Post by Suara Jabatan on Sept 17, 2006 12:57:04 GMT -1
BAHAGIAN III
PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN JAWATANKUASA FATWA
Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti
46. (1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas masihat Menteri Besar, boleh melantik mana-man orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Terengganu
(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.
(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Terengganu sebelun sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah menyifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Terengganu dan hendaklah terus memegang jawatan itu.
Fungsi Mufti
47. Mufti hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkkuasa utama di Negeri Terengganu selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika peruntukkan selainnya dalam enakmen ini.
48. (1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.
(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada -
(a) Mufti, sebagai Pengerusi;
(b) Timbalan Mufti;
(c) Dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;
(d) Tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada lima orang yang layak dan sesuai, yang dilantik oleh Majlis; dan
(e) Seorang pegawai dari Jabatan Mufti yan dilantik oleh Majlis, sebagai Setiausaha.
(3) Mana-mana orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa dan sehingga tempoh pelantikkannya di bawah Enakmen yang terdahulu itu tamat.
(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang, kecuali Mufti dam Timbalan Mufti yang menjadi anggota Jawatankuasa yang disebut dalam subseksyen (3) atas nama jawatan.
(5) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertaklik kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan berhubungan dengan tatacara dan amalannya.
Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa
49. Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti , menyediakan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbul kontroversi berhubungan dengan Hukum Syarak.
Tatacara pembuatan fatwa
50. (1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan supaya kajian atau penyelidikan dijalankan sebagamana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.
(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa Mufti hendaklah memanggil suatu mensyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.
(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa itu, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, mengemukakan fatwa yang disediakan itu kepada Majlis.
(4) Majlis boleh, selepas menimbang teliti fatwa itu, membuat syor kepada Duli yang Maha Mulia Sultan untuk mendapatkan perkenannya bagi pewartaan fatwa itu.
(5) Syor yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan memorandum penjelasan dan ulasan daripada Majlis jika Majlis berpendapat penjelasan dan ulasan itu perlu.
(6) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, Majlis hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.
(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.
(8) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan jawi dan rumi.
(9) Apa-apa peryataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika peryataan itu disiarkan dalam Warta mennurut subseksyen (6).
Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat
51. (1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Terengganu sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agaama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan.
(2) Sesuatiu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah di dalam Negeri Terengganu tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.
Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa
52. (1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah Enakmen terdahulu.
(2) Suatu pindaan, ubahsuaianatau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 50, kecuali subseksyen 50 (7), hendaklah tepakai baginya.
(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disertakan dengan peryataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).
Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa
53. Jika dalam mana-mana Mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuas Fatwa itu kepada Mahkamah yang membuat permintaan itu.
Qaul muktamad yang hendaklah diikuti
54. (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 50, atau memperakukanapa-apa pendapat di bawah seksyen 53, Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut pendapat-pendapat yang diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafii.
(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafii suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali.
(3) Jika Jawatankuasa Fatwa beerpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu.
mufti.islam.gov.my/terengganu/?strid=1