Post by khalid bin lukman on Nov 18, 2006 8:37:03 GMT -1
Baitul Mal Di Dalam Daulah Islamiyah.
Baitul mal adalah jabatan yang dikhususkan untuk semua kemasukan dan pengeluaran harta yang menjadi hak kaum Muslimin. Setiap harta yang menjadi hak kaum Muslimin, sementara pemiliknya tidak jelas, maka harta tersebut menjadi hak milik baitul mal . Malah walaupun harta itu jelas dimiliki oleh seseorang ,namun jika harta telah diambil , maka harta tersebut menjadi hak milik baitul mal, baik harta tersebut dimasukkan ke bahagiannya ataupun tidak . Ini kerana baitul mal ini mencerminkan sebuah jabatan dan bukannya tempat.
Setiap hak yang wajib dikeluarkan untuk kepentingan umat Muslimin, maka pengeluaran hak itu akan dilakukan di baitul mal. Jika harta tersebut diletakkan di salah satu jabatan di baitul mal, maka ianya akan menjadi sebahagian pengeluaran baitul mal. Samada ianya dikeluarkan dari jabatannya ataupun tidak. Ini kerana harta yang diserahkan kepada baitul mal adalah harta yang diserahkan kepada penguasa dan pembantu-pembantunya supaya mereka dapat mengurusnya. Maka hukum baitul mal terjadi pada harta tersebut, samada ianya berkait dengan kemasukan ataupun pengeluaran harta.
1. Sumber Pendapatan Baitul Mal
Sumber pendapatan tetap baitul mal adalah fai', ghanimah, anfal, kharaj, jizyah dan pendapatan dari harta hak milik awam yang pelbagai bentuk, pendapatan daripada hak milik negara, usyur, khumus, rikaz, lombong serta zakat. Tetapi harta zakat diletakkan dalam satu bahagian untuk diuruskan dengan secara khusus. Ianya tidak akan diberikan selain asnaf yang lapan sepertimana yang telah tercatat di dalam Al-Qur'an. Harta tersebut tidak dibenarkan walaupun sedikit untuk dikeluarkan untuk keperluan lain samada untuk keperluan negara ataupun keperluan umat kecuali yang lapan asnaf tadi. Namun begitu, seorang imam (khalifah) boleh dan berhak untuk memberikan harta zakat itu berdasarkan pendapat dan ijtihadnya kepada sesiapa sahaja daripada lapan asnaf tersebut. Begitu juga pendapatan daripada harta hak milik awam , juga diletakkan dalam satu bahagian untuk diuruskan secara khusus. Harta hak milik awam adalah milik seluruh umat Muslimin yang akan dikeluarkan oleh khalifah berdasarkan kemaslahatan umat Muslimin . Ini juga bergantung kepada pendapat dan ijtihad khalifah yang berdasarkan hukum-hukum syara'.
Manakala harta-harta yang lain yang diletakkan didalam baitul mal adalah hak baitul mal yang akan digunakan mengikut keperluan negara dan umat, Ini termasuklah yang lapan asnaf tadi dan apa jua perkara yang perlu diuruskan oleh negara. Jika harta tersebut cukup untuk memenuhi keperluan-keperluan rakyat, maksudnya harta tersebut sudah mencukupi. Tetapi apabila tidak cukup maka negara wajib mewajibkan cukai (dharibah) ke atas seluruh umat Muslimin dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengurus urusan umat.
Cara cukai ini dilaksanakan, wajib disesuaikan dengan apa yang diwajibkan oleh syara' kepada umat Muslimin. Jikalau sesuatu perkara itu merupakan kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh umat Muslimin, tetapi tidak mempunyai biaya yang mencukupi. Maka negara wajib mewajibkan cukai kepada umat Muslimin, kerana dengan cara itu sahaja perkara itu dapat dilaksanakan.
Manakala dalam masalah yang tidak diwajibkan ke atas umat Muslimin untuk bertanggungjawab , contohnya melunasi hutang si mayit ,dalam usaha untuk melunaskan hutang itu negara tidak boleh mengenakan cukai ke atas umat Muslimin. Jika di dalam baitul mal mempunyai harta , maka negara boleh melunasi hutang itu . Tetapi jika tiada harta dalam baitul mal maka tanggungjawab itu gugur daripada menjadi tanggungjawab negara.
Maka atas dasar inilah lalu negara boleh tidak mengenakan cukai jika berada dalam situasi tersebut. Negara akan melaksanakan kewajipan cukai bila berada dalam keadaan berikut:
1) Untuk memenuhi pengeluaran-pengeluaran wajib bagi baitul mal, contohnya untuk para fakir miskin, ibnu sabil serta dalam melaksanakan kewajipan jihad.
2) Untuk memenuhi pengeluaran-pengeluaan wajib bagi baitul mal sebagai kompensasi , contohnya gaji pegawai negeri, gaji tentera dan sebagainya.
3) Untuk memenuhi keperluan wajib bagi baitul mal untuk keperluan dan kemanfaatan tertentu, selain daripada kompensasi. Contohnya pembinaan jalan-jalan, saliran air, pembangunan masjid, sekolah, hospital serta keperluan-keperluan lain yang keberadaannya dianggap sebagai masalah yang harus ditangani dengan segera, yang mana ummat akan menderita jika ianya tidak disediakan.
4) Untuk memenuhi keperluan-keperluan wajib bagi baitul mal, kerana suatu keterpaksaan . Contohnya banjir besar, angin taufan, gempa bumi, serangan musuh atau apa sahaja yang menimpa umat Muslimin.
5) Untuk melunasi hutang-hutang negara dalam rangka kewajipan negara terhadap umat Muslimin, iaitu hal-hal yang termasuk dalam salah satu daripada keempat situasi di atas, ataupun cabang daripada keadaan tersebut ataupun dalam apa jua keadaan yang telah diwajibkan oleh syara' atas umat Muslimin.
Sumber pendapatan yang diletakkan di dalam baitul mal dan dibelanjakan untuk kepentingan rakyat adalah harta yang diperolehi daripada seorang 'asyir daripada kafir harbi dan mu'ahid[1]. Disamping itu harta-harta yang diperolehi daripada hak milik umum atau hak milik negara, dan harta-harta waris daripada orang-orang yang tidak mempunyai ahli waris.
Apabila harta yang dimiliki oleh baitul mal melebihi daripada belanja baitul mal, maka harta tersebut harus diteliti terlebih dahulu. Jika harta yang lebih itu daripada harta fai', maka ianya akan diberikan kepada orang dalam bentuk pemberian. Jika ianya berasal daripada harta jizyah dan kharaj, maka baitul mal tidak akan menahan harta tersebut untuk disalurkan kepada peristiwa-peristiwa yang menimpa umat Muslimin, dan baitul mal tidak akan membebaskan jizyah dan kharaj daripada orang yang wajib membayarnya. Ini kerana hukum syara' telah mewajibkan jizyah ke atas orang yang mampu, dan mewajibkan kharaj ke atas tanah berdasarkan kadar kandungan tanah tersebut. Jika harta yang lebih itu datang daripada zakat , maka harta yang lebih itu akan disimpan di dalam baitul mal sehingga ditemui lapan asnaf yang wajib menerima harta tersebut. Oleh kerana itu jika didapati harta yang ada di baitul mal terlebih , maka ianya akan diagihkan kepada yang berkaitan. Jika harta yang lebih itu adalah harta yang diwajibkan ke atas umat Muslimin (seperti cukai), maka ianya akan dihentikan dan mereka bebas daripada dikenakan sebarang pembayaran.
1.1. Zakat
Harta zakat dianggap sebagai salah satu jenis harta yang diletakkan di dalam baitul mal, namun zakat berbeza dengan jenis harta-harta yang lain. Dari segi ianya diperolehi serta kadar yang wajib dikumpulkan dan juga dari segi perbelanjaannya. Dari segi perolehan zakat, ia tidak akan dikumpulkan daripada harta-harta selain daripada orang-orang Islam dan bukannya daripada orang bukan Islam. Zakat tidak sama dengan cukai umum , melainkan hanyalah salah satu bentuk ibadat, dan dianggap sebagai salah satu rukun Islam. Walaupun zakat berupa harta tetapi pembayarannya boleh mewujudkan nilai spiritual, seperti salat, puasa dan haji. Hukum melaksanakannya adalah fardhu ain kepada setiap Muslim. Pengumpulan zakat tidak boleh dilaksanakan kerana negara memerlukan sesuatu serta untuk kemanfaatan jama'ah (community), seperti harta-harta lain yang dikumpulkan daripada ummat. Tetapi zakat adalah harta yag khusus yang wajib diberikan kepada baitul mal samada ianya diperlukan oleh negara ataupun tidak. Zakat itu tidak akan gugur daripada seorang Muslim selama ia diwajibkan ke atas hartanya. Zakat tersebut diwajibkan ke atas umat Islam yang memiliki satu nishab setelah ditolak daripada hutang-hutangnya dan keperluan-keperluqan yang lain. Zakat tidak wajib ke atas orang bukan Islam. Tetapi zakat tersebut diwajibkan ke atas kanak-kanak dan orang gila, Ini berdasarkan riwayat dari At-Tirmidzi dari Abdullah bin Amru dari Nabi saw. bahawa beliau bersabda :
"Ingatlah, siapa sahaja yang menguruskan harta anak yatim, maka dalam hal ini hendaknya dia berniaga, dan tidak membiarkannya hingga dia diberi makan hasil sedeqah."
Maksudnya: Dia tidak membiarkan anak yatim tersebut sehingga semua hartanya tidak dikeluarkan untuk membayar zakatnya. Tambahan pula zakat tersebut diwajibkan ke atas harta yang dimiliki oleh seseorang , yang mana ianya merupakan ibadat maliyah (harta), bukannya ibadat jasadiyah (tubuh).
Manakala dari segi jumlah yang harus di bayar, ianya dalam jumlah yang tertentu yang tidak boleh kurang ataupun lebih. Emas, perak dan modal perniagaan zakat yang telah ditetapkan ialah 4/10, apabila harta tersebut sudah mencapai nishab ataupun lebih. Penentuan Nishab adalah 200 dirham perak dan 20 mitsqal emas. Mitsqal emas sama beratnya dengan satu dinar syar'i, yang beratnya mencapai 20 qirath, iaitu sama dengan 4.25 gram. Dengan itu nishab emas adalah 85 gram emas. Manakala dirham perak adalah sama dengan 2.975 gram. Oleh itu nishab perak sama dengan 595 gram perak. Jika jumlahnya kurang daripada 1 nishab, maka tidak wajib diambil zakatnya. Manakala rikaz adalah 1/5 (khumus). Manakala biji-bijian seperti qamhi dan sejenisnya serta haiwan seperti unta, lembu dan kambing, jumlah nishab yang harus digunakan untuk mengeluarkan zakat telah disepakati dan dijelaskan oleh ahli fiqh dengan begitu terperinci.
Objek-objek zakat dan perbelanjaannya, semuanya telah ditentukan dengan batas yang jelas, dan ianya tidak akan diserahkan kepada sesiapa melainkan kepada lapan asnaf seperti yang telah dikatakan oleh Allah dalam Al-Qur'an surah At-Taubah:60:
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang yang fakir, orang-orang miskin, amil, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk memerdekakan seorang budak, orang-orang yang berhutang, untuk jihad di jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan."
Orang-orang fakir adalah orang-orang yang mempunyai harta tetapi keperluan-keperluan yang mereka perlukan tidak terpenuhi dengan harta yang mereka ada. Orang-orang miskin adalah orang-orang yang tidak mempunyai harta dan tiada sumber pendapatan. Allah berfirman : "Atau orang-orang miskin yang sangat fakir." (Q.s. Al-Balad:16). Manakala amil adalah orang yang bekerja mengumpulkan dan mengagihkan zakat. Mua'allafah qulubuhum adalah orang-orang yang apabila diberi zakat akan menguatkan lagi keyakinannya terhadap Islam. Riqab adalah para hamba yang mana mereka diberi harta zakat supaya dapat memerdekakan diri, dan kumpulan riqab ini sekarang sudah tiada. Gharim adalah orang-orang yang mempunyai hutang dan tidak mampu untuk melangsaikan hutang-hutangnya.Seterusnya fi sabilillah, ialah orang yang berjihad sebagaimana yang disebut dalam Al-Qur'an: "Dan dijalan Allah." (Q.s At-Taubah:60) bersama-sama dengan penyebutan infaq, jadi perkataan ini tidak mempunyai makna lain selain daripada jihad. Akhir sekali adalah ibnu sabil iaitu orang yang bermusafir dan telah kehabisan bekalan.
Selain daripada lapan asnaf yang disebut di atas tadi , yang lain tidak dibenarkan sama sekali untuk diberikan zakat. Ini termasuklah tidak dibenarkan untuk diberikan zakat dengan tujuan untuk urusan perekonomian negara. Jika lapan asnaf itu tiada maka zakat tidak boleh diberikan kepada selain daripada lapan asnaf tadi. Zakat itu wajib disimpan di dalm bahagian zakat di baitul mal dan akan dikeluarkan apabila negara mendapati ada lapan asnaf tadi di dalam negara dan ianya harus dibayar oleh seorang imam atau wakilnya, berdasarkan firman Allah swt:
"Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu boleh membersihkan dan menyucikan mereka." (Q.s Al-Baqarah:103)
Berdasarkan satu kisah yang mana Abu Bakar telah meminta mereka membayar zakat, dan para sahabat menyepakati tindakan itu. Abu Bakar juga tidak pernah bertanya kepada mereka: Apakah kalian memberi kepada para fakir ataupun tidak? Apabila mereka menolak membayar zakat kepada Abu Bakar maka beliau memerangi mereka. Maka imamlah yang memberikan zakat itu kepada yang berhak menerimanya, walaupun penguasa-penguasa itu zalim, namun zakat harus dibayarkan kepada lapan asnaf tadi. Diriwayatkan dari Suhail bin Abi Shalih yang mengatakan: " Aku mendatangi Sa'ad bin Abi Waqqash, lalu aku berkata kepadanya: "Aku mempunyai harta yang ingin aku keluarkan zakatnya. Sementara kaum itu, sepertimana yang engkau lihat , lalu apa yang engkau perintahkan kepadaku?" Dia menjawab: "Berikanlah zakat itu kepada mereka." Kemudian aku datang kepada Ibnu Umar, dia juga mengatakan perkara yang sama. Kemudian aku datang kepada Abu Hurairah, dia juga mengatakan perkara yang sama. Kemudian aku datang kepada Abu Sa'id, dia juga mengatakan perkara yang sama." Hadis ini dinyatakan oleh pengarang kitab Al-Mughni. Zakat tidak akan diberikan kepada orang kafir, samada zimmi atau bukan zimmi. Ini kerana Nabi saw bersabda kepada Mu'adz bin Jabal, ketika beliau mengutusnya ke Yaman:
"Sampaikan kepada mereka, bahawa Allah telah mewajibkan mereka untuk membayar zakat terhadap harta-harta mereka, yang diambil dari orang-orang kaya dan salurkan kepada orang-orang yang fakir." (H.r Imam Al-Bukhari dari Ibnu Abbas).
Nabi telah mengkhususkan pembahagian zakat kepada mereka yang fakir, sebagaimana Nabi telah mengkhususkan kewajipan zakat kepada orang-orang yang kaya. Namun begitu, dibenarkan memberi sedeqah sunnah kepada orang kafir. Allah swt berfirman :
"Dan mereka memberikan makan yang disesuaikannya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan." (Q.s Al-Insan: