Post by super on Jul 10, 2007 0:02:15 GMT -1
LIGA ARAB HANTAR WAKIL KE ISRAEL BUAT KALI PERTAMA BINCANG DAMAI, ANCAMAN MILITAN
BAITULMAKDIS: Buat kali pertama dalam sejarah, Liga Arab, yang mempunyai 22 negara anggota, akan menghantar satu perwakilan ke Israel minggu ini.
Misinya - untuk membincangkan satu inisiatif damai menyeluruh serta ancaman yang ditimbulkan oleh Hamas dan kumpulan pelampau lain.
Pengumuman diplomat Israel dan Arab mengenai perkara itu dibuat kelmarin, sejurus selepas Kabinet Israel meluluskan pembebasan 250 tahanan rakyat Palestin bagi menyokong Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, dalam perebutan kuasa kumpulan Fatah pimpinannya dengan Hamas.
Liga Arab sejak dulu kurang senang terhadap Israel. Tetapi sejak kebelakangan ini ia menunjukkan sikap tolak ansur memandangkan pengaruh kumpulan pelampau semakin meningkat di rantau Timur Tengah, terutama selepas kumpulan Hamas mengambil alih kuasa di Gaza bulan lepas.
Kementerian Luar Jordan berkata Menteri Luar Jordan, Encik Abdul-Ilah al-Khatib, dan Menteri Luar Mesir, Encik Ahmed Aboul Gheit, akan tiba di Baitulmakdis Khamis ini.
Mereka dijangka berunding dengan para pemimpin Israel, termasuk Perdana Menteri Ehud Olmert, Menteri Luar, Cik Tzipi Livni, dan Menteri Pertahanan, Encik Ehud Barak.
Jurucakap Kementerian Luar Israel, Encik Mark Regev, berkata kedua-dua menteri luar itu akan mengepalai misi Liga Arab ke Israel bagi membincangkan rancangan damai Arab.
Inisiatif itu menawarkan pengiktirafan penuh kepada Israel sebagai tukar ganti bagi pengunduran Israel dari semua wilayah yang dirampas dalam Perang Timur Tengah 1967 dan penubuhan sebuah negara Palestin.
'Ini kali pertama Liga Arab hendak datang ke Israel,' kata Encik Regev.
'Sejak penubuhannya, Liga Arab menampakkan sikap permusuhan terhadap Israel. Ini kali pertama kami akan kibarkan bendera Liga Arab,' kata beliau.
Setiausaha Liga Arab, Encik Amr Moussa, kelmarin berkata: 'Lawatan para menteri luar Mesir dan Jordan ke Israel atas permintaan jawatankuasa inisiatif damai Arab bagi menjalin hubungan sewajarnya dengan Israel.'
Kedua-dua menteri luar itu, yang negara mereka telah mengadakan perjanjian damai dengan Israel, dilantik sebagai wakil ramsi Liga Arab bagi inisiatif damai Arab itu. - AP.

Apa sudah jadi ini.!
Nampaknya umat Islam yang ketagih janji dengan bangsa yang TIDAK pernah memenuhi janji, satu bangsa yang TIDAK pernah menoleh Islam sebagai sahabat, satu bangsa yang termaktub dalam kitab suci bahawa mereka memang bangsa yang dicop sebagai musuh utama. Masih ada ketagih janji dengan mereka rupanya. Kenapa mahu berkompromi.
Dan berapa ribu siri PerBincangan keDamaian dengan Yahudi yang sememangnya TIDAK pernah mencapai apa-apa makna selain pengkhinatan belaka. Kenapa TIDAK serik-serik lagi.
Bertolak Ansur! Sekadar bermodalkan pembebasan tahanan bukanlah hujah yang kuat untuk bertolak ansur, kerana hari ini mereka bebaskan, esok-esok mereka tangkap lebih ramai lagi.
Dan itu bukan perkara yang susah bagi mereka.
Sebenarnya, Liga Arab sudah jelas menunjukkan satu pertubuhan yang TIDAK layak untuk umat Islam bergantung gayut sebagai pembela kezaliman terhadap umat Islam.
Dimana pembela Umat Islam itu?