super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Oct 19, 2009 15:04:04 GMT -1
Populariti Abbas menjunam BAITULMAQDIS 18 Okt. 2009- Populariti Presiden Palestin, Mahmud Abbas telah menjunam beberapa minggu kebelakangan ini namun parti sekular Fatah yang dipimpinnya kekal lebih popular berbanding kumpulan Hamas, menurut satu tinjauan hari ini.
Tahap keyakinan rakyat Palestin terhadap Abbas telah menjunam kepada 12.1 peratus berbanding 17.8 peratus pada Jun lalu, menurut tinjauan oleh Pusat Media dan Komunikasi Baitulmaqdis (JMCC).
Ditanya siapa yang mahu diundi sekiranya pilihan raya presiden diadakan pada tahun 2010, hasil tinjuan Abbas secara kasarnya sama seperti Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya dan Marwan Barghuti, pemimpin Fatah yang dipenjara lima tahun di Israel.
Ketiga-tiga lelaki tersebut mampu memenangi 16 hingga 17 peratus undian daripada semua tinjuan yang dibuat.
Sementara itu, parti Fatah pimpinan Abbas kekal lebih popular berbanding Hamas dengan 40 peratus daripada orang ramai berkata mereka akan mengundi Fatah dalam pilihan raya umum akan datang, berbanding 18.7 peratus daripada mereka yang mahu mengundi Hamas.
Mesir telah menggesa Hamas supaya menandatangani satu perjanjian perdamaian yang telah pun ditandatangani oleh Fatah, yang akan menyaksikan pilihan raya presiden dan parlimen diadakan pada 28 Jun 2010.
Menurut Abbas, sekiranya Hamas gagal untuk menerima perjanjian tersebut, beliau akan mengadakan pilihan raya pada 24 Januari selaras dengan undang-undang Palestin. - AFP
|
|