Post by aliah maisarah on Jun 20, 2005 15:39:57 GMT -1
Sistem Demokrasi berpegang dengan konsep kebebasan, dimana konsep kebebasannya terdiri daripada Kebebasan Beragama, Kebebasan Hak Milik, Kebebasan Tingkah Laku dan Kebebasan Bersuara. Mengenai topik Kebebasan Suara yang hendak dibincangkan, di mana persoalannya kebebasaan bersuara sering dikaitkan dengan Sistem Islam (Hukum syarak). Seperti diwar-war oleh ulamak, sistem Demokrasi adalah dari Islam ataupun sistem Demokrasi sebahagian dari Islam serta ada yang mengatakan sistem Demokrasi tidak haram digunapakai pada zaman sekarang ini dengan beberapa alasan tertentu.
Di antara alasannya Sistem Islam mengajar prinsip Syura (meeting/berbincang), keadilan, kesamarataan. Sistem Islam juga menjadikan kekuasaan di tangan umat. Di masa moden ‘syura’ diformalkan dalam bentuk parlimen. Masyarakat boleh menerima dan menolak dengan sesuai keinginan mereka dan sebagai menunjukkan kebebasan bersuara berlangsung dalam kehidupan muslim diadakan pilihanraya untuk mendapat undian yang terbanyak. Undian terbanyak ini biasanya dipanggil Suara terbanyak ataupun majoriti. Serta dengan dalil surah Asy Syuura,ayat 38. Begitulah ulamak mengaitkan Sistem Islam dengan Sistem Demokrasi. Di sini pembentangan bermula dan menghuraikan secara mendasar. Selamat Membaca:
Tidak menepati konsep kebebasan bersuara.
Realitinya sistem demokrasi tidak menepati konsep kebebasan bersuara yang sebenarnya. Pemahaman kebebasan bersuara mestilah bebas menyuarakan pendapat, cadangan dan sebagainya namun pihak berkuasa sering menghalang dan menyekat pendapat ataupun membicarakan hal Agama Islam sebenarnya di khalayak umum. Contohnya menengahkan mazhab selain Imam Syafiee, menyatakan sistem demokrasi itu haram diterapkan dan lain-lain perkara yang kurang popular dari pengetahuan umum umat Islam. Sehinggakan apabila segentir manusia menyatakan pengetahuan tersebut seolah-olah ianya perkara yang baru. Pihak Berkuasa akan mengambil tindakkan kepada ulamak, ustaz, pemuka agama yang lantang menyuarakan perkara sensitif ini pada pandangan mereka. Golongan ulamak dan ustaz terpaksa berdolak- dalih serta melindungi/merahsiakan/menyembunyikan sekiranya ada pengetahuan tersebut kerana ditakuti kehilangan perkerjaan, hilang populariti atau dicap sebagai pengganas. Mereka dilarang membentangkan di multi media massa elektronik dan bercetak serta ceramah umum tentang sistem demokrasi digunakan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Islam sebenarnya. Kalaulah sistem Demokrasi ini menepati kebebasan bersuara kenapakah hal-hal ini terjadi. Di manakah hilangnya konsep kebebasan bersuara ? Mengapakah ini mesti disekat? Realiti ini menunjukkan sistem demokrasi sendiri mengingkari janji-janji manisnya.
Amerika Syarikat adalah pendukung terkuat sistem demokrasi ini. Tetapi tidak sesuai dengan tindakkan kekerasan yang dilakukan oleh Amerika yang menyerang Iraq walaupun kebebasan bersuara dilakukan secara membahaskan dan mengundi samada Amerika dibenarkan menyerang Iraq atau sebaliknya. Dilakukan oleh ahli-ahli Kongres dan anggota tetap serta anggota tidak tetap yang mempunyai kuasa Veto. Dari suara terbanyak keputusan diambil dari UN dimana Amerika tidak dibenarkan menyerang Iraq. Tetapi hasilnya, Amerika dan Britain melanggar Resulosi UN tersebut. Dimanakah hilangnya kuasa Majoriti yang disebut-sebut dalam Sistem demokrasi? Reatiti ini menunjukkan Amerika sebagai ketua Sistem Demokrasi sendiri mengingkari konsep Sistem Demokrasi. Cuba anda fikirkan!!. Kebebasan bersuara adalah palsu sahaja. Hanya janji manis yang termakan oleh manusia yang tidak menggunakan akal fikirannya.
Namun bagi Islam, kebebasan terikat dengan hukum syarak. Dalam Islam tidak semua perkara boleh dibincangkan atau dimusyawarahkan. Perkara-perkara pokok/utama yang terkandung didalam Al Quran dan As Sunnah dilarang dipertikaikan dan ianya wajib dilaksanakan. Tidak boleh mengadakan hukum selain dari hukum Allah. Seperti ayat al quran ini;
Firman Allah;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya.
(Al Baqarah,ayat 275)
Bukannya pengubal hukum (dari kebebasan bersuara dan suara terbanyak) di Parlimen menentukan penjara masa tertentu atau denda dikenakan atas kesalahan mencuri.
As Sunnah Rasulullah
Dalam As Sunnah Nabi dari segi perbuatannya, tidak semua perkara yang dimusyawarahkan. Dimana Rasulullah pernah menggunakan musyarawarah dari suara terbanyak dlm mengambil keputusannya, Beliau pernah mengambil keputusan dari satu orang yang pakar dan arif dlm sesuatu bidang tanpa perlu suara terbanyak dan Rasulullah pernah meninggalkan musyawarah untuk melakukan tindakkannya walaupun tidak di setujui oleh kalangan sahabatnya.
Kes 1: Mengambil Keputusan Secara Musyawarah dan suara terbanyak.
Dalam perang Uhud pula, masalah hendak bertahan diantara ‘tetap tinggal di Madinah atau diluar kota Madinah’. Bukannya menentukan tempat peperangan (Bukit Uhud), Perbezaan kedua pendapat terletak pada penentuan keputusan dengan berdasarkan majoriti (Suara Terbanyak) dan umat Islam hendak bertahan di luar madinah mencapai Suara Terbanyak, walaupun Rasulullah inginkan bertahan di dalam Madinah. Dari sini, pendapat majoriti hanya berkaitan aktiviti yang tidak memerlukan pemikiran dan kajian yang dalam dari para ahli/pakar sesuatu bidang.
Kes 2: Mengambil secara pendapat/cadangan seseorang yang pakar
Dalam peperangan Badar , Apabila Hubab bin Mundzir hendak menolak pandangan Rasulullah terlebih dahulu beliau menanyakan :”Apakah ini merupakan pendapat, wahyu atau strategi wahai Rasulullah?” “Ini adalah Strategi dan pendapatku” Jawab Rasulullah. Barulah Hubab menyuarakan pendapatnya tentang menempatkan kem-kem (khemah) pertahanan tertera Islam melepasi telaga air. Ini kerana pihak musuh tidak akan menemui telaga air untuk bekalan minumannya. Sebaliknya tentera Islam mendapat manfaat dari telaga air tersebut. Pendapat Hubab disebut baik oleh Rasulullah dan segera Baginda melaksanakan. Ianya dilaksanakan tanpa mendapatkan suara terbanyak walaupun ianya dari pendapat seseorang (Satu orang).
Kes 3: Mengambil tindakan tanpa musyarawah.
i. Dalam perjanjian Hudaibiyah, Umar bin Khathtab kurang setuju rasulullah menerima syarat-syarat perjanjian tersebut dan perbincang dengan Rasulullah tentang ketidaksetujuannya. Rasulullah menjawab”Aku adalah hamba Allah sekaligus Rasul-Nya yang tidak akan menentang perkara-Nya dan Dia tidak akan menyia-nyiakanku” Penerimaan syarat Perjanjian Hudaibiyah adalah wahyu dari Allah. Walaupun ketika itu kaum muslimin ramai tidak setuju dengan syarat perjanjian itu. Mereka tidak setuju kerana semangat dan kecenderungan untuk mengambil langkah berperang.
ii. Dalam pelaksanaan hukum syarak seperti kewajiban bersolat selepas peristiwa Ishak dan Mi’raj, Rasulullah juga tidak meminta pandangan dari seseorang atau secara undian suara terbanyak untuk melaksanakan hukum kewajiban bersolat. Tiada tunggu-tunggu dan Rasulullah bersikap tegas dalam melaksanakan hukum syarak.
Penjelasan Beberapa Hadis
Jelaslah tidak semua perkara perlu dimusyawarahkan. Hanya perkara yang tiada kaitan dengan Al Quran dan As Sunnah dibolehkan musyawarahkan atau kebebasan suara ada disini. Perkara yang berkaitan dengan Al Quran dan As Sunnah mesti dilaksanakan dan diterapkan tanpa ada kompromi. Ini disokong lagi dengan hadis dibawah:
Sabda Rasulullah:
Aku hanya manusia seperti kamu, maka apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan agama kamu, ambillah. Dan apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan dunia kamu, maka aku hanyalah manusia. (Muslim dan An Nasai)
Rasulullah pernah hidup di zaman yang menggunakan unta sebagai tunggangannya, tetapi beliau tidak pernah menggunakan kereta untuk dinaiki. Hal penggunaan kereta adalah hal peredaran zaman (penggunaan teknologi dan teknikal), dari petikan hadis diatas “Apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan dunia kamu, maka aku hanyalah manusia.” Penggunaan kereta adalah urusan dunia kita ataupun urusan yang ada pada zaman ini. Maka Rasulullah menyerahkan umat Islam zaman sekarang ini untuk mengendalikan, mengelolakan, menguruskan urusan-urusan yang ada pada zaman tersebut, selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak. Contoh mengenainya kereta juga, penggunaan kereta adalah urusan zaman ini, maka terpulanglah kepada pemilik kereta untuk mengubahsuaikannya seperti menukarkan sport rim 18’, menukarkan enjin turbo, mengecatkan separuh warna biru ,separuh lagi warna kuning dan sebagainya. Itu tidak salah dari segi hukum syarak. Tetapi dari petikan hadis di atas “apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan agama kamu,ambillah” ini menunjukkan semua perkara yang diperintahkan oleh Allah melalui Al Quran dan As Sunnah . Ini perlulah dilaksanakan (Ambillah). Mengenai kereta lagi, membeli kereta dengan cara pinjaman dari bank perlulah dititikberatkan. Sebab bank akan mengenakan interest (riba) dan riba itu haram. Ini berlandaskan ayat Al Quran :
Firman Allah:
“Pada hal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (Al Baqarah ,ayat 275)
Begitu juga hadis mengenai pendebungaan pokok kurma Rasulullah bersabda :“kamu lebih mengetahui dunia kamu”. Memangpun pendebungaan pokok kurma tidak terkandung dalam Al Quran dan As Sunnah. Rasulullah tidak mengajar pendebungaan pokok kurma. Penyuburan pokok kurma adalah perkara yang baru bagi Rasulullah. Namun Rasulullah tidak melarang menggunakannya. Sebenarnya pendebungaan pokok kurma itu adalah perkara yang berkaitan perkara teknikal. Berbeza dangan Sistem Demokrasi kerana ianya berkaitan dengan sistem. Sistem Islam (hukum syarak) yang diperintahkan oleh Allah melalui Al Quran dan As sunnah dan ianya ditunjuk ajar oleh Rasulullah bagaimana menguruskan, mengendalikan, melaksanakan dan menerapkannya. Selaku ketua negara yang dipanggil Khalifah Rasulullah.
Konflik DiAntara Dua Sistem
Adapun sistem demokrasi menggunakan kebebasan bersuara dan suara terbanyak(Majoriti) untuk mengubal undang-undang (hukum) di Parlimen (kononnya majlis syura, bagi yang menyatakan demokrasi itu berasal dari islam) . Perwakilan rakyat membahaskan, berbincang, memberi pendapat, mengubalkan dan menciptakan undang-undang (hukum) dari semua aspek. Dari Dewan Rakyat kemudian dibahaskan lagi di Dewan Negara. Setelah disepakati dan diluluskan oleh Agung maka undang-undang ciptaan manusia itu diterapkan,dilaksanakan dan diguna pakai oleh semua orang.
Adapun sistem Islam (hukum syarak) pencipta undang-undang adalah hak Allah. Diingatkan lagi hanya hak Allah. Diingatkan lagi hanya hak Allah. Diingatkan sekali lagi hanya hak Allah. Ini berlandaskan ayat surah ini:
Sesungguhnya aku berada di atas hujjah yang nyata (Al Quran) dari Tuhanku sedang kamu mendustakannya. Bukanlah kuasaku (menurunkan azab) yang kamu tuntut untuk disegerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia pemberi keputusan yang paling baik. (Surah Al An’aam,ayat 57)
Hukum syarak seperti :
1. Hukum syarak mengenai sesama manusia seperti
i. Uqubat -Hudud, Qisas, Takzir dan Mukhalafat dan
ii. Mua’malah -Sistem Ekonomi Islam, Sistem Pentadbiran {khalifah}, Sistem Sosial, Polisi Pendidikan dan Politik Luar Negara.
2. Hukum Syarak mengenai ibadah seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji di Mekah dan lain-lain.
3. Hukum Syarak mengenai urusan sumber makanan, minuman dan lain-lain lagi.
Metod Pilihanraya-demokrasi
Pilihanraya adalah keadah untuk menentukan wakil rakyat (Perwakilan) dari sokongan rakyat. Wakil Rakyat dilantik berdasarkan Suara Terbanyak ataupun Majoriti. Ramai umat Islam keliru tentang pilihanraya ini. Adakah pilihanraya dalam sistem islam. Jawabnya ialah Mubah/harus. Tetapi bagi Sistem Demokrasi ianya adalah kewajiban. Terdiri empat golongan pada pandangan masing-masing:-
Ada 4 golongan mempunyai pendapat pilihanraya sebagai metodnya iaitu
1. Meyakini demokrasi satu-satunya pemerintahan Islam perjuangan demokrasi sama memperjuangan Islam sendiri
2. Mengatakan Rasulullah tidak pernah mengajar bagaimana cara pemerintah atau dia tidak tetap bahkan pengharaman demokrasi tiada didalam Al-Quran secara khususnya.
3. Mengatakan demokrasi sebahagian dari Islam dan menolak sebahagian yang lain.
4.Mengatakan demokrasi bercanggah dari Islam tetapi metod untuk mendapatkan kuasa melalui pilihanraya,yang mana dia menukarkan sistem yang ada kepada Sistem Islam.
Bagi golongan pertama,sememangnya jelas menunjukkan pemikirannya telah dikuasai oleh pemikiran barat. Kerana demokrasi asalnya dari Yunani kono dan diubahsuaikan dari orang Eropah(British) dan Barat.
Sementara golongan kedua menunjukkan kejahilannya kerana Rasulullah bukan sahaja seorang dakwah tetapi seorang ketua negara, sebagai ketua negara masakan cara pemerintahan tidak ditunjuk ajarkan. Disamping itu sahabatnya(Khalifah Abu Bakar,Khalilifah Umar Al Khattab)juga menunjukkan cara pemerintah atau menguruskan kepentingan umat, itupun hasil dari tunjuk ajar oleh Rasulullah.
Bagi golongan ke-3 pula dihalusi lagi.di mana dia dapat dianalisiskan seperti ini;-
i. Pilihanraya adalah dimestikan didalam sistem Demokrasi selari dengan idea kebebasannya tetapi tidak pada Ideologi Islam yang terikat dengan hukum Allah
ii. Pilihanraya bagi Sistem Demokrasi diwajibkan tetapi pilihanraya bagi Ideologi Islam adalah diharuskan
iii. Ketidaktahuannya cara Rasulullah sehingga memilih jalan paling mudah melalui pilihanraya.
iv. Pilihanraya Demokrasi percalonan (bakal wakil Rakyat) dikenakan wang pertaruhan dan wang pertaruhan boleh dianggap judi (judi haram).
v. Pilihanraya Demokrasi, pengundinya terdiri orang Islam dan bukan Islam tetapi pilihanraya Islam (berkhalifah) , pengundinya terdiri orang Islam sahaja.
Kepada golongan ke-4 pula,kisah-kisah Sirah Rasulullah menolak pendapat ini untuk dipraktikkan. Kerana Rasulullah pernah ditawarkan oleh puak Quraisy untuk diberikan kekayaan, kemuliaan, wanita dan kekuasaan pemerintah dengan syarat beliau perlulah memberhentikan dakwah pemikiran yang menyerang tuhan berhala mereka.Rasulullah menolak mentah-mentah. Logiknya, kalau kuasa pemerintah itu digunapakai menukarkan sistem kufur dengan sistem Islam akan menjadi tugas baginda amat mudah. Sebenarnya Rasulullah tidak mahu campuradukkan haq dengan batil. Tiada kompromi. Ini menunjukkan pengambilankuasa dengan cara yang salah akan mengakibatkan kegagalan.
Ini Dibolehkan
Manakala dan tatkala masalah urusan teknikal, penggunaan teknologi dan sains atau masalah lain dibolehkan menggunakan akal fikiran manusia . Seperti ayat Al Quran ini :
“Dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarah sesama mereka” (Asy Syuura,ayat 3
“Dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarahlah dengan mereka tentang Urusan itu” (peperangan dan urusan dunia) (Ali Imran,ayat 159).
Kesimpulan
1. Sistem demokrasi tidak melaksanakan kebebasan suara dan suara terbanyak iaitu konsep yang dijanjikannya.
2. Kebebasan suara dan suara terbanyak dalam ajaran Islam tidak semua perkara dipraktikkan, Perkara yang terkandung dalam hukum syarak yang ditentukan oleh Allah dilaksanakan sepenuhnya manakala perkara selain dari itu dibolehkan bermusyawarahkan. Sistem Demokrasi pula menggunakan kebebasan suara dan suara terbanyak dalam semua perkara tanpa batasan.
3. Sistem Demokrasi adalah ciptaan manusia, apatah lagi pengubal undang-undang jelas menunjukkan undang-undang ciptaan manusia. Sedangkan hukum syarak atau undang-undang Islam diciptakan oleh Allah.
selamat terima kenyataan