Post by super on Oct 19, 2009 15:11:47 GMT -1
ASEAN bincang kaedah kendali bencana alam, ekonomi
BANGKOK 18 Okt. 2009- Hubungan ekonomi yang lebih teguh dan cara untuk mengendalikan bencana alam dengan lebih baik di rantau Asia Tenggara akan menjadi antara agenda apabila pemimpin-pemimpin ASEAN bertemu di Thailand minggu ini, menurut penganalisis dan para diplomat.
Negara-negara anggota ASEAN akan bertemu Jumaat ini di bandar resort Hua Hin bagi sidang kemuncak tahunannya, diikuti rundingan dengan pemimpin dari China, Korea Selatan, Jepun, Australia, India dan New Zealand.
Thailand turut mengerahkan seramai 18,000 anggota keselamatan dan menggunakan akta keselamatan dalam negeri yang ketat bagi menghalang tunjuk perasaan mengganggu pertemuan tersebut, yang telah dibatalkan dua kali disebabkan demonstrasi anti kerajaan.
Menurut diplomat, apabila rundingan bermula, pemimpin ASEAN berkemungkinan akan membincangkan tentang langkah untuk lebih menyepadukan ekonomi mereka dengan mengurangkan sekatan dagangan serta kewangan bagi memudahkan golongan profesional, eksekutif perniagaan dan pekerja terlatih berkhidmat di rantau tersebut.
"Para pemimpin terlibat menyedari, bagi memperoleh pengaruh ekonomi yang lebih kuat di pentas dunia, rantau ini perlulah diintegrasikan terlebih dahulu.
"Krisis kewangan global menyaksikan hakisan pengaruh yang dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan kuasa-kuasa Barat. Namun Asia tidak dapat menonjolkan pengaruhnya jika ia kekal sebagai rantau yang berpecah belah,'' kata seorang diplomat kanan Asia Tenggara kepada AFP.
Seorang pakar Asia Tenggara, Bridget Welsh yang juga profesor sains politik di Universiti Pengurusan Singapura berkata: "Mengintegrasi dan memperkukuh ekonomi rantau ini adalah isu utama yang dihadapi semua negara anggota."
Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi hal ehwal ekonomi, S. Pushpanathan berkata, setiap negara anggota akan mengemukakan 'kad markah' tentang sejauh mana komitmen mereka terhadap pembaharuan pasaran terbuka.
Penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang tahun 2015 merupakan satu matlamat utama rantau Asia Tenggara, satu pasaran dengan 550 juta penduduk.
Pemimpin-pemimpin ASEAN juga dijangka mengadakan rundingan lanjut tentang rancangan satu zon dagangan bebas besar yang merangkumi 10 negara anggota ASEAN iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam - begitu juga China, Jepun dan Korea Selatan.
Saranan untuk melibatkan Australia, India dan New Zealand dalam lingkungan ekonomi yang lebih luas mungkin akan turut dibincangkan, kata diplomat.
Turut dijangka menjadi agenda utama sidang itu adalah isu alam sekitar menjelang pertemuan penting tentang perubahan cuaca di Copenhagen Disember depan dan kerjasama kemanusiaan ekoran bencana alam di rantau tersebut. - AFP