super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Jan 20, 2007 9:20:24 GMT -1
|
|
pas
teman baru
Posts: 1
|
Post by pas on Feb 11, 2007 11:41:29 GMT -1
pakat masuk pas belaka la senang.....
yang antum gi cari susah pasal apa....
|
|
|
Post by khadijah on Feb 28, 2007 9:03:20 GMT -1
salam...
bukan masalah susah atau senang...
tapi, kene ingat bahawa Janji Allah itu pasti...
di mana Khilafah 'ala Minhaj An-Nubuwwah akan kembali.
...Tsumma takuunu khilaafatan 'ala Minhaj An-Nubuwwah. (HR Ahmad)
|
|
|
Post by farouk on Mar 10, 2007 12:13:14 GMT -1
pakat masuk pas belaka la senang.....yang antum gi cari susah pasal apa.... Bagi saya, susah dunia lagi bagus banding susah kat Akhirat. Jalan di depan dah terang menyuluh........ Bila Pas nak ikut cara Nabi ni? ? Nabi yang kita sayangi, Nabi yang kita sanjungi, dan Nabi yang wajib kita ikuti.
|
|
|
Post by hairul on Mar 28, 2007 13:49:43 GMT -1
Bismillah.
Saya sedari saudara memilih untuk memperjuangkan bangsa dan negara.
Saya sebagai ra'yat Malaysia, ingin menyampaikan risalah global yang telah melanda dunia pada zaman digital ini.
Risalah ini perlu saya terapkan kepada hati dan jiwa saudara-saudara seperjuangan untuk kita sama-sama saling bantu membantu antara satu sama lain di dalam mengamalkan kaedah modal insan.
|
|
|
Post by jamaluddin on Mar 29, 2007 16:12:03 GMT -1
tiada dalam kamus perjuangan melainkan Islam. tiada nilai perbuatan melainkan kerana Allah tiada motivasi tindakan melainkan apa yang diajarkan oleh Muhammad, Rasulullah SAW. tiada panduan kami melainkan Kitabullah. tiada senjata yang lebih tajam melainkan lidah-berdakwah.
tiada pula erti perjuangan bagi orang yang penakut berikanlah sifat penakut itu kepada si tikus datanglah sifat berani seperti singa-Singa Allah.
Siapakah dia Singa Allah? Siapakah insan yang berani menyatakan kebenaran dihadapan para penguasa yang zalim? Tidakkah ini sebaris?
Adakah dengan tangan ini tidak mampu menepis, digantikan pula dengan lidah untuk menegur pun dipotong, kemudian dihatipun tidak tidak mampu membencinya. Adakah nilai iman senipis bawang ada di sisi kita?
Tepuk dada kita, Kita berada di mana, Atas apa kita dihidupkan, Untuk apakah kita diberi nafas,
Tunduk kepada realiti jauh sekali, Tunduk kepada kehendak Amerika , Tunduk kepada agenda kapitalisme, Tunduk kepada sekularisme,
Katakan kepada mereka, bersama agen bersamanya, bahawa,
Masa mereka hampir tamat dihujung garisan penamat hayat mereka bagaikan dihujung tanduk
laungan takbir ini semakin jelas kedengaran jeritan memanggil kalimat tauhid berkibaran panggilan nama "khilafah" berkumandang dan terus berkumandang
rakyat hilang kepercayaan kepada idea sekularisme rakyat mula mengenali mana ayam dan yang mana musang kejatuhan kapistalisme bukan satu ilusi lagi kemunculan Khilafah bukan satu mitos lagi.
keadah modal insan? Modal orang Islam ialah Al Quran dan As Sunnah.
Sekian, wassalam Salam saya kepada umat diluar sana jua. ;D
|
|
|
Post by hairul on Mar 30, 2007 6:58:56 GMT -1
Bismillah.
Saya amat tertarik dengan bicara perjuangan anda. Bagaimana kita ingin belayar di laut samudra jika kita tidak tahu angin datang dari mana?
Angin yang bertiup pada kelajuan malar dan tidak akan di sangsikan keupayaannya membawa bahtera.
Apakah kita di dalam bahtera berkenaan? kalau ya, maka kita perlu nahkodanya. Pembawakan ke arah tiupan kecemerlangan dan juga penyebaran kebenaran adalah satu kesangsian di kalangan masyarakat kita.
Kita perlu bersiap sedia dan berwaspada di atas perjuangan kita ini.
Penstrukturan masyarakat dari akar umbi dan juga peralihan kuasa pemimpin perlu kita semaikan kepada individu-individu Islam.
|
|
|
Post by jamaluddin on Mar 30, 2007 8:40:57 GMT -1
Bismillah. Saya amat tertarik dengan bicara perjuangan anda. Bagaimana kita ingin belayar di laut samudra jika kita tidak tahu angin datang dari mana? Angin yang bertiup pada kelajuan malar dan tidak akan di sangsikan keupayaannya membawa bahtera. Apakah kita di dalam bahtera berkenaan? kalau ya, maka kita perlu nahkodanya. Pembawakan ke arah tiupan kecemerlangan dan juga penyebaran kebenaran adalah satu kesangsian di kalangan masyarakat kita. Kita perlu bersiap sedia dan berwaspada di atas perjuangan kita ini. Penstrukturan masyarakat dari akar umbi dan juga peralihan kuasa pemimpin perlu kita semaikan kepada individu-individu Islam. Alhamduillah Semoga Allah membuka pintu rahmat kepada orang muslimin ini. Agar dia termasuk ke dalam golongan orang yang sejajar dengan As Sunnah Rasulullah SAW. Sebelum kita belajar di dalam bahtera, yang di harungi ombak-ombak besar, yang menyebarkan kain-kain layar, yang mengemudikan, dan sebagainya. Kita mestilah membina Kapal itu terlebih dahulu. Sebelum kita membina kapal tersebut, Kita kenalah belajar cara-cara membina kapal tersebut, Kemudian kita kena belajar cara hendak belayar. Kita mestilah kenal siapa yang akan jadi nahkoda kapal, adakah ia benar-benar arif tentang pelayaran. atau seseorang yang tangkap muat saja, jadinya anak kapal mesti tahu, faham dan bermuhasabah. Macam itu juga mengenai Perubahan masyarakat, masyarakat mesti faham, tahu, pengetahuan tentang apa itu Islam. Barulah apabila setiap hukum Islam itu diterapkan, setiap muslimin tidak akan membantah kerana mereka tahu pasal hukum Islam. Atas dasar taqwallah, atas dasar iman.
|
|
|
Post by hairul on Mar 30, 2007 14:15:12 GMT -1
Alhamdulillah.
Saya bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana memberi kesampaian untuk berdiskusi di ampaian ini.
Keimanan perlu diterapkan oleh umat Islam di seluruh dunia ini merujuk kepada Al-Kitab dan As-Sunnah.
Saya sedari bahawa kita kini telah dikawal oleh gelombang yang arus pembawakannya terus membawa masyarakat kita ke arah kekhayalan dan lupa akan kewujudan kita selaku hamba yang hina.
Apapun satu kesedaran perlu ada untuk kita melayari di atas gelobang berkenaan.
Wallahualam Bisawab.
|
|
merah
teman baru
Posts: 4
|
Post by merah on Apr 10, 2007 2:38:37 GMT -1
Bismillahirahmanirahim...
QS: 22:24 Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan yang baik dan diberi petunjuk (pula) kepada jalan (allah) yang terpuji.
assalamualaikum sahabat sekalian....
|
|