Post by super on Jul 16, 2008 5:31:35 GMT -1
Salam,
Baru berkesempatan menonton bahagian pertama debat semalam itu pun
melalui youtube. Semalam saya ada komitment lain sebab tu tak dapat
tonton secara langsung.
Bagi saya lah awal-awal lagi dalam mukaddimah debatnya DSAI dah pun
kelentong rakyat...tak tau lah agak-agaknya ada yang perasan.
Dia kata jika hari ini PR perintah esok minyak turun 50 sen dari
harga RM 2.70 ke 2.20. Persoalannya mengapa harga semasa dijadikan
standard penurunan tersebut? Harga yang hanya digunakan pada awal
bulan Mei yang lepas.
Sepatutnya harga yang dijadikan standard kepada penurunan yang
dicadangkan oleh DSAI adalah harga pada bulan Mac 2008, iaitu RM 1.92
bagi minyak ULG RON97. Sebab masa itu lah penurunan harga minyak
telah mula dikumandangkan oleh PR sebagai janji pilihanraya di dalam
manifesto mereka.
Oleh itu harga yang dijanjikan oleh DSAI sepatutnya adalah RM 1.42
bagi minyak tersebut. Ini baru benar-benar turun dan tak kelentong
rakyat! Jika RM 2.20 ini bukan turun harga tapi menaikan harga
sebanyak 28 sen seliter (dari harga RM 1.92)!
Seterusnya DSAI kena jelaskan bagaimana dia nak cari duit bagi
menampung sabsidi bagi menurunkan harga minyak kepada RM 1.42 tu.
Jika pada harga runcit RM 2.20, dia kata hanya perlukan RM 5 billion
(saya pun tak pasti macamana dia dapat figure ni) bermakna sekarang
dengan harga RM 1.42 jumlahnya dah jadi lebih kurang RM 15 billion.
Sabery Chik pun kurang bijak apabila tidak mempertikaikan harga yang
dijadikan standard penurunan harga minyak tersebut. Pendek kata
memang patut pun dia dipaksa letak jawatan Menteri Penerangan tu.
DSAI pula tak layak jadi PM sebab cuba menipu rakyat dengan harga
yang dicadangkan itu!
Jadi yang layak siapa?...hang cari sendiri lah...bagi aku Khalifah
lah yang paling layak memimpin dunia! (bukan setakat Malaysia saja
tau!)
Saya rasa lah Kalau Sabery 'pin' DSAI kat harga yang dijadikan
standard penurunan tu...mahu gelabah DSAI sebab figure yang telah di
preparekan awal-awal tu dah mula haru-biru!.. . dan gelabah tadi akan
sampai ketahab gaban jika kalkulator pun dia tak bawa masa tu!!!
Hehehe!
Wasalam.