Post by super on Jul 8, 2007 11:50:02 GMT -1
‘Dalang serangan 11 September 2001’ -- Menteri Kabinet Perancis dakwa pembabitan Bush
PARIS 7 Julai – Ahli politik kanan Perancis yang juga merupakan menteri Kabinet Presiden Nicolas Sarkozy hari ini mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush mungkin berada di sebalik tabir serangan 11 September 2001.
Laman web www.ReOpen911.info, mengenai teori konspirasi serangan 11 September, telah menyiarkan rakaman klip video Menteri Perumahan Perancis, Christine Boutin yang mempersoalkan mengenai kumpulan Al-Qaeda dalam serangan itu.
Dalam temu ramah pada November tahun lalu itu, Boutin ditanya sama ada beliau merasakan Bush berada di sebalik serangan tersebut.
“Saya rasa kemungkinan itu ada kerana saya tahu laman web yang membincangkan masalah ini mempunyai ramai pelawat.
“Saya rasa dengan jumlah yang sebegini ramai mungkin ada kebenaran dakwaan itu,” kata Boutin.
Bagaimanapun, pejabat Boutin cuba meredakan keadaan ini dengan menyatakan bahawa Boutin tidak berpendapat sedemikian ketika penghujung sesi temu ramah tersebut.
Banyak lagi laman web lain turut menyiarkan klip video tersebut baru-baru ini menyebabkan ia mendapat perhatian media arus perdana.
“Christine Boutin terperangkap di dalam kenyataan kontroversinya mengenai serangan 11 September,” tajuk utama akhbar, Le Monde.
Akhbar Liberation hari ini memetik jurucakap Boutin, Christian Dupont sebagai berkata, Boutin tidak mahu muncul sebagai pro-Bush atau anti-Bush ketika Sarkozy dijenamakan sebagai “Anjing Amerika Syarikat” selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan Presiden itu di Washington.
“Selain itu beliau bukanlah Menteri Luar,” tambah Dupont.
Perancis muncul sebagai tempat yang banyak menghasilkan teori konspirasi.
Pada 2002, sebuah buku yang mendakwa tiada pesawat yang menyerang Pentagon semasa serangan 11 September menjadi buku terlaris di Perancis.
Berdasarkan undian yang dibuat oleh Universiti Ohio pada Julai tahun lalu, lebih satu pertiga rakyat Amerika mengesyaki pegawai-pegawai AS membantu serangan 11 September ataupun tidak melakukan sesuatu bagi menyekatnya untuk memberi ruang kepada AS memulakan “perang terhadap keganasan.”
– Reuters

Apabila sesuatu cerita bohong, memang banyak perkara yang boleh dipertikaikan. Pada saya, ini bukan sekadar cerita bohong Amerika, tapi lebih condong kepada "Propaganda", bagi alasan mutlak untuk membunuh umat Islam mana-mana belahan dunia. Bagaikan dapat lesen untuk membunuh, satu alasan untuk menyerang balas mana-mana negeri umat Islam yang tidak sebulu dengan kehendak Ideologi Kapitalisme. Apabila propaganda itu jelas palsu, memang makan diri balik. Padan muka!!. Cuma Umat Islam, kena pandai menafsir fitnah ini, untuk apa dan mengapa? kena berbanyak berfikir, apa yang disebalik sesuatu peristiwa itu berlaku.
Sementara Jawatan kosong Penganalisa Politik Negara masih kosong, andalah yang mampu mengisi kekosongan tersebut. Tapi kenalah berfikir secara berideologi dan ideologi yang paling sahih tidak lain dan tidak bukan ialah Ideologi Islam.