Post by super on Jul 6, 2007 7:31:46 GMT -1
‘Minyak alasan utama serang Iraq’
CANBERRA 5 Julai – Menteri Pertahanan Australia, Brendan Nelson hari ini berkata, alasan utama Canberra menyokong perang Iraq dan terus menempatkan askar di sana ialah untuk melindungi bekalan minyak negara Teluk itu.
Nelson yang menyebut keselamatan bekalan tenaga global sebagai salah satu alasan untuk mengekalkan askar di Iraq dijangka mengukuhkan hujah yang disuarakan oleh aktivis antiperang selama ini.
Perdana Menteri, John Howard bagaimanapun mempertikaikan kenyataan anggota Kabinet beliau itu dengan mempertahankan pendirian bahawa minyak tidak ada kena mengena dengan keputusan untuk melancarkan perang ke atas Iraq.
Penunjuk perasaan antiperang mengatakan bahawa perang yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya pada 2003 lebih merupakan kempen untuk membolot kekayaan minyak Iraq.
Ia sama sekali berbeza dengan alasan utama AS iaitu untuk membongkar senjata pemusnah besar-besaran rejim Saddam Hussein yang akhirnya terbukti tidak wujud.
Nelson memberitahu radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), satu sebab Australia memutuskan untuk terus berada di Iraq adalah “untuk memastikan krisis kemanusiaan tidak berlaku antara kaum Syiah dan Sunah agar ia tidak disemarakkan oleh Al-Qaeda sekiranya kita berundur terlalu awal.”
Beliau menyebut sebab lain yang sebelum ini pernah dibangkitkan oleh kerajaan, termasuk membantu sekutu utama iaitu AS, memastikan kestabilan di Asia Barat dan memerangi keganasan.
“Adalah sangat penting Australia menjaga kepentingan keselamatannya dengan memastikan kita meninggalkan Asia Barat dan Iraq dalam kedudukan keselamatan yang boleh dipertahankan,” kata Nelson kepada ABC.
Sementara itu, jurucakap pembangkang dari Parti Buruh, Robert McClelland berkata, kerajaan telah mengubah pendiriannya berhubung motif di Iraq.
“Setelah empat tahun, barulah mereka mengakui kenyataan bahawa minyak adalah alasan utama menyerang Iraq,” kata McClelland.
– AP

Selepas 4 Tahun baru sedar, diri mereka tertipu. Sudah terlambat.
Umat Islam pada hari ini mesti sedar, bahawa apa yang Amerika menyatakan Pengganas itu membawa maksud kepada Islam dan Umat Islam itu pengganas. Itu propaganda Ideologi Kapitalisme.