Post by super on Nov 1, 2009 2:58:10 GMT -1
Memang bengkok.....kena pada namanya.
Bekas tokoh bank diekstradisi
--------------------------------------------------------------------------------
BANGKOK 31 Okt. - Seorang bekas tokoh bank yang diekstradisi dari Kanada tiba di sini hari ini dan direman atas dakwaan menggelapkan wang berjuta-juta dollar.
Jurucakap polis berkata, Rakesh Sazena, warga India itu tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini lewat semalam dengan kawalan keselamatan yang ketat dan terus dibawa ke balai polis di mana dia disoal siasat selama enam jam.
Saxena dituduh menggelapkan wang bernilai 1.7 bilion bath (RM182 juta) dari Bangkok Bank of Commerce yang jatuh muflis pada 1995. Dia telah melarikan diri ke Vancouver dan ditahan pada Julai 1996 atas permintaan polis Thailand.
Dia menghabiskan masa selama 13 tahun untuk menghalang ekstradisi apabila Mahkamah Agung Kanada menolak untuk mendengar kesnya pada Khamis lalu dan beberapa jam kemudian dia diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand dan dibawa menaiki pesawat ke Bangkok.
"Awal pagi ini, dia telah dibawa untuk disoal siasat di Bahagian Jenayah Penindasan selepas sepasukan doktor polis memeriksanya dan mengesahkan bahawa dia sihat dari segi mental dan fizikal," kata Mejar Jeneral Pongsapat Pangcharoen kepada AFP.
Pongsapat berkata, Saxena menafikan semua tuduhan ke atasnya.
"Dia telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis tetapi menafikan semua dakwaan itu. Pagi ini polis telah membawanya ke Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok untuk mendapatkan perintah reman pertama," katanya.
Saxena muncul di mahkamah dengan menaiki kerusi roda dan berkata, dia memerlukan rawatan perubatan.
Mahkamah memerintahkan dia ditahan selama 12 hari di hospital penjara dengan kawalan rapi, kata para pegawai.
Saxena bekerja sebagai penasihat kepada bekas pengarah urusan Bangkok Bank of Commerce dari Februari hingga Julai 1995 dan dituduh melakukan penyelewengan melibatkan pinjaman yang diluluskan berjumlah 175 bilion bath. - AFP