Post by super on Aug 30, 2006 3:36:42 GMT -1
Kisah Sahabat: Umar tetap syarat ketat pilih gabenor
AMIRUL Mukminin Umar selalu berhati-hati memilih gabenornya, seolah-olah beliau memilih orang yang sama mutunya dengan dirinya. Saidina Umar selalu memilih orang yang zuhud dan soleh serta boleh dipercayai dan jujur. Dia juga orang yang tidak mengejar pangkat atau kedudukan, bahkan tidak mahu menerima jawatan itu kecuali kerana dipaksa Amirul Mukminin menerimanya.
Sekalipun pandangan tajam dan pengalamannya luas, namun dalam memilih gabenor dan pembantu utamanya, beliau selalu menimbangnya dalam waktu yang panjang dan mengamatinya dengan teliti. Beliau selalu mengulang pesan atau fatwanya yang mengesankan itu sebagai berikut:
“Aku menginginkan seorang lelaki apabila ia berada dalam suatu kaum, padahal ia rakyat biasa, tetapi menonjol seolah-olah dialah pemimpinnya. Dan apabila dia berada antara mereka sebagai pemimpinnya, dia menampakkan diri sebagai rakyat biasa. Aku menghendaki seorang gabenor yang tidak membezakan dirinya daripada manusia kebanyakan dalam soal pakaian, makanan dan tempat tinggal. Ditegakkannya solat di tengah-tengah mereka. Berbahagi rata dengan mereka berdasarkan yang hak dan tidak pernah dia menutup pintunya untuk menolak pengaduan mereka.”
Maka berdasarkan norma dan peraturan keras inilah, Umar memilih Umeir bin Saad untuk menjadi gabenor di Homs. Umeir berusaha untuk menolak dan melepaskan diri daripada jawatan itu tetapi sia-sia kerana Amirul Mukminin tetap mengharuskan dan memaksanya untuk menerimanya.
Umeir memohon kepada Allah memberi petunjuk dengan solat istikharah dan kemudian melaksanakan kewajipannya.
Pada waktu dia diharuskan melaksanakan pemerintahan dan pemimpin, maka kedudukannya yang tinggi itu hanya semakin menambah sifat waraknya untuk menjadi lebih cemerlang.
Ketika menjadi gabenor di Homs itu, Umier menggariskan tugas kewajipan seorang ketua pemerintahan Islam(gabenor). Katanya: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Islam mempunyai dinding teguh dan pintu yang kukuh. Dinding Islam itu ialah keadilan.”
Apabila dinding itu dirobohkan dan pintunya dirobek, Islam akan dapat dikalahkan. Islam akan sentiasa kuat selama pemerintahannya kuat.
Kekuatan pemerintah (khilafah) tidak terletak dalam angkatan perang, tetapi pada pelaksananya yang melaksanakan segala ketentuan (hukum Syarak) dengan jujur dan disertai menegakkan keadilan.
-----------
Kisah Sahabat: Umeir cepat sedar kesilapan, tangisi dosa
TOKOH yang tidak ada duanya adalah gelaran diberikan kepada sahabat Rasulullah SAW, Umeir Saad, kerana kelebihan, pengertian dan cahaya kebenaran yang dimilikinya.
Bapanya Saad al-Qari menjadi pengikut setia berjuang bersama Rasulullah SAW sehingga syahid dalam pertempuran Qadisiah melawan Parsi, menjadi insan bertanggungjawab membawa beliau bersama memeluk Islam.
Selepas memeluk Islam, Umeir menjadi ahli ibadat yang tidak berpisah daripada mihrab masjid, sanggup meninggalkan segala kemewahan dan bernaung ke bawah sakinah atau ketenangan.
Sukar untuk menemui beliau kecuali sentiasa berada di saf pertama jemaah solat untuk mengejar pahala dan di medan jihad, beliau juga akan bergegas untuk berada di barisan depan.
Selain itu, beliau tetap tekun memperbanyakkan amalan kebaikan, pemurah, keutamaan serta ketakwaan.
Umeir seorang yang cepat menyedari kesalahan, sering menangisi dosanya, tiada terpikat oleh harta dunia dan selalu mencari jalan kembali kepada Tuhannya ibarat musafir merindukan pulang kepada Allah dalam setiap perjalanan.
Sesungguhnya, Allah menjadikan hati sahabat mengasihinya hingga beliau menjadi buah hati dan tumpuan kasih mereka. Semua itu kerana kekuatan iman, kebersihan jiwa, ketenangan jalan hidup, keharuman akhlak dan kecemerlangan penampilan, menerbitkan kegembiraan setiap orang yang berdampingan atau melihatnya.
Bagaimanapun, beliau tidak akan mengutamakan seorang atau satu apa pun daripada agamanya.
Pada suatu hari, beliau mendengar Jullas bin Suwaid bin Shamit, yang masih menjadi kerabatnya, sedang berbincang di rumahnya dan berkata, “Seandainya lelaki ini memang sial, tentulah kita ini lebih jelek dari keldai!” Yang dimaksudkan dengan lelaki di sini ialah Rasulullah SAW. Sedang Jullas sendiri termasuk di antara orang yang memeluk Islam kerana terbawa-bawa keadaan.
Ketika Umeir bin Saad mendengar kata-kata itu, bangkit kemarahan dan kebingungan dalam hatinya yang biasa tenang dan tenteram. Kemarahan disebabkan seorang yang mengaku menganut Islam berani merendahkan Rasul dengan kata-kata keji.
Kebingungan kerana fikirannya berjalan cepat mengenai tanggungjawab terhadap apa yang didengar dan tak dapat diterimanya. Akan disampaikan segala yang didengarnya kepada Rasulullah SAW? Bagaimana caranya, pada hal dia harus bersifat jujur dalam mengemukakannya.
Atau dia akan berdiam diri saja lalu memendam di dalam dada semua yang didengarnya. Bagaimana? Dan di mana letak cinta setianya kepada Rasul, yang membimbing mereka daripada kesesatan dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan.
Kebingungan itu tidak lama kerana jiwa tulus selalu menemukan jalan keluar bagi penyelesaian dan dengan segera Umeir berubah menjadi lelaki perkasa serta mukmin takwa.
Maka beliau berhadapan dengan Jullas: “Demi Allah, wahai Jullas! Engkau adalah orang yang paling kucintai, paling banyak berjasa kepadaku, paling tidak kusukai akan ditimpa sesuatu tidak menyenangkan! Sungguh, engkau melontarkan sesuatu ucapan, seandainya ucapan itu kusebarkan dan sumbernya daripadamu, nescaya akan menyakitkan hatimu. Tetapi andainya kubiarkan saja kata-kata itu, tentulah agamaku akan binasa pada hal hak agama itu lebih utama ditunaikan. Dari itu aku akan menyampaikan apa yang kudengar kepada Rasulullah.”
Demikianlah Umeir memenuhi keinginan hati yang salih secara sempurna. Pertama, dia menunaikan hak majlis sesuai dengan amanat dan dengan jiwa membebaskan diri daripada mendengarkan kata orang lalu menyampaikan kepada orang lain.
Kedua, beliau menunaikan hak agama dengan menyingkap sifat kemunafikan yang meragukan.
Ketiga, dia memberi kesempatan kepada Jullas untuk kembali daripada kesalahan dan memohon ampun kepada Allah atas kekeliruan dengan mengatakan kepadanya bahawa persoalan itu akan disampaikan kepada Rasulullah SAW.