Post by khalid bin lukman on Jun 3, 2006 12:17:54 GMT -1
MUHASABAH UNTUK UMAT ISLAM:
Oleh : Bukhari, Wartah Ummah
“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini”. Itulah diantara kata-kata Kofi Annan, Setiausaha PBB semasa sidang akhbar selepas melihat sendiri kesan kemusnahan bencana Tsunami yang melanda beberapa negara Asia pada 26 Disember 2004 lepas, (sumber berita al-jazirah). Peristiwa ini menjadi episod sedih yang begitu menyayat hati mewarnai peristiwa sepanjang tahun 2004 dan melakar sejarah sebagai bencana gempa bumi dan tsunami terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah. Diberitakan di Aceh sahaja telah mengorbankan hampir 100 ribu orang dan menurut Pengarah Operasi Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Peter Rees menjangkakan jumlah kematian akbit becana ini boleh mencecah lebih dari 100 ribu orang. Di Malaysia sahaja angka korban telah mencecah 67 orang dan memusnahkan harta benda bernilai jutaan ringgit.
Apa yang pasti keadaan yang berlaku ini tentu akan membuatkan kita berduka; sebagaimana kita seharusnya berduka atas ‘musibah’ yang menimpa saudara-saudara seaqidah kita di Afganistan, Iraq, Palestin, dan di negeri-negeri kaum Muslimin lain yang akhir-akhir ini sedang mengalami penindasan dan bahkan pembantaian oleh kafir penjajah, yakni AS dan para sekutunya. Di Iraq sahaja, sebagaimana dilaporkan oleh Lancet dalam saluran BBC, mangsa korban kebiadaban AS telah mencecah lebih dari 100 ribu nyawa suatu angka yang menyamai korban tsunami. Sebagai seorang muslim, memang sewajarnya kita berduka di atas korban gempa bumi dan tsunami yang berlaku, apatah lagi hampir sebagaian yang menjadi korban terdiri daripada saudara seaqidah kita baik di Malaysia, Indonesia, Thailand, Sri Lanka dan India. Hanya iringan doa dan ucapan, “Innâ lillâh wa innâ ilayhi râji‘ûn (Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kita akan kembali kepada Allah)” yang paling layak kita ucapkan sebagai peringatan kepada diri sendiri akan kekerdilan kita sebagai makhluk ciptaan-Nya. SN pada keluaran kali ini sekadar ingin mengajak para pembaca untuk merenung kembali kepelbagaian ‘musibah’ yang ada untuk kita lebih mendekatkan diri Kepada-NYA.
Musibah Sebagai Ketentuan Allah
Sebagai seorang muslim, kita seharusnya menyedari bahawa segala musibah seperti gempa bumi, banjir, tsunami, ribut taufan, kemarau dan sebagainya, memang merupakan peristiwa alam ‘biasa’ yang sering melanda umat manusia. Musibah seumpama ini sebahagiannya merupakan suatu fenomena alam yang telah menjadi qadhâ’ (ketentuan) Allah, yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Kuasa. Allah SWT berfirman:
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah swt” (Surah al-Hadid [57] : 22)
Musibah seperti ini bukanlah azab (hukuman) dari Allah swt ke atas manusia. Berbanding umat-umat terdahulu seperti umat nabi Nuh, nabi Luth, azab Allah swt bagi umat akhir zaman (umat nabi Muhammad saw) akan diterima diakhirat kelak bagi semua manusia yang melakukan kemaksiatan dan kemungkaran kepada-NYA.
Musibah Sebagai Ujian Allah
Akan tetapi, boleh jadi, musibah seumpama ini merupakan ‘ujian’ dari Allah swt untuk menguji tahap kesabaran dan sejauh mana tahap ketakwaan manusia. Allah swt berfirman:
“Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah [2]: 155- 156).
Di sinilah pentingnya kita, khususnya kaum muslimin yang menjadi korban tsunami, senantiasa bersabar dan pasrah sepenuhnya atas qadhâ’ (ketentuan) Allah swt. Anggaplah ini sebagai ‘cubaan’ dan ‘ujian’ dari Allah swt untuk menguji kesabaran dan ketaqwaan kita. Kita seharus yakin bahawa Allah swt senantiasa mencintai orang-orang yang sabar (Surah Ali Imran [3]: 146), bahkan Allah selalu bersama dengan orang-orang yang sabar (Surah al-Baqarah [2]: 153; Surah al-Anfal [8]: 46 dan 66) serta menjauhkan diri dari sikap berputus asa dan mengembalikan seluruh urusan tersebut kepada Allah swt.
Bagi kaum muslimin yang tidak ditimpa musibah ini, seharusnya dapat meringankan beban mereka yang ditimpa dengan memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk mengikut kemampuan masing-masing. Kerajaan sebagai pemerintah tentu sahaja merupakan pihak yang paling berkewajiban dan paling bertanggungjawab dalam meringankan beban rakyat yang sedang ditimpa musibah ini. Pihak Kerajaan seharusnya dapat menyediakan keperluan asas yang sangat diperlukan pada saat ini seperti makanan, pakaian dan kemudahan kesihatan dengan kadar sesegera yang mungkin. Bukannya mengharapkan NGO, pihak swasta dan badan-badan kebajikan. Ini kerana urusan menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat adalah tanggungjawab pemerintah/negara, manakal sumbangan dan bantuan selain itu adalah atas nilai kemanusiaan dan membantu sesama muslim.
Musibah Sebagai Peringatan Allah
Sementara itu, sebahagian musibah lainnya adalah akibat tangan-tangan manusia yang senantiasa gemar melakukan kerosakan di muka bumi ini. Musibah seumpama ini lebih merupakan ‘peringatan’ bagi umat manusia baik yang mukmin mahupun yang kafir yang selama ini melanggar perintah Allah SWT agar mereka kembali ke jalan-Nya. Allah SWT berfirman:
“Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (Surah ar-Rum [30]: 41).
Menurut Imam Jalalain dan Imam Ibnu Katsir dalam menafsirkan bimâ kasabat aydînnâ (akibat perbuatan tangan manusia...) adalah perbuatan-perbuatan maksiat/kerosakan. Ertinya, pelbagai kerosakan di darat dan di laut yang menimpa manusia adalah akibat kemaksiatan/kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Di samping itu, musibah juga boleh terjadi dalam bentuk kesempitan hidup yang sejak akhir-akhir ini dialami oleh umat manusia, khususnya kaum Muslimin. ‘Musibah’ seumpama ini lebih merupakan teguran’ sekaligus ‘ancaman’ ketika manusia yang berpaling dari peringatan-Nya. Allah SWT berfirman:
“Siapa sahaja yang berpaling dari peringatan-Ku (al-Quran), maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Thaha [20]: 124).