|
Post by alistaire on Apr 15, 2007 17:25:03 GMT -1
Assalamualaikum saudara sekalian, Semenjak saya mengetahui tentang gerakan Hizbul Tahrir seluruh dunia ini, telah banyak saya membuat rujukan dan saya terpegun dengan hasratnya yang begitu tepat dengan apa yang disyariatkan sebagai kerajaan berlandaskan Islam. Saya juga sokong sepenuhnya gerakan untuk mewujudkan suatu Negara Islam melalui penyatuan Umat Islam sejagat di bawah kepimpinan Khalifah sepertimana yang sepatutnya. Dengan masuknya Hizbul Tahrir ke dalam Malaysia dan terdirinya komponen parti di Malaysia, suatu soalan yang perlu ditanya (dan setakat ini masih belum ditanya, secara hairannya) adalah dengan wujudnya suatu lagi parti berhaluan Islam di Malaysia, iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS) ( www.parti-pas.org) apakah bezanya matlamat Hizbul Tahrir dengan parti tersebut? Jika haluannya serupa, kenapa perlunya ada dua parti politik yang berbeza untuk memperjuangkan matlamat yang serupa? Anehnya Hizbul Tahrir Malaysia tidak memperjelaskan kecelaruan yang timbul akibat penglibatannya dalam Malaysia di laman webnya meskipun keperluan untuk menerangkan perbezaan itu amatlah jelas memandangkan parti utama yang mendakwa keIslamannya di Malaysia adalah PAS dan bukannya Hizbul Tahrir. Juga, adakah Hizbul Tahrir merupakan gerakan politik yang sah di Malaysia, kerana Suruhanjaya Pilihan Raya tidak menampakkan apa-apa pengiktirafan terhadap parti ini. Wassalam
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 16, 2007 9:27:19 GMT -1
Assalamualaikum, Terima kasih kepada penanya. Kali ini, kite ubah sedikit cara menjawap soalan, dalam forum discuss ini, daripada cara menaip perkataan kepada cara rakaman video. Klik dibawah ini, www.youtube.com/watch?v=_JHMzfNhGe4p/s:kalau tidak dapat melihatnye, sila daftar youtube.com, kemudian disahkan melalui email anta. Jawapan daripada suntingan video itu, diambil daripada salah satu seminar yang diadakan 2 tahun yang lepas.
|
|
|
Post by fansuri on Apr 17, 2007 1:04:42 GMT -1
1. Wakil Hizb di parlemen, yiatu as-Syaikh Ahmad Da'ur, di antara 40 anggota parlemen, beliaulah satu-satunya yang membongkar semuanya tadi. Semua anggota parlemen ketika itu mencaci dan mengecamnya. Demikian juga masyarakat di Yordania juga menyerangnya. Mereka mengatakan, "Tidakkah semua paham, kecuali Hizbut Tahrir. Kalian itu memang aneh."
2. Dengan demikian, akibat dari semuanya itu, maka Hizb menerima banyak sekali ujian, khususnya pada tahun 1956 dan 1957. Setelah nasionalisasi Terusan Suez, tutur al-Ustadz Fauzi, "Saya ingat, bahwa Hizb atau mayoritas syabab Hizb, tak seorang pun di antara mereka yang selamat dari penganiayaan, cemoohan, cacian, dan pukulan. Saya masih ingat, waktu itu saya dipukuli berkali-kali di 'Ariah. Ketika itu, calon yang akan dipilih (dalam pemilihan parlemen) adalah Syaikh Idris. Kami singgah ke sana karena kampanye pemilu. Para pengikut Naser dan Sosialis menyerang kami. Mereka melempari kami dengan batu, sehingga kami terpaksa kembali. Itulah peristiwa di 'Ariah."
3. Hizb pernah mengeluarkan selebaran tahun 1964, ketika organisasi PLO dibentuk. Organisasi PLO tersebut dibentuk pada tahun 1964 di atas Jabal Zaitun. Hizb mengeluarkan selebaran, bahwa organisasi ini dibentuk untuk membersihkan Krisis Palestina. Orang-orang pun mengikuti Hizb dan pandangan ini. Kemudian mulai tampak aksi fisik, aksi Fidayen, dan keberadaan Fidayen menjadi besar di kalangan anak-anak, di bagian Timur Yordania dan Libanon. Aksi Fedayen ini juga harus dihadapi dan dibongkar dengan penuh kejujuran dan keberanian oleh Hizbut Tahrir.
Wallahuta'ala a'lam..
|
|
|
Post by mancis on Apr 17, 2007 4:29:05 GMT -1
untuk menjawap kenyataan saudara fansuri tu kite guna cara rakaman jugaklah...kali ni rakaman mp3...(kalu tulis panjang2 ni kadang2 org malas nak baca...so dengar mp3 ni senang skit...download dan leh dengar...). dibawah ni desertakan link untuk download beberapa ceramah ht terutamanya berkenaan demokrasi...apa itu demokrasi...ada calon ht masuk parlemen...seperti kenyataa..."...beliaulah satu-satunya yang membongkar semuanya tadi. Semua anggota parlemen ketika itu mencaci dan mengecamnya...."....apa yg dimaksudkan dgn membongkar dan kenapa semua anggota parlemen mencaci dan mengecamnya....semuanya saya rasa terjawab dalam ceramah ni.....so dengarlah dengan hati yg terbuka... ajaque.multiply.com/music/item/29kata2 saidina Umar al-Khottob: "Kami adalah kaum yg dimuliakan Allah dgn islam, seandainya kami mencari selainnya, nescaya kami akan dihinakan oleh Allah."
|
|
|
Post by fikrul on Apr 17, 2007 6:34:53 GMT -1
Salam,
Ada bezanya antara masuknya HT ke parlimen dengan parti-parti politik yang lainnya. HT masuk parlimen adalah untuk membongkar kebusukkan dan kerosakan sistem tersebut secara langsung dihadapan para pengagum demokrasi yang terdiri dari anggota parlimen.
Sedangkan parti-parti yang lain masuk parlimen adalah untuk meraikan dan menghidupkan sistem tersebut.
wasalam.
|
|
|
Post by fansuri on Apr 18, 2007 7:07:29 GMT -1
Hizbut Tahrir juga menolak hadis sahih ahad yang berkaitan aqidah. Mereka hanya terima hadis sahih mutawatir yang berkaitan aqidah. Hadis sahih mutawatir hanya terdapat 270 hadis dan lain-lain hadis yang ada hanyalah hadis ahad (hadis ahad pun ada pecahannya).
Sedangkan aqidah ahlussunah wal jamaah dan ittifaq dikalangan ulama' muhaddisin semua hadis sahih yang sanadnya menepati lima syarat adalah diterima tanpa keraguan.
Hizbut Tahrir juga pernah cuba untuk membaiah kepada Khomeini yang beraqidah Syiah. Aqidah syiah yang dianut oleh Khomeini adalah aqidah yang mengkafirkan sahabat kecuali Ali, Salman al-Farisi dan Miqdad al-Aswad.
Hizbut Tahrir juga secara terang-terangan telah menyokong pembentukan PLO yang berjuang atas landasan sekular sosialis nasionalis Arab dan menghentam Hamas.
Hizbut Tahrir juga telah menolak Deen Islam dan menggantikanya dengan Mabda yang tidak pernah digunakan oleh Al-Quran, Hadis, kitab-kitab muktabar karangan ulama'ulama' mazhab mahupun ulama'ulama' hadis.
Wallahuta'la a'lam..
|
|
|
Post by alistaire on Apr 18, 2007 8:04:56 GMT -1
Salam sejahtera semua, Semua jawapan di sini kelihatan menarik, tetapi tidak tepat dengan soalan. Saya telah bertanya, apakah beza Hizbut Tahrir, suatu parti politik yang berpengkalan di seluruh dunia, dan Parti Islam SeMalaysia (PAS), suatu parti politik Islam kebangsaan di Malaysia yang aktif sebagai pembangkang berhaluan Islam dan mendapat sokongan rakyat Malaysia dan memerintah negeri Kelantan di samping ada beberapa kerusi di parlimen. Oleh kerana Hizbut Tahir memangil dirinya parti politik dan bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan jelas memperjuangkan suatu matlamat politik, maka keperluan untuk membandingkannya dengan PAS adalah jelas. Jawapan yang diberikan oleh Khalid bin Lukman meskipun berniat iklas, tidak memuaskan. Ini kerana video yang mengatakan " tujuan Hizbut Tahrir sebagai parti politik adalah untuk berdakwah dan bukan untuk memerintah" tidak betul dan mengelirukan kerana parti politik tidak lazim ditubuhkan untuk berdakwah, tetapi untuk memerintah. Dakwah hanya merupakan cara mengembangkan mesej parti politiknya untuk meyakinkan rakyat supaya menyokongnya memerintah. Jika tujuan Hizbut Tahrir hanya untuk berdakwah dari segi agama sahaja, jadilah pertubuhan agama di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja, dan bukan parti politik. Tapi, jelas Hizbut Tahrir bukan NGO, tapi parti politik bermatlamat politik. Dengan itu, kenapa tidak berdaftar sahaja sebagai parti politik sah dan bertanding dalam pilihan raya sahaja? Jawapan-jawapan yang lainnya pula kebanyakannya tidak mempedulikan soalan, kecuali fikrul. Jawapan fikrul baik tetapi tidak cukup. Apa yang perlu di sini adalah untuk Hizbut Tahrir Malaysia menulis suatu rencana panjang dan terperinci tentang perbezaannya dengan PAS dan letakkannya di laman utama www.mykhilafah.com untuk semua rakyat Malaysia membacanya, kerana saya pasti soalan serupa akan ditanya sebaik sahaja mereka mencantumkan perkataan-perkataan "Hizbut Tahrir", "parti politik" dan "Islam". Perkara ini seharusnya telahpun diselesaikan, jadi saya hairan kenapa masih belum. Juga, saya perhatikan bahawa meskipun ini merupakan forum Hizbut Tahrir Malaysia, ramai di sini yang terdiri daripada saudara Indonesia jadi kemungkinan mereka tidak mengetahui situasi politik Malaysia. Juga, pengunaan Bahasa Indonesia untuk menjawab soalan mengelirukan saya kerana saya orang Malaysia dan hanya fasih Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Wassalam
|
|
kas
teman baru
Posts: 4
|
Post by kas on Apr 19, 2007 9:52:41 GMT -1
Apa yang perlu di sini adalah untuk Hizbut Tahrir Malaysia menulis suatu rencana panjang dan terperinci tentang perbezaannya dengan PAS dan letakkannya di laman utama www.mykhilafah.com untuk semua rakyat Malaysia membacanya, kerana saya pasti soalan serupa akan ditanya sebaik sahaja mereka mencantumkan perkataan-perkataan "Hizbut Tahrir", "parti politik" dan "Islam". Perkara ini seharusnya telahpun diselesaikan, jadi saya hairan kenapa masih belum. Juga, saya perhatikan bahawa meskipun ini merupakan forum Hizbut Tahrir Malaysia, ramai di sini yang terdiri daripada saudara Indonesia jadi kemungkinan mereka tidak mengetahui situasi politik Malaysia. Juga, pengunaan Bahasa Indonesia untuk menjawab soalan mengelirukan saya kerana saya orang Malaysia dan hanya fasih Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Wassalam Askm, Alistaire Perenggan pertama Kenapa mendesak dan terdesak untuk mencari titik perbezaan diantara dua parti? Kenapa mesti cari titik perbezaan, bukannya titik persamaan. Perenggan kedua Kita sering menuding jari bila tentera Amerika menjajah Iraq dan Afganistan kerana tidak bersatu serta kita sering mengatakan penduduk Palestin juga tidak bersatu menentang Israel. Kita juga mengeluh kerana negeri umat Islam terpecah belah sebanyak 54 buah negara. Tetapi, jelas sekali. Penyakit manusia yang tidak suka akan penyatuan ummah ini. Pada saya, forum ini dapat menarik pengunjung di luar sempadan Malaysia . Bukan sahaja daripada Indonesia tetapi ada juga daripada Turki, Australia dan sebagainya. Kenapa perlu kita sekat kehadiran mereka ini?
|
|
|
Post by alistaire on Apr 19, 2007 11:16:15 GMT -1
Walaikumussalam, kas
"Kenapa mesti mencari titik perbezaan antara dua parti dan bukan persamaan?" Kerana kedua-dua parti ini dengan adanya dua, pasti ada beza. Jika kedua-dua parti ini sama, kenapa tidak bergabung sahaja? Yang peliknya, PAS langsung tidak pernah mengiktiraf Hizbut Tahrir, dan Hizbut Tahrir pun langsung tidak mengiktiraf PAS. Mesti ada sebabnya istilah "satu sama" wujud, dan istilah "dua sama" tidak, bukan?
Tapi apabila saya hendak mencari jawapan di sini, yang saya dapat hanya pengelakan, dan apabila pengelakan ini ditunjukkan, tuduhan seperti yang dilemparkan oleh kas.
Sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan kas "Kenapa kita perlu menyekat kehadiran mereka ini?" Pertama sekali, hendaklah melihat perenggan yang saya telah tulis dengan telili. Ada saya tulis kita kena menyekat kehadiran orang bukan Malaysia daripada sini? Saya yang tanyakan soalan dalam bahasa Melayu, dan apa yang saya mahu adalah jawapan dalam bahasa yang sama sahaja, kerana seperti yang saya katakan, saya tidak faham bahasa Indonesia. Bukannya saya hendakkan orang Indonesia mahupun mana-mana warganegara lain nyah dari sini!
Jadi jika saya bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris dan diberikan jawapan dalam bahasa Jerman, jika saya menolaknya atas alasan bahasa tidak sama, secara automatik saya anti-Jerman rupanya.
Kas mengeluh akan "penyakit manusia yang tidak mahu penyatuan ummah" dan mengatakan saya mempunyainya. Tapi kita dapat melihat logik songsang yang digunakan oleh kas untuk membuat kesimpulan itu. Pada saya, perpecahan ummah lebih disebabkan oleh "penyakit tidak faham" seperti yang didemonstrasikan oleh kas daripada penyakit manusia yang tidak mahu penyatuan ummah.
Sementara ini, ada sesiapa yang hendak menjawab soalan?
|
|
mryen
teman baru
Posts: 1
|
Post by mryen on Apr 23, 2007 3:31:55 GMT -1
Salam,
Beza PAS dgn HT
1. PAS ialah Parti Islam se Malaysia tengok pada nama pun dah tahu yang Parti ni ada kat Malaysia je. Hizbut Tahrir parti global, mana2 negara HT boleh ada.
2. PAS berjuang untuk mendapatkan kekuasaan dengan menyertai pilihanraya dalam sistem demokrasi. HT melihat pilihanraya bukan satu2 nya cara untuk mendapat kekuasaan.
3. HT mahu melanjutkan kehidupan Islam, dengan itu perlu ada satu kekuatan yang menerap dan menjaganya itulah dia Daulah Khilafah(super power) yang dipimpim oleh seorang Khalifah. PAS juga mahu melanjutkan kehidupan Islam "tapi struktur negaranya tak jelas" kata sorang member aku yang juga penyokong PAS.
|
|
mryen
teman baru
Posts: 1
|
Post by mryen on Apr 23, 2007 3:59:31 GMT -1
Jawapan yang diberikan oleh Khalid bin Lukman meskipun berniat iklas, tidak memuaskan. Ini kerana video yang mengatakan "tujuan Hizbut Tahrir sebagai parti politik adalah untuk berdakwah dan bukan untuk memerintah" tidak betul dan mengelirukan kerana parti politik tidak lazim ditubuhkan untuk berdakwah, tetapi untuk memerintah. Dakwah hanya merupakan cara mengembangkan mesej parti politiknya untuk meyakinkan rakyat supaya menyokongnya memerintah. Jika tujuan Hizbut Tahrir hanya untuk berdakwah dari segi agama sahaja, jadilah pertubuhan agama di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja, dan bukan parti politik. Tapi, jelas Hizbut Tahrir bukan NGO, tapi parti politik bermatlamat politik. Dengan itu, kenapa tidak berdaftar sahaja sebagai parti politik sah dan bertanding dalam pilihan raya sahaja? Aku suka bagi contoh kepada member2 bila bercakap soal ni, politik HT dan politik yang ada sekarang ni umpama Windows dan Macintosh. Keduanya sistem pengoperasian tapi jelas berbeza. Pemimpin parti politik tak boleh jadi pemimpin negara. Contohnya jika Amir HT dilantik menjadi Khalifah, dia mesti keluar dari HT. Ini kerana Khalifah mesti mengurus tugas2 negara sahaja. Berbeza dengan sekarang Perdana Menteri dalam masa yang sama menjadi pengerusi BN dan Presiden UMNO. Ketua badan perhubungan negeri=Menteri Besar. Ketua cawngan=ADUN/MP. HT berjuang untuk menegakkan sistem Khilafah bukan untuk jadi Khalifah.
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Apr 23, 2007 7:38:03 GMT -1
Benarkah PAS hendak tegakkan Khilafah? Tiada dalam dokumen negara Islam PAS pun. Biasa dengar, mereka hendak tegakkan Demokrasi Tulen itu saja. Apa ini satu bentuk persamaan, yang dikatakan satu matlamat.
|
|
|
Post by azimah on Apr 23, 2007 23:04:53 GMT -1
Bagi ana, perbezaan ketara diantara PAS dengan Hizbut Tahrir, ialah PAS menggunakan tiga huruf dan Hizbut Tahrir menggunakan 12 huruf. PAS menggunakan satu suku kata dan Hizbut Tahrir menggunakan 6 suku kata. Lafaz bagi PAS dan Hizbut Tahrir juga ada bezanya. Bila kita menyebutnya tentu bunyi lain. Hizbut Tahrir tidak gila kuasa, PAS gila kuasa. ;D *merujuk klip video disiarkan
|
|
|
Post by jamaluddin on Apr 24, 2007 0:10:08 GMT -1
PAS menguasai Negeri Kelantan tapi sama aje masalahnya dengan negeri lainnya, pembalakan haram, masalah sosial dan sebagainya. Apakah perbezaan PAS dengan BN?
|
|
mryen
teman baru
Posts: 1
|
Post by mryen on Apr 24, 2007 3:12:55 GMT -1
PAS menguasai Negeri Kelantan tapi sama aje masalahnya dengan negeri lainnya, pembalakan haram, masalah sosial dan sebagainya. Apakah perbezaan PAS dengan BN? Ni kena buka tajuk baru. PAS ngan BN banyak bezanya, jangan samakannya.
|
|