Post by super on Jul 22, 2008 9:12:54 GMT -1
Kehebatan kereta elektrik dalam menyelesaikan
masalah kenaikan minyak
Oleh HTM
Selasa, 22 Julai 2008 15:43
Dalam pelannya untuk membantu rakyat yang
telah ditindasnya habis-habisan, kerajaan kini memperkenalkan
kereta elektrik. Kerajaan telah pun mengarahkan
Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia
selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan
beban rakyat akibat kenaikan harga petrol
dan diesel. Itulah kata Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memandu
uji kereta elektrik Lotus, model yang dikeluarkan
oleh anak syarikat Proton di United Kingdom,
berpuas hati dengan penggunaan teknologi
baru itu yang langsung tidak menggunakan
petrol. Kereta yang menggunakan bateri yang
perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam
di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer.
Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam.
Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya
18 sen sekilometer.
“Saya anggap ini satu langkah yang
kreatif dan amat menepati kehendak
waktu ini supaya kita terus mencari bahan
tenaga baru dengan tidak hanya bergantung
kepada petrol, diesel dan gas yang harganya
melambung tinggi,” ujarnya.
ulasannya:-
Inilah antara rancangan hebat kerajaan untuk
membantu rakyat! Kita tidak pasti sama ada
pemimpin Malaysia ini sedar atau tidak bahawa
yang menjadi masalah sekarang bukanlah kereta.
Tidak kiralah apa jenis keretanya, kereta minyak
ke, kereta air ke atau kereta elektrik ke, yang
menjadi masalah sekarang ialah harga minyak
yang telah dinaikkan oleh kerajaan sesuka hati,
bukannya kereta. Masalah rakyat adalah harga
minyak (petrol, diesel) yang mencanak
ke kemuncak penderitaan yang sekali gus
telah menaikkan harga barang, termasuk
barang makanan, tarif elektrik dan segala
macam kos sara hidup lainnya.
Kereta hanyalah sebahagian dari keperluan hidup
yang tergolong dalam keperluan sekunder.
Asas bagi survival manusia adalah makanan,
tempat tinggal dan pakaian, bukan kereta.
Tanpa kereta manusia boleh hidup, tetapi
dengan harga makanan yang melambung
tinggi (hasil kenaikan harga minyak) manusia
menghadapi titik kritikal untuk terus hidup.
Inilah kerenah pemimpin Kapitalis di dalam
menyelesaikan masalah. Secara logiknya
pun, apakah mereka boleh menjawab
beberapa persoalan di bawah, demi untuk
mengurangkan penderitaan rakyat?
1. Selesaikah masalah kenaikan harga
barangan keperluan lain, termasuk barang
dapur (yang timbul akibat kenaikan harga minyak),
dengan kita membeli kereta elektrik?
2. Berapa banyakkah kereta elektrik ini akan
dikeluarkan oleh Proton? Dianggarkan terdapat
lebih kurang 10 juta pemandu kenderaan berdaftar
di Malaysia, bolehkah Proton mengeluarkan 10 juta
kereta elektrik? Jika 5 juta berjaya dikeluarkan
sekalipun, apakah semua 5 juta pemandu mampu
membelinya? Kalau 5 juta pemandu mampu
membelinya sekalipun, bagaimana pula nasib
5 juta pemandu lain yang tidak mampu? Pokoknya,
hanya yang mampu memiliki kereta elektrik
sahajalah yang boleh mengelak dari membayar
harga minyak yang tinggi. Persoalannya, berapa
ramaikah golongan yang mampu ini?
3. Dengan adanya kereta elektrik ini
di pasaran, tentunya bank-bank riba akan
mengaut keuntungan berlipat ganda apabila
setiap orang meminjam wang dari mereka untuk
membeli kereta tersebut. Sudahnya, wang rakyat,
walaupun tidak mengalir ke stesen minyak, akan
mengalir ke bank-bank haram ini pula, dan rakyat,
sudah tentu bertambah dosa dengan pinjaman riba
yang di ambil. Pemimpin pula, semakin menggunung
dosa yang mereka pikul hasil kerja tangan mereka
yang kreatif ini. Maka bertambah lagilah statistik
maksiat di Malaysia hasil ‘kebijakan’ pemimpin
memperkenalkan kereta elektrik ini.
4. Dengan adanya kereta elektrik ini,
kerajaan dan kroni juga tentunya akan
bertambah kaya-raya, apa tidaknya, setiap
kereta kena bayar road tax, kena bayar insuran
dan lain-lain bayaran sampingan yang kerajaan
cekup dari rakyat seperti tol, parking,
saman dan lain-lain.
5. Sebagai sebuah kereta baru,
jika berlaku kerosakan, siapakah yang mampu
membaikinya, dan berapa banyak pula kos baiki
dan kos penyelenggaraannya. Silap-silap, hanya
Proton sahaja yang mempunyai kemampuan untuk
baiki dan juga membekalkan spare part. Akhirnya,
kerajaan juga yang untung. Kononnya kerajaan ingin
mengurangkan beban rakyat!
Inilah hakikat pemikiran dan sistem Kapitalis.
Pemimpin Kapitalis ini sedar, dicelah-celah rakyat
yang sedang nazak sekalipun, mereka masih boleh
mengaut keuntungan. Tindakan menolong rakyat
diambil, kononnya dengan memperkenalkan kereta
elektrik tersebut, kos sara hidup dan kesengsaraan
rakyat kembali pulih. Padahal isu yang mendominasi
kos hidup adalah kerana kezaliman mereka menaikkan
harga minyak. Dengan kata lain, kezaliman mereka
kerana tidak berhukum dengan hukum Islam.
Semua ini hanyalah penyelesaian simptom kepada
masalah, bukannya menyelesaikan masalah itu sendiri.
Ibarat kata, kerajaan seperti ingin menyelesaikan masalah
jalan raya yang rosak dan berlubang-lubang yang selalu
menyebabkan kemalangan dan kematian, dan apa
yang kerajaan lakukan ialah memperbanyakkan lagi
workshop/bengkel, agar setiap kereta boleh dibaiki.
Lebih hebat, kerajaan juga memperbanyakkan
tanah perkuburan, agar setiap orang yang mati
dalam kemalangan tersebut dapat ditanam.
Menyelesaikan simptom tidak akan
menyelesaikan masalah. Asasnya, minyak
adalah hak rakyat dan hak rakyat perlu
dipulangkan kepada rakyat. Segala bentuk
kekayaan sumber alam yang jumlahnya
banyak perlu dipulangkan haknya kepada
rakyat. Inilah ketetapan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Islam telah mengatur sebuah wacana ekonomi
yang sangat telah meletakkan hak pemilikan kepada
tempat tersendiri dan Islam menitikberatkan
keperluan asas dan sekunder manusia agar dapat
mengatasi segala masalah hidup, bukannya mengatas
i simptom seperti yang ada sekarang. Islamlah
(syariah) tempat kita kembali merujuk kerana ia
merupakan sebuah deen (cara hidup) yang
berlandaskan wahyu, bukannya sebagaimana sistem
Kapitalis sekarang yang menjadikan “akal” sebagai
sumber penyelesaian. Akal manusia biarpun majoriti,
biar pun keluar dari pemimpin yang tertinggi,
bukanlah penentu kebenaran untuk menyelesaikan
masalah kehidupan. Kenapalah pemimpin ini tidak
sedar-sedar bahawa akal mereka sering diguna
untuk merubah hukum Allah? Beraninya mereka
dengan azab Allah kelak!
www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=811:kehebatan-kereta-elektrik-dalam-menyelesaikan-masalah