Post by abdsyakir on Dec 18, 2006 9:18:19 GMT -1
‘Boleh intip kejadian khalwat’
Oleh Hassan Omar
Tokoh agama yakin tindakan pencegahan maksiat tidak langgar hak individu
KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama tidak sependapat dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyifatkan perbuatan mengintip dan menahan pasangan disyaki berkhalwat sebagai melanggar hak individu dan harus dihentikan.
Mereka yakin tindakan itu tidak melanggar hak individu atau asasi manusia, sebaliknya wajib dilakukan bagi mencegah maksiat berleluasa, sejajar peruntukan undang-undang syariah.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata tindakan pasangan Islam berdua-duaan di dalam bilik rumah atau hotel tidak boleh disifatkan sebagai hak persendirian tetapi lebih bersifat bersembunyi daripada diketahui orang lain dengan tujuan membuat dosa.
“Berdasarkan pengalaman saya menahan orang melakukan maksiat, kalau kita tahu ada lelaki dan perempuan yang disyaki bukan muhrim berada dalam bilik tanpa kehadiran orang lain, maka kita wajib memecahkan (menghalang) maksiat.
“Sama juga kalau kita tahu ada orang nak melakukan rompakan atau penganiayaan, maka kita wajib mencegahnya dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Dalam kes menahan pasangan disyaki berkhalwat, kuasa pada Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam negeri. Maka wajiblah kita beritahu kepada mereka untuk mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mohd Asri yang meminta semua jabatan agama Islam negeri menghentikan perbuatan mengintai pasangan untuk ditahan kerana berkhalwat kerana menganggapnya bertentangan dengan prinsip hak asasi dan menyerupai tindakan menceroboh.
Mufti termuda di negara itu dilaporkan berkata, konsep ‘amal makruf nahi mungkar’ hanya boleh dilaksanakan apabila kesalahan dan jenayah dilakukan secara terbuka dan tindakan menceroboh hak individu lain bertentangan dengan ajaran Islam.
Ahli Kehormat Utama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ahmad Awang, berkata meskipun Islam memberi hak individu kepada umatnya, ia perlu dikawal oleh masyarakat bagi memastikan maksiat tidak berleluasa.
“Kita jangan terlalu terpengaruh dengan pendapat kumpulan pejuang hak asasi manusia yang mahu kebebasan sepenuhnya. Dalam Islam, kita tak boleh menjaga tepi kain orang tetapi dalam kes untuk mencegah maksiat, kita berhak untuk melaporkan pasangan disyaki berkhalwat.
“Pegawai itu melakukan pemeriksaan atau serbuan berdasarkan maklumat daripada orang ramai. Islam menghormati hak individu tetapi jika ia boleh meruntuhkan nilai masyarakat dengan melakukan kemungkaran, maka kita wajib mencegahnya,” katanya.
Beliau yang juga bekas Yang Dipertua PUM berkata, mengintai yang dimaksudkan dalam kes menahan pasangan berkhalwat tidak boleh disamakan dengan mengintai untuk keburukan seperti mengintai orang mandi, sebaliknya ia bertujuan menegakkan kebenaran dan memelihara kesucian Islam.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, Enakmen Tatacara Jenayah negeri menyatakan secara jelas prosedur yang harus diikuti pegawai penguat kuasa ketika melakukan serbuan mencegah maksiat.
“Antara lain, ia menyatakan perlu ada aduan daripada orang ramai dan ada bukti munasabah pasangan itu disyaki melakukan maksiat. Serbuan itu bukan untuk mengaibkan pasangan berkenaan tetapi untuk mencegah maksiat.
“Jika umat Islam mahukan hak peribadi, ia tetap diberikan oleh Islam tetapi ada hadnya,” katanya.
Beliau berkata, sejajar hadis yang menganjurkan umat Islam mencegah kemungkaran dengan tangan atau dengan mulut atau dengan hati, tindakan menahan pasangan berkhalwat mampu menjamin kelangsungan kesucian melahirkan zuriat dalam Islam melalui pernikahan sah.