kas
teman baru
Posts: 4
|
Post by kas on Feb 13, 2007 8:52:21 GMT -1
Islam biasanya dipandang sebatas agama ritual, spiritual, dan moral belaka; akan tetapi, sesungguhnya Islam dapat dikategorikan sebagai ideologi. Baca seterusnya id.wikipedia.org/wiki/Ideologi_Islam Asas-Asas Serangan AS untuk melenyapkan Islam sebagai Ideologi.Setelah lebih 76 tahun berlalu (sejak jatuhnya Kekhilafahan Uthmaniyah di Turki pada Mac 1924) umat Islam di seluruh dunia bak anak ayam yang kehilangan ibunya (Daulah Khilafah). Umat Islam di manapun mereka berada terkapai-kapai mencari secebis simpati akibat penindasan dan permasalahan yang datang secara bertubi-tubi dan tak kunjung henti setelah ‘ibu’ mereka telah tiada. Barat telah membawa pisau (yang digunakan untuk membunuh ibu mereka) kepada kaum muslimin yang berlumuran darah dengan titisan darah ‘ibu’ mereka. Kemudiannya orang-orang Muslim berjabat tangan dengan pembunuh yang memegang pisau yang masih menitiskan darah ibu mereka tanpa mereka sedari bahawa jabatan tangan itulah jua yang bakal menghancurkan mereka. Barat yang diketuai oleh AS sebenarnya masih takut untuk melihat Islam itu bangkit semula. Oleh yang demikian itu mereka sedaya upaya cuba meraih perhatian kaum muslimin dan menjauhkan kaum muslimin daripada Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Untuk itu mereka telah melancarkan serangan demi serangan bagi mencapai hasrat mereka. Untuk melancarkan serangannya terhadap Dunia Islam, AS menyandarkan dirinya pada asas-asas utama berikut ini: Pertama, Posisi AS dalam politik antarabangsa dan pengaruhnya yang kuat terhadap Dunia Islam. Keadaan ini terwujud setelah Perang Teluk II yang telah menghasilkan keuntungan-keuntungan politik bagi AS, iaitu pemantapan hegemoninya di Dunia Islam secara keseluruhan. Akibat adanya posisi dan pengaruh AS itu, Dunia Islam menjadi pihak yang paling banyak menerima tekanan-tekanan AS dan menjadi sasaran serangan AS yang bertujuan untuk menghancurkan Islam dengan cara memimpin dan mengajak kaum muslimin untuk menganut Kapitalisme. Kedua, Kepemimpinan AS ke atas negara-negara Kapitalis lain yang bercita-cita untuk turut serta dalam serangan yang dilancarkan AS. Selain itu, AS juga telah melemahkan pengaruh negara-negara Kapitalis tadi dan menundukkan agen-agennya di Dunia Islam demi kelancaran serangannya. Meskipun demikian, negara-negara Kapitalis tadi sebenarnya tak berbeza dengan AS dalam pandangannya terhadap Islam, yakni Islam dianggap sebagai bahaya yang mengancam negara-negara Kapitalis berikut seluruh pengaruh dan kepentingan mereka. Ketiga, AS mempunyai legislatif dan alat antarabangsanya, iaitu PBB dan Piagam PBB, termasuk berbagai badan dan organisasi yang menginduk kepada PBB. Semua alat ini telah dikendalikan oleh AS untuk menjalankan strateginya dan memberikan legitimasi antarabangsa terhadap segala tindakan yang dianggap perlu oleh AS, baik tindakan dalam bidang politik, ekonomi, ketenteraan, dan yang lainnya. Keempat, Sarana-sarana media massa antarabangsa telah dikuasai oleh AS dan sekutu-sekutunya, kemudian dijadikan senjata paling mematikan untuk melancarkan serangan. Sarana-sarana itu di manfaatkan AS untuk menjajakan slogan-slogan yang mereka gunakan dalam serangan ini. Begitu pula AS melalui saranan-sarana ini juga menggambarkan citra buruk mengenai Islam serta membangkitkan rasa benci dan permusuhan dunia terhadap orang-orang yang berpegang teguh pada Islam. Mereka yang konsisten terhadap Islam ini telah dilabel dan dicaci maki dengan bermacam-macam predikat : fundamentalis, radikalis, ekstrimis, teroris, dan sebagainya. Tidak diragui lagi, senjata mereka ini sangatlah ber-bahaya, terutama setelah adanya revolusi komunikasi dan informasi yang berlangsung pada abad ini, sehingga dunia seakan-akan telah berubah menjadi sebuah desa kecil. Akibatnya, hampir-hampir tidak ada satu rumah pun di dunia ini yang tidak dimasuki oleh arus informasi, baik informasi yang dapat dibaca mahupun yang bersifat audio visual. Kelima, Asas yang paling merbahaya ialah para penguasa yang menjadi agen AS dan sekutu-sekutunya, termasuk orang-orang yang ada di sekitar para penguasa tersebut. Orang-orang yang rapat dengan para penguasa ini terdiri dari para penjilat hina yang munafik, orang-orang lemah yang pragmati dan para intelektual yang kenyang dengan kebudayaan Barat yang kafir dan tertipu oleh metod kehidupan mereka. Termasuk juga dalam kategori ini sebahagian orang yang pura-pura membela Islam, seperti para ulama pendukung penguasa, individu-individu tertentu yang ditonjol-tonjolkan sebagai intelektual muslim dan beberapa tokoh harakah (gerakan) Islam. Pada hakikatnya, mereka ini tak lebih hanyalah orang-orang sekular yang mempropagandakan pemisahan agama dari kehidupan. Semua pihak di atas telah berkomplot dan berkhidmat demi menjayakan serangan Amerika, yang sesungguhnya bertujuan menuntun kaum muslimin agar membuang ideologi Islam dan kemudian memeluk ideologi Kapitalisme. Dalam hal ini kaedah dan sarana yang digunakan oleh para penguasa dan kuncu-kuncunya dalam adalah pelbagai, di antaranya : 1. Menyesatkan umat melalui media massa.
2. Memanipulasi pemahaman dan hukum Islam.
3. Menerapkan peraturan-peraturan kufur dan merlegislasi berbagai hukum dan undang-undang untuk menerapkan peraturan kufur itu.
4.Mengadakan pelbagai perjanjian dan kesepakatan agar negara-negara di Dunia Islam tetap lestari berada di bawah telapak kaki orang-orang kafir dan cengkeramannya.
5. Menjalankan rencana dan skenario yang dikarang oleh kaum kafir, yang bertujuan untuk menghina dinakan umat dengan cara memusnahkan nilai-nilai luhur dalam ajaran Islam.
6. Menumpas secara kejam para pejuang Islam yang telah sedar dan ikhlas dari kalangan putera-puteri umat Islam, dengan tujuan untuk membungkam mulut mereka dan menyebarkan rasa ngeri sekaligus melancarkan kejahatan terhadap rakyatnya sendiri. Dengan demikian, para penguasa tersebut berharap agar tiada seorang pun yang berani menyuarakan kebenaran secara terang-terangan, sehingga mereka akan lebih mudah menginjak-injak umat dan memimpin mereka agar redha meyakini kekufuran dan ikhlas dipijak-pijak kaum kafir. Kelima Asas inilah merupakan asas-asas utama yang digunakan oleh AS untuk melancarkan serangannya melawan kaum muslimin. Serangan ini bertujuan untuk menghancurkan Islam dengan cara menggiring kaum muslimin untuk memeluk dan menganut ideologi Kapitalisme. Serangan AS itu terwujud dalam empat slogan yang sebenarnya merupakan cabang ideologi Kapitalisme, iaitu: Demokrasi, Pluralisme, Hak Asasi Manusia, dan Politik Pasaran Bebas. Asas slogan-slogan ini adalah aqidah Kapitalisme, iaitu aqidah pemisahan agama dari kehidupan (Sekularis-me). Aqidah ini, sebenarnya bukanlah hasil proses berfikir. Bahkan, tidak dapat dikatakan sebagai pemikiran yang logik. Aqidah pemisahan agama dari kehidupan tak lain hanyalah penyelesaian yang berkecenderungan ke arah jalan tengah atau bersikap moderat, antara dua pemikiran yang kontradik. Kedua pemikiran ini, yang pertama adalah pemikiran yang diserukan oleh tokoh-tokoh gereja di Eropah sepanjang Abad Pertengahan (abad V - XV M), yakni keharusan menundukkan segala urusan dalam kehidupan menurut ketentuan agama. Sedangkan yang kedua, adalah pemikiran sebagian pemikir dan filosof yang mengingkari keberadaan Al Khaliq. Jadi, pemikiran pemisahan agama dari kehidupan merupakan jalan tengah di antara dua sisi pemikiran tadi. Penyelesaian jalan tengah, sebenarnya mungkin terwujud di antara dua pemikiran yang berbeza (tapi masih mempunyai asas yang sama). Namun penyelesaian seperti itu tak mungkin terwujud di antara dua pemikiran yang kontradik. Sebab dalam hal ini hanya ada dua kemungkinan. Pertama, ialah mengakui kewujudan Al Khaliq yang menciptakan manusia, alam semesta, dan kehidupan. Dan dari sinilah dibahas : apakah Al Khaliq telah menentukan suatu peraturan tertentu lalu manusia diwajibkan untuk melaksanakannya dalam kehidupan ? Juga apakah Al Khaliq akan menghisab manusia setelah mati mengenai keterikatannya terhadap peraturan Al Khaliq ini ? Kedua, ialah mengingkari keberadaan Al Khaliq. Dan dari sinilah dapat ditarik suatu kesimpulan, bahawa agama tidak perlu lagi dipisahkan dari kehidupan, tapi bahkan harus dibuang dari kehidupan. Adapun pendapat yang mengatakan bahwa keberadaan Al Khaliq tidaklah lebih penting daripada ketiadaanNya, maka ini adalah suatu ide yang tidak memuaskan akal dan tidak menenteramkan jiwa. Jadi, berdasarkan fakta bahawa aqidah Kapitalisme adalah jalan tengah di antara pemikiran-pemikiran kontradiktif yang mustahil diselesaikan dengan jalan tengah, maka sudah cukuplah bagi kita untuk mengkritik dan membatalkan aqidah ini. Tidak ada bezanya apakah aqidah ini dianut oleh orang yang mempercayai keberadaan Al Khaliq atau yang mengingkari keberadaan-Nya. Tetapi dalam hal ini dalil aqli (dalil yang berlandaskan keputusan akal) yang qath’i (yang tidak diragukan lagi kebenarannya), membuktikan bahwa Al Khaliq itu ada dan Dialah yang menciptakan manusia, alam semesta, dan kehi-dupan. Dalil tersebut juga membuktikan bahwa Al Khaliq ini telah menetapkan suatu peraturan bagi manusia dalam kehidupannya, dan bahwasanya Dia akan menghisab manusia setelah mati mengenai keterikatannya terhadap peraturan Al Khaliq tersebut. Kendatipun demikian, pembahasan kali ini bukan untuk melakukan pembahasan mengenai kewujudan Al Khaliq atau mengenai peraturan yang ditetapkan Al Khaliq untuk manu-sia. Namun yang menjadi fokus pembahasan di sini ialah aqidah Kapitalisme itu sendiri dan penjelasan mengenai kebatilannya. Dan kebatilan Kapitalisme cukup dibuktikan dengan menunjukkan bahawa aqidah Kapitalisme tersebut merupakan jalan tengah antara dua pemikiran yang kontradik, dan bahawa aqidah tersebut tidak dibangun atas dasar pembahasan akal. Dengan merobohkan aqidah Kapitalisme ini, sesungguhnya sudah cukup untuk merobohkan ideologi Kapitalisme secara keseluruhan. Sebab, seluruh pemikiran cabang yang dibangun di atas landasan yang batil pada hakikatnya adalah batil juga. Dan ini bererti, tidak perlu lagi dibahas ide- ide pokok dalam Kapitalisme satu per satu secara terperinci. Namun, pembahasan secara terperinci terhadap ide-ide pokok itu kini telah menjadi satu keharusan, kerana sebahagian ide-ide tersebut telah dipasarkan secara universal dan diterima oleh sebahagian kaum muslimin. Selain itu, ide-ide tadi ternyata telah menjelma menjadi slogan-slogan yang digunakan Amerika untuk menyerang Islam dan umatnya dengan suatu serangan yang sangat ganas dan berbahaya. Oleh kerana itu, ide-ide pokok tadi harus dibahas secara terperinci, kemudian diterangkan kekeliruannya dan pertentangannya dengan Islam. Dengan demikian, diharapkan kaum muslimin akan mengetahui bahawa mereka diharamkan untuk mengambil ide-ide tersebut. Lebih dari itu, mereka bahkan diwajibkan membuang sama sekali semua ide-ide itu dan menentang serta melawan siapa pun yang berusaha menjajakannya. Seruan Kepada Kaum Muslimin Menghadapi niat jahat AS terhadap kalian ini, kalian harus selalu waspada dan memahami hakikat pelbagai perancangan licik kaum kafir dan kuncu-kuncunya yang diarahkan kepada kalian. Kalian saat ini diseru untuk membela aqidah dan agama kalian. Kalian saat ini diseru untuk membela kewujudan kalian sebagai sebuah umat, sebab sebuah umat akan tetap wujud dengan lestarinya ideologi mereka. Dan sebaliknya, umat itu akan hancur dengan punahnya ideologi mereka. Saat ini adalah detik-detik kritikal yang akan menjadi pemisah antara perkara yang hak dengan yang batil, antara kejayaan dan kebinasaan. Sedarilah, bahawa AS dan Barat yang kafir, juga para penguasa kalian berserta pembela-pembelanya; iaitu orang-orang yang terpengaruh oleh Kapitalisme dan tertipu oleh metod hidupnya, para ahli politik, intelektual, ekonomi, tokoh, juga para propaganda Demokrasi, Pluralisme, HAM, Politik Pasar Bebas; semuanya berada dalam satu barisan, iaitu barisan pembela kebatilan. Sementara itu, para pengembang dakwah yang penuh kesedaran dan keikhlasan dan juga siapa saja dari kalangan putera-puteri umat ini yang masih memiliki ghirah(semangat) membela agama Allah, semuanya berada pada barisan yang sama, iaitu barisan pembela kebenaran. Sedarilah pula, bahawa pertempuran hidup mati ini akan menentukan nasib kalian. Sebab sesudah pertempuran ini hanya ada dua pilihan : kemenangan dan kemuliaan di dunia dan akhirat; atau kebinasaan dan kehinaan di dunia dan akhirat. Na’udzubillah min dzalik. Maka dari itu, setiap individu muslim dan mukmin yang beriman kepada Allah dan RasulNya serta beriman kepada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, saat ini benar-benar dituntut untuk bergabung dengan barisan pembela kebenaran tadi. Sungguh, tidak ada pilihan lain saat ini, sebab tidak boleh lagi ada seorang muslim pun yang hanya menonton pertempuran hidup mati yang menentukan nasib kalian ini. Bahaya kemusnahan ini, tak diragukan lagi akan terus mengancam kalian, selama kalian tetap hidup seperti sekawanan ternakan yang tersesat tanpa penggembala yang dapat menjaga dan membelanya dari segala bahaya yang mengancam. Sedangkan, Islam telah mewajibkan adanya seseorang yang bertugas bagaikan penggembala bagi kalian, iaitu seorang Khalifah yang akan kalian bai’at untuk mengamalkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Benar-benar telah terlalu lama kalian hidup tanpa Khalifah itu. 76 Tahun ! Sungguh, ini adalah kemaksiatan yang sangat besar di sisi Allah Azza wa Jalla. Bukankah Rasulullah saw telah bersabda "Siapa saja yang mati dan di pundaknya tidak ada bai’at (untuk Khalifah), bererti dia telah mati jahiliyah." (HSR. Muslim) Khalifah sajalah yang akan sanggup mempersatu- kan kalian. Dia tidak akan menyia-nyiakan atau membiarkan kalian. Bahkan dia akan menyahkan segala gangguan dan kejahatan yang mengancam kalian. Dialah yang akan mengembalikan kalian kepada sifat kalian yang asal —seperti yang dikehendaki Allah SWT atas kalian— iaitu sebagai umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia. Dan demi Allah, kalian sebenarnya mampu untuk melepaskan diri dari segala gelimang dosa dan belenggu penderitaan ini, jika kalian berniat secara ikhlas dan bertekad dengan benar untuk berjuang ! Orang-orang kafir dan kuncu-kuncunya —yang senantiasa menyerukan kesesatan— telah menyedari kemampuan kalian ini. Oleh kerana itu, para penguasa kalian terus menyebarkan rasa takut dan pesimis di antara kalian serta terus melancarkan kejahatan atas kalian. Mereka bermaksud agar kalian tidak berani menyampaikan kebenaran secara terang-terangan, dan agar kalian redha menerima kekufuran dan ikhlas dipijak-pijak kaum kafir. Namun kalian harus ingat, bahawa Allah SWT telah memerintahkan kalian untuk tidak takut kepada mereka dan hanya takut kepada Allah SWT semata. Allah SWT ber-firman yang mafhumnya: "...kerana itu janganlah kalian takut kepada mereka (orang- orang kafir), tetapi takutlah kalian kepada-Ku jika kalian benar-benar orang-orang beriman." (Ali ‘Imran : 175) Selain itu, Allah SWT juga telah berjanji kepada kalian bahawa Dia akan memberi pertolongan kepada kalian sekiranya kalian mengerjakan perintah Allah itu. Allah SWT berfirman: "Jika kalian menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolong kalian dan meneguhkan kedudukan kalian." ( Muhammad : 7) Yakinlah, bahawa Allah tidak akan mengingkari janjiNya. Maka dari itu, bangkitlah kalian segera untuk mematuhi perintahNya dan menolong agamaNya dengan jalan memusnahkan dan mencampakkan ideologi Kapitalisme yang kufur itu dan ide apa pun yang dikatakan oleh Kapitalisme; seperti Demokrasi, Pluralisme, Hak Asasi Manusia, dan Politik Pasaran Bebas. Dan kalian pun wajib menentang dan melawan siapa saja yang berupaya menjajakan dan menggembar- gemburkan ide-ide kufur itu. Namun, hendaklah kalian menyedari bahawa perjuangan kalian itu tak akan sempurna, kecuali kalian berjuang bersama-sama dengan para pengembang dakwah yang ikhlas, untuk menegakkan Khilafah yang akan menjadi benteng sejati bagi kalian sebagai pelindung dari segala ancaman dan bahaya kekufuran, perpecahan, gangguan dan kejahatan. Wahai kaum muslimin ! Marilah kita bersama-sama berjuang untuk memenangkan agama Allah SWT ! "Wahai orang-orang yang beriman penuhilah seruan Allah dan Rasul-Nya jika Rasul menyeru kalian kepada sesuatu yang memberi kehidupan kalian" (Q.S. Al Anfaal : 24) diambil daripada: members.tripod.com/ISLAMIKA/aj/asas.html
|
|
kas
teman baru
Posts: 4
|
Post by kas on Feb 19, 2007 2:50:29 GMT -1
Selama ini banyak kalangan kita menanyakan Ideologi, umumnya akan mengklaim persoalan ini merupakan persoalan yang paling ekuivokal (meragukan) dan elusif (sukar ditangkap). Hal demikian terjadi karena beragamnya pendekatan teoritis yang menunjuk arti dan fungsi yang berbeda-beda, dan karena ketidakcemerlangan proses berpikir para penggagasnya, sehingga istilah Ideologi ini menjadi sedemikian sulit dicerna.
Istilah Ideologi mula-mula diperkenalkan oleh Destertt de Tracy pada akhir ke-18, dan dikembangkan penuh sebagai konsep selama abad ke-19. Tetapi preokupasi-nya telah dilakukan lebih awal, sebelum abad ke-18. Ini berlaku bagi Ideologi Kapitalis dan Sosialis. Mengapa? Kapitalisme dan Sosialisme, masing-masing sebagai Ideologi dalam kapasitasnya sebagai world-view, lebih erat kaitannya dengan perjuangan pembebasan kaum borjuis dari belenggu feudal, serta kaum intelektual, yang diwakili para filsuf, dengan kekuasaan gereja yang otoritarium. Disintegrasi antara agama dengan ilmu pengetahuan, yang merupakan akibat pemasungan kreativitas intelektual, Akhirnya mengantarkan bangsa Eropa pada abad pertengahan untuk merumuskan Ideologi baru mereka. Dan keadaan ini, sebagaimana dipergunakan oleh Machiavelli dan Thomas Hobbes, masing-masing dipengaruhi oleh kondisi yang otoritarium ketika itu. Yang dengan justifikasi-justifikasi holistic, mereka berusaha tetap mempertahankan kekuasaannya. Sehingga Hobbes mengatakan, bahwa ketuhanan dan keberagaman sesungguhnya lahir yang berangkat dari rasa takut dan kebodohan.
Dan ketika bangsa Eropa menggali konsepsi Ideologisnya, mereka mengaduk-aduk konsep yang baru itu yang sudah diperkenalkan oleh para filsuf mereka. Dengan demikian, sebelum terjadi Ideologisasi. Yang kemudian berupa Kapitalisme maupun Sosialisme, bangsa Eropa telah melakukan perumusan Ideologinya, yang tidak kurang dari satu abad. Pergumulan pemikiran seputar Ideologi, sebagai world view ini menurut Jorge larrain The Concept of ideology, sejak awal, sebagai sebuah fenomena, sudah disinggung oleh Machiavelli (1469-1520). Kemudian bacon dengan karyanya Novum Organom (1620) dan Descartes dengan karyanya Discourse de la Methode adalah pemikir yang pertama kali membuat metodologis yang mencoba mencari sintesis baru, dalam konteks Ideologi. Bahkan, Karl Marx yang menyebut Bacon sebagai Bapak Ilmu Pengetahuan Modern dan Bapak Materialisme Inggris. Pemikiran Bacon ini berpengaruh sekali pada filsafat yang berkembang pada abad ke-17 dan 18. Pasca era ini muncul filsuf seperti Thomas Hobbes, yang merupakan penerus dan systemaizer Bacon. Sampai kesimpulannya, mereka menemukan rumusan yang fixed seputas Ideologi, yang kesemuanya merupakan sintesis agama. Kemudian ada yang menolak secara frontal, yaitu Sosialisme yang mengklaim agama sebagai candu masyarakat yang menghambat kemajuan. Dan ada yang menolak tidak secara frontal, apabila Negara difungsikan secara dalam ritualisme dan spiritualisme, dengan cara world view agama dinegosiasikan, kalau tidak boleh dibuang dari kehidupan. Inilah Kapitalisme, yang popular dengan Sekulerisme, dikotomi antara agama dan dunia. Dengan Ideologis “dendam” inilah, bangsa Eropa bangkit di Prancis ditandai dengan Renaisance.
Lepas dari ekuivokalitas dan elusifitas Ideologi, pada tataran ide, metode dan arahnya yang masih dimiliki oleh banyak kalangan, karena ketidakcemerlangan (ailaistinarat) paradigma berpikir mereka, yang tidak mengetahui Ideologi sesungguhnya merujuk kepada ide yang paling mendasar, yang kemudian melahirkan visi tertentu tentang kehidupan. Oleh karena itu perlu dijelaskan batasan – batasan dari Ideologi yang cemerlang yang mampu menjawab keluasan dan mencakup keseluruhan makna dari Ideologi itu sendiri.
Muhammad Muhammad Ismail Mendefinisikan Ideologi ini sebagai Al-Fikru al-asasi al-ladzi hubna Qablahu Fikrun Akhar, pemikiran mendasar yang sama sekali tidak dibangun diatas pemikiran pemikiran yang lain.
Pemikiran mendasar ini merupakan akumulasi jawaban atas pertanyaan dari mana, untuk apa dan mau kemana alam, manusia dan kehidupan ini ? Bahkan, secara deskriptif,
Dr. Hafidh Shaleh dalam bukunya An-Nahdhoh menguraikan bahwa untuk menjadi sebuah Ideologi, sebuah pemikiran harus memiliki dua syarat utama.
Pertama, Pemikiran tersebut harus mempunyai ide yang berupa konsepsi rasional (aqidah aqliyah), yang meliputi akidah dan solusi atas seluruh problem kehidupan manusia.
Kedua, Pemikiran tersebut harus mempunyai metode, yang meliputi metode untuk mengaktualisasikan ide dan solusi tersebut, metode mempertahankannya, serta metode menyebarkannya ke seluruh dunia.
Sehingga dalam Konteks inilah tanpa memandang sumber dari konsepsi Ideologi, maka Islam adalah agama yang mempunyai kualifikasi sebagai Ideologi dengan padanan dari arti kata Mabda’ dalam konteks bahasa arab.
Maka ketika bangsa Eropa dan dunia Barat umumnya, belum mengenal Ideologi mereka dengan jelas, dunia Islam pada jauh sebelum abad itu justru telah menemukan bentuk Ideologinya karena dengan menggunakan kata mabda’ maka mampu untuk diderivasikan dan disebarluaskan, meski ketika itu mereka tidak pernah menggunakan istilah (Ideologi) tersebut.
Bentuk Ideologi yang telah ditemukan oleh dunia Islam, bukan hanya dalam tataran konsep, namun sudah jauh terstrukturalisasikan dalam lembaga formal, negara, masyarakat dan lembaga-lembaga non formal, kelurga.
Ideologi kaum muslimin ini telah dibangun sejak nabi Muhammad saw, diangkat menjadi Rasul di Makkah, yang Ideologisasinya telah berlangsung secara absolute melalui wahyu yang diturunkan kepada beliau, dan disosialisasikan selama tigabelas tahun di Makkah, kemudian sosialisasi dan aktualisasi secara struktural dalam lembaga formal, negara Islam, selama sepuluh tahun, sisa usia nabi di Madinah.
Setelah itu, proses ini dilanjutkan oleh para Khulafaurrasyidin dan khalifah-khalifah berikutnya. Dan sebaliknya, pada saat bangsa Eropa dan Barat secara umum, mulai bangkit pada abad ke-17 hingga 18, justru kaum muslimin mengalami kemunduran. Sampai akhirnya kaum muslimin kehilangan segala-galanya, dengan runtuhnya khilafah Islam pada tahun 1924. Setelah itu, persepsi kaum muslimin terhadap Islam banyak ditentukan oleh Barat. Dengan analogi generalisasi (al-qiyas as syumuli), kaum muslimin terpengaruh dengan gerakan kultural dan struktural di Barat yang dilandasi dengan Sekulerisme, yang berangkat dari asumsi bahwa agama harus dipisahkan dari kehidupan, karena pengalaman pahit akibat otoritarianisme gereja abad pertengahan.
Sehingga semua agama harus disingkirkan, tidak terkecuali dengan Islam. Inilah bentuk analogi generalisasi yang absurd dan menyesatkan yang hingga kini banyak digenggam oleh kaum muslimin.
KAPITALISME, SOSIALISME DAN ISLAM SEBAGAI IDEOLOGI
Apa yang menjadi syarat sebuah pemikiran disebut sebagai Ideologi? Di atas, dengan mengutip deskripsi yang diajukan oleh Dr. Hafidh Shaleh telah dipaparkan secara global. Yang barangkali amat urgen untuk dikedepankan secara lebih sistemik, untuk memberikan gambaran yang komprehensip dan cemerlang. Yang kemudian deskripsi ini menjadi pijakan untuk mengukur keabsahan sebuah pemikiran untuk disebut sebagai Ideologi. Lebih dari itu, untuk melakukan studi analitik atas masing-masing pemikiran tersebut, baik Kapitalis, Sosialis, maupun Islam.
Pertama, pemikiran tersebut memiliki ide yang berupa konsepsi rasional (aqidah aqliyah), yang meliputi akidah (asas) dan solusi atas semua problem kehidupan manusia.
Dalam konteks ini, konteks akidah (asas), Kapitalisme dibangun dengan Sekularisme. Pemahaman yang mengajarkan pemisahan agama dari kehidupan. Dalam hal ini, Kapitalisme telah mengkotak agama hanya sebagai Ritualisme dan Spiritualisme. Sehingga, untuk menjawab tentang ritual ini, termasuk dari mana asal kehidupan dan bagaimana akhirnya, mereka menyerahkan kepada agama masing-masing. Sedangkan dalam masalah kehidupan, manusialah yang mempunyai kuasa untuk mengaturnya. Mengenai solusi atas seluruh problem kehidupan manusia, Kapitalis telah memiliki banyak hukum, yang semuanya dicetuskan berdasarkan asas manfaat. Agar asas manfaat ini dicapai secara maksimal, harus ada Liberalisme.
Demokrasi misalnya, adalah salah satu bentuk solusi dalam masalah pemeritahan. Dimana kuasa manusia untuk mengatur urusan kehidupan .Demokrasi merupakan kebebasan rakyat dalam menyatakan pandangannya, yang lahir akibat praktik eksploitasi Teokrasi. Karena Teokrasi tidak menguntungkan, maka ia dihujat, dihancurkan dan dikubur hidup-hidup. Liberalisasi kepemilikan, misalnya, adalah salah satu bentuk solusi dalam masalah ekonomi, yang melahirkan individualisme. Dengan kebebasan tanpa batas, dan berorientasi pada perolehan kemanfaatan yang sebesar-besarnya, terjadilah eksploitasi orang kaya atas orang miskin. Yang tidak jarang menimbulkan class stuggle. Untuk menutupi kebocoran ini, maka dicetuskannya walfer state, dimana negara yang semula hanya menjadi polisi lalu lintas untuk melindungi kebebasan mutlak individu, akhirnya turun tangan. Dalam masalah tingkah laku, kebebasan merupakan atribut yang essensial bagi mereka. Free sex, free love adalah model yang dikembangkan dalam memecahkan problem sexual instink. Dalam beragama, tampak dengan berkembangnya murtadisasi, dengan toleransi tinggi.
Sosialisme, sebagai sebuah Ideologi dalam konteks ini, konteks akidah (asas), dibangun dengan materialisme atau Dialektika Materialisme. Pemahaman yang mengajarkan, bahwa seluruh yang maujud, manusia, alam dan kehidupan yang nota bene semuanya merupakan materi adalah berasal dari materi. Yang semuanya berproses secara dialektik, dari satu materi dengan adanya antithesis, akan menghasilkan sintesis baru, yang berupa materi lain. Inilah kerangka Dialektika Materialisme. Tuhan, diklaimnya tidak ada, bahkan Nietze mengatakannya sebagai telah mati. Sosialisme terbukti tidak memberikan tempat bagi agama. Sehingga problem-problem keagamaan dipecahkannya secara material, dimana dalam filsafatnya menolak samasekali aspek metafisik. Dalam menjawab kebutuhan spiritualnya, tentang dari mana muasal hidup mereka, maka sebisa mungkin mereka akan menjelaskan secara materi. Sebagai contoh teori evolusi Darwin, yang secara tidak langsung menafikan bahwa manusia diciptakan oleh Al-Khalik. Dalam konteks futuristik, keakhiratan, kehidupan pasca dunia, mereka menjelaskan sebagai tidak ada. Sebab, jasad manusia telah berevolusi menjadi sintesis yang lain. Akan tetapi, sebagai ganti kekosongan spiritualitasnya mereka akhirnya mengkultuskan individu, pahlawan dan lain sebagainya. Mengenai solusi atas semua problem hidupnya, Sosialisme telah membangun hukum berdasarkan antithesis (tanaqhudhat). The iro law of oligarchi (Hukum Tangan Besi) adalah hukum yang dipraktekkan dalam sistem Sosialis. Maka, Diktatorisme adalah bentuk pemeritahannya. Mengapa harus pemerintahan diktator? Sebab pemeritahan ini merupakan sistem yang dipaksakan untuk mewujudkan antithesis. Sebagai contoh, Sosialisme, memberangus private property agar tidak terjadi monopoli faktor produksi, dan terciptalah pemerataan. Tanpa adanya The Iron Law of Oligarchi, menurut mereka mustahil memberantas monopoli. Bahkan, menurut mereka class stuggle adalah sebuah keharusan untuk menciptakan perubahan. Dengan cara semacam itu, akan terwujudlah keadilan sosial. Sedangkan dalam aspek kehidupan yang lain, karena tidak ada standar baku, hukum mereka amat rentan dan mengikuti selera masyarakat.
Adapun Islam, dalam konteks akidah (asas)-nya, mengajarkan asal muasal seluruh yang maujud, alam, manusia dan kehidupan beasal dari Maha Pencipta. Dan hidup manusia diciptakan untuk beribadah sebagai wujud keterikatan manusia dengan ALLAH dalam bentuk melaksanakan perintah dan meninggalkan seluruh laranganNya. Juga karena manusia, kelak, setelah hidup di dunia, akan hidup untuk yang kesekian kalinya, untuk mempertanggungjawabkan seluruh aktivitas duniawinya. Maka, ALLAH menurunkan Rasul untuk membimbing manusia untuk menemukan bentuk kehidupan dunia dan akherat yang ideal. Inilah asas Ideologi Islam. Intinya, terangkum dalam keenam rukun iman. Mengenai solusi atas seluruh problem kehidupan manusia, Islam mendasarkan solusinya pada keterikatan kepada hukum syara’. Dalam konteks pemerintahan, Islam mensyari’atkan sistem khilafah, dengan bentuk, sistem dan mekanisme yang unik. Dalam konteks ekonomi, Islam mensyari’atkan hukum-hukum mengenai masalah kepemilikan, pengelolaan, dan distribusi, serta, hukum-hukum yang menyangkut mekanisme memiliki dan mengembangkan harta. Dalam konteks politik dalam negri, Islam telah mewajibkan diberlakukannya seluruh hukum Islam kepada rakyat. Sedangkan dalam konteks politik luar negri, Islam telah memberlakukan hukum-hukum jihad. Dalam masalah sangsi hukum, Islam memiliki sangsi yang tegas. Dengan demikian seluruh problem kehidupan manusia, semuanya boleh dipecahkan oleh Islam.
Kedua, pemikiran tersebut harus mempunyai metode untuk menerapkan Ideologi,mempertahankan dan menyebarkannya keseluruh dunia. Dalam konteks metode menerapkan Ideologi, seluruh Ideologi ada satu sisi, mempunyai metode yang sama, yaitu negara. Inggris, Amerika, Prancis, Jerman, menggunakan Ideologi Kapitalisme.
Kini tinggal Amerika yang dominan. Dan negara yang menggunakan Sosialisme sebagai Ideologi adalah Uni Soviet, China, Korea Utara, meski kini Uni Soviet tinggal keping-keping reruntuhannya. Sedangkan Islam, sejak zaman nabi hingga Turki Ustmani, Khilafah Islamiyah, inilah yang menjadi penopang dilaksanakannya Ideologi Islam.
Mengenai metode untuk mempertahankan Ideologi, Kapitalis, Sosialisme, dan Islam sama-sama mempergunakan negara. Metodenya dengan memberlakukan sangsi hukum yang tegas kepada pelaku.
Sedangkan Sosialisme, biasanya selalu menggunakan hukum tangan besi. Mengenai metode dalam masalah ini, Islam mempunyai hukum seputar orang murtad. Bagi orang murtad, tidak ada pilihan lain dalam Islam kecuali dibunuh. Akan tetapi masih ada tenggang waktu selama tiga hari. Orang tersebut diminta agar kembali sebelum tiga hari. Bila melewati batas waktu tersebut, hukuman ini akan dijatuhkan. Bagi para pengacau (Bughat) atau mereka yang sengaja memisahkan diri dari negara, Islam telah mensyari’atkan hukum perang melawan bughat, sebagai perang ta’dib. Artinya, memerangi mereka dengan harapan mereka bisa kembali. Karenanya, sebelum diperangi mereka juga dinasehati agar kembali dan sadar. Maka memerangi mereka adalah alternatif terakhir. Dan setelah mereka menyerah dan mau kembali, mereka akan dibiarkan. Bila negara diserang oleh negara lain, maka baik dalam pandangan kapitalis, Sosialis, maupun Islam adalah sama, Yaitu sama-sama harus berperang melawan agresor. Bahkan dalam Islam hukum perang tersebut fardhu’ ain bagi tiap muslim yang memiliki kewarganegaraan negara yang diserang. Inilah yang dalam bahasa fiqih disebut Jihad Difa’i.
Adapun metode untuk menyebarkan Ideologi tersebut ke luar seluruh dunia, masing-masing memiliki metode yang berbeda. An-nabhani dalam bukunya Mafahim siyasiyah, mendeskripsikannya secara sistemik. Kapitalisme, dalam konteks ini mempunyai metode baku, yaitu imperialisme (isti’mariyah), yang tekniknya bisa secara fisik, seperti perang, Maupun non fisik, seperti memberikan pinjaman luar negri, pasar bebas, meratifikasi perjanjian multilateral, membuka hubungan diplomatik, dengan adanya kedutaan negara yang ingin “dijajah” dan lain-lain. Sedangkan Sosialisme, metodenya adalah dengan menciptakan krisis yang berkepanjangan di negara yang ingin dijadikan menjadi sosialis. Bentuknya adalah terciptanya class struggle di negara tersebut. Mengenai tekniknya bisa bermacam-macam, secara tradisional maupun modern. Dalam hal ini, metode Islam adalah dakwah dan jihad. Artinya, untuk menyebarkan Ideologi Islam ke luar negeri, pertama kali mereka diajak memeluk Islam, bila tidak bersedia bisa memilih alternatif kedua, yaitu tunduk dibawah negara Islam, meski tetap kufur, bila tidak alternatif terakhir, yaitu jihad (perang). Semuanya ini tampak dalam politik luar negeri masing-masing negara yang mengemban Ideologi tersebut.
Mengenai Ideologi tersebut, masing-masing secara terbuka bisa dijelaskan dan disosialisasikan. Dipandang dari sisi asas, solusi dan metode, kesemuanya bersifat fixed, tidak berubah. Jika kemudian terjadi perubahan, perubahan tersebut sebatas kulit, pergantian baju. Ideologi semacam ini disebut Ideologi terbuka. Sedangkan Ideologi yang lain, sifatnya tertutup, dan pemaknaannya sangat individual. Karenanya tidak bisa disosialisasikan secara terbuka. Ideologi ini disebut Ideologi tertutup. Apapun sifatnya teknik terbuka maupun tertutup, Ideologi tersebut memiliki kelemahan yang mendasar, kecuali Islam. Dr. Kudeik Bilal, dalam artikel lepasnya yang berjudul As-Syari’ah Al-Islamiyah, mendeskripsikan kelemahan masing-masing secara global. Pertama, baik kapitalisme maupun sosialisme, berbagai pemikiran yang mendasar yang tidak dibangun berdasarkan akal dan sesuai dengan fitrah manusia. Kapitalis dibangun dengan jalan tengah, antara dua kutub ekstrim, gereja dan ilmu pengetahuan. Dan dengan sekulerismenya, ia telah menafikasikan fitrah manusia yang lemah, untuk kemudian dipaksakan dengan mencampakkan Tuhan, mengatur urusan hidup mereka. Sedangkan Sosialisme, dengan materialismenya jelas telah menafikan pertimbangan akal yang cemerlang. Sebagai contoh; Newton menurut filsafat materialismenya jelas menolak aspek metafisik. Namun dalam teori grafitasinya justru mengakuinya. Belum lagi jelas bertentangan dengan fitrah manusia, dalam konteks penegasian kebutuhan religuis instink. Kedua, Masing-masing bersifat parsial, sebatas world-view. Sementara dalam konteks ritualisme dan spiritualisme, masing-masing tidak pernah menyinggungnya. Bahkan, Sosialisme tegas telah membunuhnya, meski dengan kompensasi dalam bentuk yang lain. Ketiga, masing-masing mengalami kekosongan ruhiyah (spiritualisme). Karena masing-masing merupakan produk manusia, maka konsistensi masing-masing pemeluknya sebatas material, berdasarkan pengawasan manusia, dan tidak bersifat non material, spiritual, berdasarkan pengawasan ALLAH. Ketiga kelemahan ini tidak ditemukan dalam Islam. Mulai dari asasnya yang dibangun dengan akal, sesuai dengan fitrah manusia. Islam juga merupakan Ideologi yang menyeluruh, tidak bersifat parsial, serta mempunyai falsafah dasar; Mazju al-Madah bi ar-Ruh(terintegrasikannya materi dengan ruh, spiritual), sehingga sarat dengan spiritualitas.
Dari analisa metodologis, mengenai bagaimana seluruh solusi dalam Ideologi tersebut diperoleh. An Nabhani dalam buku An-Nidzam Al-Iqtishadi Fi Al-Islam menguraikan, bahwa kapitalisme selalu menjadikan fakta sebagai hukumnya. Artinya, seluruh solusinya diambil berdasarkan metode pragmatik, yaitu berangkat fakta, setelah faktanya dikaji, diambillah seluruh solusinya. Sedangkan Sosialisme, solusinya bersifat teoritis, karena diambil berdasarkan metode hipotetik. Adapun Islam, solusinya secara fakta (Manath al-waqi’), lalu seluruh dalil berikut fakta (manath al-hukmi) yang dimaksud oleh dalil tersebut juga dikaji secara mendalam, kemudian antara manath al-waqi dengan manath al-hukmi tersebut dicocokkan. Bila sesuai, berarti hukum pada nash tersebut berlaku juga untuk manath al-hukmi tersebut. Inilah solusi Islam, solusi yang bersifat fixed.
“Apakah hukum jahiliyah yang mereka ambil? Dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi kaum yang beriman?” (Q.s. Al Maidah:50)
Jadi sudah selayaknya kita mengunakan ideologi islam sebagai ideologi/mabda’ kita.
|
|