Post by super on Oct 26, 2009 6:15:23 GMT -1
Fayed Presiden Scotland?
LONDON 25 Okt. - Pemilik emporium mewah Harrods, Mohamed Al Fayed memberitahu akhbar Sunday Times hari ini bahawa beliau bersedia menjadi Presiden Scotland jika negara itu berpisah daripada United Kingdom.
Jutawan Mesir itu yang memiliki hartanah di Scottish Highlands menggesa penduduk Scotland supaya memisahkan diri daripada 'orang Inggeris dan ahli politik mereka yang teruk'.
Fayed, 80, yang telah berkali-kali memohon untuk menjadi rakyat Britain tetapi ditolak, menyuarakan harapan akan diberi kerakyatan Scotland jika rancangan untuk mengadakan satu pungutan suara mengenai kemerdekaan Scotland berkesudahan dengan negara itu meninggalkan United Kingdom dan kemudian menjadi sebuah republik.
"Kamu warga Scotland sudah lama hidup dalam keadaan koma.
"Saya akan memberikan apa jua bantuan untuk Scotland mendapat semula kemerdekaannya. Apabila kamu rakyat Scotland mendapat semula kemerdekaan kamu, saya bersedia menjadi Presiden kamu," kata beliau kepada akhbar tersebut.
Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang memegang kuasa di Edinburgh komited untuk mengadakan pungutan suara mengenai kemerdekaan.
Fayed, bagaimanapun tidak menyukai pemimpin SNP yang juga Menteri Pertama Scotland, Alex Salmond.
"Saya akan melakukan apa sahaja untuk Scotland tetapi saya tidak mahu orang bernama Alex Salmond ini," katanya.
Beliau yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Fulham ialah bapa kepada Dodi Fayed, kekasih Puteri Diana. Pasangan tersebut terbunuh dalam satu nahas kereta di Paris pada 1997.
Fayed yang diketahui membenci kerabat diraja Britain telah lama mendakwa, Dodi dan Diana terbunuh dalam satu komplot pihak berkuasa Britain melibatkan suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip. - AFP
.........................
Kalaulah seorang muslim pun yang memerintah di wilayah orang kafir..apakah ia mampu mengubah pemikiran, perasaan dan sistem masyarakat kalau ia tak mendakwahkan ilmu islam turun ke bawah menyerap didalam pemikiran, perasaan dan dizahirkan dalam satu bentuk sistem....