|
Post by fansuri on Feb 24, 2007 1:17:14 GMT -1
Saya akan jawab selepas sahabat-sahabat HT dapat makna mabda dan DEEN serta perbezaannya dari sumber kitab, bukannya sumber yang hanya 'copy & paste'.... ;D
Kitab pun, jangan hanya kitab hizib je.. ;D
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Feb 24, 2007 16:50:32 GMT -1
ohh, ini hendak buat perbandinganlah ini. Sahaja, hendak jarakkan jurang antara jemaah.
Maaf, Kami tiada masa nak buat kerja macam itu. Kami hanya hendak menyatupadukan semua jemaah di dunia ini memerangi pemikiran kufur serta orang kafir yang kian bermaharajalela membunuh dan menindas umat Islam.
|
|
|
Post by fansuri on Feb 25, 2007 23:27:04 GMT -1
Bukan nak buat perbandingan, sekurang-kurangnya kita semua nak tau jugak, nak berpegang pada Mabda Islam atau DEEN Islam? Mungkin saya tersalah dan saudara yang lebih tepat. Jadi, dapatlah saya betulkan kesalahan saya yang selama ini berpegang pada DEEN Islam. Nak satukan semua jemaah didunia ni dengan timbulkan jemaah baru?
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Feb 26, 2007 3:07:14 GMT -1
Mabda/ideologi dan Deen adalah dua perkataan bunyi yang berlainan tapi mempunyai makna yang sama. Macam perkataan ini, kalau kita hendak kiaskanlah. " Anta Berduit" ataupun " anta Berwang", silap dengar, "anta Berwang" macam "Anta Beruang", kemudian anta marah kat orang itu. Kerana salah faham.
Sebenarnya, ideologi Islam, telah diakui oleh orang bukan Islam. Kalau kita rujuk kembali post awal topik ini, mereka menunjukkan kerisauan kebangkitan fahaman ideologi Islam. Ana sendiripun, tahu Islam sebagai Ideologi sejak bangku sekolah lagi.
Kerana apa Islam dikenali sebagai Ideologi. Sebab Islam itu syumul. Lengkap segala hukum, baik dalam hal hukum ekonomi, perundangan (hudud,etc),hubungan luar negara, hukum sosial, sistem pemerintahan, serta dalam hal beribadatan yang ana, anta dan umat Islam tahu.
Begitu juga Ideologi Barat-kapitalisme serta ideologi Komunis/sosialisme, merekapun seperti diatas (urusan kehidupan) kecuali dalam masalah beribadat.
Oleh kerana mereka ada cara hidup mereka (deen Kafir) dan Islam pun ada cara hidup (deen Islam), inilah dikenali PERTEMBUNGAN IDEOLOGI. Itu yang barat tak senang hati.
Tentang, masalah jemaah baru itu. Kenapa jadi masalah besar sangat ke.? Jemaah baru atau jemaah lama mestilah bersatu hati menegakkan hukum Islam yang selama ini diabaikan.Tegakkan syariat Islam. Kita kaji balik, orang Madinah. Mereka bersatu dahulu, diantara kaum aus dan kharaj yang dikenali kaum ansar, kemudian dipersaudarakan dengan kaum muhajirin dalam AQIDAH ISLAM.
Tak payah kita hendak tunjuk belang, jemaah ini lebih power daripada jemaah satu lagi dan kemudian jemaah satu lagi hentam jemaah lainnya, tiada kesudahan. Akhirnya, yang tepuk tangan ialah Musuh Islam. Semua jemaah, disisi Allah adalah sama kecuali TAQWA.
Salam Ukhwah
|
|
|
Post by fansuri on Feb 27, 2007 23:19:54 GMT -1
Mabda/ideologi dan Deen adalah dua perkataan bunyi yang berlainan tapi mempunyai makna yang sama. Macam perkataan ini, kalau kita hendak kiaskanlah. " Anta Berduit" ataupun " anta Berwang", silap dengar, "anta Berwang" macam "Anta Beruang", kemudian anta marah kat orang itu. Kerana salah faham. Sebenarnya, ideologi Islam, telah diakui oleh orang bukan Islam. Kalau kita rujuk kembali post awal topik ini, mereka menunjukkan kerisauan kebangkitan fahaman ideologi Islam. Ana sendiripun, tahu Islam sebagai Ideologi sejak bangku sekolah lagi. Kerana apa Islam dikenali sebagai Ideologi. Sebab Islam itu syumul. Lengkap segala hukum, baik dalam hal hukum ekonomi, perundangan (hudud,etc),hubungan luar negara, hukum sosial, sistem pemerintahan, serta dalam hal beribadatan yang ana, anta dan umat Islam tahu. Begitu juga Ideologi Barat-kapitalisme serta ideologi Komunis/sosialisme, merekapun seperti diatas (urusan kehidupan) kecuali dalam masalah beribadat. Oleh kerana mereka ada cara hidup mereka (deen Kafir) dan Islam pun ada cara hidup (deen Islam), inilah dikenali PERTEMBUNGAN IDEOLOGI. Itu yang barat tak senang hati. Tentang, masalah jemaah baru itu. Kenapa jadi masalah besar sangat ke.? Jemaah baru atau jemaah lama mestilah bersatu hati menegakkan hukum Islam yang selama ini diabaikan.Tegakkan syariat Islam. Kita kaji balik, orang Madinah. Mereka bersatu dahulu, diantara kaum aus dan kharaj yang dikenali kaum ansar, kemudian dipersaudarakan dengan kaum muhajirin dalam AQIDAH ISLAM. Tak payah kita hendak tunjuk belang, jemaah ini lebih power daripada jemaah satu lagi dan kemudian jemaah satu lagi hentam jemaah lainnya, tiada kesudahan. Akhirnya, yang tepuk tangan ialah Musuh Islam. Semua jemaah, disisi Allah adalah sama kecuali TAQWA. Salam Ukhwah Kalau nak dikatakan sama makna antara mabda dan DEEN sebagaimana 'duit dan wang', pastilah ayat-ayat al-Quran bersilih ganti menggunakan mabda dan DEEN. Sebab itulah saya minta kita rujuk kepada kamus dewan arab bagi memastikan perbezaan antara mabda dan DEEN. Bahasa arabkan bahasa yang sensitif dan mempunyai pengertian yang amat mendalam. Sebagaimana Haulah mempelawa Nabi Muhammad untuk berkahwin lagi. Istilah yang digunakan oleh Haulah menjadi perbahasan dikalangan ulama muhaddisin yang mengambil kesimpulan bahawa nabi menikahi Aishah pada usia 16 tahun bukannya 6 tahun. Saya bersetuju bahawa jemaah baru atau lama hendaklah saling menghormati. Tidak saling menyerang bila di medan dan tidak berusaha menarik ahli dari jemaah lain ke jemaah sendiri. Wallahutaala a'lam.
|
|
dwen
teman baru
Posts: 0
|
Post by dwen on Mar 31, 2007 12:30:44 GMT -1
Saya pun nak jadi macam budak-budak la..
Saya ni bukan member Hizbut Tahrir (HT).. tapi perkara2 yang HT sampaikan saya setuju.. macam saya setuju kepada penegakkan khilafah saya setuju, yang saya mungkin kurang setuju mungkin hanya berbentuk administrative saja atau style saja.. Kalau akhlak mereka tak sehebat macam org tasawuf pun, itu bukan alasan saya nak tolak hujah2 yang HT bawa. saya juga setuju kalau jemaah lain nak tegakkan daulah islamiyyah.. tapi kalau nak tegakkan demokrasi, saya mentah2 tolak sebab perkara itu jelas haramnya. serupa juga macam saya setuju dengan org tabligh ajak ke masjid berjemaah dan ber'ta'lim'. tapi kalau ajak keluar 3 hari saya tolak sebab saya tak nampak alasan syar'iyyahnya.
Yang kita berpakat bergaduh pasal Islam mabda' ke ideologi ke deen ke ni pasal apa? Masing2 nak tegakkan khilafah islamiyyah di muka bumi ini tapi yang menyebabkan kita tak bergerak2 sebab kita asyik berbalah pasal definisi. Buang masa saja. pernahkah kita terfikir ini semua bisikan syaitan yang mahu melalaikan kita semua?
Takde timbul soal serang menyerang antara jemaah sebenarnya.. kerana ahli decide on the basis of hujjah sapa yang kuat.. kalau ahli umno lari ke PAS pun bukan kah itu serang menyerang antara jemaah? Apa? UMNO tu bukan jemaah ke? Pergi la gaul dengan org bawahan mereka.. rata2 masih hendak Islam le sayang.. tapi tarbiyyah diorang yillek.. pegangan mereka pun yillek.. cuba cakap pasal Islam Hadhari.. semua angguk. sentimen islam itu masih tebal di kalangan mereka cuma ia dicampur adukkan dengan sentimen assabiyyah melayu yang jelas kufur..
pemikiran-pemikiran kufur camni le yang patut kita perangi seperti ketuanan melayu, demokrasi, kebebasan bersuara, gender equality dsb.
saya hendak org islam kat mesia ini bersatu padu kepada aqidah islam sampai umno sendiri hendakkan islam yg sebenar2nya. dan sampai org kafir pun setuju duduk di bawah "Ketuanan islam", tapi selagi demokrasi jadi asas pemerintahan di malaysia, i don't see we are going forward babe! UMNO kutuk PAS & PKR, PAS kutuk UMNO.. sampai bila kita nak begini.. sampai cicit kita? Sebab demokrasi itu self-sufficient dlm memeprtahankan demokrasi itu sendiri dan adalah mustahil untuk demokrasi itu hancur disebabkan demokrasi.. hanya pemerintahan Islam sahaja yang dapat menghancurkan demokrasi!
Kalau nak cakap pasal deen ke, ideologi ke.. saya yakin deen tu lebih tepat nak describe kan Islam. Ideologi ni bahasa omputih asal greek/latin yang paling mirip kepada deen. Saya rasa yang ini org HT pun tahu, tapi mereka bawa argumen perbandingan antara ideologi semasa (kapitalisme, sosialisme/komunisme dan Islam), which is very commendable kerana analisis mereka tentang realiti semasa berkenaan ideologi adalah yang paling menepati suasana dan keadaan sebenar, ie. lebih tepat dan terperinci.
So kalau nak berbalah pasal deen vs mabda'/ideologi, i see fansuri has a point. Tapi point ini masih tak dapat mematahkan hujah HT yang mengatakan kita wajib menegakkan daulah Islamiyyah mengikut cara Nabi kita menegakkan Madinah Negara Islam pertama.
Dan minta saudara fansuri jgn tuduh org HT hanya baca kitab HT sahaja. Saya dah pergi rumah org HT, rumah ustaz PAS, JIM, ABIM dan rumah ustaz UMNO. Semuanya ada buku yang sama mcm Ibn Taimiyyah, tafsir Ibn Kathir, Sirah oleh Ibn Hisham, Ihyaa' ulumuddin, fi zhilali quran, buku2 oleh al-Qaradhawi dan sebagainya. Buku hampir semuanya sama, tapi kenapa perjuangan berbeza2?
Adakah kerana kita masih banyak lagi pemikiran kufur yang kita masih tidak sedar, atau sebab bisikan syaitan atau kedua2nya sehingga hujjah bebudak muda HT ini kita tolak mentah2 dan kita cari alasan2 lain tanpa memahami sedalam2nya hujjah yg mereka bawa?
wallahu a'lam
|
|
|
Post by hairul on Mar 31, 2007 14:37:10 GMT -1
Bismillah.
Alhamdulillah. Setiap keterangan daripada saudara-saudari membuatkan saya lebih dekat daripada saya sangkakan.
Kebaikan adalah satu unsur yang diterapkan oleh ajaran Islam selama ini.
Setiap apa yang anda perkatakan kan daripada idea dan juga ilham daripada ilmu pembawakan saudara-saudari.
Apabila ini berlaku, secara psikologinya ia dipanggil ideologis di dalam kamus bahasa melayu kita.
Apapun, kita tidak perlu mempersoalkan ketulenan bahasa kita pula. Memanglah tidak asing bagi kita bahasa agama kita berasal daripada bahasa Arab.
Memang saya akui ketulenannya wahai penterjemah sekalian, saya hanya perlu menebarkan beberapa hakikat perjuangan Islam di waktu ini.
Berdasarkan beberapa pemerhatian, saya tidak menyalahkan sesiapapun akibat penyebaran unsur-unsur kekafiran di negara kita kerana ia telah lama membeku di sudut pemerintahan pemimpin kita di Malaysia ini.
Saya sebagai orang muda yang inginkan kebenaran malah seiring dengan kehendak saya sebagai Muslimin maka saya perlu menaburkan beberapa idea yang semakin cair di minda saya ini.
Apa yang saya faham, saudara ini amat taksub kepada corak pemerintahan ortodox yang telah di amalkan suatu ketika dahulu.
Di zaman ini, saya pasti, anak muda kita tidak akan menguasai dunia inteelktual jika mereka tidak mengambil kesempatan menanam benih ideologis untuk membuahkan hasil isian idea yang benar-benar boleh di gunakan untuk kita menumbangkan sistem pemerintahan kita hari ini.
|
|
ammar
teman baru
Posts: 0
|
Post by ammar on Jun 4, 2007 23:29:47 GMT -1
hermm..sejak bila wujudnya golongon sebegitu ye dalam forum ni?agaknya dah tertekan kot dgn suasana politik bersama BN..
|
|
|
Post by fansuri on Jun 7, 2007 7:23:51 GMT -1
hermm..sejak bila wujudnya golongon sebegitu ye dalam forum ni?agaknya dah tertekan kot dgn suasana politik bersama BN.. Jangan takut kena tekan dengan BN sampai banyak hentam PAS sudahlah ye.. ;D
|
|
|
Post by ayambapak on Jun 18, 2007 3:44:18 GMT -1
Janganlah kita jadi seperti Abdullah Bin Saba dan yahudi yang mana mendekati Islam untuk mengetahui kelemahan. Seperti mana mendekati HT untuk berhujah menjatuhkan HT. Saya mendekati PAS dahulu bukan kerana ingin mnjatuhkan HT tetapi kerana ingin bersama2 berjemaah menegakkan Islam. Ternyata PAS mempunyai kelemahan dan saya tidak berminat lagi perjuangan yang sebegitu dan di HT, saya tak nampak memburukan individu seperti mana yang berlaku dalam dunia politik kita. Perkara seperti ini juga berlaku pada nabi sebelum Muhammad yang mana sentiasa mencari kebenaran maha pencipta. Umpamanya mula2 ia ternampak matahari dan mengatakan mungkin ini tuhan kerana ia sangat bertenaga tetapi apabila senja berlabuh ia pun hilang maka ini bukan tuhan. Dikatakan pula bulan itu mungkin tuhan tetapi apabila subuh menjelang ia pun hilang. Begitu jugalah saya, memilih HT utnuk berjuang menegakkan Daulah Islamiah.
|
|