Post by celik hati on Jul 4, 2006 7:45:47 GMT -1
Barat sengaja cipta ‘mazhab’ baru
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
ANGGOTA Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) yang pergi ke Yogyakarta, Indonesia dalam misi membantu mangsa gempa bumi, baru-baru ini terkejut apabila [glow=red,2,300]melihat salib dan patung Hindu dalam sebuah masjid ketika menunai solat Zuhur di sebuah kampung di situ.[/glow]
Laporan itu menyebut ketika ditanya penduduk kampung, mereka mengatakan itu perkara biasa atas [glow=red,2,300]dasar berkongsi melakukan ibadat dalam sebuah bangunan iaitu dengan Jumaat digunakan orang Islam, Ahad oleh orang Kristian dan Selasa untuk orang Hindu.[/glow]
Sebelum ini, masyarakat Islam [glow=red,2,300]seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan seorang wanita menjadi khatib dan mengimamkan solat Jumaat tanpa menutup aurat dan bergesel bahu antara lelaki dan perempuan dalam sebuah gereja di Amerika Syarikat.[/glow]
Baru-baru ini, laporan agensi berita asing [glow=red,2,300]menyebut pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki selepas dia membaca surah al-Quran dalam bahasa Indonesia ketika mengimamkan satu solat fardu di negara itu[/glow].
Tahun lalu, rakyat Malaysia juga [glow=red,2,300]dikejutkan dengan penubuhan ‘kerajaan langit’ oleh seorang lelaki bergelar Ayah Pin [/glow]dan dalam video cakera padatnya (VCD) yang dijual kepada orang ramai, Ayah Pin yang beragama Islam menunjukkan sikap toleransi dengan turut bersembahyang mengikut cara agama lain.
Ini antara beberapa [glow=red,2,300]contoh ekstrem perbuatan liberalisme dan pluralisme beragama yang mula ditunjukkan secara terbuka oleh segelintir individu dan kumpulan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.[/glow]
Menyedari bahaya dan ancaman fahaman ini, sekumpulan ulama, intelektual Islam, pendakwah serta anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berkumpul selama tiga hari di Ipoh, Perak, baru-baru ini, khusus untuk membincangkan masalah itu. Muzakarah Ulama 2006 itu bertemakan ‘Pemurnian Islam dari Liberalisme dan Pluralisme’.
Muzakarah diadakan setiap tahun sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memberi tumpuan terhadap fahaman yang dikatakan semakin menular dan mulai mendapat tempat tempat [glow=red,2,300]di kalangan golongan terpelajar yang ‘terpesona’ dengan kemajuan peradaban Barat.[/glow]
Fahaman liberalisme dan pluralisme Islam ini dikatakan melihat pandangan hidup Islam yang berpandukan beberapa dasar seperti konsep tuhan, kenabian, ilmu dan agama diletakkan [glow=red,2,300]sebagai objek yang membingungkan dan perlu diperdebatkan.[/glow]
Bagi penganjur muzakarah berkenaan, Barat sengaja mencipta pelbagai terminologi untuk meletakkan Dunia Islam dalam aneka perangkap mereka dengan menciptakan pelbagai istilah [glow=red,2,300]seperti Islam tradisional vs moden, Islam sederhana vs fundamentalis, Islam legalistik/formalistik vs substantif normatif, Islam budaya vs struktural serta Islam inklusif vs eksklusif.[/glow]
Pada masa sama, [glow=red,2,300]Barat juga sengaja melontarkan pelbagai istilah dan pemikiran dengan aliran politik dan ideologi serta melakukan permainan istilah yang berbahaya dan asing seperti Islam Liberal dan Islam Plural dengan maksud mendatangkan keraguan umat Islam terhadap ajaran agamanya[/glow]. Ia didakwa dilakukan semata-mata takut melihat kebangkitan semula ummah menerusi ideologi Islam sebenar.
Seorang profesor sosiologi agama di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat, Charles Kurzman, memperkenalkan istilah atau gerakan baru di Dunia Islam ini menerusi bukunya ‘Islamic Liberalism’ dan sebelum itu Leonard Binder cuba menyebarkan fahaman berkenaan dalam bukunya Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies.