Post by super on Jan 20, 2007 8:19:57 GMT -1
Membalas dosa AS
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)
------------------------------------------------------
Ali Shalah.-Bekas banduan Abu Gharib

SEUMUR hayatnya selama 46 tahun, warga Iraq bernama Ali Shalah tidak pernah ditanya jika dia seorang Syiah, Sunni atau Kurdis.
Sehinggalah dia disiasat dan diseksa teruk oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di penjara Abu Gharib, barat Baghdad, susulan operasi ketenteraan di negaranya pada 20 Mac 2003 dia mendengar selain mengalami sendiri kesan penyisihan atas apa yang ditimbulkan AS berdasarkan etnik.
Lalu bertitik-tolak daripada itu, dia berpandangan, itulah dosa paling besar pernah dilakukan oleh negara kuasa besar itu kepada Iraq di bawah pentadbiran George W. Bush. Bukan Ali seorang sahaja yang berkongsi pendapat itu, bahkan majoriti penduduk Iraq senada dengan Ali.
Keadaan di Iraq sekarang diibaratkan tidak boleh diselamatkan lagi dan menjadi lebih meruncing selepas penggantungan Saddam Hussein semasa Hari Raya Aidiladha (di Iraq). Di Malaysia bagaimanapun, waktunya ialah sehari sebelum Aidiladha.
Lebih menjadikan keadaan di Iraq kelihatan tegang ibarat telur di hujung tanduk kerana akan meledak pada bila-bila masa ialah dikatakan wujud peperangan di antara mazhab utama di Iraq iaitu di kalangan Sunni, Syiah dan Kurdis. Ini membawa kepada satu kesimpulan : Iraq di ambang perang saudara dan boleh ‘perang’ lebih dahsyat semula tidak kira masa.
‘‘Dosa memecah-belahkan rakyat Iraq mengikut fahaman yang sebelum ini kekal ada rupa bangsa adalah lebih besar berbanding apa yang dilakukan ke atas saya dan lebih 150 rakan lain sepanjang ditahan di Abu Gharib,’’ kata Ali.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Ali menjadi ikon penganiayaan tentera AS di penjara Abu Gharib dan imejnya diseksa tersebar luar di seluruh dunia sehingga mengundang kecaman hebat masyarakat antarabangsa.
Kalau ada sesiapa yang terlupa, tidak ingat atau barangkali sudah tidak peduli dengan penyeksaan di penjara Abu Gharib, imej seorang lelaki yang dipakaikan tukup, berdiri di mana wayar elektrik disambung ke tangan boleh membantu mereka ini mata celik semula, bersimpati kembali.
Menerusi khidmat jurubahasa, Raad Al Mudares, yang juga bekas pegawai kanan di Kedutaan Iraq di Malaysia, Ali kelihatan sebak sekali-sekala diam menghela nafas apabila diminta menceritakan apa yang berlaku ke atasnya semasa mula ditahan pada 13 Oktober 2003.
Ditahan atas dakwaan disyaki anggota Al-Qaeda, dia adalah guru yang mengajar bidang syariah di Institut Islam Aadhamyah, terletak di pinggir Baghdad.
‘‘Bilik kurungan amat sempit (dan bukan boleh dinamakan bilik sebenarnya). Ruangnya lebih kecil daripada meja pejabat tetapi ramai bersesak di dalamnya, lebih kurang 50 orang dan kami saling tidur di atas perut. Kalau bata disusun ada juga kelihatan bentuknya, tetapi kami terpaksa menyusun dan mengambil kedudukan sendiri di dalam bilik tahanan. Lebih teruk, kami sering sesak nafas, keadaan penuh kepayahan, mahu melepaskan hajat terpaksa beratur selama empat jam. Dalam cuaca sejuk, semasa ditahan ramai tahanan dipaksa bogel, saya tidak terkecuali.
‘‘Lebih daripada itu, kami terpaksa menahan lapar kerana risau makanan yang diberikan mengandungi bahan tidak dibenarkan Islam untuk dijamah. Akibatnya, kami makan sekeping biskut untuk tempoh yang lama. Penyeksaan demi penyeksaan menjadikan masa yang dilalui amat panjang. Sehari ibarat setahun lamanya,’’ cerita Ali sebelum menambah : ‘‘Saya tidak boleh lupa seumur hidup aib ini yang diperlakukan kepada saya, demi Allah.’’
Berkongsi
Dalam pertemuan eksklusif dengan Utusan Malaysia di sini bagi berkongsi cerita lara diseksa AS, selama lebih dua jam itu, Ali ternyata tidak dapat menahan sebak apabila memasuki fasa mengimbau seterusnya.
Katanya : ‘‘Detik tidak dapat dilupakan apabila diletakkan senjata di kemaluannya dan dipaksa berjalan sambil berbogel melalui beberapa bilik sel bagi disoal siasat oleh tentera AS.
‘‘Bayangkan, inilah penyeksaan, penganiayaan dan pencabulan hak asasi paling menghinakan bagi seorang manusia apabila perlu berbogel dan dilihat berbogel pula oleh orang lain sambil ditertawakan,’’ cerita Ali lagi.
Di peringkat ini, dia juga menunjukkan kesan tangannya mengerekot akibat kejutan elektrik. Kuku pada dua jarinya itu tidak tumbuh semula dan itu kesannya yang terpaksa ditanggung Ali, barangkali seumur hayat dikandung badan. ‘‘Pernah pada satu ketika, saya dikenakan kejutan elektrik dan menggigit lidah menahan sakit sehingga darah mengalir. Setelah diperiksa, doktor (juga tentera Amerika) membenarkan penyeksaan diteruskan terhadap saya atas alasan tiada pendarahan dalaman.’’
Seorang lagi mangsa, Abu Al-Harith @ Abbas Abid, turut berkongsi kisahnya yang tidak jauh beza dengan Ali, walau pada sifatnya, cerita Ali lebih menyayat hati.
Cerita Abu Al-Harith melingkari apa yang berlaku di Fallujah, tempat tumpah darahnya sejak 44 tahun lalu. Ia sebuah bandar yang aman penuh nostalgia sejarah, cantik mempesona dihiasi Sungai Euraphates hingga AS menukarnya menjadi padang jarak padang tekukur.
‘‘Hospital yang menempatkan mangsa bom dan hampir menemui ajal tidak selamat, masjid yang menjadi kebanggaan di Fallujah musnah, sekolah tidak dibuka, keadaan sunyi sepi dengan kedai menjual makanan takut untuk menjalankan perniagaan mereka.
‘‘AS menggempur Fallujah kerana mendakwa itu kubu kuat pengganas, memasuki rumah kediaman sesuka hati, menembak anak kecil tanpa mempedulikan rayuan mereka untuk terus bernyawa. Inilah dosa AS yang perlu dibalas,’’ katanya, yang turut ditahan selama 15 bulan atas dakwaan menjadi teroris.
Sepanjang AS mengganas di Fallujah, keadaan menjadi sukar. Bekalan air diberikan dua hari sekali, itu cuma dua jam sahaja. Elektrik pula dibekalkan empat hari sekali, cukup selama sejam sahaja.
‘‘Cuaca ketika itu pula panas, seingat saya 61 darjah Celsius. Bayangkan tiada kipas dan air,’’ katanya yang kehilangan abang akibat operasi ketenteraan AS di Fallujah.
Ali dan Abu Harith bukan berkisah tentang cerita kegembiraan atau ria. Persembahan cerita mereka penuh lara nestapa semasa ditahan dan menjadi mangsa penyeksaan AS. Maklum, negara Iraq dijajah dan semasa musim perang pula.
Mujur Ali dan Abu Harith cukup kuat menahan trauma penyeksaan itu.
Bagi Ali, selepas ‘bebas’, dia cuba melupakan kenangan pahit di Abu Gharib manakala Abu Harith pula enggan lagi mengingati duka perang di Fallujah.
Selepas ditahan enam bulan di Abu Gharib, Ali mengasaskan sebuah pertubuhan sekali gus sebagai ‘suara’ menyampaikan derita para mangsa kekejaman di Iraq.
Pertubuhan itu, Persatuan Mangsa-Mangsa Tahanan Penjara Pencerobohan AS (PMPPAS), yang asalnya hanya ada 12 anggota kini berusaha untuk ‘mengajar’ AS menerusi perkongsian cerita-cerita mangsa penganiayaan.
‘‘Tujuannya ialah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin cerita dan pada akhirnya barangkali boleh membayar apa yang dilakukan ke atas kami sebelum ini. Bukan niat membalas dendam, tetapi apa yang berlaku bukan bersifat manusiawi dan seharusnya dibalas dengan bukan manusiawi juga,’’ kata Ali. bapa kepada lima anak ini sambil dipersetujui Abu Harith.
Persatuan itu yang berpangkalan di Baghdad kini memiliki 150,000 orang ahli dengan kesemuanya adalah mangsa kekejaman AS selain ia turut mempunyai cawangan di Fallujah serta tiga bandar lain di Iraq.
Ia yang diasaskan oleh Ali pada 4 April 2004 turut mempunyai pejabat serantau di Amman, Jordan.
Kekejaman dan penyeksaan AS terhadap mangsa tahanan perang ini tidak boleh diterima akal. Kita tidak cukup hanya bersimpati dan berkata : ‘‘Aduh! kasihannya,’’ apabila mendengar cerita mereka.
Lebih daripada itu, kita sebenarnya kena bersatu mengutuk jenayah ini dan seterusnya menolak mana-mana pemimpin yang tidak faham bahasa damai sebaliknya kemaruk peluru dan dolar.
Ini merujuk kepada AS, tetapi itulah yang dilakukan di Nicaragua, Chile, Afghanistan, Guantanamo dan Cuba.
Kita boleh dan punya kudrat menghalang AS daripada meneruskan dosa tidak diampunkan ini.
Dalam pada itu, cerita nestapa Ali dan Abu Al-Harith boleh didengar secara langsung jika menghadiri Persidangan Antarabangsa dan Pameran ‘Dedahkan Jenayah Perang : Jenayahkan Perang yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 5 hingga 7 Februari ini.
Selain Ali dan Abu Harith, pameran anjuran Pertubuhan Keamanan Global Perdana turut menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Speaker Utama; Hans Von Sponeck (bekas Penolong Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); Leuren Moret, pakar radiasi antarabangsa; Dr. Walid Shalah, doktor Palestin dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan, pameran yang bermatlamat membuka mata dunia tentang kekejaman perang ini turut mempersembahkan acara menunjukkan alat-alat penyeksaan.
Selain cerita Ali dan Abu Harith, turut diperdengarkan ialah kisah mangsa pembunuhan kejam Haditha (Iraq), Qanaa (Lebanon), Jenin (Palestin), My Lai (Vietnam) dan Hiroshima & Nagasaki (Jepun).
Seperkara jangan dilupakan, kalau cerita mangsa-mangsa perang ini masih belum berupaya mencelikkan mata kita dengan keganasan tidak berperikemanusiaan dilakukan oleh AS, lupakan untuk mengangkat diri kita sebagai orang yang cintakan perdamaian dan menolak kekerasan.