Post by Aliah Maisarah on Jun 7, 2005 17:28:32 GMT -1
“Demi masa, Sesungguhnya manusia ada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, serta selalu saling berpesan (berdakwah) tentang kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” [QS al-ashr;1-3]
Apa makna kesabaran??
Pada pembahasan ini kita perlu menelaah makna kesabaran lebih mendalam, lagi cemerlang…melalui pemikiran yang cemerlang. Untuk menghilangkan salah faham pada sebahagian kaum muslim tentang kehendak Islam (kehendak Allah) tentang kesabaran.
Beberapa anggapan kaum muslim tentang kesabaran:
1. Jika seseorang membatasi diri dan menjauhkan diri manusia, meninggalkan kemungkaran daripada pelaku maksiat, ia melihat maharajalela orang yang melanggar hukum syarak, hukum Allah tidak diamalkan dan jihad ditinggalkan.
Pada keadaan ini, ia tidak mengambil sikap Menghadapi..Menempuhi..bahkan mereka ini hanya mengambil amal ritual (ruhiyyah) kepada Allah, sepertinya hanya bersolat, berpuasa dan sebagainya…meninggalkan amalan Nahi mungkar, maka seperti inikah dikatakan sebagai orang yang Sabar.??
2. Mereka yang memahami sabar sekadar menolak penindasan atas dirinya saja. Ia menghindarkan hal yang mengakibatkan ditangkap oleh musuh Allah, sehingga ia tidak berani mengatakan kebenaran, tidak berani beramal untuk mencapai keredhaan Allah. Bahkan mereka ini tetap berdiam diri, mengurung diri dalam Surau, masjid, sambil berkata “Akulah orang sedang bersabar”
Ulasan sikap dan pemahaman golongan diatas.
Sabar seperti di atas..bukanlah menepati kehendak Islam. Ini boleh dikatakan mempunyai sikap Lemah. Lemahnya yang tidak mampu menentang arus…sedangkan Rasulullah pernah mengajarkan satu doa dalam sebuah hadisnya:
“Aku melindung kepada Allah dari sifat lemah dan malas, dari sifat kikir, binggung, kesedihan,dilanda hutang dan dari paksaan orang-orang kuat”
Sabar yang sebenarnya (yang dihendaki oleh Islam) ialah :-
# Ketika kita mengatakan yang HAK dan melaksanakannya.
Kesabaran yang sebenarnya adalah kesabaran yang akan semakin memuncak seperti Bilal bin Rabah yang dihempap batu didadanya dipadang pasir yang panas, seperti Khabab dan keluarga Yassir yang rela dibunuh daripada menukar aqidahnya.
Sebagaimana Sabda Rasulullah:
“Sabarlah wahai keluarga Yassir, sesungguhnya yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga”
## Bersedia menghadapi risiko penderitaan dijalan Allah setelah mengatakan kebenaran.
Begitu juga seperti Khubaib , iaitu salah seorang pendakwah yang dihantar untuk mengajarkan Islam, diserang hendap oleh pihak musuh Allah yang pengkhinati janji Rasulullah. Khubaib ditangkap dan diberikan tawaran melepaskan diri sekiranya berjaya menangkap Rasulullah dan membawanya kepada pihak musuh untuk dibunuh. Namun beliau menolak dan memilih jalan kematian. Beliau berkata:
“Demi Allah, aku tidak suka Muhammad SAW ditimpa musibah walaupun hanya dengan duri, sementara aku selamat dengan keluargaku”
# Tidak pula berpaling, sifat lemah dan lunak atas tindakan penguasa kufur.
Allah berfirman
“Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang yang sabar”
[Qs Ali Imram;146]
Kesabaran satu sifat yang terpuji
Dengan makna sabar diatas jelaslah beberapa ayat Al Quran dan Al Hadis yang menjadi lantarbelakang kesabaran yang dihendaki oleh Islam….dan bukannya menyerah kepada keadaan, mengikuti arus kekufuran, mengikuti majoriti yang terpengaruh dengan kemaksiatan dan mempunyai sifat lemah untuk beramal Perintah Allah serta membisu dan melihat sahaja segala kemungkaran yang berlaku disekelilingnya.