|
Post by hairul on Mar 29, 2007 4:29:03 GMT -1
Bismillah.
Daripada pengamatan saya di halaman ini banyak menunjukkan bahawa kita telah hanyut daripada landasan yang sebenar.
Mengikut konteks kritikan yang tidak terkawal dan juga pemahaman sesuatu tajuk perbincangan yang telah ditampal kepada sesuatu portal diskusi.
Saya memegang panji keamanan di sini, untuk menyuarakan kritikan yang saya fikirkan agak rasional iaitu tajuk bicara Al-Quran dan juga Hadith adalah satu tempat yang kita saling anggap kedua-duanya bendaan yang suci dan bersih.
Apabila kita memasuki ke portal, kita telah hanyut dari pembawakan pemikiran akal untuk membentuk struktur pemikiran idea yang menjana ketidakpuasan hati.
Apabila ini diisi dengan sekular tesebut, adakah kita semua mendapati tajuk diskusi ini telah ditepati atau dikongsi.
Marilah kita isikan portal ini dengan ayat-ayat surah dan hadith riwayat untuk kita sama-sama berkongsi dan mengetengahkannya bersama-sama di dalam melahirkan satu perlembagaan yang akan membawa kita ke arus kekuatan dan juga kestabilan yang damai.
|
|
merah
teman baru
Posts: 4
|
Post by merah on Apr 17, 2007 7:52:17 GMT -1
qs16:102 katakanlah,''rohulkudus (jibrail) menurunkan al-quran itu dari tuhanmu dengan kebenaran, untuk meneguhkan (hati) orang yang telah beriman dan menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang yang berserah diri (kepada allah).
wahai sahabat yang memegang panji keamanan, tetap teguhlah dengan apa yang sahabat kerjakan.... kerana apalah nikmat perjuangan tanpa keamanan.....
sesungguhnya disamping kesukaran ada kenikmatan....
|
|