merah
teman baru
Posts: 4
|
Post by merah on Apr 11, 2007 2:36:44 GMT -1
jadilah kita semua orang-orang yang hidup selepas mati.... atau dengan kata lain tiada daya dan upaya ku melainkan kehendak allah semuanya..... DIRI INI IBARAT DIPANDU ARAH OLEH KITAB DIDALAM SEMUA URUSAN KU.... KOMPAS ARAH TUJU JALAN FANA' KU....
AL KITAB & MERAH
|
|
merah
teman baru
Posts: 4
|
Post by merah on Apr 11, 2007 2:47:02 GMT -1
QS7:35 CARA HIDUP :- MATA DALAM TIGASEGI. 1. MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH... MENGUCAP DENGAN LIDAH.... MELAKUKAN DENGAN PERBUATAN... TASDIQ DENGAN HATI.... 3 TURUTAN YANG MEWAKILI TIGA BIDANG ILMU PENTING IAITU... USULUDDIN, FEKAH, TASAUF(TAUHID).. ITULAH FARDHU AIN SETIAP ORANG SETIAP YANG MENGAKU ISLAM... 2. TUNGGUUUUUUUUUU............ ;D
|
|
|
Post by jamaluddin on Apr 13, 2007 1:44:05 GMT -1
Ingin Bangkit Melalui Assabiyyah?
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab berada dalam kondisi yang paling terperosot. Semangat assabiyyah begitu mendarah daging di dalam tubuh mereka sehingga mereka sanggup berperang dan mati demi mempertahankan bangsa atau kabilah masing-masing. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa Sallam datang dan menghapuskan segala bentuk assabiyyah yang ada dan sekaligus menyatukan masyarakat Arab di bawah satu kalimah, tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun warna kulit. Rasulullah telah mengeluarkan mereka dari kegelapan menuju cahaya, dari jurang neraka menuju syurga. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
"... dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa Jahiliyyah), lalu Allah menyatukan di antara hati-hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa Jahiliyyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam)...." [TMQ Ali Imran:103]
Persaudaraan yang dibawa oleh Junjungan Besar kita dipertahankan oleh umat Islam sekian lama. Di sepanjang sejarah pemerintahan Islam, kaum Muslimin telah disatukan di bawah satu payung pemerintahan, Daulah Khilafah. Kesatuan dan persaudaraan mereka kental sehingga mereka tidak lagi mengenal apa itu assabiyyah. Kekuatan persaudaraan yang dibangun atas aqidah Islam ini tidak dapat digoncangkan oleh mana-mana pihak musuh. Malangnya, kekuatan aqidah ini lama-kelamaan telah dihidu oleh pihak musuh sehingga mereka menyedari bahawa untuk melemah dan mengalahkan umat Islam, ikatan persaudaraan ini mestilah dipisahkan dan diganti balik dengan ikatan Jahiliyyah, ikatan assabiyyah. Sejak dari itu, musuh-musuh Islam ini tidak henti-henti berusaha memecah belahkan kekuatan kaum Muslimin dengan menyuntik racun assabiyyah ke dalam tubuh umat Islam.
Jauh sebelum runtuhnya Kekhilafahan Islam terakhir di Turki pada tahun 1924, benih-benih nasionalisme telah mula disemai oleh kalangan missionaris Kristian di jantung Dunia Islam. Sejarah telah menceritakan kepada kita bahawa kaum Imperialis Barat, khususnya Inggeris dan Perancis, dibantu oleh golongan missionaris Kristian tidak henti-henti menebarkan benih yang beracun ini. Benih-benih ini lama-kelamaan telah menjadi subur yang kemudiannya makin membesar dan telah memecahkan benteng pertahanan terakhir kaum Muslimin, yakni Daulah Khilafah Uthmaniah di Turki. Keadaan ini diperparah dengan munculnya beberapa gerakan yang didirikan di atas asas assabiyyah ini. Gerakan-gerakan tersebut terutama yang berorientasikan nasionalisme Arab (seperti yang dilakukan oleh Syarif Hussein di Mekah), secara nyata telah diprovokasi oleh Barat yang menyerukan bahawa bangsa Arab tidak selayaknya dipimpin oleh Bangsa Turki. Mereka telah diapi-apikan bahawa bangsa Turki telah merampas kempimpinan dari tangan bangsa Arab.
Provokasi demi provokasi telah dilakukan secara terencana oleh Barat, antara lain melalui pertubuhan-pertubuhan yang terselindung. The Association of Arts and Science yang salah seorang anggotanya, Boutros al-Bustani, seorang Kristian dari sekte Maroni telah mendirikan Madrasah al-Wathaniah untuk membangkitkan nasionalisme Arab. Syrian Scientific Association yang didirikan pada tahun 1857 juga diprogramkan untuk melancarkan nasionalisme Arab. Secret Association yang ditubuhkan dari tahun 1875 juga mempunyai misi untuk menyerukan nasionalisme Arab dan kebebasan bangsa Arab, khususnya di Syria dan Lebanon. Hasil dari ini, bangsa Arab telah menelan bulat-bulat racun assabiyyah yang di berikan oleh Barat ini. Mereka mula terpukau dengan konsep nation-state (negara bangsa) yang telah diformatkan oleh musuh-musuh Allah ini ke atas Daulah. Makar Barat ini telah membuahkan hasil apabila ternyata negara-negara Arab kemudiannya satu persatu tercerai dari Khilafah Uthmaniah. Konsep negara bangsa yang direncanakan oleh Barat ke atas umat Islam mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Umat Islam telah terpecah belah berdasarkan bangsa. Kedatangan Rasulullah dengan menghancurkan segala bentuk assabiyyah kini telah diterbalikkan oleh pemimpin-pemimpin kaum Muslimin dengan membina kembali 'kehinaan' ini. Masing-masing berbangga dengan negara bangsa masing-masing dan bermati-matian berusaha demi mempertahan dan mengekalkan 'kehinaan' ini. Rasulullah datang dengan perintah yang jelas dari RabNya mengharamkan assabiyyah, justeru dihalalkan semula oleh penguasa-penguasa umat Islam kini. Umat Islam bangkit setelah mencampakkan segala bentuk assabiyyah dan bersatu di bawah satu kalimah dan satu pemerintahan. Umat Islam menjadi umat yang termaju dan memerintah hampir dua pertiga dunia setelah membuang jauh-jauh 'kekejian' ini. Hari ini, satu fakta yang tidak dapat dinafikan, umat Islam adalah umat yang paling mundur, terkebelakang, dihina, ditindas, diseksa dan dibunuh dengan kejam, disembelih, dirogol dan diberlakukan sewenang-wenangnya oleh kaum kuffar ?setelah umat Islam menghidupkan kembali apa yang Rasul mereka telah hapuskan, assabiyyah. Inilah apa yang terjadi kepada umat Islam. Sedarlah wahai kaum Muslimin sekelian! Bangkitlah dari lena kalian!
|
|
|
Post by jamaluddin on Apr 13, 2007 1:49:02 GMT -1
TIADA dunia moden bagi Melayu, melainkan dunia kebangkitan Islam. Seruan Melayu, hanyalah berbau assabiyyah (bangsa/perkauman). Sedangkan Allah tidak menanyakan kepada anta ini berbangsa apa, tetapi menanyakan apa amalan kamu mengikuti panduan Al Quran dan As Sunnah.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda,
"Tidak termasuk golongan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, yang berperang kerana assabiyyah dan yang mati kerana assabiyyah."
"Siapa sahaja yang berperang di bawah panji kejahilan, ia marah kerana assabiyyah atau menyeru kepada assabiyyah atau ikut menolong (membantu) demi assabiyyah, kemudian ia terbunuh, maka matinya adalah mati Jahiliyyah"
Allah dan RasulNya pernah mengingatkan kita.Adakah anta seorang yang:
"... dan apa saja yang dibawa oleh Rasul maka ambillah oleh kamu dan apa saja yang ditegah (oleh Rasul) maka tinggallah oleh kamu..." [TMQ Al-Hasyr:7]
"...sesungguhnya yang paling mulia (di antara) kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa (di antara) kamu..." [TMQ Al-Hujurat:13]
"Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kalian adalah satu dan bapa kalian pun satu. Tidak ada keutamaan orang Arab atas orang a'jam (bukan Arab) dan tidak ada keutamaan orang a'jam atas orang Arab, tidak ada keutamaan orang berkulit hitam atas yang merah dan tidak ada keutamaan orang berkulit merah atas yang hitam, kecuali dengan taqwa"
Kalau ya!!!. Alhamduillah. Baiki diri anta dengan sifat ketaqwaan, semoga anta seseorang yang mendapat kebaikan dunia dan Akhirat.
Aminn.
|
|