Post by celik hati on Jun 30, 2006 2:14:17 GMT -1
Horizon: Media Barat tidak tahu beza ‘tawan’, ‘culik’
Oleh Khaidir Majid(BH300606)
MINGGU ini konflik Palestin-Israel sekali lagi menarik perhatian kita. Tidak seperti acap kali yang dilaporkan sebelum ini, berita mengenai konflik itu kali ini bertumpu pula kepada kejayaan pejuang Palestin.
Kejayaan itu tidak diakui sedemikian oleh kebanyakan media Barat, sebaliknya ada media cuba menggambarkannya sebagai kelakuan jenayah oleh pejuang Palestin.
Bayangkan, pihak ditindas yang ingin mendapatkan balik haknya dengan mengambil tindakan terhadap pihak yang menindas, dianggap pula sebagai penjenayah.
Itulah apa yang berlaku selepas operasi nekad pejuang Palestin Ahad lalu yang berjaya menyusup masuk ke kawasan yang ditakluk Israel, membunuh dua askar musuh dan menawan seorang daripada mereka.
Selepas kejadian itu, rejim Zionis yang dimalukan itu melenting. Bala tenteranya dengan dilengkapi kereta kebal dan helikopter dikerah ke sempadan Gaza dan kelmarin mula bergerak masuk mengebom jambatan dan loji jana kuasa untuk memaksa pihak bertanggung jawab membebaskan askar muda mereka yang ‘diculik’.
Seperti biasa agensi berita antarabangsa seperti Reuters dari Britain, AFP dari Perancis dan AP dari Amerika Syarikat (AS) memfailkan laporan masing-masing.
Laporan AFP menyebut: "Israel menyerang Gaza, Rabu sebagai usahanya membebaskan seorang askarnya yang diculik, langkah yang dianggap pemerhati boleh memperluaskan konflik."
Laporan Reuters pula: "Kereta kebal Israel dibantu helikopter gempur dan bedilan artileri, memasuki Gaza bagi memaksa militan Palestin membebaskan tenteranya yang diculik."
AP pula melaporkan: "Perdana Menteri Ehud Olmert berkata selepas tenteranya melancarkan serangan terhadap Gaza, Israel tidak teragak-agak menggunakan langkah ekstrim untuk membebaskan askarnya yang ditawan."
Ketiga-tiga agensi berita berkenaan melaporkan perkara yang sama namun AFP menggunakan perkataan ‘kidnapped’ dan Reuters pula ‘abducted’, untuk menggambarkan keadaan askar muda Israel terbabit yang menjadi tumpuan usaha tentera Israel. AP sebaliknya, menggunakan perkataan ‘captured’.
Pemilihan perkataan sedemikian nampak naif, biasa saja tanpa memberi sebarang kesan buruk, namun seorang penulis blog di AS tidak beranggapan sedemikian. Malah, katanya ia mencerminkan sikap berat sebelah sesetengah media.
Berikut diterjemahkan komen penulis laman blog itu: “Saya tidak mahu berpura-pura menjadi pakar dalam konflik Israel-Palestin, tetapi saya tahu membezakan laporan berpihak dan tidak berpihak. Laporan media di AS mengenai perkembangan terbaru di Palestin sekarang, amat berat sebelah sekali.
“Baca sajalah berita terbaru mengenai insiden askar Israel ditawan. Hampir semua media di AS, termasuk National Public Radio, merujuk askar ditawan sebagai tebusan (hostage) dan tawanannya itu sebagai penculikan (kidnapping).
“Penjara di Israel digambarkan oleh media yang sama sebagai penuh dengan tawanan Palestin, tidak pula digelar mereka ini sebagai mangsa penculikan.
“Susah untuk menerima bahawa pemilihan perkataan ini adalah tidak sengaja. Pentagon dan kerajaan Israel, menggunakan perkataan itu dalam taklimat mereka kepada wartawan dan tanpa berfikir lagi media AS menggunakan perkataan yang sama.
[glow=green,2,300]“Apakah mereka tidak tahu dalam perang askar ditawan bukan diculik? Kalau mereka degil nak guna perkataan culik sekalipun, berlakulah adil. Jika Palestin menawan askar Israel, gunalah perkataan culik tetapi apabila Israel menawan pejuang Palestin, media perlu juga melaporkan ‘Israel menculik pejuang Palestin’.” [/glow]
Nampaknya, rakyat AS sendiri sudah menyedari bahawa kebanyakan media mereka digunakan sebagai alat propaganda Israel dan pihak tertentu di AS. Bagaimanapun, syabas diucapkan kepada AP, kerana tahu membezakan antara ‘kidnapped’ dan ‘captured’ dalam konteks perang.