Post by khalid bin lukman on Jul 27, 2006 23:11:00 GMT -1
Tiada simpati dari Barat
Oleh MARHAINI KAMARUDDIN dan YULPISMAN ASLI (WARTAWAN UTUSAN)
DI SAAT masyarakat dunia mengutuk keganasan melampau Israel ke atas Palestin yang kini melangkaui sempadan negara berdaulat Lebanon, kenyataan terbaru Australia menambah kemuraman terhadap kemungkinan untuk menyaksikan penyelesaian konflik yang meruncing di Asia Barat itu.
Menteri Luar Australia, Alexander Downer yang berada di Kuala Lumpur bagi mewakili negaranya sebagai rakan dialog ASEAN dan juga anggota Forum Rantau ASEAN (ARF) berpendapat gencatan senjata hanya boleh dicapai jika pejuang Hizbullah sedia berundur dari selatan Lebanon dan kawalan keselamatan dikembalikan kepada tentera negara tersebut.
[glow=red,2,300]Tidak ada kutukan terhadap keganasan Israel sebaliknya tindakan ketenteraan melampau rejim Zionis itu ‘dihalalkan’ dengan alasan: “...adalah tidak realistik untuk melihat Israel hanya berdiam diri dan menanti untuk mati apabila diserang oleh pejuang Hizbullah.”[/glow]
Keterlaluan
Jika pengunduran Hizbullah menjadi jawapan penyelesaiannya, ke manakah pejuang Hizbullah hendak berundur? Adakah selepas ini rejim Zionis itu ‘dibolehkan’ melancarkan serangan ke atas Iran dan Syria atas alasan sama - melindungi pejuang Hizbullah?
Fakta yang tidak jelas dalam kenyataan Downer mengenai alasan serangan Israel itu ialah kenapa sasaran muncung senjata tentera rejim Yahudi tersebut dihalakan kepada orang awam termasuk kanak-kanak.
Begitu juga apabila empat orang tentera pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masing-masing dari China, Austria, Kanada dan Finland menjadi mangsa korban terbaru tindakan keterlaluan tentera Israel.
Pembunuhan anggota tentera pemerhati itu mengejutkan Setiausaha Agungnya, Kofi Annan yang menuduh rejim Yahudi itu ‘secara jelas sengaja menjadikan anggota PBB sebagai sasaran.’
China yang berang dengan kejadian membabitkan tenteranya itu juga telah mengutuk tindakan tentera Israel serta mengarahkan Duta Israel di Beijing memohon maaf secara rasmi.
Turut mengutuk tindakan ganas tentera Yahudi itu ialah Duta Perancis yang juga Presiden Majlis Keselamatan PBB, Jean-Marc de La Sabliere.
Mendesak
Kenyataan Australia yang merupakan sekutu rapat Amerika Syarikat - kuasa di belakang tindakan bermaharajalela oleh Israel ke atas Palestin - sewaktu ASEAN baru sahaja mengambil inisiatif untuk ‘memujuk’ negara kuasa veto itu memainkan peranan menghentikan tindakan keterlaluan Israel - membayangkan harapan yang suram di Asia Barat.
Pandangan Australia tersebut sebenarnya menterjemahkan pendirian negara polis dunia, Amerika Syarikat yang tidak pernah berubah terhadap tindak-tanduk Israel selama ini. Ini kerana bagi Amerika Syarikat dan sekutunya, tindakan rejim Zionis itu terus melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Palestin dan kini Lebanon - selamanya atas alasan mempertahankan diri.
Fakta perjuangan rakyat Palestin mempertahankan tanah air daripada pendudukan haram selama 60 tahun oleh Yahudi, yang menyaksikan kemunculan pejuang Hizbullah - dianggap tidak relevan.
Justeru kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice untuk menyertai sesi Persidangan Pasca Menteri-Menteri Luar (PMC) ASEAN bersama rakan dialog menjadi peristiwa yang menarik diikuti.
Sejarah akan tercatat di Kuala Lumpur jika Rice selaku wakil Amerika Syarikat bersetuju dengan pendirian yang telah diambil oleh Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) Ke-39 dan PMC untuk mengutuk tindakan ganas Israel dan mendesak gencatan senjata dilaksanakan serta-merta.
Namun pengharapan ASEAN itu mungkin terlalu tinggi untuk dicapai. Ini kerana jangankan mengutuk tindakan keterlaluan rejim Zionis itu bahkan kenyataan ‘menegur’ Israel pun terpaksa digugurkan daripada draf pernyataan mengenai Asia Barat.
Hasil rundingan ASEAN bersama rakan dialog termasuk Rice, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, Menteri Luar Kanada, Peter Gordon MacKay dan Setiausaha Agung Kesatuan Eropah, Dr. Javier Solana, hanya mampu mengeluarkan kenyataan lembut mengenai situasi di Asia Barat iaitu menyatakan kebimbangan tanpa ada desakan untuk menamatkan ketegangan di rantau itu.
Pada sidang akhbar di akhir PMC, Rice bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk ke Asia Barat bagi merundingi cadangan gencatan senjata di Lebanon tetapi dapatkah kita menaruh harapan yang tinggi bahawa Amerika Syarikat akan memainkan peranan sepatutnya untuk memastikan konflik Israel-Palestin ditamatkan?
Apatah lagi jika dunia Islam dan negara yang bersimpati terus melihat konflik itu dari sudut kezaliman Israel ke atas Palestin sedangkan Amerika Syarikat dan sekutunya pula terus memandang dari perspektif berlainan.
---------KOMENTAR----
TAKUTKAN ISRAEL & AMERIKA, DENGAN LAUNGAN "KHILAFAH" BAGI MENGINGATKANNYE KEHEBATAN ISLAM,KEGEMILANGAN ISLAM