|
Post by fansuri on May 9, 2007 2:34:38 GMT -1
Di Malaysia dikatakan politik bukan jalannya, tetapi di UK itulah sahaja jalannya, malah mendeklarasikan bahawa jihad bersenjata itu haram tanpa Khilafah! Amat lagilah perbezaannya di negara2 Islam bekas2 Soviet, dimana mereka bergerak didalam struktur kerajaan dan parlimen utk memasukkan ahli gerakan mereka. Bagi aku tulisan sdr/sdri merupakan satu kepelikan, boleh sdr/sdri jelaskan dengan lebih lanjut kenapa di Malaysia politik bukan jalannya sedangkan HT sendiri gerakan politik? Dah ada, cuma sdr/sdri tak tahu. Kalau nak tahu dtng la ke kelas-kelas anjuran HT, memang benda ini yang diperbincangkan. Pelembagaan negara pun dah ada. Datanglah ke kelas HT. Saudara akan tahu juga akhirnya bahawa Anwar Pasha adalah Menteri Perang Turki Osmaniyyah. Sheikhul Islam juga ada semasa Osmaniyyah antaranya ialah Mustafa Sabri Effendi. Jangan terkejut kalau nabi-nabi dan Rasul-Rasul bukan beragama Islam.
|
|
mryen
teman baru
Posts: 1
|
Post by mryen on May 9, 2007 4:34:47 GMT -1
Bagi aku tulisan sdr/sdri merupakan satu kepelikan, boleh sdr/sdri jelaskan dengan lebih lanjut kenapa di Malaysia politik bukan jalannya sedangkan HT sendiri gerakan politik? Dah ada, cuma sdr/sdri tak tahu. Kalau nak tahu dtng la ke kelas-kelas anjuran HT, memang benda ini yang diperbincangkan. Pelembagaan negara pun dah ada. Datanglah ke kelas HT. Saudara akan tahu juga akhirnya bahawa Anwar Pasha adalah Menteri Perang Turki Osmaniyyah. Sheikhul Islam juga ada semasa Osmaniyyah antaranya ialah Mustafa Sabri Effendi. Jangan terkejut kalau nabi-nabi dan Rasul-Rasul bukan beragama Islam. Bolehlah anda terangkan secara lanjut sebab benda ni tak pernah aku dengar dalam kelas HT.
|
|
|
Post by ayambapak on May 10, 2007 6:18:10 GMT -1
Banyak sekali tulisan2 berunsur fitnah yang dilemparkan oleh orang yg tidak bertanggungjawab terhadap Hizbut Tahrir. Ini kerana mereka mahu menyesatkan kita umat Islam. Aku dahulu penyokong PAs termasuk semua ahli keluarga ku. Tiada seorangpun yang nak UMNO. Hampir 4 tahun aku menolak fahaman yang dibawa oleh Hizbut Tahrir tetapi dalam masa yang sama aku masih memikirkan kerasionalan yang dibawa oleh HT. Bagi aku rasionalnya perjuangan HT adalah bersifat global. Contoh yang selalu aku terfikir adalah, sekiranya suatu hari nanti PAS berjaya dalam pilihanraya dan membentuk negara Islam dan kita merasa nikmat Islam memerintah di Malaysia. Apakah kerajaan Malaysia pada ketika itu akan menghantar tentera kita ke Palestin untuk memerangi Israel(berperang dengan Israel). Adakah kita mampu berbuat demikian dengan negara yang kecil ini, sedangkan bala tentera Singapura pun melebihi bilangan tentera Malaysia. Malahan senjata pun kita tidak buat di Malaysia, How untuk kita berbuat demikian. Berbanding sekiranya kita sebagai umat Islam bersatu diperingkat global dan bangkit pada masa yang sama dan bernaung terus dibawah Khilafah. Pada zaman nabi pun semasa di Mekah ramai umat Islam tertindas tetapi mereka bersabar dan tidak menerima sebarang tawaran puak Quraisy. Begitu jugalah dengan HT, pendirian tidak berjuang melalui sistem kuffur. Biarlah mereka buat apa yang mereka suka. Setelah Hijrah iaitu pembinaan Kota Madinah, barulah umat Islam mengangkat senjata mempertahankan diri dari serangan musuh. Perkara inilah juga akan terjadi sekiranya Khilafah tertegak. Kita akan mempertahankan diri dan selepas kekuatan tercapai barulah kita mengorak langkah menghantar utusan kepada pemerintah2 kuffar. Janganlah nanti sekiranya PAs memerintah, apabila Paletin diserang kita masih lagi membantah di PBB atau mengecam atau hantar bekalan ubat dan makanan sedangkan mereka di Palestin membutuhkan senjata dan tentera untuk melindungi mereka. Kita janganlah pentingkan diri di tempat kita sahaja. Umpama menjaga anak tekak sendiri.
|
|
|
Post by fansuri on May 15, 2007 4:14:48 GMT -1
Banyak sekali tulisan2 berunsur fitnah yang dilemparkan oleh orang yg tidak bertanggungjawab terhadap Hizbut Tahrir. Ini kerana mereka mahu menyesatkan kita umat Islam. Aku dahulu penyokong PAs termasuk semua ahli keluarga ku. Tiada seorangpun yang nak UMNO. Hampir 4 tahun aku menolak fahaman yang dibawa oleh Hizbut Tahrir tetapi dalam masa yang sama aku masih memikirkan kerasionalan yang dibawa oleh HT. Bagi aku rasionalnya perjuangan HT adalah bersifat global. Contoh yang selalu aku terfikir adalah, sekiranya suatu hari nanti PAS berjaya dalam pilihanraya dan membentuk negara Islam dan kita merasa nikmat Islam memerintah di Malaysia. Apakah kerajaan Malaysia pada ketika itu akan menghantar tentera kita ke Palestin untuk memerangi Israel(berperang dengan Israel). Adakah kita mampu berbuat demikian dengan negara yang kecil ini, sedangkan bala tentera Singapura pun melebihi bilangan tentera Malaysia. Malahan senjata pun kita tidak buat di Malaysia, How untuk kita berbuat demikian. Berbanding sekiranya kita sebagai umat Islam bersatu diperingkat global dan bangkit pada masa yang sama dan bernaung terus dibawah Khilafah. Pada zaman nabi pun semasa di Mekah ramai umat Islam tertindas tetapi mereka bersabar dan tidak menerima sebarang tawaran puak Quraisy. Begitu jugalah dengan HT, pendirian tidak berjuang melalui sistem kuffur. Biarlah mereka buat apa yang mereka suka. Setelah Hijrah iaitu pembinaan Kota Madinah, barulah umat Islam mengangkat senjata mempertahankan diri dari serangan musuh. Perkara inilah juga akan terjadi sekiranya Khilafah tertegak. Kita akan mempertahankan diri dan selepas kekuatan tercapai barulah kita mengorak langkah menghantar utusan kepada pemerintah2 kuffar. Janganlah nanti sekiranya PAs memerintah, apabila Paletin diserang kita masih lagi membantah di PBB atau mengecam atau hantar bekalan ubat dan makanan sedangkan mereka di Palestin membutuhkan senjata dan tentera untuk melindungi mereka. Kita janganlah pentingkan diri di tempat kita sahaja. Umpama menjaga anak tekak sendiri. Semasa umat Islam dihalau dari Andalusia, ada tak Khalifah menghantar tentera untuk membantu? Semasa Raja Sulaiman mempertahankan Manila dari serangan Sepanyol, ada tak Khalifah hantar tentera untuk membantu? Bukan nak pertikai Khalifah tapi Khalifah juga perlu ukur baju diatas badan sendiri diatas kemampuan ketenteraannya.. ;D
|
|
mryen
teman baru
Posts: 1
|
Post by mryen on May 19, 2007 10:39:16 GMT -1
adakah kau nak berhukum dengan sejarah?
|
|
|
Post by fikrul on May 20, 2007 4:30:21 GMT -1
Semasa umat Islam dihalau dari Andalusia, ada tak Khalifah menghantar tentera untuk membantu? Semasa Raja Sulaiman mempertahankan Manila dari serangan Sepanyol, ada tak Khalifah hantar tentera untuk membantu? Bukan nak pertikai Khalifah tapi Khalifah juga perlu ukur baju diatas badan sendiri diatas kemampuan ketenteraannya.. ;D Adalah tidak adil untuk menghukum sistem Khilafah yang disyariatkan kewajibannya berdasarkan kelemahan yang bersifat maknusiawi para pemegang jawatan tersebut. Bergitu juga adalah tidak adil jika mengatakan bahawa Khilafah pada masa tragedi Andalusia tidak melakukan apa-apa secara fizikal. Cuba lihat sejarah secara saksama bagaimana kaum Muslimin dari Afrika Utara membantu saudara mereka di Andalusia. Bergitu juga ada usaha-usaha dari Khilafah Uthmaniyah ketika itu untuk menghantar bala tentera ke sana tetapi akibat timbul kekacauan di Iran maka usaha itu tertangguh. Lebih dari itu kejatuhan Andalusia adalah akibat dari kelemahan faktor dalaman penduduk dan pemerintahnya yang memisahkan diri mereka dari Khilafah bukan kerana tiadanya bantuan dari kaum Muslimin dari luar atau kerana kelemahan sistem Khilafah. Berkaitan kejatuhan Manila, kita kena lihat kedudukan geografi kawasan konflik yang jauh dari pusat Khilafah. Lebih-lebih lagi kuasa Barat telah bertapak di Goa, India yang menyukarkan pergerakkan tentera Khilafah di Lautan Hindi. Bagaimanapun walaupun Khilafah gagal menyelamatkan Manila tetapi untuk menafikan bantuan Khilafah terhadap kelestarian Islam di Nusantara secara keseluruhan adalah sesuatu yang zalim. Kita perlu melihat bagaimana Aceh dapat mempertahankan kedaulatannya selama lebih dari 300 tahun dari penjajahan Barat dan jaminan laluan selamat jemaah haji dari Nusantara semuanya ini kerana penat lelah dan jerih payah Khilafah yang berpusat ribuan batu dari lokasi yang dinyatakan. Tidakkah ini semua menunjukan bahawa Imam itu adalah Perisai bagi kaum Muslimin. Bagaimana pula usaha mereka yang mengaku sebagai pemimpin kaum Muslimin sekarang ini? Jawapannya........ "tepuk meja, baca akhbar!"
|
|
|
Post by azraque on May 25, 2007 2:49:08 GMT -1
Pada aku... jika satu hari nanti PAS berjaya memerintah Malaysia dengan jalan demokrasi, dan jika pada masa itu jika PAS benar benar mempunyai cita cite mengembalikan sistem Khilafah. Insyallah mereka akan nampak betapa jelasnya jalan yang yang sedang HT telusuri sekarang.
Yang saya bimbangkan apabila PAS berjaya memerintah Malaysia nanti, mereka akan terikat dengan Sistem Demokrasi sekarang dan bergelumang dengannya. Maka matlamat yang satu itu terkubur dalam kuburan DEMOKRASI.
Wallahaualam
|
|
|
Post by fansuri on May 25, 2007 6:16:06 GMT -1
adakah kau nak berhukum dengan sejarah? Kesian.. masih tak paham yang tersirat, yang nampak cuma yang tersurat.. ;D
|
|
|
Post by fansuri on May 25, 2007 6:18:01 GMT -1
Semasa umat Islam dihalau dari Andalusia, ada tak Khalifah menghantar tentera untuk membantu? Semasa Raja Sulaiman mempertahankan Manila dari serangan Sepanyol, ada tak Khalifah hantar tentera untuk membantu? Bukan nak pertikai Khalifah tapi Khalifah juga perlu ukur baju diatas badan sendiri diatas kemampuan ketenteraannya.. ;D Adalah tidak adil untuk menghukum sistem Khilafah yang disyariatkan kewajibannya berdasarkan kelemahan yang bersifat maknusiawi para pemegang jawatan tersebut. Bergitu juga adalah tidak adil jika mengatakan bahawa Khilafah pada masa tragedi Andalusia tidak melakukan apa-apa secara fizikal. Cuba lihat sejarah secara saksama bagaimana kaum Muslimin dari Afrika Utara membantu saudara mereka di Andalusia. Bergitu juga ada usaha-usaha dari Khilafah Uthmaniyah ketika itu untuk menghantar bala tentera ke sana tetapi akibat timbul kekacauan di Iran maka usaha itu tertangguh. Lebih dari itu kejatuhan Andalusia adalah akibat dari kelemahan faktor dalaman penduduk dan pemerintahnya yang memisahkan diri mereka dari Khilafah bukan kerana tiadanya bantuan dari kaum Muslimin dari luar atau kerana kelemahan sistem Khilafah. Berkaitan kejatuhan Manila, kita kena lihat kedudukan geografi kawasan konflik yang jauh dari pusat Khilafah. Lebih-lebih lagi kuasa Barat telah bertapak di Goa, India yang menyukarkan pergerakkan tentera Khilafah di Lautan Hindi. Bagaimanapun walaupun Khilafah gagal menyelamatkan Manila tetapi untuk menafikan bantuan Khilafah terhadap kelestarian Islam di Nusantara secara keseluruhan adalah sesuatu yang zalim. Kita perlu melihat bagaimana Aceh dapat mempertahankan kedaulatannya selama lebih dari 300 tahun dari penjajahan Barat dan jaminan laluan selamat jemaah haji dari Nusantara semuanya ini kerana penat lelah dan jerih payah Khilafah yang berpusat ribuan batu dari lokasi yang dinyatakan. Tidakkah ini semua menunjukan bahawa Imam itu adalah Perisai bagi kaum Muslimin. Bagaimana pula usaha mereka yang mengaku sebagai pemimpin kaum Muslimin sekarang ini? Jawapannya........ "tepuk meja, baca akhbar!" Inilah yang dipanggil realiti bukannya berpijak diawang-awangan.. Tak paham lagi ke yang aku maksudkan? ;D
|
|
|
Post by fansuri on May 25, 2007 6:20:28 GMT -1
Pada aku... jika satu hari nanti PAS berjaya memerintah Malaysia dengan jalan demokrasi, dan jika pada masa itu jika PAS benar benar mempunyai cita cite mengembalikan sistem Khilafah. Insyallah mereka akan nampak betapa jelasnya jalan yang yang sedang HT telusuri sekarang. Yang saya bimbangkan apabila PAS berjaya memerintah Malaysia nanti, mereka akan terikat dengan Sistem Demokrasi sekarang dan bergelumang dengannya. Maka matlamat yang satu itu terkubur dalam kuburan DEMOKRASI. Wallahaualam Cubalah tengok 'beras' kat dapur tu, dah habis ke belum.. Jangan sibuk kata jiran punya 'beras' dah habis.. Tak paham lagi ke? ;D
|
|
ammar
teman baru
Posts: 0
|
Post by ammar on Jul 8, 2007 9:04:03 GMT -1
sahabat-sahabat sekalian..ana syorkan tak perlu dilayan Fansuri kerana idea yang dibawa memang menyimpang dan tak releven. Bagi mengelak berlaku perbalahan baik jangan dilayan beliau. Masih ramai manusia yg tahu berfikir dengan akal yg waras dan sedia menerima HT dri melayan seorang yg suka mengapi-apikan perselisihan faham. Ingatlah kita tidak ada masa nak melayan fitnah sebegitu..biarkan dia dengan labu-labunya..semoga Allah membuka pintu hatinya.
|
|
mryen
teman baru
Posts: 1
|
Post by mryen on Jul 15, 2007 14:30:06 GMT -1
sahabat-sahabat sekalian..ana syorkan tak perlu dilayan Fansuri kerana idea yang dibawa memang menyimpang dan tak releven. Bagi mengelak berlaku perbalahan baik jangan dilayan beliau. Masih ramai manusia yg tahu berfikir dengan akal yg waras dan sedia menerima HT dri melayan seorang yg suka mengapi-apikan perselisihan faham. Ingatlah kita tidak ada masa nak melayan fitnah sebegitu..biarkan dia dengan labu-labunya..semoga Allah membuka pintu hatinya. Betul tu jangan dilayan orang yang yang suka bersirat-sirat ni nampaknya dia sorang je yang faham orang lain tak faham, jadi tidak perlulah lagi kita melayan orang yang 'pandai' ini.
|
|
ghazi
teman baru
Posts: 4
|
Post by ghazi on Jul 21, 2007 19:55:20 GMT -1
salam, Kalau salah tlg betulkan..
Perbezaan PAS dan Hizb.
1. PAS berpolitik melalui demokrasi, seperti yang termaktub dalam tujuan yang ingin dicapai dalam perlembagaan awal PAS; PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Hizb pula berpolitik dalam ertikata mengatur kehidupan ummah dan menolak demokrasi. Justeru, tak ada keperluan untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya.
2. Pada pandangan saya yang baru setahun jagung dalam hal-hal sebegini, saya dapati terdapat unsur-unsur memperjuangkan Melayu-Islam sewaktu awal penubuhan PAS (terutama ketika pemerintahan arwah Dr. Burhanuddin)
Hizb pula memperjuangkan Islam tanpa mengira bangsa, negara, mahupun mazhab. Sebut tentang mazhab, dalam sistem Khilafah, umat bebas memilih mazhab, namun Khalifah yang berhak mentabanni mana-mana ijtihad untuk dijadikan pandangan rasmi.
3. PAS memperjuangkan Bahasa Melayu (saya tak kata salah, cuma nak menyatakan perbezaan sahaja) spt yg termaktub dalam Dasar-dasar PAS;
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
Hizb pula menyatakan bahawa bahasa rasmi Khilafah ialah bahasa Arab, namun bahasa tempatan boleh diguna pakai.
4. PAS tetap nak bergantung pada PBB. Spt termaktub dalam Dasar-dasar PAS; 10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
Hizb menolak perkara tersebut.
Rasanya setakat ni sahaja.yang lain2 tu rasanya dah banyak dibincangkan sebelum ni.
Cuma nak cetuskan satu persoalan, kenapa cuma bincangkan perbezaan tanpa mengutarakan titik persamaan..? At least, walaupun tak bersatu, persefahaman dan sifat berlapang dada dgn gerakan lain tu perlu ada...
Wallahu'alam...
|
|
ghazi
teman baru
Posts: 4
|
Post by ghazi on Jul 21, 2007 19:58:35 GMT -1
masya'Allah... masing-masing macam dok lebih-lebih paksi masing-masing. tak baiklah... kita harus raikan mana-mana gerakan islam yang buat usaha untuk sampaikan kebenaran kalimah as-syahadah. saya sendiri melihat...baik pas mahupun hizbur tahrir..ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri dalam melangsungkan peranannya. tak usahlah dok pi bakar ladang orang lain kerana sangkaan ladang kita lebih baik. nie tak patut ada dalam setiap pecinta islam. apa-apa pun..kita harus bantu Pas di dalam politik pilihanraya sebagai rakan dalam perjuangan walaupun ia bertentangan dengan pendekatan dasar kita sendiri. saya lihat dan saya percaya...satu masa nanti...pimpinan generasi muda Pas...Abim..Jim..Pum dan Tabligh..pasti menyertai gerakan kita. kerana...demokrasi atas nama pilihanraya...bukanlah jalan yang sesuai untuk mereka yang dambakan sistem khilafiyyah. kesedaran pasti akan terbit di celahan hati2 mereka..insya'Allah. sistem khilafiyyah atau sistem khilafah... typo, maybe??
|
|
ghazi
teman baru
Posts: 4
|
Post by ghazi on Jul 21, 2007 20:07:59 GMT -1
Mungkin perlu clarification di sini. Nabi-nabi dan para Rasul a.s. sebelum Nabi Muhammad SAW bukannya Islam kerana definisi Islam ialah;
Diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW, untuk mengatur hubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, dan dengan dirinya sendiri. (maaf sebab matannya tak sama 100% dengan definisi asal.
Justeru, apakah mungkin nabi-nabi terdahulu beragama Islam sedangkan syariat Islam belum diwartakan pada waktu mereka a.s.?
Setiap rasul diutuskan dengan syariat masing-masing...
Harap betulkan kalau saya tersilap. Penulisan Fansuri boleh mengelirukan jika dibaca oleh individu yang baru mempelajari Islam. Seseorang itu haruslah bertanggungjawab dalam penulisannya.
|
|