Post by super on Nov 3, 2009 9:10:47 GMT -1
Betul-betul talibarut U.S...apa yang terjadi di negeri ini.
tukarganti pemimpin tidak membawa apa-apa perubahan
melainkan menjadi lebih teruk...nyatalah pemimpin yang lama
sudah tak laku dan digantikan pemimpin yang baru namun
agenda ia...tetap sama.
..................
Ganjaran AS$5j tangkap Hakimullah Mehsud
ISLAMABAD 2 Nov. - Kerajaan Pakistan hari ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$5 juta (RM17 juta) bagi mendapatkan maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan atau pembunuhan pemimpin Taliban negara ini, Hakimullah Mehsud serta 18 orang kanannya.
Ganjaran bagi menangkap atau membunuh militan kanan Tehreek-e-Taliban (TTP) itu ditawarkan dalam iklan hitam putih kerajaan di muka depan akhbar The News dan disiarkan di stesen-stesen televisyen Pakistan malam tadi.
"Sesiapa yang menangkap orang-orang berkenaan, sama ada hidup atau mati, atau memberikan maklumat sahih, kerajaan akan memberi mereka ganjaran wang tunai," menurut iklan itu.
Hakimullah yang mengambil alih pucuk pimpinan Taliban selepas Baitullah Mehsud terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) pada Ogos lalu, mendahului senarai orang dikehendaki itu dengan hadiah 50 juta rupee Pakistan (RM2.04 juta) ditawarkan untuk menangkapnya.
"Kegiatan golongan yang tidak takut kepada Tuhan ini bukan sahaja memburukkan nama kabilah Mehsud tetapi semua kabilah lain, selain merosakkan nama Pakistan di mata dunia.
"Orang-orang ini perlu dihukum kerana mereka pembunuh manusia. Bantulah kerajaan Pakistan untuk menghapuskan mereka," menurut iklan tersebut.
Turut menjadi sasaran ganjaran itu ialah ketua puak Baitullah Mehsud di Waziristan Selatan, Wali-ur Rehman Mehsud yang pernah dianggap sebagai calon untuk mengetuai TTP, serta komander Taliban di Kotkai, Qari Hussain Mehsud.
Hadiah 20 juta rupee (RM816,326) ditawarkan bagi setiap seorang daripada 11 komander lain dan 10 juta rupee (RM408,163) ditawarkan untuk setiap seorang daripada lima militan kanan.
TTP didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan paling dahsyat di Pakistan, dengan membunuh sekitar 2,400 orang dalam gelombang keganasan sejak dua tahun lepas.
Kumpulan itu juga mengaku bertanggungjawab melancarkan banyak serangan berdarah kebelakangan ini, termasuk keganasan yang meragut lebih 300 nyawa bulan lepas, sewaktu tentera melancarkan serangan darat besar-besaran ke atas kubu Taliban di Waziristan Selatan . - AFP