Post by super on Jul 5, 2007 8:03:22 GMT -1
Mufti Mesir pertahan haram khatan
KAHERAH: Mufti Besar Mesir, yang minggu lalu mengisytiharkan amalan berkhatan perempuan diharamkan dalam Islam, mempertahankan keputusannya dengan mengaitkannya dengan adat kuno yang disalah anggap sebagai penting untuk kesihatan yang baik.
Amalan itu diharamkan di Mesir walaupun ia masih berleluasa dijalankan dan kerap dilihat sebagai cara melindungi kesucian mereka atau kekal bersih.
Mufti Ali Gomaa berkata, penyokong amalan itu, termasuk ulama dan doktor, mewajarkan prosedur itu berdasarkan agama dan kesihatan.
Namun dia menyifatkan alasan menyokong amalan itu sebagai ‘ilusi’ dan berkata ia tidak disokong al-Quran atau undang-undang Islam dan cuma disebut dalam hadis yang disifatkannya ‘lemah.’
“Jadi, saya dengan amat jelas dan menggariskan bahawa adat ini menyakitkan dan dilarang,” katanya dalam temubual dengan Reuters.
Gomaa berkata, perubatan moden mendapati amalan berkhatan wanita menyakitkan dan membandingkan ia dengan kaedah itu, yang kini amat jarang di Mesir, mengguris pelipis untuk melegakan tekanan darah dalam otak.
“Itulah perubatan kuno. Kini, dengan kemajuan perubatan, persekitaran berubah. Kini kita boleh bergantung dan merujuk kepada farmakologi dan kimia,” katanya.
Minggu lalu, kerajaan Mesir menguatkan larangan ke atas berkhatan perempuan dengan memansuhkan jurang perundangan yang membolehkan wanita menjalani prosedur itu atas alasan kesihatan.
Keputusan dibuat selepas budak perempuan berusia 11 tahun, Badour Shaker, meninggal dunia ketika menjalani prosedur itu di sebuah klinik persendirian wilayah Minya. – Reuters
[glow=green,2,300]Bila agaknya, semua ulama terutamanya ulama Mesir hendak haramkan Ideologi Kapitalisme?[/glow]