semua hadis di atas(terutama hadis ke3), kita tentu tahu apa jawapannya yang kita carikan itu.
wassalam.
|
|
|
Post by SB on Oct 14, 2006 13:45:52 GMT -1
soalan1. Bagaimana pula hukuman dengan orang yang membayar riba? adakah terlibat sama atau pun tidak berdosa? Berdasarkan artikel hanya menceritakan kisah orang yang memakan(menerima) riba.
Nampak gayanya kalian tidak dapat menjawap soalan?atau pun penerangan kalian itu lemah? maksud saya "Bagaimana pula hukuman dengan orang yang membayar riba?" contoh kita beli motor melalui pinjaman. kita di kenakan interest oleh finance. dalam kes ini finance yang memakan riba,manakala peminjam tidak makan riba tetapi kena bayar riba itu!!!!! adakah peminjam itu dosanya sama dengan pemakan riba(Finance)?berdasarkan hadis yang kalian beri paham saya, orang yang memakan riba dan orang yang memberi makan dari hasil riba itu sahaja yang berdosa!!!!!
Tolong perjelaskan masalah ini, saya agak keliru!!!!
|
|
|
Post by serunaipagi on Oct 14, 2006 22:47:15 GMT -1
Assalamualaikum. Izin saya beri komen sikit.
Sabda Rasulullah SAW:
"Rasulullah saw. melaknat orang yang makan riba dan yang memberi makan dari hasil riba, dua orang saksinya, dan penulisnya." (HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)
Hadis ni berkenaan dengan perjanjian riba. Kalau tak de yang membayar, tak de le yang menerima. Ini termasuklah saksi-saksinya sekali. Maka, kesemua yang terlibat di dalam perjanjian riba ini akan dilaknat oleh Allah SWT.
Isu Darurat tidak boleh digunakan, memandangkan ianya bukanlah berkaitan antara hidup dan mati. Kalau tak buat pinjaman pun masih boleh hidup. Kalau tak dapat beli rumah, kereta etc.. pun, masih boleh hidup. Kena hidup susah. Maklumlah..bukan mudah nak dapat syurga Allah.
"Islam itu memudahkan.." Hah, kaedah ini pun ramai orang pakai. Kaedah ni sebenarnya merujuk kepada perlaksanaan hukum. Contohnya di dalam hal solat. Bagi orang-orang yang kurang upaya, Islam membolehkan mereka bersembahyang didalam keadaan duduk..baring...sehingga kepada sekadar menggerakkan kelopak mata. Kaedah ini bukanlah digunakan untuk membolehkan mengambil perkara-perkara haram. Nauzubillah.
Bertanyalah kepada ustaz-ustaz yang ikhlas, kalau tanya Ustaz Pak Bol ( Ustaz Boleh), memanglah semuanya dibolehkan. Intepretasi dalil dan kaedah mestilah berdasarkan "Islamic Mainframe". Bukan mengikut trend semasa.
Wallahu alam.
|
|
|
Post by SB on Oct 18, 2006 16:39:40 GMT -1
Assalamualaikum. Izin saya beri komen sikit.
Sabda Rasulullah SAW:
"Rasulullah saw. melaknat orang yang makan riba dan yang memberi makan dari hasil riba, dua orang saksinya, dan penulisnya." (HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)
Hadis ni berkenaan dengan perjanjian riba. Kalau tak de yang membayar, tak de le yang menerima. Ini termasuklah saksi-saksinya sekali. Maka, kesemua yang terlibat di dalam perjanjian riba ini akan dilaknat oleh Allah SWT.
Isu Darurat tidak boleh digunakan, memandangkan ianya bukanlah berkaitan antara hidup dan mati. Kalau tak buat pinjaman pun masih boleh hidup. Kalau tak dapat beli rumah, kereta etc.. pun, masih boleh hidup. Kena hidup susah. Maklumlah..bukan mudah nak dapat syurga Allah.
"Islam itu memudahkan.." Hah, kaedah ini pun ramai orang pakai. Kaedah ni sebenarnya merujuk kepada perlaksanaan hukum. Contohnya di dalam hal solat. Bagi orang-orang yang kurang upaya, Islam membolehkan mereka bersembahyang didalam keadaan duduk..baring...sehingga kepada sekadar menggerakkan kelopak mata. Kaedah ini bukanlah digunakan untuk membolehkan mengambil perkara-perkara haram. Nauzubillah.
Bertanyalah kepada ustaz-ustaz yang ikhlas, kalau tanya Ustaz Pak Bol ( Ustaz Boleh), memanglah semuanya dibolehkan. Intepretasi dalil dan kaedah mestilah berdasarkan "Islamic Mainframe". Bukan mengikut trend semasa.
Wallahu alam.
Boleh terangkan apa yang di maksudkan "orang yang makan riba", "yang memberi makan dari hasil riba","dua orang saksi" dan "penulisnya".Faham saya,Orang-orang ini sahaja yang di laknat oleh Rasulullah tetapi orang yang membayar riba tidak di sebutkan pun terkena laknat?Adakah orang yang membayar riba itu di kira sebagai saksi juga? atau pun di kira sebagai penulis?Faham saya saksi dan penulis yang di sebutkan itu adalah yang melihat perjanjian itu!!!
minta maaf saya masih kelabu asap lagi......
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Oct 19, 2006 15:55:25 GMT -1
"Sungguh akan datang pada manusia suatu masa yang pada waktu itu tidak tersisa seorangpun melainkan akan makan riba; barangsiapa yang tidak memakannya maka ia akan terkena debunya." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
kan betul sabda Rasulullah SAW itu. ;D
Jazakallah...
|
|
|
Post by SB on Oct 21, 2006 19:39:38 GMT -1
Alhamdullilah,baru saya faham dengan jelas dan terang.TQ Super
|
|
|
Post by denlapeh on Nov 22, 2006 3:14:27 GMT -1
kalau dulu tak tahu yang pinjaman beli rumah tu riba, sekarang dah tahu. sepatutnya saya batalkan perjanjian itu cari rumah sewa dan menyewa. jadi, ada baki pinjaman yang riba tu saya tak perlu bayar ke kena bayar juga. dulu ustaz saya kata tak pe beli motor dengan riba sebab untuk kegunaan harian. saya guna pakai "dalil" ustaz tu, sebab dia pelajar al azhar, sehingga tarikh tertentu. sekarang tak pakai dah sebab ada dalil yang lebih kuat...
|
|
|
Post by nostalgia on Nov 22, 2006 5:38:16 GMT -1
hmm...soal pinjaman, riba, pemilikan, muamalah, dan pelbagai aspek hidup harian kita...memang sadis kalau dibangkitkan dan diperbincangkan persoalan seperti ini, tambah2 lagi apabila dikaitkan dengan syarak. Sadis bukannya kerana sifat hukum syarak itu yang menekan dan menyusahkan kita umat manusia, tetapi keadaan hidup di zaman ini yang tidak melaksanakan Islam secara kaffah telah menyebabkan hidup kita sentiasa sulit, teraniaya dan tertekan.
Islam yang kita imani dan kita pegang selama ini sehingga ke "gigi garham" itu sebenarnya amat sesuai dengan fitrah hidup manusia dan kehidupannya. Ia memberi penyelesaian kepada semua perkara. Dengan Islam diberikan insan jaminan kehidupan yang bahagia bukan sahaja di akhirat malahan ketika hidup di dunia ini sekalipun.
Tapi di manakah silapnya jalan kehidupan kita pada hari ini sehingga memegang dan mengamalkan Islam itu menjadi sukar. adakah kerana Islam itu yang sudah berubah untuk manusia? ataukah sebenarnya manusia yang telah mengubah jalan hidupnya sehingga bertentangan dengan fitrah kehidupan dan sekaligus kontradik dengan syariat Islam yang membahagiakan itu.
Jika ditelusuri realiti kehidupan masa kini, manusia pada hakikatnya tidak banyak mengubah keperluan dalam hidupnya berbanding masa lalu. Mereka tetap memerlukan rumah, kenderaan, kemudahan, kesenangan, kekayaan, kuasa, pengaruh, kasih sayang, ilmu, maklumat, jaminan hidup dan segala bentuk kehendak dan keperluan yang terangkum dalam potensi hidup manusia sepanjang masa kehidupannya (akal, gharaiz, hujatul adawiyah). Cuma yang berubah adalah selera dan citarasanya sahaja. Lihatlah dalam mana-mana tamadun sebelumnya pun ia tetap sama. Masalah yang paling utama adalah bagaimana manusia itu dapat melestarikan potensi-potensi ini sebaiknya.
Islam sebenarnya dianugerahkan Allah untuk memberi penyelesaian kepada manusia dalam menguruskan potensi2 kehidupan ini. Telah ditunjukkanNya jalan yang lengkap dan terbaik kepada semua umat manusia tentang bagaimana segala permasalahan fitrah manusiawi ini harus ditangani. Untuk memberikan penyelesaian yang terbaik, ia (Islam) harus dilaksanakan secara kaffah dan lengkap. Jesteru segala persoalan kehidupan itu akan jadi enteng dan bisa diurusi.
Jika kita telusuri zaman kegemilangan Khilafah semasa Islam menjadi penyelasaian hidup bagi umat manusia, tiada umat yang tidak berumah, perbelanjaan dan keperluan asas sentiasa cukup dan dijamin, tiada yang tidak bekerja, jesteru tiada persoalan untuk meminta hutang dan terikat dengan riba’. Semua persoalan ekonomi dan pemilikan menjadi tuntas dengan penyelesaian yang Islam rahmat Islam ketika itu.
Riba’ adalah teras utama kepada system ekonomi kapitalis anjuran umat kafir laknatullah. Dengan pendapatan melalui riba’, nilai barangan dan perkhidmatan ditinggikan kerana mahu memberi keuntungan kepada golongan kapitalis dan negaranya. Melalui pendapatan riba’ dan juga cukai yang menekan (haram mengenakan cukai) negara kufur ini memperoleh pendapatan dan kekayaan. Dengan riba’ jugalah keupayaan, kemahiran, tenaga dan masa ummat diperah sehingga kering demi mendapatkan keperluan asasi hidup di masa kini. Ia tidak akan pernah berakhir dan menjadi satu putaran yang berterusan sehinggalah system kufur ini dicabut dan dikuburkan sedalam-dalamnya dan digantikan dengan Islam.
Umat Islam di kala ini mungkin terpaksa bersusah payah mengasimilasikan dan mengkompromikan system ekonomi kufur ini dengan kehendak syarak. Semuanya demi membolehkan kehendak survival masyarakat Islam dipenuhi. Namun usaha itu akan tetap menjadi sia-sia kerana asas berdirinya system itu tetap bertentangan dengan hukum Islam. Jika ada pun yang dibolehkan mungkin bersifat hanya sementara ataupun bakal menimbulkan permasalahan yang lain pula.
Kita umat Islam harus bersabar menghadapi ujian sementara dalam kehidupan ini. Tidak mengapa kalau kita terpaksa bersusah payah di dunia kerana tidak mengambil riba', kerana kita pastikan tidak sanggup untuk menderita di hadapan Allah di akhirat kelak.
Yakinlah bahawa Islam itu akan kembali menyinari kehidupan ini kelak..............
|
|