terima kasih atas respond super, di sini saya ada beberpa soalan harap ustaz2 dan sesiapa yang arif mengenainya dapat memberi jawabannya.
1. Haruskah zakat pendapatan dibayar secara bulanan spt yg dilakukan oleh Pusat pungutan zakat di Malaysia.
2. Kenapa pinjaman perumahan berunsurkan islam spt yg dikeluarkan oleh Bank Islam, Bank muamalat atau mana perbankan islam lebih tinggi 'interest' atau 'faedah' yg dikenakan keatas peminjam (10%). Sedangkan bank konvensional cuma 7% dan pihak insuran spt AIA yg juga megluarkan pinjaman perumahan cuma mengenakan faedah tetap sekadar 5.98% sepanjang waktu pinjaman.
3. Berapa % maksima yg boleh diletakkan pada suatu barangan utk jualan. Bagaimana pula utk barangan seni spt lukisan dsbnya.
4. Benarkah dalam islam tiada hakcipta
inilah empat soalan yg saya teringat utk diutarakan buat masa ini. kalau saya ingat yg lain. saya akan tanyakan kemudian
Assalamualaikum, sdr emkay,
Berikut adalah jawapan kesahihan zakat pendapatan dalam Islam tulisan Drs Hafiz Abdurrahman.
ZAKAT PENDAPATAN DAN HASIL 1. Definisi Zakat Zakat kadang-kadang disebut shadaqah, atau demikian sebaliknya. Secara etimologis, zakat berarti pertumbuhan (an-namd), dan boleh bererti pembersihan (tathhir). Secara syar'i, zakat adalah hak yang telah ditentukan, yang diwajibkan terhadap harta tertentu.
Dikatakan hak, kerana al-Qur'an dengan tegas memerintahkan agar mengambilnya dari para wajib zakat (al-muzakki):
"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka. " (QS. at-Taubah: 103).
Mengenai hak yang telah ditentukan tadi, telah dinyatakan ketentuannya dalam nas syarak. Demikian halnya dengan jenis harta yang diwajibkan zakatnya, dan digunakan sebagai alat pembayarannya.
Mengenai kewajiban zakat di dalam Islam merupakan ma’lumun min ad-din bi ad-dharurah (perkara yang telah diketahui secara asas/ sedia maklum) oleh semua pihak. Dalam hal ini, Islam telah menetapkan dua bentuk kewajiban zakat;
Pertama, zakat Fitrah, atau disebut zakat kepala, yaitu zakat yang ditetapkan kepada tiap orang Muslim, baik merdeka, budak, anak-anak, dewasa, laki-laki maupun perempuan.
Kedua, zakat harta, atau biasa disebut zakai Mal, iaitu zakat yang ditetapkan kepada harta tiap orang Muslim, dengan kadar dan ketentuan yang khas.
2. Zakat Bahagian dari Ibadah Para ulama' telah mengklasifikasikan zakat sebagai bahagian dari ibadah mahdhah (murni). Sebagaimana ibadah yang lain, seperti shalat misalnya, zakat juga, mempunyai ketentuan khusus, baik, menyangkut wajib zakat (muzakka), yang berhak menerima (mustahiq), pemungut (`aamil), harta yang wajib dikeluarkan zakatnya, waktu pelaksanaannya hingga kadar dan ukurannya.
Semuanya telah ditentukan dengan terperinci oleh nas-nas syarak. Mengingat ibadah adalah bentuk pensucian hamba (abid) kepada Dzat yang berhak disembah (ma'bud), juga bentuk hubungan vertikal antara manusia dengan Tuhannya, maka aturan mainnya harus datang dan Allah, Dzat Yang Maha Pencipta, bukan dari yang lain. Sebab, Dialah Yang Maha Tahu akan selok-belok diri dan juga ciptaan-Nya.
Kerana itu, boleh disimpulkan bahawa hukum-hukum Ibadah itu merupakan kekuasaan Allah seratus peratus. Ertinya, hukum-hukum ibadah itu adalah tawqiffiyya (autoriti penuh) yang menjadi hak Allah.
Kerana itulah, dalam ibadah tidak ada `illat (alasan hukum) misalnya, mengapa zakat Fitrah itu hanya boleh dibayarkan dengan jenis makanan, Aqith (susu yang dibekukan hingga keras, dan dimasak), Sya'ir (barli), Tamar (kurma kering) dan Zabib (anggur yang dikeringkan), dan tidak boleh digantikan dengan yang lain? Mengapa zakat Mal hanya diwajibkan terhadap harta tertentu, seperti haiwan ternak, yaitu unta, lembu dan kambing, atau tanaman seperti Sya'ir (gandum), Khinthah, Tamr (kurma kering) dan Zabib (anggur yang dikeringkan), atau mata wang, yaitu emas clan perak, ataupun harta perniagaan? Mengapa zakat' Fitrah harus ditunaikan setiap tahun di bulan Ramadhan?' Mengapa zakat Mal, selain tanaman dikeluarkan tiap setahun sekali, sedangkan tanaman setiap musim mengutip hasil, ketika masing-masing telah mencapai nishab?
Semuanya ini tawqifiyyah (otoritas penuh) yang menjadi hak Allah. Tidak disertai 'illat (alasan hukum) dan ma'lul (efek hukum).
Dari sinilah, maka persoalan zakat adalah persoalan yang sepenuhnya harus dikembalikan kepada Allah, dalam hal ini adalah dalil syarak, yang di dalamnya dinyatakan khithabu-Allah (seruan Allah). Dari khithab itulah seluruh ketentuan mengenai zakat, baik zakat Fitrah maupun Mal itu akan hisa ditemukan.
3. Mengenai Zakat Pendapatan dan Penghasilan Zakat Pendapatan, menurut penggagasnya, adalah zakat yang dikeluarkan dari hasil penghasilan yang diperoleh dari upah, investasi modal, pemberian atau semacamnya, baik yang sejenis dengan kekayaan lain yang ada padanya atau tidak. Pendapat ini disandarkan pada fatwa beberapa ulama' yang menyatakan:
"Pencarian dan Pendapatan dapat diambil zakatnya, bila sudah setahun dan cukup senisab. Jika kita berpegang kepada pendapat Abu Hanifah, Abu Yusuf dan Muhammad bahawa nisab tidak perlu harus tercapai sepanjang tahun, tapi cukup tercapai penuh antara dua hujung tahun tanpa kurang di tengah-tengah, kita dapat menyimpulkan bahawa dengan penafsiran tersebut memungkinkan untuk mewajibkan zakat atas hasil pencarian setiap tahun, kerana hasil itu jarang terhenti sepanjang tahun, bahkan kebanyakan mencapai kedua sisi hujung tahun tersebut. Berdasar hal itu, kita dapat menetapkan hasil pencarian sebagai sumber zakat, kerana terdapatnya
'illat (alasan hukum), yang menurut ulama' fiqh sah, dan nisab yang merupakan landasan wajib zakat." Namun fatwa yang sama juga menyatakan:
"Pencarian dan Pendapatan, kita tidak menemukan contohnya dalam fikih, selain masalah khusus mengenai penyewaan yangdibicarakan Ahmad."
Ibn Taymiyyah, dalam Majmu' al-Fatawa-nya menjelaskan tentang status harta pemberian yang diberikan oleh Sulthan (Khalifah):
"Segala puji hanya milik Allah. Benar, apa yang telah ditetapkan kepemilikannya, maka ia wajib dikeluarkan sepersepuluhnya, baik dari hasil pemberian, penyewaan, termasuk pemilik ataupun penyewa. Wallahu a'lam."
Namun sehingga di sini. Ibn Taymiyyah sendiri juga tidak memberikan argumentasi, dalil atau alasan, disyariatkannya zakat tersebut.
Setelah menganalisis paparan yang dituangkan penggagasnya dalam buku Fiqh az-Zakah, maupun dalam Majmu' al-Fatawa tidak ada satu dalil pun yang digunakan untuk mendukung gagasan tersebut, baik al-Qur'an, as-Sunnah maupun Ijma' Sahabat. Memang ada sahabat yang berpendapat seperti ini, seperti Ibn `Abbas, Ibn Mas'ud dan Mu'awiyah, namun ini tidak sayugia dijadikan sebagai dalil untuk menyatakan, bahawa pendapat ini adalah hukum syarak.
Pertama, kerana merupakan ijtihad atau mazhab sahabat, meski ini merupakan hukum syarak bagi mereka, namun ini tidak bisa menjadi dalil bagi kita. Sebab, ijtihad atau mazhab sahabat bukan dalil syarak.
Kedua, zakat yang mereka keluarkan dalam riwayat-riwayat tersebut adalah zakat atas harta pemberian yang mereka terima. Bukan yang lain.
Ketiga, apa yang dilakukan oleh Mu'awiyah -termasuk 'Umar bin al-Khattab sebelumnya, setelah mengikuti ijtihad 'Ali bin Abi Thalib- tidak boleh dianggap sebagai Ijma' Sahabat, kerana mereka menetapkan hukum tersebut dalam kapasitinya sebagai Khalifah yang diberi autoriti
melakukan tabanni (legislasi) hukum.
Mengenai hadits-hadits yang dikemukakan oleh penggagasnya
dalam buku tersebut, yang umumnya berkaitan dengan hawl (tenggat satu tahun), di mana hadits-hadits tersebut kemudian dilemahkan, dan dari sana disimpulkan, bahawa zakat Mal itu tidak harus terikat dengan hawl, maka yang perlu ditekankan, bahawa waktu pembayaran zakat Mal memang ada dua. Pertama, zakat Mal yang terikat dengan hawl, seperti ternak (unta, lembu dan kambing), mata wang (emas dan perak), serta harta perniagaan. Kedua, zakat Mal yang tidak terikat dengan hawl, yang harus dibayarkan setelah dibersihkan dan kering. Dalam hal ini, berlaku untuk zakat tanaman, baik buah-buahan (kurma dan anggur), maupun pertanian (Khinthah dan Sya'ir). Dalam konteks ini, Allah berfirman:
"Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya). " (QS. al-An'am: 141).
4. Dalil-dalil Zakat Mal dan Pandangan Imam Ahmad Zakat Mal memang hanya terkait dengan beberapa jenis harta yang telah dinyatakan dalam nash syarak, antara lain sebagai berikut:
1) Haiwan ternak haiwan ternak yang dikenakan zakat, sebagaimana yang dinyatakan dalam nash adalah:
"Tidaklah seseorang yang mempunyai unta, lembu atau kambing yang tidak ditunaikan haknya, kecuali pasti akan dibebankan kepadanya pada Hari Kiamat lebih berat dan lebih besar dari yang ada." (HR. Bukhari dari Abu Hurairah).
Di sini hanya dinyatakan dengan lafadz: Ibil (unta), baqar (lembu) dan ghanam (kambing).
2) Tanaman: tanaman yang dikenakan zakat, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadits al-Hakim, al-Baihaqi dan Thabrani dari Abu Musa dan Mu'adz pada saat Nabi saw. keduanya ke Yaman:
"Janganlah kalian berdua mengambil zakat kecuali dan empat macam, (yaitu) qamh, sya'ir, tamr dan zabib."
Al-Baihaqi berkomentar mengenai hadits ini, bahawa perawinya terpercaya (tsiqqah) dan sanad-nya sarnpai kepada Rasulullah saw. (muttashil). Hadits ini, dan hadits¬hadits lain telah membatasi kategori tanaman yang diambil zakatnya, hanya pada gandum (al-qamh), barli (as-sya'ir), kurma kering (at-tamr) dan anggur kering (az-zabib) .
3)Emas dan Perak: emas dan perak, selain perhiasan, wajib dikeluarkan zakatnya berdasarkan hadits. Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw. bersabda:
"Tidaklah bagi pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya (untuk menzakatkan keduanya), melainkan pada hari kiamat is didudukkan di atas pedang batu yang lebar dalam neraka dibakar di dalam neraka Jahannam. Disetrika dengannya pipi, kening dan punggungnya. Setiap kali api itu padam dipersiapkan lagi baginya (hal serupa) untuk jangka waktu 50.000 tahun, hingga selesai
pengadilan umat manusia seluruhnya. Maka iapun akan melihat jalannya, apakah ke surga atau ke neraka. "(HR. al-Khamsah, kecuali at-Tirmidzi)
4) Harta Perniagaan: harta tersebut wajib dikeluarkan zakatnya berdasarkan hadits dari Nabi saw. dari Samurah bin Jundub berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah saw. memerintahkan kepada kami untuk mengeluarkan zakat dari semua yang siap kami jual." (H.r. Abu Dawud)
Dalam hal ini, zakat Mal secara umum dinyatakan dengan menggunakan lafadz ism al-laqab (kata benda yang mempunyai konotasi nama), seperti al-ibil (unta), al-baqar (lembu), al-ghanam (kambing), at-tamr (kurma kering), az-zabib (anggur kering), al-khinthah (gandum), as-sya'Ir (barli), ad-dzhahab (emas), al fidhdhah (perak), 'aradh at-tijdrah (harta perniagaan selain uang). Sementara, ism al-laqab bukanlah sifat yang boleh dianalogkan, kerana adanya persamaan dengan sifat yang dinyatakan di dalamnya.
Dalam konteks ini, Imam Ahmad sendiri, sebagaimana dinukil oleh an-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim ketika menjelaskan zakat Fitrah yang harus dibayarkan dengan jenis makanan tertentu, seperti Aqith (susu yang dibekukan hingga keras, dan dimasak), Sya'ir (barli), Tamr (kurma kering) dan Zabib (anggur yang dikeringkan), beliau menyatakan bahawa wajib hukumnya untuk terikat dengan lafadz yang dinyatakan di dalam nash. Dan, kerananya tidak dibenarkan membayarkan zakat dengan jenis makanan yang lain, selain yang dinyatakan dalam nash tersebut. Ertinya, pandangan ini sejatinya mencerminkan kaidah ijtihad Imam Ahmad, di mana ketika nash menyebut nama jenis makanan atau harta tertentu, maka tidak boleh dianalogikan dengan yang lain, selain yang dinyatakan oleh nash.
Jika kemudian Imam Ahmad berpendapat mengenai penghasilan yang diperoleh dari penyewaan, yang mungkin didasarkan pada ijtihad Ibn 'Abbas, dan lain-lain (tentu melalui analogi, kerana ijtihad mereka berkisar soal harta pemberian, bukan yang lain) boleh jadi kerana beliau (sebagaimana dalam salah satu riwayat) telah menggunakan Madzhab sahabat sebagai dalil.
5. Sanggahan terhadap Dalil Para Penggagas Zakat Pendapatan Dari dalil-dalil yang dikemukakan di atas, sesungguhnya tidak ada satu pun dalil syarak yang digunakan untuk mengemukakan pandangan tersebut, baik al-Quran, as-Sunah mahupun Ijmak Sahabat. Bagaimana dengan Qiyas, dengan menganalogikan kes penghasilan dengan hasil semaian petani?
Pertama, dilihat dari fakta bahawa lafadz yang digunakan untuk menjelaskan zakat pertanian, seperti
at-tamr (kurma kering),
az-zabib (anggur kering),
al-khinthah (gandum) dan
as-sya'ir (barli) adalah
ism al-laqab, bukan sifat -apalagi sifat mufhimah (sifat yang mengindikasikan konotasi tertentu)- maka jelas, lafadz-lafadz tersebut tidak mungkin dianalogikan dengan yang lain, kerana persamaan tertentu. lni sebagaimana kaedah Imam Ahmad di atas.
Kedua, lafadz-lafadz tersebut juga tidak mengandung 'illat-ma'lul (alasan dan efek hukum), baik secara sharahah, dalalah, istinbat maupun qiyas, sehingga dari sana boleh analogikan pada kes derivatif yang lain.
Mereka juga menggunakan dalil Mashalih Mursalah, yaitu kemaslahatan yang mereka pandang tidak ditolak dan diterima oleh syariat, kerana dianggap tidak ada larangan mahupun perintah yang berkaitan dengan kes tersebut.
Sementara itu, menurut mereka ditetapkannya zakat penghasilan atau pendapatan ini justru sesuai dengan maqashid as-syari'ah dan ditetapkannya zakat, sehingga harta kekayaan itu benar-benar berputar di tengah masyarakat, dan bukan hanya di kalangan orang kaya. Termasuk, prinsip keadilan, ketika petani yang penghasilannya musiman saja diwajibkan mengeluarkan zakat, sementara pegawai yang lebih besar penghasilannya tidak.
Mashalih Mursalah, sebagai¬mana yang mereka definisikan, iaitu kemaslahatan yang mereka pandang tidak ditolak dan diterima oleh syariat, sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan, bahawa pandangan ini sama sekali tidak didukung dengan dalil syarak, selain maqashid as-syari’iyah Sementara maqashid as-syari'ah bukanlah dalil syarak. Maqashud as-syari'ah sejatinya hanyalah apa yang boleh difahami dari hukum syarak, dan kerana itu boleh juga disebut hikmah, bukan 'illat. Sebab, hikmah boleh saja terwujud dan tidak, meski hukum yang menyatakan hikmah tersebut diterapkan. Berbeda dengan 'illat. Sebab, ada dan tidaknya hukum yang disertai 'illat, akan selalu bergantung ada dan tidaknya 'illat, sehingga ketika ada 'illat, pasti ada hukum, dan demikian sebaliknya.
“Illat itu akan berjalan bersama-sama dengan hukum, ada dan tidaknya”
6. Bagaimana Membersihkan Harta Penghasilan? Dengan demikian, dari sisi zakat penghasilan, buruh, majikan dan lain-lain tidak boleh dikenakan zakat penghasilan sebagai kewajiban. Namun, jika mereka mengeluarkannya sebagai shadaqah tathawwu' (sedekah sunnah), dibolehkan. Ini sebagaimana yang dinashihatkan oleh 'Ali bin Abi Thalib kepada 'Umar bin al-Khattab. Menurut beliau, jika hal itu dilakukan dalam rangka membersihkan harta para pemiliknya adalah baik. Dari sinilah, 'Umar kemudian menetapkan pungutan tersebut. Dasarnya sebenarnya bukan wajib, melainkan sebagai tathawwu'. Hal yang senada sebenarnya telah dijelaskan dalam Hadits Nabi, ketika beliau berpesan kepada para pelaku bisnes agar banyak bersedekah:
"Wahai para pedagang, sesungguhnya jual-beli itu boleh mendatangkan ucapan yang bukan-bukan dan sumpah palsu, maka kalian harus memperbaikinya dengan kejujuran. " (HR. Abu Dawud dari Abu Ghurzah al-Kanani)
Atau hadits Nabi saw.:
"Sesungguhnya kebaikan itu pasti akan menghilangkan keburukan." (HR. Muslim)
Kedua, jika penghasilan mereka ditabung kerana adanya hajat tertentu pada masa yang akan datang, seperti untuk menikah, membangun rumah, membeli kendaraan dan lain-lain, maka jika telah mencapai satu tahun dan telah mencapai nishab, sebagaimana nishab emas dan perak, maka wajib dikeluarkan zakatnya sebagaimana zakat emas dan perak, dengan kadar dan ukuran yang sama.
Ketiga, jika penghasilan tersebut ditabung bukan kerana keperluan, maka penghasilan tersebut harus dilaburkan kepada pihak lain, dalam bentuk syirkah yang dibenarkan oleh syariat Islam, sehingga yang bersangkutan tidak terkena hukum keharaman kanz al-dzahab wa al fidhdhah (menimbun emas dan perak), meski zakatnya dikeluarkan tiap tahun.
Disalin dan diedit dari tulisan Drs. Hafidz Abdurrahman