Post by khalid bin lukman on Feb 28, 2007 4:07:48 GMT -1
FTA-jerat terbuka luas.
"Beringat sebelum kena,
mencegah lebih baik daripada mengubati ",
Inilah peribahasa yang tepat diluahkan untuk muhasabah kepada para penguasa di negara ini. Tiada feadah apa-apapun untuk melayan pembunuh umat islam nombor satu ini, agenda mereka hanya satu, untuk menyelamatkan diri daripada kelemasan penguasaan ekonomi negara China, dengan memijak mana-mana negara yang sedang membangun. Padahal, mereka lah yang sedang tertekan. Kalau hari ini kite ditekankan dengan kos sara hidup yang agak tinggi, mungkin selepas menandatangani perjanjian FTA ini, kite mungkin hilang mata pencarian seharian.
Dan kite akan dibanjiri bos-bos orang Amerika yang zalim sedangkan kite menjadi kuli ataupun pengemis ditempat sendiri. Kesimpulannye, inilah gaya lama Amerika menjerat, kalau dulu mereka umpan dengan hutang (IMF) kali ini mereka umpan beberapa feadah yang tak berapa berguna untuk kite dan mereka dapat lubang perniagaan (pasaran perniagaan) yang luas. Akhir kata, hukum syariah mereka abaikan, hukum Amerika mereka hendak pikulkan....Kite ikuti kisah selanjutnye...
Melindungi kepentingan negara dalam FTA
WALAUPUN terdapat faedah yang akan diperoleh oleh Malaysia daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS), namun ternyata keburukan-keburukan mengatasi kelebihannya.
Dalam terma perdagangan, AS merupakan pasaran terbesar Malaysia. Jumlah nilai eksport kita ke negara itu ialah RM110.56 bilion pada tahun 2006. Memandangkan FTA memberikan keutamaan khas kepada Malaysia, diharap jumlah perdagangan terutama bagi barang pembuatan akan meningkat.
Tetapi termaktubnya perjanjian tersebut kemungkinan tidak akan berlaku. Persoalan kritikal yang menjadi batu penghalang dalam rundingan yang telah berlangsung selama lapan bulan, kekal tidak dapat diselesaikan selepas lima pusingan rundingan yang diadakan di Malaysia dan AS.
Adakah FTA akan membenarkan hasil pertanian AS dilambakkan di pasaran Malaysia, sekali gus memberikan kesan kepada sektor pertanian kita? Walaupun pesawah kita dilindungi di dalam perjanjian itu, bagaimana dengan subsektor seperti penternakan? Contohnya Mexico yang telah menurunkan tarif di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan menyebabkan lambakan jagung bersubsidi dari AS. Ia memiskinkan sekurang-kurangnya tiga juta daripada 10 juta petani Mexico.
Ketika pertanian dan industri berasaskan pertanian diberikan penekanan baru dalam agenda pembangunan kita, adakah munasabah untuk menggalakkan hasil pertanian bersubsidi tinggi dari AS untuk merosakkan usaha kita membina komuniti pertanian yang berdaya maju.
Dalam situasi yang sama, adakah kita akan membenarkan kemasukan barang-barang pembuatan yang murah dari AS apabila terdapat kemungkinan ia akan menyebabkan penutupan kilang-kilang dan pemberhentian pekerja kita sendiri?
Adalah dianggarkan di Senegal tiga perempat daripada pekerja di dalam sektor pembuatan kehilangan pekerjaan hasil daripada FTA dengan AS yang menyebabkan penurunan kadar tarif industri secara drastik dengan negaranegara Afrika Barat.
Di Chile lapan peratus daripada pekerja industri terpaksa berhadapan dengan keadaan yang sama. Pengkritik-pengkritik FTA antara Korea Selatan dan AS menegaskan bahawa beratus ribu pekerja akan kehilangan pekerjaan sekiranya perjanjian itu ditandatangani di antara kedua-dua negara.
Selain daripada kehilangan pekerjaan, FTA juga menyebabkan penafian hak asasi pekerja. Memandangkan AS memihak kepada syarikat yang mempunyai subsidiri dengan syarikat multinasional dan transnasional, terdapat kecenderungan untuk melindungi keuntungan di atas kesengsaraan pekerjapekerja di negara terlibat. Akibatnya, hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan dan mendapatkan faedah-faedah lain seperti insuran kesihatan kadangkadang dihalang atau dikawal.
Melihat kepada asas FTA yang telah ditandatangani dengan beberapa buah negara di Amerika Selatan dan Tengah, terdapat kemungkinan bahawa AS akan menekankan keadaan yang sama ke atas pekerja di Malaysia.
AS juga menuntut peluang sama rata dalam kontrak dan tender kerajaan yang menguntungkan. Kerajaan Malaysia menyedari bagaimana ia memberi kesan kepada program tindakan berkesan yang direka untuk membaiki ketidakseimbangan di dalam masyarakat. Mungkin yang lebih penting, sekiranya kerajaan menyerah kepada tuntutan AS, ia secara tidak disengajakan memberi AS peranan strategik di dalam ekonomi Malaysia.
Kerajaan juga perlu tegas dalam persoalan penting dalam hak harta intelek (IPR). Apa yang AS minta melebihi obligasi IPR negara-negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Ia akan memberi kesan sebaliknya keatas ubat-ubatan generic dan dadah bagi HIV/AIDS yang pada masa ini murah akan bertambah mahal.
Kesan negatif yang lebih buruk ialah dalam industri perkhidmatan berbanding dalam industri lain. AS menuntut kemasukan sepenuhnya dan menyeluruh dalam sektor ekonomi ini dari perbankan dan kewangan hingga ke telekomunikasi serta perkhidmatan audio-visual.
Ia mahukan semua sekatan pemilikan asing dihapuskan. Malaysia tidak akan tunduk terhadap tuntutan itu memandangkan sesetengah industri seperti telekomunikasi merupakan industri strategik kepada negara.
Malahan kerajaan Malaysia juga tidak harus menyerahkan hak kedaulatan untuk mengenakan kawalan modal jika dilihat ia perlu dilaksanakan pada bila- bila masa.
Bagi perunding AS kemasukan dan keluar dalam modal ekuiti adalah asas kepada liberalisasi kewangan, asas kepada kapitalisme neoliberal.
Malaysia yang telah menjadi mangsa kemasukan modal atau lebih dikenali sebagai ‘duit panas’ dalam krisis kewangan 1997-1998, dan berjaya mengharungi krisis tersebut melalui penggunaan berkesan kawalan modal, Malaysia membuat pilihan yang bijak dan cermat untuk menekankan hak untuk membuat peraturan pengaliran modal.
Sikap berjaga-jaga di pihak Malaysia adalah untuk sebab yang penting. FTA bukan mengenai perdagangan dan ekonomi. FTA AS di Asia Barat dan Amerika Latin mendedahkan bahawa terdapat matlamat geopolitik yang lebih besar menjadi pertaruhan.
FTA dengan Malaysia, dipercayai akan membolehkan AS meningkatkan pengaruh politik dengan negara-negara penting Asia Tenggara yang merupakan jiran terdekat China.
- PENULIS ialah Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just World), Malaysia.(utusan Malaysia)